Bab 16

Suasana dalam cable car yang diam itu menghasilkan rasa tidak selesa buat Aidan. Makcik burung murai di sebelahnya diam saja dari tadi. Naik pelik dibuat Aidan.

Matanya pula dari tadi perasan lelaki di hadapannya ini asyik memandang ke arah Dhia. Haish! Tak boleh jadi ini.

Tangannya terus mencucuk bahu Dhia yang hanya memandang luar. Dhia terus memandang ke arah Aidan lalu menjongketnya keningnya tanda ' kau nak apa?'



"KAU apahal senyap semacam dari tadi macam malaikat lalu sebelah pulak aku rasa" Soal Aidan sejurus mereka berdua turun dari kereta kabel tersebut.

Mata Dhia hanya merenung pasangan tersebut dari tadi atas bawah lalu mengeluh kasar. Bahagia betul pasangan di sana. Dengan perut perempuan itu yang sudah besar.

"Oi, aku tanya kau apahal?" Soal Aidan lagi.

"Encik Aidan nak apa? Tak habis habis nak kacau saya. Serabut lah saya" Balas Dhia kasar membangkitkan rasa geram dalam hati Aidan. Orang tanya elok-elok boleh pulak dia balas macam tu.

Tangan kasarnya terus menggenggam lengan Dhia. "Aku tanya elok-elok kau kenapa? Boleh je kan jawab elok-elok!"

"Sa-sakit lah Encik Aidan. Ye, ye lepaskan dulu tangan saya. Nak lemas saya ni" Ujar Dhia mengerang kesakitan akibat tangannya sakit dicengkam Aidan.

Tangannya dilepaskan lalu Aidan hanya memandang tajam Dhia yang menggosok lengannya.

"Ye nak bagitahu lah ni. Tu yang naik dengan kita tadi tu ex saya. Puas? Ex saya tu perangai setan. Janji dengan saya nak kahwin dengan saya lepas dia habis belajar tapi tahu tahu bersedap dengan perempuan lain. Dah puas dah? Dahlah Encik Aidan. Pergi lah dekat staff Encik Aidan. Nanti orang cakap apa pulak" Ujar Dhia lalu terus dia memusingkan langkahnya meninggalkan Aidan yang hanya memandangnya tajam dari tadi.

Kan senang cakap awal-awal tidak adalah dia marah!

"Dhia..." Lengan Dhia dicengkam lembut. Drama apa pula kali ini Ya Allah!

"Ya Allah, Encik Aidan nak apa lagi? Saya penatlah. Apa yang tak faham bahasa lagi!" Dhia terus memalingkan kepalanya apabila lengannya dicengkam buat kali kedua. Penatlah dia harini!

"Fakhrul!" Terus Dhia menarik lengannya daripada dicengkam lelaki sampah dihadapannya ini.

"Dhia. Glad to see you. Merata saya cari awak tau. Saya mintak maaf" Ujar Fakhrul mencari anak mata Dhia yang mengelak dari bertembung mata dengannya.

Mintak maaf kepala kucing you!

"Awak ni tak malu eh? Dah ada perempuan yang sudi mengandungkan zuriat benih lelaki bodoh macam awak ni pun masih terhegeh-hegeh dekat saya. Move on lah Fakhrul" Luah Dhia. Sumpah lelaki macam Fakhrul ni tak layak untuk hidup!

Dia dengan si Doktor Hanafi lelaki rambut sikat tepi itu patut mampus! Dua-dua sama je perangai.

"No! Macam mana saya nak lupakan awak kalau tiap-tiap hari perasaan bersalah saya pada awak wujud? Setiap hari Dhia saya cuba cari awak saya nak mintak maaf dekat awak. Tolonglah Dhia maafkan saya" Rayu Fakhrul.

"Look Fakhrul. Saya maafkan awak. Sekarang tolong pergi dari penglihatan mata saya dan jaga perempuan tu elok-elok. Anggap saja kita tak pernah berjumpa dan tiada apa-apa hubungan antara kita berdua selama ni. Pergi Fakhrul" Arah Dhia. Sumpah dia penat dengan lelaki seperti Fakhrul.

Once is enough. She's tired already

"Saya tak akan boleh lupakan awak Dhia. Hati saya masih ada nama awak Dhia. Sampai bila-bila pun hati saya ni milik awak" Fakhrul masih cuba meraih perhatian dan simpati dari Dhia.

Dhia mengeluh. Cara apakah dia harus lakukan agar lelaki yang bernama F A K H R U L faham bahasa Melayu? Adakah dia harus bercakap bahasa spanish? Urgh!

Matanya memandang sekeliling sebelum tertancap pada Aidan yang memandangnya. Otaknya terus mengeluarkan satu lampu idea.

Kaki Dhia terus bergerak laju lalu memegang lengan Aidan. Aidan tidak pula menolak malah mengikut Dhia yang menariknya ke arah Fakhrul.

"Kenalkan tunang saya, Aidan. Aidan inilah ex saya yang saya ceritakan dekat awak haritu" Ujar Dhia memperkenalkan Aidan sebagai tunangnya.

Aidan membulatkan matanya kerana agak terkejut dengan pernyataan berani mati Dhia. Aidan memandang muka Dhia meminta penjelasanya. Mukanya pula usah dicakaplah. Cuba dikawal sehabis baik agak tidak menghasilkan riak pelik di hadapan Fakhrul.

