13
Ice, Blaze serta Taufan sedang khusyuk memerhati seseorang yang berada di dapur sedang memasak sesuatu. Aktiviti mengintai mereka dari tadi tidak disedari oleh orang tersebut. Nampak sekali dia benar-benar fokus dengan masakannya.
Ice mengemam bibir serta mengetap rahangnya geram. Blaze yang berada di bawahnya itu hanya mampu mengeluh tanda kesal. Mana taknya, dari tadi dia asyik kena halang Ice dari terus menyergah seseorang yang berada di dapur itu.
Taufan pula hanya mendiamkan diri sambil otaknya memproses sesuatu. Lama jugalah dia proses sampai nak berasap kepalanya tu. Dia mengetap giginya tanda geram. Dia mendengus lalu mula bergerak sambil merangkak ke ruang dapur tersebut namun terbantut apabila kolar bajunya ditarik secara kasar oleh Blaze.
"Kau nak kantoi ke ?!" soal Blaze dengan nada bisik ke arah Taufan. Dia juga geram tapi dia perlu bersabar untuk mengetahui hal sebenar kejadian pelik yang terjadi di dapur itu.
Sebenarnya, apa yang dia orang bertiga intai dan siapa orang kat dapur tu ? 😂
///
Alya yang sedang berehat itu hanya memerhatikan suasana di kedai buku yang menjadi tempat kerjanya. Dari segi pandangan lain kerja di kedai buku tak adalah penat mana tetapi hakikatnya adalah lain.
Kerja mana yang tak penat ?
Sedang dia asyik mengelamun, dia disentakkan dengan bunyi notifikasi dari handphone nya. Segera diseluk poketnya dan dibuka handphone nya tersebut lalu melihat notifikasi yang baru saja masuk sebentar tadi. Ianya adalah beberapa mesej daripada Yaya.
"Aih ?"

Segera dia buka aplikasi Whatsapp dan membaca mesej yang dihantar oleh Yaya.
Alya menatap sekejap mesej perbualannya bersama Yaya tadi. Sejenak dia termenung sendirian. Dia sudah lama tidak pergi ke surau sejak berkurung dalam rumah. Yelah tengah frust lepas tu nak tunjuk muka kat orang juga ke ?
Dia menghela nafas. Tak kisahlah tentang malam nanti. Dia baik saja dengannya. Namun, menjadi persoalannya sekarang adalah...
Macam mana terserempak dengan Solar nanti ? Budak tu dengan adik beradik dia yang lain kaki surau tu. Mustahillah kalau dia orang tak pergi kan ?
K memang tempat lelaki dan perempuan lain tapi kalau nak pergi makan kat kantin tu ?! tak ke boleh jadi pergaduhan kat situ ?
"Haih...tapau jelah senang. Aku malas nak jumpa dia." keluhnya. Handphone nya dibuka dan aplikasi Whatsapp dibuka. Nama seseorang dicari dan dia mulai menghantar mesej kepada orang tersebut.

Ok bagi Alya campak handphone dia. Satu perangai yang dia tak suka pasal Halilintar ni ialah bila tengah orang nak tanya itu ini dia boleh tak online masa tu. Lepas tu pukul berapa tah baru nak balas.
"Aku tengah runsing pasal adik dia...boleh pula dia tak on sekarang ? Hmm chat Ice lah. Ni kalau dia tak balas juga ni ada juga rumah dia yang kena bakar mercun malam ni." kutuknya sambil mula mencari senarai kenalannya kemudian mula memesej si mamat beku itu.

Alya meletakkan handphone nya ketepi dan mula memegang kepalanya dengan kedua tangannya. Dia menghantuk-hantukkan kepalanya di dinding sambil menyumpah seranah pada kedua kawan lelakinya itu.
Seorang menghilang.
Seorang merajuk.
"Itu dia game kita !" kata Alya yang sudahpun seperti orang gila. Ada juga pekerja-pekerja lain yang dari tadi memerhatikan kelakuan pelik Alya namun dia orang hanya membuat tidak tahu saja.
Selepas saja mendapat kewarasannya, Alya berhenti dan mengeluh. Biar jelah apa nak jadi. Dia dan Solar memang bermusuhan pun. Oh tak, Solar je dia bukan. Dia mengambil sampah bungkusan roti Subway yang dimakannya tadi kemudian bangun dari situ.
///
Malam itu seperti yang dijanjikan oleh Alya dan Yaya, mereka berdua berada di surau untuk turut serta dalam kenduri tahlil yang diadakan oleh salah seorang penduduk di situ. Selesai saja majlis tahlil, kesemua yang hadir di jemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.
Semua pakat mengambil makanan untuk dijamu. Tak lepas juga pecahan Boboiboy dan anak muda yang lain. Suasana di surau pada hari itu agak meriah berbanding hari lain. Almaklumlah, kalau ada kenduri baru meriah.
