22. ππ€πƒπˆππ„ 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋

BAD GUY
Β©Arleadanial 2019






--Chapter 022--

*
*
*

β€œAKU tak setuju.”

β€œKalau atas arahan Tuan sekali pun, aku tetap tak setuju.”

Nadine Aira sekadar mengangguk. Dia terima keputusan itu.

Lagipula, dia tidak mahu memaksa. Pemuda itu masih tetap dengan pendiriannya yang menolak untuk menerima cadangan itu. Keputusan Danial Haesar yang mahu dirinya mengahwini Nadine Aira kedengaran langsung tidak masuk akal baginya.

Apatah lagi setelah dia mendengar Nadine Aira sendiri yang memutuskan untuk memilih dirinya dalam perbincangan itu. Entah apa yang sedang bermain main di minda gadis itu sehingga mengambil keputusan untuk berkata sedemikian.

Lagipula mereka sudah sepakat untuk saling membenci. Dan, hubungan antara mereka itu tidak akan lebih daripada hubungan seorang pengawal peribadi dengan anak gadis yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilindungi.

β€œKita bermusuh, Nadine Aira. Sejak dari awal lagi. Dan, aku tak boleh terima kau semudah tu maafkan aku. Kita dah sepakat. Apa yang lebih baik sekarang ialah kau membenci aku.” Sepasang mata Rayne Arzhael dalam menatap wajah Nadine Aira.

Gadis itu mendiamkan diri. Namun, dia akur. Lagipula dia memang sengaja mengatakan kehendak untuk memilih Rayne kelmarin dalam perbincangan itu.

Bicaranya barangkali tidak seserius nada yang dilontarkan. Barangkali dia tidak memaksudkan apa apa di sebalik bicara itu. Dia sekadar mahu menghentikan perbalahan antara Danial Haesar dan Nick Aiden. Tidak tahu pula hal ini akan semakin berlanjutan. Sehingga Nick Aiden tayang muka yang semasam cuka setiap kali memandang Rayne Arzhael.

Lelaki itu membangkang pilihannya. Tetapi, Danial Haesar pula bersikap sebaliknya. Si ayah cukup suka akan pilihan anak gadisnya itu.

β€œKau tak suka aku sebab aku cacat atau sebab aku anak Tuan?”

Tak semena Rayne Arzhael tersentak. Cepat cepat pemuda itu menafikan.

Penolakannya bukan kerana keadaan fizikal gadis itu. Jikalau ya kerana gadis itu cacat, itu maknanya dirinya sama sahaja dengan lelaki durjana itu yang cuma pandai bermanis mulut.

Jikalau mengenang akan kedudukan Nadine Aira sebagai anak kepada si Tuan pula, barangkali ya.

Masakan dia yang cuma bertugas sebagai seorang pengawal atau bawahan itu sehingga berniat untuk menikahi gadis ini. β€œAku menolak bukan kerana keadaan fizikal kau. Juga bukan sebab kau anak Tuan. Aku ada alasan aku sendiri yang kau sendiri faham maksud aku.”

β€œBaik, aku terima keputusan kau. Aku tak boleh memaksa. Jadi, lepas ni, jangan berpura pura baik depan aku. You can make me confuse. Just stay where you are, quietly. Sebab aku tak nak pula sampai tersuka kau.”

Jeda sahaja bicaranya, Aira lekas pamit. Bait bicara itu ternya mampu untuk bikin Rayne Arzhael terdiam seribu bahasa. Dari ekor mata, dia menghantar pemergian Nadine Aira sehingga kelibat gadis itu tak lagi kelihatan oleh sepasang mata. Sambil sambil tutur kata yang lepas lewat bicara gadis itu masih terngiang ngiang menampar halwa telinganya.

Tak semena sepasang keningnya rapat bertaut. Barangkali dirinya merasa hairan. Entah perlakuan seperti apa yang boleh bikin gadis itu keliru akan telingkahnya. Padahal apa yang dia lakukan adalah atas dasar tugas.

*
*
*


SAYUP sayup kedengaran bunyi kaca berdenting. Berkecai seribu sebaik menghempas bumi.

Suara riuh rendah di laman menarik banyak mata memandang.

Sehingga memaksa Nadine Aira untuk melihat sendiri. Tak semena gadis itu bungkam. Serpihan kaca bertaburan di atas tanah. Tak puas dengan itu, botol kaca kedua dihempas lagi.

β€œAbang Nick!” Gadis itu membentak.

Perilaku si abang bikin dia sehingga mampu naik darah. Apatah lelaki itu sengaja berbuat sedemikian untuk menguji pemuda di hadapannya. Nick Aiden mengesat peluh yang merintik ke dahi. Matanya mengerling menatap Nadine Aira buat sejenak sebelum lelaki itu beredar. Botol yang digenggam kemas sempat dibaling menikam tiang batu, nyaris mengena tubuh Rayne yang berlutut.

Nadine Aira kemudiannya menerpa ke arah Rayne yang tertunduk lemah di tanah. Sepasang jemarinya yang menggeletar sedari tadi menekup kedua dua belah telinganya. Sepasang mata pemuda itu berkaca. Sesekali Nadine Aira mendengar pemuda itu menggumam sesuatu yang tak jelas.

