1
Suasana petang yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti di luar telah membuatkan Alya keluar dari rumahnya setelah sekian lama terperuk membuat lemak.
Eh bukan buat lemak tapi berhibernasi.
Ya. Selepas saja dibuang kerja, hidup gadis bujang itu agak kucar kacir kerana sumber pendapatannya terputus. Terputus disebabkan salah faham antara majikan dan pekerja. Bila diingat balik, baik tak payah berusaha lebih untuk mengejar pangkat yang diidamkan kalau pengakhirannya begini.
Serabut. Baik dia pergi ke kedai kawan baiknya. Setelah mengunci pintu rumah, langkah diteruskan ke tempat yang selama ni menjadi tempat melencongnya selepas habis bekerja.
Tok Aba's Kokotiam.
\\\
Di Tok Aba's Kokotiam, terdapat ramai pelanggan yang sedang berselera menikmati minuman dan makanan yang disajikan di kedai tersebut. Rezeki Tok Aba semakin melimpah ruah apabila kehadiran cucunya, Boboiboy merangkap superhero elemental membuatkan kedainya mula terkenal.
Bukan saja kerana cucunya, tetapi minuman berasaskan koko tersebut juga adalah satu punca rezekinya melimpah. Keenakan buah koko yang dipetik segar dari ladang dan dibru sehingga menjadi serbuk dan dibancuh pula dengan air panas-
fuh, susah nak describe. #takpernahkerjakedaikafe.
"Blaze , kau nak main pergi tempat lainlah !" marah Gempa. Ya, Gempa merangkap abang ketiga daripada tujuh pecahan adik beradiknya memarahi adiknya yang keempat iaitu Blaze. Adik yang paling nakal dan panas baran.
"Ish, aku tak nak punlah main kat sini. Taufan yang buat aku lari ke sini. Huff huff, alang-alang buat air tu, buatkan special ice chocolate satu untuk aku." kata Blaze yang sempat menyalahkan abang keduanya, Taufan dan meminta pesanan secara tak malu pada Gempa. Dia mengeluh kepenatan kerana mengejar abangnya.
Gempa mencekak pinggang sambil mendengus geram. Dia menunduk ke bawah mengambil sesuatu lalu diletakkan di atas kepala Blaze.
"Ekkk ! Adeh adeh sejuknya ! Apa ni Gempa ?! Letak ais batu kat aku ?!" soal Blaze sambil mencampak beg ketulan ais ke tanah. Gempa tersenyum sinis sambil tergelak kecil.
"Kau nak 'ais' kan ?tu dah aku bagi. Ambillah~" perli Gempa sambil menekankan perkataan 'ais' pada Blaze. Makin suka dia tengok bila si adik pengendali api itu membuak-buak marahnya.
"Eii !!!" tempik Blaze sambil mengeluarkan cakera api. Gempa terkejut lalu menunduk ke bawah untuk menyorok dari terkena balingan cakera berapi milik Blaze. Belum sempat Blaze ingin melontar, tindakannya terhenti apabila abang sulungnya, Halilintar menegurnya.
"Apahal ni ?" soalnya dengan suara yang dalam. Kedua anak mata berwarna manik ruby itu melirik kearah Gempa yang sedang menyorok. Dia menghela nafas dan menggeleng kepala. "Gempa, kau usik dia lagi ?" soalnya. Jawapannya terjawab dengan sengihan dari Gempa.
"Siapa suruh main lari-lari kat sini ? Lepastu sesedap perut dia je order macam-macam kat aku. Dahlah tak tolong aku harini. Memang patut pun dapat ais tu dari aku. Biar padam apinya." adu Gempa pada Halilintar. Mata Blaze membulat dan amarahnya semakin membuak-buak.
"Berani betul kau !"
"Sudah Blaze. Kau nak terbakar kedai ni ? Ada duit nak bayar ?" soal Halilintar lagi sejurus menghentikan pergaduhan kecil antara Blaze dan Gempa.
Dia mengeluh sambil kearah mereka berdua. Dia menuju ke tempat bru koko kemudian melakukan sesuatu. Gempa pula sudah keluar dari tempat menyoroknya kemudian menyambung mengelap meja kedai tersebut. Blaze merengus kesal kemudian duduk di bangku yang berdekatan dengan meja kedai tersebut sambil memuncung bibir. Merajuk. Protes. Semua ada pada dirinya.
