Bab 15

"Uhuk!"

Dhia tersedak memuntahkan kembali air yang ditelan olehnya. Pening kepala ditambah dengan kakinya yang kejang membuatkan Dhia membaringkan dirinya semula ke atas tanah berpasir.

"Dhia!" Kak Sarah terus melutut di tepi Dhia yang sedang terbaring sambil matanya tertutup. Kepalanya semakin mencucuk-cucuk apabila matahari terus memancar kan cahaya pada dirinya.

"Kipaskan dia" Itulah perkataan terakhir yang di dengar oleh Dhia lalu kembali pengsan akibat kepanasan.



"HM" Dhia terjaga kerana merasakan dirinya sudah tidak panas seperti tadi. Rasa sejuk yang mula mencengkam dirinya membuatkan Dhia membuka mata perlahan-lahan.

"Aku kat mana ni" Gumam Dhia lalu memusingkan badannya melihat ke arah kiri dan kanan.

"Kat hospital" Leher Dhia terus memusing mencari punca suara tersebut. Jelas di matanya kelihatan Aidan sedang bersandar di dinding sambil memandang dirinya. Tajam mata helang coklatnya memandang Dhia yang berbaring di atas katil itu.

Dhia terus memandang sekeliling dan kini baru Dhia dapat menghidu bau hospital.

"Tapi...macam mana saya boleh masuk hospital?" Soal Dhia yang masih lupa akan kejadian yang terjadi pada dirinya tadi.

Aidan melangkah mendekati katil yang menempatkan Dhia. "Kau lemas. Nasib baik aku tolong selamatkan kau. Kalau tak nanti jadi berhantu pulau tu sebab kes mati lemas dekat situ"

Dhia mengangguk lalu tersenyum sedikit.

"Thanks" Ucap Dhia ikhlas. Andai kata Adrian hanya membiarkan dia sudah pasti dia akan tenggelam lalu lemas. Dah tak boleh kahwin.

"No biggie. Tapi sebab aku dah tolong kau hutang kau terpaksa dinaikkan" Aidan memberikan senyuman yang mengandungi maksud tersirat.

Dhia memandang muka Aidan lalu menjengil geram. Sikit-sikit hutang, sikit-sikit hutang. Menyesal betul Dhia.

"Kak Dhia!" Pintu bilik wad tersebut dibuka lalu terpacul kepala Aryan yang sedang tersenyum sambil membawa bekas berwarna merah jambu yang diyakini berisi makanan.

Hm bau makanan tu sedap!

Dhia tersenyum melihat Aryan yang sedang berjalan ke arahnya. Bila je Aryan nak nampak sedih?

"Nah untuk akak. Saya masakkan tau. Makan eh?" Dhia mengangguk lalu mengambil bekas tersebut dari tangan Aryan.

"Sejak bila kau pandai masak?" Soal Aidan yang hanya memerhati mereka berdua dari tadi. Menyampah!

"Eh kau apa tahu. Aku ni lagi pandai masak dari kau tau!" Sombong Aryan membalas persoalan Aidan.

Aidan hanya mencebikkan bibirnya. Nampak sangat nipunya. Ntah sejak bila budak pemalas ni rajin masak.

"Aku balik dulu. Kau teman lah dia nanti jap lagi aku datang balik. Nak tukar baju" Mata Dhia terus memandang baju Aidan. Oh, baju yang dipakai semasa mandi tadi.

"Kau apahal pandang aku? Cungkil mata tu kan" Ujar Aidan lalu pantas dengan kelajuan 180 sesaat Dhia terus mengalihkan matanya dari memandang baju Aidan. Eleh, ingat orang nak pandang dia sangat ke.

Dhia dan Aryan hanya memandang pemergian Adrian yang keluar dari bilik wad tersebut.

"Kak, nasib baik abang cepat. Kalau tak habislah abang tak ada bini" Ujar Aryan yang berada di kerusi pelawat. Muka Aryan gembira mengungkapkan ayat itu.