Acap kali diulang ulang olehnya.
Ini bukan lah kali pertama gadis ini melihat Rayne bertelingkah sedemikian. Dia pernah melihatnya seperti ini sebelumnya. Sehingga dia yakin keadaan ini barangkali ada kena mengena dengan asal usul Rayne yang cukup asing bagi dirinya.

Perlahan lahan dia hulur tangannya.
Dia ingin bantu pemuda itu seperti apa yang Rayne sering lakukan.

Huluran tangannya dipandang sepi.
Pemuda itu tidak berniat menyambut huluran itu. Seolah olah dirinya sedang meragui pertolongan itu. Dia menggeleng kepalanya perlahan lahan. Barangkali dia menolak untuk menerima pertolongan Aira.

β€œAku juga ada untuk bantu kau. Kau boleh minta tolong aku, Rayne.”

*
*
*

β€œSEBENARNYA, keadaan ni berpunca daripada masa kecil Rayne.” Adam membuka cerita. Louis yang duduk di sampingnya bisu sahaja.

Mereka tahu tentang itu. Itu pun kerana Rayne Arzhael sendiri yang menceritakan masa lalunya. Kononnya mereka saling berbagi titik kelemahan sebagai tanda mereka boleh mempercayai satu sama lain. Setelah mendengar masa lalu seorang Rayne Arzhael, Adam dan Louis masing masing diam tak berkutik.

Mereka seolah olah tidak percaya bahawa Rayne Arzhael lahir dalam kehidupan seperti itu.

Menurut Adam, ibu bapa Rayne itu ketagih alkohol. Setiap kali pulang ke rumah, mereka pasti mabuk. Rayne yang masih kecil diabaikan, dibiarkan terkurung di dalam rumah sehingga anak kecil itu mengerti akan maksud mengikat perut. Sejak lahir, Rayne sering sakit. Ibunya tak pernah sekali memberikan susu yang cukup buat anaknya itu sehingga Rayne hampir mati kerana kelaparan.

Setiap kali tidak punya wang untuk membeli minuman keras itu, ibu bapanya sehingga naik darah. Rayne lah menjadi tempat suami isteri itu melampiaskan amarah mereka.

Tubuh Rayne dipukul dengan botol kaca sehingga parut luka menghiasi belakang tubuhnya. Usai puas pasangan itu mendera anaknya ini, mereka keluar dari rumah. Sejak itu, Rayne dapati dirinya merasa takut mendengar bunyi hempasan kaca.

β€œSebab tak ada duit, mereka sampai buat pinjaman semata mata nak beli air kencing syaitan tu. Sampai lah mereka sanggup untuk jual anak sendiri di rumah pelacur sebab nak bayaran wang. Kononnya, minuman tu satu satunya cara untuk mereka terus hidup.”

β€œKalau tak minum, kononnya akan mati.”

β€œTuan lah jadi tempat mereka pinjam duit. Bila Tuan minta orang untuk tuntut bayaran, Rayne lah dipaksa bekerja cari duit untuk bayar semua hutang tu. Sampai ibu bapa dia sanggup nak perdagangkan anak kecil tu dekat lorong.”

β€œTapi, sebab masih tak mampu nak bayar hutang, mereka akhirnya jual Rayne kepada Tuan. Anak tu sebagai tebusan. Mereka kata, Tuan boleh buat apa saja kepada Rayne asalkan hutang mereka terlangsai. Nak layan seperti hamba abdi, atau jual anak tu kepada orang lain, mereka kata terpulang. Anak tu dah tak ada urusan lagi dengan mereka.”

Nadine Aira bungkam. Kali itu, dia rasa hatinya direntap.

Hatinya dipukul bertalu talu sehingga dia merasa sakit yang teramat.

Rayne Arzhael kala itu masih kecil. Usianya masih mentah lagi. Mengapa anak kecil sepertinya itu perlu melewati saat saat sedemikian? Kala itu, Rayne sepatutnya melalui hidup seperti anak seusianya yang lain. Tak usah hidup bermewah sekali pun, asalkan hari harinya itu senang.

β€œRayne dah tak ada sesiapa lagi, Cik Aira.”

β€œKalau ibu bapa sendiri dah tak terima darah daging sendiri,...”

β€œ...Saya anggap tiada tempat untuk pulang yang layak dipanggil rumah.”
Tak hairan lah mengapa Rayne cukup menghormati Danial Haesar.

Kesetiaannya kepada lelaki itu adalah lebih dari apa apa pun. Seolah olah tiada lagi yang lebih penting buatnya. Danial Haesar telah membela dirinya, berkongsi kehidupan yang selayaknya dilewati anak sepertinya. Dia anggap lelaki itu ialah ibu, lelaki itu juga bapanya.

Rayne cukup terhutang budi kepada Danial Haesar. Lelaki itu boleh sahaja membuang dirinya. Dia bukannya memberi untung pun.

Lebih baik jikalau anak mentah itu dibuang begitu sahaja. Tapi, Danial Haesar bawa dia pulang. Dia didik pemuda itu. Dia bela Rayne sehingga pemuda itu kini dewasa. Sehingga Rayne Arzhael meyakini bahawa tiada orang lain yang selayaknya dia hormati selain Danial Haesar.


--TBC--

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: AzTruyen.Top