Halilintar meletakkan secawan special ice chocolate di atas meja. Gempa melihatnya dengan pelik. Halilintar menghantar isyarat mata dengan bibir termuncung sedikit ke arah Blaze. Gempa menggulingkan mata dan menggangguk malas. Walaupun dia ada ciri-ciri bertanggungjawab yang sepatutnya digalas pada Halilintar, namun perangai keanak-anakkan juga tak nak kalah.
"Blaze~ sorrylah. Aku gurau manja-manja je. Tak yahlah majuk-majuk~ ni Hali dah buatkan air special ice chocolate untuk kau. Ikhlas ni siap dengan kasih sayang~ Ambillah Blaze~" pujuk Gempa sambil menyua-yuakan air tersebut dihadapan Blaze. Namun, adiknya itu masih merajuk.
Gempa menarik muka. "Tak nak ? Tak nak sudah~ aku min—" belum sempat menghabiskan ayat, cawan yang dipegangnya dirembat kasar oleh si pengendali api. Gempa membuat muka menyampah kerana berfikir adiknya itu takkan termakan pujukan, rupanya termakan juga.
"Ceh." cemuh Gempa secara tak langsung membuatkan Hali yang sedang membasuh cawan-cawan yang berada disingki tersenyum senget.
Gempa menyambung membuat kerjanya dan Blaze pula sudah ke awan-awangan kerana terlalu menikmati special ice chocolate buatan abangnya. Nobody can't resist air Tok Aba doh.
"Hai korang." sapa seseorang.
Terhenti terus kerja mereka—jap kerja Gempa dengan Halilintar saja. Blaze tak menggerakkan sebarang jari pun. Ok sambung balik, kerja mereka berdua terhenti apabila terdengar sapaan dari seseorang. Pandangan dilemparkan kepada gerangan tersebut. Mata mereka bertiga membulat apabila melihat insan tersebut.
"Alya !" jerit mereka bertiga.
Gadis yang dipanggil oleh mereka melambai mesra sambil tersenyum kecil. Lagak gadis itu tak ubah seperti adik kelima mereka, Ice. Padanlah kalau dia orang rapat pun. Dua-dua kaki tidur. Kaki makan.
Punggung dilabuhkan dikerusi bersebelahan Blaze. Blaze yang mengalami 'brainfreeze' itu hanya melambai cepat dan mula mengeluarkan haba dari badannya. Alya memandang pelik terhadap Blaze kemudian membuang pandangan ke arah Gempa dan Halilintar.
"Lama betul kau dah tak datang sini. Rindu kau." luah Gempa. Kebiasaanya, gadis itu akan meluangkan masanya dengan berada di kedai Tok Aba bersama yang lain. Namun, setelah gadis itu habis sekolah, jarang sekali untuk melihat muka gadis itu di kedai Tok Aba.
"Aku busy kerja sebelum ni. Sorrylah sebab tak selalu datang. Aik, korang tak bercantum lagi ?" kata Alya sejurus memberi soalan kepada Gempa. Pelik. Dah lama tak datang pun masih berpecah lagi ?
"Lah dah kerja ke...patutlah. Tak apa aku faham. Erm, pasal tu...aku tak tahu nak cakap macam mana. Ada juga aku bincang dengan dia orang semua ni tapi masing-masing nak macam ni je ya aku biar jelah." jawab Gempa sambil menarik senyuman nipis kepada Alya . Alya mengangguk.
"Nak minum air apa ?" soal Hali sambil tersenyum kecil pada Alya. Blaze membuat muka o_0 pada Halilintar. Dek kerana lucu, Alya terkekek menggelakkan Blaze. Terkejut betul bila Halilintar tiba-tiba senyum. Tapi gelak Alya tidak bertahan lama kerana dia mula nosebleed. Maka, suasana di kedai itu mula riuh kembali.
"Apa kau buat kat anak dara orang ni Hali ?!" tempik Blaze namun soalannya mendapat tamparan dari abang sulungnya. Jelingan maut dari anak mata ruby itu diberikan pada si pengendali api itu. Gempa mula menggulung tisu dan memasukkan kedalam rongga hidung Alya yang masih mengalirkan darah.