"Eh, Alya ? Kenapa tak ambil makanan lagi ? Dah tak ramai orang." soal Yaya sambil meletakkan pinggannya di meja. Alya yang masih duduk termenung itu kosong itu hanya mendiamkan diri. Dia tak rasa lapar sangat malam itu. Lagipun, dia tengah elak diri dari bertembung dengan makhluk bercermin mata oren tu.
"Aku tak ada selera sangatlah Yaya. Tak apa aku temankan kau makan. Aku ambil air sekejap." katanya dan terus bangun untuk mengambil minumannya dan alang-alang itu ambil Yaya punya sekali.
Selepas saja mengambil minumannya dan Yaya, dia kembali duduk dan berbual kosong bersama Yaya yang sedang makan. Boleh pula tengah syok berbual matanya terpandang satu meja yang terletak jauh empat meja dari mereka.
Terlihat si adik beradik pecahan Boboiboy itu sedap menikmati juadah dan berbual dengan kuat sehingga terpaksa ditegur beberapa kali oleh makcik-makcik disitu. Alya hanya mampu ber-sweat drop bila melihat Blaze, Taufan dan juga Thorn dibebel oleh makcik-makcik disitu.
"Haih, kat mana-mana pun si tiga kepala mereng tu mesti ada je hal dia orang kan ?" soalnya meminta pendapat dari Yaya yang sudahpun selesai makan. Yaya hanya mengangguk setuju apabila dia juga memandang ke arah yang sama.
"Aku dah sudah. Kau nak bungkus lauk tak Al ? Kalau nak, aku boleh tolong minta kat mak aku buatkan." pelawa Yaya sambil menunjuk ke arah ibunya yang masih berbual dengan beberapa orang kawannya.
Alya mula berasa segan. Yelah dahlah jarang menampakkan muka, lepas tu nak tapau-tapau pula ? Aduh minta makcik bawang kecam dialah jawabnya.
"Eh tak apa Yaya ! A-aku seganlah. Lagipun aku tak ada rapat mana dengan orang yang buat majlis ni." tolaknya. Dia hanya mampu menolak walaupun hakikatnya dia mahu. Tapi apakan daya, memang betul apa yang dia katakan pada Yaya. Dia bukannya kenal sangat dengan wakil yang membuat kenduri tersebut.
"Tapi nanti kau lapar macam mana ? Tadi kau tak makan lepas tu tak masak pula tu." cebik Yaya. Dia kadang geram dengan perangai Alya yang suka menolak pelawaan orang. Katanya tak nak menyusahkan. Bagi Yaya, kawannya itu tak pernah menyusahkannya.
"Tak apa. Alah kalau aku lapar pandai-pandailah aku cari makan. Jomlah. Erm, kau nak balik dengan aku ke or mak kau ?" tanya Alya yang mula menggalas beg telekungnya. Yaya memasukkan sedikit kerusi yang mereka duduk tadi ke dalam meja dan memandang Alya.
"Mestilah balik dengan kau. Takkan nak biarkan kau balik sorang-sorang." balasnya kemudian tersenyum manis. Alya juga turut membalas senyumannya dan mereka berdua mula beredar dari situ.
///
Gempa yang dari tadi menjadi pemerhati mula memainkan peranannya. Dia menyepak-nyepak kaki Halilintar dan membuat isyarat mata kepada si pengendali petir tersebut.
Halilintar menoleh ke belakang dan memandang ke arah yang Gempa suruh. Matanya terbeliak. Dengan segera dia bangun dan mencapai satu bungkusan kecil yang dari tadi dibawanya dari rumah. Adik-adiknya yang lain mula melihatnya dengan pandangan pelik.
Tanpa menghiraukan pandangan dan soalan adik beradiknya, dia terus berlari anak mengejar langkah dua orang gadis yang mahu beransur pulang itu. Seperti tidak dapat, akhirnya nama salah satu gadis itu disebut.
"Alya !" panggilnya. Automatik langkah kedua gadis itu berhenti. Sama dengan dirinya yang sedikit tercungap-cungap itu. Dia memandang ke arah Alya yang sedang berkerut dahi memandangnya.
"Kau Hali ? Kau nak apa ?" soal Alya dengan nada yang agak menyampah. Dia mengeluh apabila kawannya itu mula bertindak untuk merajuk dengannya. Tapi dia tak kisah. Gadis dihadapannya itu merajuk sekejap.
"Nah." hulurnya. Dan hulurannya itu menambahkan lagi kerutan di dahi gadis tersebut. Bukan Alya saja malah Yaya yang di tepi juga turut memandang hairan ke arahnya.
"Eh apa ni ?"
"Makanan. Nah ambil." hulurnya lagi. Kali ni pakej dengan senyuman ikhlas istimewa dari bibirnya. Makin pelik AlyA dan Yaya. Alya laju menggeleng sambil kedua tangannya melambai ke kiri kanan tanda menolak.
"Weyh tak yahlah susah-susah. Yaya tadi nak tolong bungkuskan makanan pun aku tak nak ni pula kau. Tak apa-tak apa kau ambil aje." tolaknya dengan lembut diserta sengihan dibibirnya. Halilintar mula memandangnya mendatar.
