♡93♡
• 3350 p.perkataan ♥
• Enjoy and do some vote and comment pleaseu ? ♡
DUA susuk tubuh manusia yang sedang berjalan di gigi pantai dipandang dengan perasaan berbaur. Tubuh itu. Wajah manis itu dan senyuman wanita itu cukup dia rindukan.
Seketika senyumannya terbit di bibir apabila susuk tubuh kanak-kanak lelaki di sebelah wanita itu terjatuh di atas pasir. Dengan cepat wanita di sebelah kanak-kanak itu mengangkat tubuh si kecil dan menepuk-nepuk perlahan punggungnya.
Kedua tangannya dikepal dan nafas ditarik dalam-dalam. Dia sudah bersedia untuk bertemu muka dengan wanita yang pernah dia sakitkan satu ketika dulu.
"Zazril berapa kali dah mama cakap jalan tu elok-elok haih kamu ni sayang...buat luka tadi macam mana ? Nak kena jahit ke ?" Si kecil yang bernama Zazril itu tersengih menayangkan giginya yang tersusun rapi. Si ibu pulak leka membersihkan seluar jeansnya yang kotor kerana diselaputi pasir.
"Sorry mama hehe Ril janji Ril berhati-hati lepas ni !" Tergelak kecil si ibu melihat anaknya bersungguh-sungguh mengangkat tangan kanan separa bahu seperti ingin mengangkat sumpah. Eyyy comel sangat kenapa ni ?!
"Syarwani"
"Ye enc -" Syarwani yang menunduk lantas mengangkat wajah dengan senyuman. Matanya terbuntang luas. Automatik tangan Syarwani menggenggam erat tangan kecil Zazril membuatkan kanak-kanak lelaki itu mengerutkan dahinya. Kenapa ibunya resah semacam ?
Wajahnya dipaling ke hadapan memandang gerangan yang menegur ibunya tadi. "Maaf --- saya tak kenal encik. Maaf ye jom sayang kita balik" Aiden menghela nafas berat dengan pantas lengan Syarwani ditarik perlahan ke arahnya membuatkan wanita itu berdesis perlahan.
"Lepas ! Aku kata lepas tu lepaslah !" Aiden mengangkat kedua tangannya paras bahu. Wajahnya dibuat seakan dia yang bersalah tapi memang salahnya pun sebab menarik lengan wanita itu secara drastik.
Syarwani membetulkan lengan baju panjangnya yang agak ronyok sedikit dek cengkaman maha kuat dari Aiden. Genggaman tangannya pada tangan Zazril dikemaskan.
"Ok saya tak buat dah tapi tolong tunggu sekejap. I have something to talk with you and this is important so please...listen ok ?" Syarwani mendengus kasar. Wajah Aiden dipandang dengan riak benci.
Tak suka dia tengok muka laki tu. Menyampah ! Lebih menyampah dari tengok mv Oli London."Faster. Aku nak balik. Anak aku panas dekat sini" Wajah Zazril yang kemerahan dipandang sekilas sebelum tubuh anak lelakinya ditarik merapat padanya. Si kecil itu hanya menayangkan wajah datar.
Dia tak faham apa yang mak dia tengah cakap dengan lelaki depan mereka dan entah kenapa dia tak suka melihat lelaki itu. Terutama sekali wajah lelaki itu sendiri. Aiden mengerling sekilas ke arah Zazril.
Anaknya sendiri yang dia pernah buang suatu ketika dahulu. Hati diruntun sebak dan makin sebab apabila wajah wanita kesayangannya di hadapan dia sekarang ini kelihatan kelat. Jelas bahawa apa yang Aryan katakan tempoh hari adalah benar belaka.
Nampaknya...Syarwani memang telah move on darinya. "Ki-kita rujuk. Boleh?" Berdebar-debar hati dia saat meluncurkan kata-kata itu. Syarwani tergelak kosong. Apa dia dengar tadi ? Rujuk ? Ko serius ah ? Lawak hanat haha.
