2

"Solar mana ?"

Mudah saja soalan gadis itu. Namun, soalannya membuatkan kedua lelaki yang mirip mukanya sama itu terkedu dan terdiam. Mereka berdua sebenarnya sudah tahu perasaan Alya pada adik bongsu mereka.

"Erk, d-dia ada je. Just, suka  terperuk dalam makmal kesayangan dia. Hehehe." jawab Gempa sambil tersenyum kekok pada gadis dihadapannya. Alya hanya mengeluh sambil mengacau lebihan air koko yang tinggal di dalam cawannya.

Halilintar pula membuang pandangannya ke arah rumah mereka yang tak jauh dari situ. Dia memandang rumah itu lama kemudian memandang Alya dengan pandangan redup.

"Sampai bila nak salahkan diri kau ?" soal Halilintar. Gempa mengangguk setuju. Kisah itu sudah lama. Bahkan dirinya juga ingat-ingat lupa akan kejadian tersebut walaupun dia sendiri yang meleraikan masalah itu.

"Aku rasa dia dah lupakannya. Janganlah sedih Alya." kata Halilintar lagi sambil tangan ligat mengambil  kain lap untuk mengelap meja makan yang diletakkan di kedai itu. Pelanggan semakin berkurangan kerana hari semakin gelap. Mereka harus menutupnya seketika kemudian baru membukanya pada jam 8.00 malam.


"Lupa macam mana sekalipun, kalau dia nampak aku mesti dia teringat balik kan ?" tanya Alya seraya membantutkan pekerjaan Halilintar. Lelaki itu melepaskan helaan nafas yang panjang kemudian menyambung kerjanya. Alya juga turut melakukan hal yang sama. Mengeluh mengenang kesilapan kecil.


"Yakinlah yang suatu hari nanti, dia akan maafkan kau." kata Gempa sambil menepuk-nepuk bahu Alya. Memberi semangat kepada rakannya yang satu ini. Senyuman hangat juga ditarik. Alya memandang lelaki bermata emas itu kemudian mengangguk faham.

"Malam nanti datanglah. Kita orang ada je kat sini dengan Tok Aba." pelawa Gempa pada Alya . Alya mengeluarkan beberapa keping duit kertas dan diletakkan di atas meja kedai itu. Dia tersenyum nipis pada Gempa.


"Kalau rajin aku datang." kata Alya.



"Ceh, sama je macam Ice." gumam Halilintar saat kembali ke kedai Tok Aba setelah selesai mengelap kesemua meja makan yang disediakan.

Kain lap dilibas kasar tanda protes. Protes sebab asyik dia dan Gempa yang selalu kena kemas kedai. Nak harapkan Trio Troublemaker ? Sorry naik lorry. Ice ? Tolong sekejap saja. Solar ? Eksperimen tak habis-habis.


"Marah ke cik abang?~" ejek Alya. Halilintar menghantar jelingan maut terhadap Alya namun gadis itu hanya buat tidak endah. Sudah biasa kena jeling dengan si pengendali petir itu. Gempa tergelak kemudian menggelengkan kepala. Masak dah.




\\\




Petang yang indah melabuhkan tirainya. Kini, malam pula berganti tempat. Alya pulang ke rumah sebaik saja telah habis menolong dua adik beradik itu mengemas kedai atok kesayangan mereka. Keluhan demi keluhan dilepaskan olehnya.


Fikirannya mengenang kejadian yang tak disengajakan olehnya telah mengakibatkan dirinya dibenci oleh lelaki yang disebut namanya petang tadi. Jujur, siapa yang tak rindu sahabat kita kan ? Atau, lebih dari sahabat ?


Sebak mula menerpa di hati kecil Alya. Tangisan di tahan daripada pecah dari tubir matanya. Segera dia menghidupkan lampu di dalam rumah serta lampu luar rumah. Sofa adalah tempat pertama yang dituju setelah memasuki rumah. Alya merebahkan diri ke arah sofa panjang sambil meniarap menutup mukanya dan juga menghalang bunyi tangisan yang sudahpun keluar.


Badannya tersedu sedan menahan tangisan dan juga sebak di hati. Kenapa ? Kenapa ? Kenapa dirinya tak kuat bila teringatkan semula akan lelaki itu ? Cuma,... kenapa ?


Posisi diubah. Siling yang berwarna putih dihiasi dengan lampu dan juga kipas siling itu menjadi tatapan mata berkacanya. Air mata masih lagi mengalir meskipun bunyi tangisan dibibir sudah sayup-sayup kedengaran. Dia bukan sengaja.


Ya. Bukan sengaja. Baginya.





Tetapi, bukan bagi lelaki bernama Solar.





\\\




Seperti yang dikatakan oleh Gempa, memang mereka berdua ada disitu bersama Tok Aba untuk menyambung semula perniagaan koko mereka. Alya yang sudah membersihkan diri serta menghilangkan kesedihannya datang semula ke kedai tersebut. Tempat yang sama diduduki olehnya petang tadi dituju.

"Eh, Alya ?" soal Tok Aba sambil membetulkan cermin matanya. Alya menghiasi wajahnya dengan senyuman manis kepada Tok Aba. Dia duduk ditempat duduk tersebut sambil menyapa Tok Aba.


"Assalamualaikum Tok. Tok Aba sihat ?" sapanya mesra.