"Tsk, ambillah. Ni bukan lauk kenduri. Ni aku bawa dari rumah. Ambillah aku ikhlas. Lagipun aku tahu, kau tak makan kan tadi ? Aku yakin balik rumah nanti kau lapar. So jangan banyak cakap, ambil." kata Halilintar sambil tersenyum ke arah Alya.
"M-macam mana kau-"
"Macam mana aku tahu tu tak penting. Dah ambil ! Lenguh tangan aku ni." katanya yang mula geram dengan Alya. Orang dah suruh ambil tu ambil jelah (╥﹏╥). Akhirnya, dengan perlahan-lahan hulurannya disambut jua oleh Alya.
"T-terima kasih. Aku balik dulu. Bye." ucapnya dengan wajah menunduk dan mula melangkah beredar dari situ bersama Yaya. Namun sekali lagi namanya dipanggil oleh Halilintar.
"Apa lagi ?" soalnya dengan muka annoyed. Halilintar memaling wajahnya ke arah lain sambil mengusap-usap belakang lehernya.
"S-sorry kalau aku tak reply chat kau. Internet aku dah habis masatu and aku sibuk tolong Gempa sampai terlupa nak beli kredit. Ni tadi baru beli and baru dapat chat kau. Sorry ya ?" katanya sambil menatap tepat mata gadis di hadapannya ini.
Wajah Alya mula merona merah. Okay dia malu sebenarnya sebab ni kali pertama dia dengar suara Halilintar yang nadanya lembutnya yang lain macam dan belum ada sesiapa lagi dengar suara Halilintar yang selembut itu.
"T-tak apa ! Asalkan a-aku dengan d-di-dia tak bertembung p-pun a-aku okay dah ! Ehehhe." jawab Alya dengan tergagap-gagap. Yaya yang memerhatikan Alya dari tadi mula ketawa kecil. Comel bila tengok Alya yang mula tak keruan bila Halilintar tiba-tiba saja menjadi sangat baik.
"Betul ni ?" soal si pengendali petir meminta kepastian. Alya mengangguk laju. Halilintar mula ketawa kecil dengan sikap tak keruan Alya itu. Dia kembali tersenyum manis.
"Jangan merajuk tau ? Bye bye." ucapnya dan terus beredar dari situ untuk kembali semula ke meja yang didudukinya tadi. Alya melepaskan nafas lega tatkala bayangan Halilintar sudah tiada di hadapannya. Segera dia menarik lengan Yaya untuk pulang dari situ.
"Ciee sukalah tu. Ada orang bagikan makanan siap cakap jangan merajuk lagi~" usik Yaya sambil tergelak kecil. Wajah Alya yang merah tadi kian mensurut kini kembali membahang semula tatkala diusik oleh rakannya.
"Ei mana ada ! Kita orang kawan biasa jelah !" kata Alya dengan muka yang sudahpun memerah. Yaya tergelak lagi dan mengusik.
"Iya ke ? Entah-entah lebih dari kawan ni. Kan ? Betul kan ? Mengaku jelah Alya~ " usiknya lagi. Beg telekung yang dipegangnya tadi mula dilibas ke badan Yaya tanda geram diusik. Alya dalam diam juga turut tertanya-tanya. Mengapa Halilintar berkelakuan pelik dan lain betul cara percakapannya sebentar tadi ?
///
Alya menekup mukanya di bantal untuk kali kelima. Dia mencampak bantal tersebut dan memegang mukanya yang dari tadi tak berhenti membahang.
"EEE APA MASALAH AKU NI ?! NAIK PANAS DAH MUKA AKU NI !" marahnya sambil menepuk-nepuk pipinya berkali-kali bagi meredakan bahang di wajahnya. Namun, ianya makin bertambah dan bertambah bila teringat kejadian di surau tadi.
"Fuh rileks Alya. Tarik nafas~ lepas~ tarik ! lepas~ fuh." katanya sambil membuat gaya menarik dan menghembus nafas bagi menenangkan dirinya yang tak keruan dari tadi. Apabila terasa sedikit tenang, dia mencapai handphone nya untuk menghantar mesej pada seseorang.
"Nak chat sekarang or esok eh ? Tapi-tapi tapi tapi- AH CHAT JELAH !" katanya dengan geram dan mula mencari nama seseorang tersebut. Terketar-ketar juga dia nak menaip.

Alya segera menutup handphone nya dan meletakkan di atas meja lampu biliknya. Bantal yang dicampaknya tadi diambil dan ditekup semula pada wajahnya. Dia menjerit di bantal itu lantas melepaskannya.
"Seram. Memang seram dia ni." katanya dan sekali lagi membuat benda yang sama. Muka jangan cakap, dari tadi tak berhenti merahnya. Nak-nak Halilintar cakap rindu bagai semua tu.
"K-ke...dia nak bagi hint yang...dia...
suka aku ?!!!!"
#TBC
• BOOM ! 😂😂😜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top