"Sorry again but what ? Rujuk ? Nonsense ! Aku takkan sesekali nak rujuk dengan jantan DAYUS macam kau ni !" Aiden terpaku. Dayus ? Entah kenapa hatinya terusik dengan sepatah kata itu. Terasa dirinya sememangnya jahat di mata wanita itu sendiri.
"Tto-tolong Wani kita rujuk hmm? Zazril pun perlukan ayah right ? Lagipun kita boleh betulkan semuanya balik dan abang janji abang akan sedaya upaya bahagiakan Wani balik ye sayang ?"
Syarwani mengetap bibir. Bahagia ? Dia takkan pernah merasa bahagia setiap kali bersama dengan lelaki di hadapannya itu. Setiap kali wajah Aiden menyapa mata apa yang dia nampak hanyalah imbasan semula di mana dia didera,dijadikan kuli,dijadikan tempat melampiaskan nafsu serakah dan tempat untuk lelaki itu melepaskan amarah.
Wajah berkumis nipis Aiden dipandang dengan senyuman sinis. "Bahagia heh? Kau tahu tak kalau setiap kali aku tengok muka kau je aku dah teringat masa lalu ? Masa kau pukul aku ! Masa kau buat aku ni macam PELACUR ! Masa kau buat aku ni macam hamba je dekat mata kau. Itu yang kau kata nak bahagiakan aku balik ? Tolonglah Aiden --- tolonglah -- berhenti. Can you ? Aku dah move on dari kau so you need to do the same thing like what I do beside Zazril doesn't need a father like you. Ini baru kau yang pukul aku entah-entah bila dah rujuk nanti dengan anak sekali kau pukul kan ?"
Kening Syarwani terangkat tatkala melihat wajah Aiden yang seakan menahan berang. Jejaka itu turut mengetap kuat rahangnya sehingga menghasilkan bunyi yang agak kuat.
Cukup menggerunkan Syarwani tetapi kerana ego dia cuba membuatkan dirinya kelihatan berani ni mata lelaki itu. Tubuh kecil Zazril diangkat dan dibawa dalam kendongan. Belakang kepala anaknya diusap perlahan.
"I told you that I already change ! Salah ke abang nak berubah dan betulkan semula hubungan kita ? Salah ke Wani ? Salah ke hmm?" Aiden separa merayu di hadapan wanita itu. Keinginan dia untuk mendapatkan Syarwani melebihi segalanya.
Dua bulan lebih dia perhatikan Syarwani dari jauh dan baru hari ini dia mempunyai kekuatan untuk bersemuka dengan wanita itu. Termasuk lah anaknya. Zazril.
Riak wajah Syarwani berubah datar. Dia dah muak dengan perkataan BERUBAH kerana dahulu lelaki itu pernah mengatakan benda yang sama tetapi hakikatnya PERUBAHAN itu hanya sekejap.
Tidak lama dan itu membuatkan dia berasa trauma. Trauma untuk menerima PERUBAHAN yang dikatakan oleh Aiden.
"Dulu --- kau cakap benda yang sama dekat aku. Berubah. Berubah. Berubah sampai naik muak aku dengar. Ye aku mengaku dulu kau pernah berubah tapi sekejap. Lepas tu apa jadi ? Kau buat aku macam binatang Aiden. Macam binatang. Dan sekarang kau diri depan aku lepastu cakap benda yang sama kau dah berubah ? Dan kau tanya aku salah ke kau nak berubah ? Salah ke kau nak betulkan semua ni balik ? Semua jawapan dia ada pada kau Aiden. Bukan dekat aku dan one more thing is --- you're not the one yang ada dalam hati aku. It's someone else" tenang Syarwani berkata. Belakang badan Zazril turut ditepuk perlahan.