Gempa yang baru selesai mengira pesanan pelanggan dari jauh itu menoleh ke arah Alya dan Tok Aba. Dia tersenyum senget. Tak sangka pula dirinya yang kawannya itu akan datang. Ingatkan nak terperuk terus  dalam rumah lepas keluar petang tadi. Halilintar juga memandang ke arah yang sama.


"Sihat~ . Ha ni lama tak nampak kau ni...kemana je kau menghilang ? Dulu selalu datang kesini dengan si Gopal tu. Lepastu dua minggu macam tu terus tak datang dah." tanya Tok Aba sambil mengelap gelas yang baru dibasuh.


"Mana ada menghilang tok. Saya sibuk berkerja je hehehe" jawab Alya dengan sengihan. "Hah ? Kerja dah ?" soal Tok Aba lagi. Alya hanya tersenyum nipis pada Tok Aba. "Dululah tok. Sekarang dah berhenti dah." jawabnya lagi. Tapi kali ini intonasinya rendah saja.


"Lah berhenti pula ? Hmm takpelah Alya. Mungkin rezeki kat tempat yang kau kerja tu sampai situ aje. Mana tahu lepasni kau dapat kerja yang lebih baik ? Siapa tahu kan ?" soal Tok Aba seraya menaikkan semangat gadis itu.


"Yelah tok. Saya pun dah redha dah. Cuma tulah, bankrup lah saya tok kalau duit saya makin menipis kalau tak kerja. Haih...perut ni pulak asyik nak makan je kerja." rungut Alya secara tak langsung  mengundang tawa lelaki yang berusia itu. Halilintar membuat muka toya selepas memasuki ke dalam kedai.


"Sebab tu aku kata, kau dengan Ice tak ada beza perangainya. 2×5 aje." selorohnya sambil membancuh air koko untuk pelanggan yang mengunjungi kedai mereka. Alya berdecit geram apabila perbualannya disampuk oleh mamat petir itu.


"Hoi, at least aku bekerja. Keluarkan peluh. Tak macam Ice. 24/7 tidur."


"Sama jelah tu~ kau keluarkan peluh bila bekerja. Tak kerja, tak adalah kau keluarkan peluhkan ?" ejek Halilintar sambil tersenyum senget. Dia tergelak kecil apabila melihat Alya yang sudahpun mengetap-ngetap gigi bila disindir olehnya.


"Eiii. Tok Aba, apasal dengan Halilintar ni ? dari petang tadi asyik kenakan saya..." adunya pada Tok Aba. Gempa yang muncul entah dari mana juga menyampuk dibelakang Alya.


"Entahnya. Cakap orang pelik siap telan potion Solar bagai padahal dia yang pelik. Banyak bercakap." rungut Gempa apabila selesai menghantar pesanan kepada pelanggan. Halilintar hanya membuat tidak tahu dan menyambung kerjanya.


"Hey dah jangan bergaduh. Kan tak ada siapa pula nak datang kedai atok ni." kata Tok Aba sambil menghentikan pergaduhan kecil antara cucunya dan Alya. Tok Aba terus membuatkan air hot chocolate untuk Alya.



Setelah siap, air tersebut diletakkan dihadapan Alya. "Gempa, atok nak balik ke rumah kejap nak rehat. Kau orang jagalah kedai ni ya?" pinta Tok Aba sekali gus mendapat jawapan serentak dari dua adik beradik itu .


"Baik Tok !"



Alya menghantar pandangan ke arah Tok Aba yang sudahpun melangkah pulang ke  rumahnya. Pandangannya dialihkan ke hadapan.

"Wargh !!!" jeritnya tatkala terkejut apabila muka Halilintar berada dekat dengan mukanya. Badannya yang mula tak seimbang menyebabkam dirinya terjatuh dari bangku yang didudukinya.

"Aduh...kepalaku..." rintihnya sambil anak matanya berpusing dan kelihatan bintang-bintang kecil mengelilingi kepalanya.


"Ugh...kau ni Hali ! Apasal kau dekatkan muka kau dengan aku?  Dahlah tenung tepat pulak tu." rungutnya sebaik saja pening dikepalanya hilang. Dia bangun dan duduk semula di bangku. Pandangan matanya dibetulkan secepat mungkin. Kan tak memasal mata dia juling.


"Mana ada aku dekatkan muka aku kat kau. Aku memang dari tadi buat macam tu. Kau yang syok sangat tengok Tok Aba sampai tak perasan." balas Halilintar sambil memandang tajam ke arah Alya.


Alya mencebik lantas menyibukkan dirinya dengan melayari aplikasi instagram di handphone-nya. Secara tak sedar, sekali lagi dirinya ditenung tajam oleh si pengendali petir itu. Dia mengerling ke arah lelaki yang bertopi hitam dengan simbol petir berwarna merah itu.

Tajam dan sangat tajam. Bahkan auranya pun tersangat dingin. Dia hanya mendiamkan diri dan buat tidak endah. Kalau cakap mengapa dirinya ditenung, lain pula lelaki itu memberi jawapan. Dahlah jawapannya semua menyentapkan orang. Jadi dia biarkan saja.


Gempa juga yang dari tadi menjadi pemerhati hanya mendiamkan diri dan mengira keuntungan perniagaan atok mereka harini. Dia tahu sebab apa abang sulungnya merenung ke arah kawannya itu dengan tepat tajam. Namun, itu hanya akan menjadi rahsia antaranya dirinya dan Halilintar.








#TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top