"Bini apanya Aryan. Tapi...terima kasihlah dekat abang awak sebab tolong saya kalau tak habislah lemas. Nasib baik dia cepat hantar pergi hospital"

"Akak nak tahu tak yang abang tak pernah gelabah macam tu bila libatkan perempuan. Dia biasa buat endah tak endah je bila dengan perempuan tapi dengan akak cepat je dia tolong akak. Dia tu nak sentuh perempuan tu jauh sekali lah sampai saya ingat dia gay. Tapi dengan akak sampai buat CPR lah" Ucap Aryan dengan nada seronok. Lain pula bagi Dhia, terkejut!

Kiranya Aidan CPR yang mulut ke mulut dengan dia ke?

"CPR yang mulut ke mulut tu ke Aryan?" Soal Dhia.

Aryan mengangguk laju.

Terus tangan Dhia naik mengusap bibirnya. Mak! Bibir Dhia dah tak suci!

"Kenapa?" Tanya Aryan. Dhia terus mengeleng laju.

"Tak ada apalah Aryan. Saja tanya. Mana makanan tu akak nak makan. Lapar" Gelabah Dhia mencari bekas berisi makanan tersebut.

"Ha makan makan saya masak tau. Masak dalam mimpi"




HARI ini merupakan hari terakhir aktiviti mereka semua di Pulau Langkawi. Kesemuanya berjalan dengan lancar tiada aktiviti terlemas mahupun aktiviti tidak diingini berlaku.

Aidan pula melayannya sama seperti kali kedua mereka berjumpa. Beku, tiada senyuman. Tapi Dhia hanya membuat tidak layan sebab kerjanya pun sudah sampai akhir masa.

Dan dia yakin lepas ini dia tidak akan berjumpa Aidan lagi. Hidupnya akan memjadi tenang setenang nya.

"Jadi disebabkan hari ini hari terakhir kita semua akan pergi menaiki cable car dan pergi sky bridge. Dan selepas itu kita akan pergi ke tempat terakhir iaitu Kompleks Haji Ismail. Semua tahu kan itu apa? Hehehe" Ujar Dhia yang sudah pulih sepenuhnya. Kesemua mereka hanya mengangguk faham.

"Okay jom"

"Kak Dhia nak naik dengan siapa?" Soal Aryan yang hanya melihat Dhia memerhati setiap staf Alpha's Holding menaiki cable car.

"Sorang lah kot. Aryan pergi lah naik dengan mereka semua. Cepat-cepat orang tu dah panggil" Gesa Dhia. Aryan melambai tangan kepada Dhia.

"Jumpa dekat atas sana!" Jerit Aryan. Dhia hanya mengangguk tersenyum mengiakan saja.

"Dengan adik aku pun nak buat scandal ke?" Ujar lelaki di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan Aidan.

Dhia mencebik. Menyampah!

Dhia mengendahkan pertanyaan Aidan lalu kakinya laju melangkah ke arah cable car seterusnya.

"Adik aku tu baru 23 tau muda lagi tak payah nak menggatal dengan dia sangat" Dhia menjeling Aidan yang mengikutnya menaiki cable car yang sama dengannya.

"Apa Encik Aidan ni. Dengan budak macam tu pun nak cemburu ke? Ke Encik Aidan sebenarnya suka dekat saya eh?" Kening Dhia mengjongket beberapa kali. Aidan senyum sinis. Heh? Suka? Budak ketot ni?

"So? Kalau aku suka kau ada salah ke? Tapi kau boleh fikir kot buat apa aku nak suka kau. Dahlah pendek. Suka buat masalah. Kau dengan aku tu macam langit dengan bumi" Balas Aidan lalu duduk bersebelahannya
Menyampah 2.0!

"Yang Encik Aidan naik sekali dengan saya dah kenapa? Asal tak naik dengan adik Encik Aidan?"

Sibuk ye sibuk. Dia baru nak feeling feeling gitu dah ada pengacau.

"Sukahati aku lah. Dah depan tadi penuh aku naik lah yang ni. Bukan ada nama kau pun" Balas Aidan.

"Dua orang lagi cepat-cepat masuk!" Jerit pekerja di situ memanggil 2 orang pelancong untuk turut menaiki cable car yang sama dengan Aidan dan Dhia.

"Duduk elok-elok sayang" Suara itu!

Lantas Dhia mengalihkan pandangya dari memandang pemandangan luar ke arah pelancong tersebut.

Shit! Fakhrul!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top