Wajah Aiden berubah ketat. Giginya bergesel sesama sendiri. Kedua tangannya turut dikepal. Dia tahu dia bersalah tetapi salahkah dia untuk membetulkan segalanya ?
Hati Syarwani tidak lembut seperti dulu dan terlalu keras hinggakan dia sendiri sudah tak mampu untuk melebutkannya semula. Tidak macam dulu lagi. Sekarang --- semuanya berubah.
"Siapa ? Siapa jantan tu ? Jantan yang selamatkan kau masa kau nak terberanak ke hah ?" Ujarnya mendatar penuh sinis.
Syarwani tergelak kecil. Takut ? Sumpah dia tak takut malah dia suka bila lelaki di depannya ini merasakan sakit di hati. Dia terlalu suka dan puas. "Haah kenapa ? Nak ganggu hubungan aku dengan dia pulak ? Sorry to say lah Aiden tapi hubungan sulit kau dengan betina entah dari mana tu aku tak pernah kacau jadi tak wajarlah kan kau nak ganggu hubungan aku dengan dia --- right?"
"Tapi dia BUKAN ISLAM WANI ! HE'S FUCKING NOT INTO ISLAM AND YOU WANT TO ACCEPT HIM ?!" Membuntang luas mata Aiden kerana tidak percaya akan kata-kata Syarwani. Sungguh perempuan di depannya ini sudah berubah. Seratus peratus berubah !
Syarwani terdiam sejenak. Dukungan Zazril diperbetulkan. Si kecil itu hanya berdiam diri dalam kendongan ibunya dan terkebil-kebil melihat pemandangan manusia yang lalu-lalang dan sekejap-sekejap memerhati ke arah ibunya yang sedang berlawan kata dengan lelaki yang tidak dia kenali.
"Aku tak kesah asalkan aku cintakan dia. Dia yang susah payah jaga aku,tanggung aku sampaikan makan,pakai Zazril semua dia yang sediakan. Nafkah zahir aku semua dia yang selesaikan. Kau ? Nothing Aiden. You did NOTHING so tak salah rasanya kalau aku sukakan dia apatah lagi cintakan dia. Boleh je aku pupuk dia masuk Islam. Dia takdelah sekeras hati kau. Kata je Islam tapi pukul bini. Celah mana Islam kau tu Aiden ? Setakat dekat IC right ?"
Baru Aiden nak membalas kata-kata Syarwani ada satu suara garau menegur mereka. "Wani. Is that you ?" Syarwani menggerakkan kepalanya sedikit ke kiri dan melihat Butler Ray sedang tersenyum manis ke arahnya. Lelaki itu lengkap berpakaian kasual dan berdiri sambil memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket sambil berdiri di belakang Aiden.
"Yes it's me sorry buat awak tertunggu-tunggu Ray" Aiden menoleh ke belakang. Dahinya berkerut habis melihat lelaki yang tidak dia kenali sedang berada di belakangnya.
Butler Ray mengekalkan riak kosong apabila matanya bertembung dengan mata Aiden sebelum mengukirkan senyuman kepada Syarwani dan Zazril. "Eh tak --- tak buat saya tertunggu pun lagipun tadi saya jawab call dari Tuan Muda" Wajah Syarwani berubah ceria.
Dia mendekatkan diri kepada Butler Ray lantas lelaki itu menyambut Zazril yang berada dalam dukungan Syarwani. Syarwani dengan rela memberikan Zazril kepada Butler Ray. Si kecil itu mengekeh suka apabila Butler Ray yang mendukungnya. "Uncle ! I miss you" Butler Ray mengucup pipi tembam Zazril dengan geram.
Comel sangat si kecil ni sampaikan dia rasa nak gomol selalu je ! Aiden di depan mereka berdua diabaikan. Lelaki itu mengepal kedua tangannya dan mendengus kuat membuatkan tumpuan Syarwani teralih kepadanya.
