14

Alya yang sedang bersenang-senang di kaunter pembayaran itu mengeluh. Hari biasa seperti hari bekerja ini tidak ramai yang mengunjung. Ada pun beberapa kerat je. Padanlah kalau hari biasa pekerja-pekerja disitu tak kalut sangat.

Sedang sibuk termenung tiba-tiba sahaja dia teringatkan hal pagi tadi. Dia menekup wajahnya kemudian membuka handphone miliknya yang berada di atas meja. Terlihat mesej dari Halilintar dan Ying yang belum dibuka. Biarpun belum dibuka, dia sudah awal-awal membacanya di ruang notifikasi.

Yang Ying tu dia tak kisah sangatlah. Ying pun tau yang dia jenis suka baca kat notifikasi dulu baru balas. Tetapi, yang jadi malunya dia sekarang ni adalah 6 mesej yang masih belum dibaca olehnya dari Halilintar.

Tengoklah tu. Dari semalam hantar emoji senyum tu dekat dia. Mana tak malu Alya dengan dia kalau hari-hari kena sudden attack dengan Halilintar.

Sempat juga dia baca mesej Hali tu tapi dekat notifikasilah. Gila nak terus baca. Mahu tak lelaki tu bertambah-tambah chat dia ? Dahlah dia baru bergerak pergi kerja masa tu.


"Parahlah macam ni. Haih." keluhnya sambil men-slide (gua xtau 😂) ke kanan kiri handphone nya itu. Terlihat beberapa kawannya update status. Segera dia buka status milik Ice. Berkerut juga dahi dia bila baca status Ice tentang udang disebalik mi bandung Gempa bagai.


Lagi buat peliknya, si Ice ni tiba-tiba letak video lirik lagu Naim Daniel-Sembah di status. Selalunya budak tu tak layan lagu-lagu melayu. Segera dia reply status Ice tersebut.

Setelah membalas video status Ice, Alya kembali melihat yang lain. Mesej yang dihantar Ice tadi dibiarkan sepi. Dia tahu Ice takkan pegang handphone dia sekarang dalam waktu tengah hari ni. Tahu sangatlah kemana pergi kalau tak ke katil.

Terdapat beberapa status dari kawan-kawannya yang lain namun yang mendebarkan hatinya sekarang adalah status dari Halilintar. Let say Hali ni jarang gila babun nak update status. Tapi kalau dia update status memang ajaiblah. Segera dia melihat status Halilintar.


"Pahal emoji love pula ni. Kena sampuk ke budak ni dari semalam tak betul je aku tengok. Haih parahlah." keluhnya sendirian. Dia men-slide ke status yang lain. Terdapat status milik Taufan yang menghantar gambar bersama captions yang buat dia nak muntah ijo kat situ.




"Pe bendalah. Siap mencarut lagi semua benda. Taufan~ Taufan~" gumamnya. Selesai melihat status Taufan kini Blaze pula. Baru saja buka dahinya ditepuk. Mana tak tepuk dahi kalau...ha tengoklah bawah ni.

"Cari mati kau Blaze. Memang cari mati." gumamnya kemudian terus menutup handphone nya. Boleh leka dia kalau terus menerus melihat status budak-budak tak masuk air tu. Itu belum Gempa spam status dia menyindir dan membebel adik beradik dia kat status.


Segera dia alihkan tumpuannya pada seorang pelanggan yang baru saja selesai membuat pilihan untuk membeli buku di kedai buku tersebut.






///






"Hali ! Bagitau lah kau masak apa kat dia ?~" rengek Ice yang dari tadi memeluk kaki abang sulungnya. Naik darahlah juga si Halilintar ni bila dia bergerak ke sana sini dia terpaksa heret adiknya itu.


"Eii lepaslah ! Kau tak nampak ke aku tengah sibuk ? Lepas lepas lepas ! Orang tengoklah bodoh ! Malu aku !" marahnya sambil cuba melepaskan kakinya dari pelukan Ice. Namun ianya sia-sia bila Ice mula bertindak ganas. Dia segera menolak badan Halilintar jatuh ke tanah dan terus menghempap abangnya itu.


"WOI APA MASALAH KAU NI ?! BANGUNLAH !!! KAU DAHLAH BERAT MACAM GAJAH !! EEEEE !"


"AH TAKDE MAKNA ! BAGITAU DULU KENAPA KAU MASAK NASI GORENG TOMYAM UNTUK ALYA HA?! DAHLAH BUAT SIKIT JE ! KAU TAU TAK NASI GORENG TU FAV AKU !"

Kalini makin dasyat perlakuan Ice. Dia mula melipat-lipat dan menarik-narik tangan Halilintar. Seolah-olah mereka berdua sekarang berada di gelangang gusti. Gempa yang dari tadi memerhatikan mereka berdua hanya mampu mengeluh. Tak disangka pula olehnya yang Ice akan bertindak sebegitu sekali terhadap Halilintar.

"Hoi dahlah tu ! Tak malu ke orang tengok ha ?" kata Gempa yang mula menghampiri mereka. Sesekali dia tersengih malu pada para pelanggan yang sedang memerhatikan pergelutan kecil adik beradiknya itu. Sampai tercabut topi yang dia orang pakai tu. Hoodie yang Ice selalu pakai tertutup tu pun dah terbuka sikit dek Halilintar tertarik zipnya.


"Cepatlah Hali ! Ke kau masak untuk dia sebab kau suka dia hah ?!!" jerit Ice dengan kuat sekali menyebabkan pergelutan dia dan Halilintar berhenti. Dalam keadaan sedang duduk di belakang Halilintar, dia memandang tepat ke anak mata berwarna darah itu.


"A-apa kau cakap ?!" soal Halilintar dengan gugup. Wajahnya mula merona merah. Gempa pula dah shock habis bila dengar ayat Ice tadi. Nampaknya...,








"Li, bagitahu jelah. Dah kantoi..." kata Gempa dengan nada yang sedih. Dia baru hendak merahsiakan perkara ini bersama abang sulungnya tapi siapa sangka, perbuatan Halilintar semalam telah membuatkan Ice geram dan tertanya-tanya.


"So betul lah ?" soal Ice dengan wajah sedikit terkejut. Dia sudah melepaskan Halilintar. Dia memandang raut wajah abangnya yang kian memerah itu. Halilintar memaling wajahnya ke tepi dan mengeluh. Dia mengangguk perlahan-lahan.





"Ya. Aku suka dia."

















#TBC

ermmmmmmmmm hehehehehe huhuhuhuhu suka ke tu~~~~~ hehehe  😜😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top