"Hali, control senyuman kau. Aku pun hampir-hampir nak cair tengok kau tau." kata Gempa sambil memegang dadanya. Halilintar memandang Gempa pelik.
"Seriously Gempa ? Kau gay ke ? Apa kena dengan kau harini ? Ni mesti kau tertelan potion Solar lagi kan?"
'Solar ?' detik hati Alya.
Dia memandang kearah tiga adik beradik itu. Gempa sedang membebel tentang dirinya ingin menjadi sedikit lain daripada dirinya sebelum ni. Halilintar menadah telinga mendengar bebelan Gempa sambil memeluk tubuh sendiri. Blaze pula ikut campur bergaduh mulut sekali.
Alya membuat muka toya. Dahlah kena nosebleed sebab serangan drastik Hali, lepastu kena bebelan Gempa secara tak langsung lepastu kena dengar rintihan kesakitan Blaze apabila kena cubit dengan Gempa. Tisu yang dimasukkan dalam rongga hidungnya tadi ditarik keluar.
Dia menggelap sisa darah yang mengalir sambil matanya melilau mencari empat orang lagi pecahan adik beradik tiga malauan depannya ni.
"Hali, special hot chocolate satu." pintanya seraya menamatkan bebelan Gempa, pukulan Gempa kepada Blaze dan tadahan bebelan Gempa pada Halilintar. Tiga lelaki itu diam tak berkutik untuk beberapa saat.
Halilintar membuat simbol 'ok' kemudian pergi membru koko. Gempa pula sudah melepaskan Blaze. Blaze yang mula bosan duduk disitu mula bergerak balik ke rumah. Sempat Gempa pesan suruh tutup tingkap sebab hari semakin gelap namun lelaki itu buat tak tahu saja.
"Aku balik nanti tingkap tak tutup, aku tak bagi dia makan." kata Gempa secara tak langsung membuat Alya mengeluh.
"Kau ni tak penat membebel ke Gempa?" soal Alya. Gempa tersengih sambil menggaru kepalanya. Alya memerhatikan tangan Gempa. 'Nasib tangan biasa bukan tangan batu dia. Kalau tak habis kedai ni.' getus hati Alya.
Special hot chocolate buatan Halilintar diletakkan dihadapannya. Ucapan terima kasih dilontarkan. Lelaki itu hanya mengangguk tanda menjawab ucapan Alya.
Alya meletakkan cawan berisikan air koko itu di atas piring setelah menyisip sedikit ketika keadaannya masih suam-suam panas.
"Gempa" panggil Alya. Gempa menoleh kearahnya dan menjongket kening. Halilintar yang sedang menggelap gelas itu turut memandangnya walaupun namanya tak dipanggil oleh gadis itu.
Lama gadis itu berdiam diri. Suasana di kedai itu juga semakin tenggelam dek hari yang siang mahu berganti dengan malam.
"Solar mana ?" akhirnya, soalan itu terlepas jua dari mulut gadis itu. Soalannya mudah. Tapi intonasinya sangat menyedihkan sehingga Gempa dan Halilintar terkedu. Dua adik beradik seiras itu memandang sesama sendiri kemudian memandang Alya yang berwajah muram.
#TBC
• note ; kat sini zen hanya menggunakan (y/n) ataupun readers sendiri sebagai heroin cerita ni. Zen tak berani nak gunakan nama rekaan takut tak sampai dan tak kena. Lagipun, rata-rata yang buat fanfic bbbXreaders guna (y/n) so zen pun ikutlah.
• zen dah lama tak menulis jadi ayat zen agak celaru dan mungkin ada typo yang terlepas pandang dari mata zen.
• zen harap fans boboiboy kat sana suka cerita ni. zen tau cerita budak boboiboy ni just kartun untuk budak kecik but yeah, kau membesar dengan kartun ni kot and watak dia pun makin lama makin handsome dan membesar. so no wonder kalau ada org dewasa yang still minat boboiboy. even abang sulung zen yg dah kawin tu pun sibuk nk tgk bbbm2 kat phone zen.
[EDIT !]
• terasa mcm pelik bila guna (y/n), jadi aku ubah setiap chapter menggunakan nama Alya. Jgn risau, jalan cerita masih sama dan tak diusik. Cuma tukar nama shj hehe 👀
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top