Lengan kekar Butler Ray yang berlapik baju lengan panjang digenggam perlahan. "Aku rasa takde apa lagi aku nak cakap dengan kau jadi bye" Butler Ray yang faham akan kata-kata Syarwani lantas bergerak pergi bersama wanita itu.
Aiden meraup kasar wajahnya. Kakinya menendang pasir pantai dengan sekuat tenaga. Orang ramai yang memerhatikannya diendahkan. Apa yang penting hatinya terlalu panas waktu ini.
Susuk tubuh belakang Syarwani,lelaki yang dia tak kenali tadi serta Zazril yang sedang tersenyum dan tergelak kecil di dalam dukungan lelaki itu dipandang dengan perasaan berbaur.
"Kau ! Kalau cara baik aku tak dapat jangan salahkan aku kalau aku guna cara kasar untuk dapatkan kau" Sengihan sinisnya terukir tanpa sedar.
Anak matanya mengecil memerhati wajah Zazril yang kian menjauh bersama dua susuk tubuh manusia itu.
"Aku tak kesah kalau ada nyawa yang tak bersalah melayang asalkan kau kembali dalam cengkaman aku sekali lagi"
Ye. Dia nekad. Walau apa pun yang terjadi Syarwani kena ada dalam tangannya. Wanita itu terlalu penting untuk dirinya.
Kalau sahajalah cara lembut tidak menjadi apa salahnya kalau dia menggunakan cara kasar bukan ?
"Hilang anak boleh dibuat balik tapi hilang kau takkan sesekali dapat diganti balik heh"
Cermin mata hitamnya yang tersangkut di kolar baju ditanggalkan dan dipakai semula.
Wajahnya berubah kosong dan dia bergerak pergi dari kawasan pantai memandangkan semakin lama semakin ramai manusia yang mengunjungi pantai itu.
_________________________________
PHONE yang berdering dari tadi diangkat. Matanya mengecil melihat nama pemanggil yang tertera. "Ray ? Ada apa lagi dia call aku ni ?" serak suaranya tika itu kerana baru sahaja bangun dari tidur.
Perlahan-lahan tubuhnya digerakkan dan disandarkan ke kepala katil. Selimut diturunkan ke bawah peha dan matanya terkebil-kebil untuk menghilangkan rasa ngantuk yang bersisa.
Jam dinding di hadapannya dipandang lama. Pukul 3:45 petang dan dia terjaga hanya kerana satu panggilan telephone. "Tuan Muda masih di talian ke ?" Leon berdehem. Rambutnya yang sedikit serabai dibetulkan dengan sebelah tangan.
"Ha ye kenapa kau call aku ? Apa yang penting sangat sampai kena call aku ?" Leon menguap kecil. Rasa mengantuk dia makin bertambah lah pula. Mungkin effect dia makan ubat rasanya tadi tu yang mengantuk tahap gaban.
"Saya cuma nak cakap yang Aiden dah jumpa dengan Wani. Dia terserempak dengan Wani based on what Wani told me" Leon terangguk kecil. Kepalanya disandarkan ke kepala katil. Matanya statik memandang ke arah siling bilik.
"Jadi --- dia cakap apa lagi dengan kau selain jadah terjumpa tu?" Ray di talian terdiam sekejap. Kedengaran lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang. Dari nada suara dan lenggok bicara sahaja Leon sudah dapat mengagak siapa yang berbual dengan Ray ketika itu.
Tak lain tak bukan si mamat kepochi Aryan Naufal. "Dia cakap Aiden mintak rujuk tapi dia kata dia tolak sebab dia dah tawar hati" Decitan kecil terkeluar dari mulut Leon. As expected terlalu cliche baginya. Tawar hati heh ?
"Oh tawar hati ? Motif kau call aku semata nak bagitahu benda ni jeke ?" Hujung jari hantunya digigit perlahan. Rasa kantuk dia mulai hilang sedikit demi sedikit.