Dhia memandang muka Aidan sambil mengerlip matanya tiga kali.

'Pura-pura jadi tunang saya'

Aidan mengangguk faham dengan kerlipan mata Dhia itu. Entah bagaimana otaknya boleh berfungsi dengan baik apabila berjaya faham dengan permintaan Dhia.

Mungkin sebab dia minum susu lembu pagi tadi.

Aidan kembali pada ke hadapan yang dihiasi dengan muka Fakhrul yang agak terkejut dengan penyataan Dhia. Tangan dihulurkan lalu disambut oleh Fakhrul.

"Aidan tunang Dhia"

"Fakhrul"

"Oh...jadi kau lah ex Dhia. Kenapa cari Dhia lagi? Bukan kau dah ada pengganti? Dah-dahlah tu kacau tunang orang. Tak baik bro. Kau jangan risau aku akan jaga Dhia lebih baik dari kau jaga dia sebelum ni. Okey? Better kau jaga je awek kau. Setahu aku awek kau tengah mengandungkan anak kau kan? Jaga je lah dia okay? Dhia biar aku jaga" Ujar Aidan melakonkan wataknya dengan baik sebagai tunang Dhia.

Dhia melepaskan rasa lega dalam dirinya apabila Aidan membantunya dan wajah Fakhrul pula seakan-akan mempercayai kenyataan bahawa Dhia sudah pun mempunyai pengganti lain.

Fakhrul memandang pula muka Dhia meminta pencerahan. "Betul ke Dhia? Awak curang dengan saya? Sampai hati awak..."

"Saya tak pernah curang dengan awak Fakhrul. Saya tunang dengan Aidan lepas kita berpisah. Jadi, siapa curang siapa dulu Fakhrul? Fikir-fikirkan lah sendiri. Dah lah tolong lupakan saya. Saya berhak dapat kebahagiaan diri sendiri. Pergilah jaga perempuan itu elok-elok. Tolong jangan ganggu kami berdua lagi." Rayu Dhia. Dia sudah penat dengan Fakhrul yang masih mengejarnya. Tida cukupkah dengan perempuan yang dia ada sekarang ini?

"Dah dah. Harap jelaslah dengan apa hubungan kami berdua. Kau jangan risau nanti aku jemput kau kenduri kahwin kitorang. Aku akan kasi kau VVIP pass since kau pun pernah jadi memori dalam hidup Dhia kesayangan aku ni. Kan sayang?" Badan Fakhrul ditepuk beberapa kali oleh Aidan.

Dhia mengangguk. Bagus pula Aidan berlakon jadi tunang dia.

Fakhrul mengangguk faham. Lehernya diusap perlahan.

"Sorry Dhia. Saya janji tak kacau awak lagi. Saya akan cuba lupakan awak dan terima kenyataan yang awak bukan milik saya lagi. Tapi...andai suatu hari saya dapat tahu tunang awak sakitkan hati awak, saya tak akan teragak-agak untuk rampas awak daripada dia. And kau..." Fakhrul memandang pula muka Aidan yang hanya diam dari tadi.

Dia harus sedar gadis sebaik Dhia harus mendapat lelaki yang lebih baik dan lebih layak daripadanya.

"Jaga Dhia elok-elok. She deserves happines after what I did to her. Dia perempuan yang sangat baik. Aku je yang layan dia macam sampah. Terima kasih sebab sudi jaga Dhia. Kita tetap akan jadi kawan kan Dhia?" Fakhrul menyoal buat Dhia yang berada di sebelah Aidan.

Mereka berdua nampak lebih sepadan. It's a fact. Pahit untuk ditelan tapi itulah kenyataan.

Dhia mengangguk tanda membenarkan mereka masih tetap menjadi kawan.

"Terima kasih Dhia. Saya pergi dulu" Ujar Fakhrul lalu meninggalkan mereka berdua yang masih tegak memandang hadapan.

"Tunang huh?" Soal Aidan lalu menjeling sedikit Dhia yang hanya menguntum senyum.

"Eh suka pulak kau. Tadi kemain marah aku. Pastu dah marah sedap-sedap je tarik tangan orang mintak tolong. Banyak cantik muka kau" Ujar Aidan menyakat Dhia yang mula menyampah dengan Aidan.

"Terima kasih tolong. Muka saya memang cantik pun sebab tu ramai orang terhegeh-hegeh dekat saya" Balas Dhia membidas kenyataan Aidan.

"Well, aku tolong kau bukan percuma tau. Ada upah dia" Dhia menjulingkan mata ke atas bila dengar perkataan upah itu. Naik bunga lagi lah tu!

"Ye. Apa-apa je lah Encik Aidan. Encik Aidan nak upah apa? Belanja makan? Duit? Cepatlah saya kasi" Tanya Dhia. Selagi tak habis hutang dia selagi itu lah bising mamat kedekut ni duk ungkit bunga lah hutang lah upah lah. Naik pening dia sudah.

Adrian meletakkan tangan di dagunya menunjukkan dia sedang berfikir.

"Tak nak semua tu. Murah sangat upah aku kat kau. Nantilah aku fikir"



Ntahlah tak faham cuba vote dengan comment 👀

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top