Anak matanya dilarikan ke arah pintu. Rasa macam ada orang curi dengar tapi nanti-nantilah dia check. Tak payah teka dia dah tahu sape. 'Semak nak curi dengar apa aku cakap. Terajang sampai mampus kang baru tahu' hatinya berbisik geram.
Pantang atok nenek dia kalau ada orang curi dengar apa dia cakap. Rasa macam takde privasi pulak. "Err tak juga sebab Cik Wani errr nak mintak tolong Tuan Muda satu perkara"
"Shoot then"
"Dia nak satu bodyguard. Boleh ke Tuan Muda?" Leon terdiam sejenak. Bodyguard ? Celah jari dia jelah. "Boleh. Esok aku send so ni jekan ? Takde lagi right ?" Ray di talian menggelabah. Dia sebenarnya ada banyak benda nak tanya so tu yang bila dengar Leon cakap macam tu automatik dia menggelabah semacam.
"Eh eh Tuan Muda sat nah ! Namau off dulu sih saya nak tanya ni --- Tuan Muda akan balik sini ke ? Kalau ye bila ?"
Leon mencongak dalam hati. Dia sebenarnya ada banyak benda nak buat dekat sini dan banyak kerjanya tertangguh lagi. "Akan. Bila-bila yang aku nak" Belum sempat Ray nak menyambung kata Leon sudah mematikan panggilan.
Mencarut si Ray tu kerana panggilan dimatikan macam tu je. Aryan yang ada di situ berdekatan dengan Ray memecahkan tawa. Naik merah mukanya kerana mentertawakan Ray yang masam mencuka.
"Woi Aryan sudah lah ! Kau takde kat tempat aku so takyah nak gelak sangat lah !" Makin kuat Aryan gelak. Siap pegang-pegang perut ha.
"Waduh Ray lawak lah kau ni ! Baru kena end call muka dah masam mengalahkan jeruk HAHA" Ray menggulingkan bebola matanya. Dengan hati yang panas menggelegak dia mendaki tangga ke tingkat atas.
Tawaan Aryan yang masih bergema di rumah itu diabaikan. Yang penting hatinya kena disejukkan terlebih dahulu.
Phone diletakkan semula ke sebelahnya sebelum selimut yang masih membaluti kakinya diselak ke tepi ala-kadar. Kakinya yang hampir mahu jejak ke lantai bilik terhenti apabila satu deringan telephone kedengaran semula.
Dengan malas dia mengangkat tanpa melihat nama si pemanggil. "Apa lagi kau nak Ray ? Aku tahulah nak hantar bodyguard tu bagi dia kau ni pun macam aku ni bodoh sangat nak kena diingatkan banyak kali"
Terkebil-kebil orang di talian kerana disembur secara melulu. "Who's Ray ?"
Ddang !
Genggaman tangannya di telephone makin kuat. Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa di dada. Suara ni...suara yang dia selalu elakkan suatu tika dulu.
Suara yang sering menganggu dia di dalam lena. Suara yang membuatkan rasa benci di dalam dirinya meluap semula.
"Kau --- dah balik nampaknya. Apa yang kau nak Dariel?" Dariel menepuk tangannya di atas meja tanda suka. Nampaknya abang dia masih ingat akan suaranya. Nampak macam nama dia masih melekat dalam hati si abang.
"Kau ingat aku lagi lah bang. Happy pulak aku rasa bila kau ingat aku lagi" Leon mendengus kasar. Ingat dia hamak sangat ke nak sebut nama jantan tu ? Itupun entah kenapa mulut dia lancar sangat nak menyebut nama lelaki itu kalau tak dah lama dah tadi dia tengking,jerkah apa semua.
"Takde masa aku nak ingatkan kau --- pembawa malang bagi aku" dengan lancar dia berkata. Kakinya yang tidak jejak lantai bilik kini dijejakkan hingga mengena lantai.
Tangan kirinya ditongkat ke sisi katil sambil matanya memandang tepat ke pintu sliding yang masih ditutupi dengan langsir panjang berwarna biru gelap.
"Apa maksud kau ni bang ? Kau tak suka ke kalau aku dah balik ? Kau tak rindu aku ke bang ? Adik kau ?" Dariel di talian gelisah. Kenapa suara abang dia seakan lelaki itu benci akan dirinya ?
Tipulah kalau dia tak terasa. Dia terasa. Sampaikan tubir matanya sendiri berair kerana hatinya sakit apabila abangnya berkata demikian. Seakan dirinya tidak berharga bagi lelaki itu.
"Pardon ? Suka kau dah balik ? Sorry tapi aku lagi suka -" Leon terjeda seketika. Ketukan bertalu di pintu biliknya diabaikan. Dariel di talian mengigit tepi pipinya.
Hatinya berdebar menantikan bicara seterusnya dari si abang. "Kalau kau tak balik langsung. Takdelah sifat bawak malang kau tu kena dekat aku. Rindu kau ? Sorry to say that but i didn't have any words like 'missing someone' in my dictionary"
Dariel terkedu. Jujur --- hatinya hancur lebur tatkala abangnya berkata begitu. Phone yang semakin longgar pegangannya diketatkan semula.
Dariel berdehem. Wajahnya yang keruh berusaha dimaniskan semula. "Ehem aku dengar kau dah balik emm boleh aku jumpa kau bang ?"
Leon mengemam bibirnya. Jumpa ? Seketika bibirnya diukir senyuman sinis. "Boleh. Kau jumpa aku dekat alamat yang aku akan send nanti. Make sure kau datang SEORANG tak perlu nak bawak ORANG LAIN datang sekali. Aku nak cakap something yang dah lama aku simpan dalam hati"
Seketika Leon berdesis sakit. Dadanya belah kiri dipegang kuat dan dia menunduk menekur lantai. Sakitnya di bahagian jantung kian terasa.
Impak dari tembakan yang hampir mengena jantungnya sendiri. "Bang kau ok ke tak ni bang ? Bang ?!" Leon matikan panggilan. Makin lama makin menyampah dia rasa bila mendengar suara itu berlagu dalam telinganya. Seketika dia terjatuh ke lantai dengan muka yang memerah.
Tekapan tangan di dada kirinya makin lama makin dikuatkan. Jantungnya berdegup laju. Berpeluh sakan dia kerana terlalu sakit. "Sst ark ! Ssa-ssakit ark !"
Kai di luar bilik Leon menggaru pipinya. Pahal jantan ni taknak bukak pintu ? Tombol pintu dipulas sekali. Tercengang Kai dibuatnya. Lah tak kunci ke siak ? Kalau tahu takdelah dia jadi bodoh dari tadi mengetuk sampai naik merah tangannya.
Pintu bilik Leon dibuka dan matanya terbuntang luas. "WEI LEON !" Tubuh Leon yang tersandar di almari kecil sebelah katil lelaki itu dituju. Kelihatan tangan lelaki itu menekap kuat bahagian dada kirinya.
Kai yang menggelabah dengan cepat berlari turun ke dapur dan mencari-cari ubat-ubatan milik lelaki itu. Habis satu dapur dia geledah. Mana pula dia letak ubat laki tu ?!
"Abang Kai cari apa ni?" Pelik Aira dibuatnya apabila melihat Kai sedang mengopes segala jenis almari yang ada dalam dapur rumahnya. "Ubat ! Ubat Leon ! Ada nampak tak ubat dia ?! Damn shit mana aku letak sial !"
Aira yang turut sama dah mula gelabah turut mencari. Pintu peti ais dibuka dan anak matanya dijamu dengan satu paket plastik kecil berwarna putih dan berlogo hospital.
Terus dia mencapainya dan diberikan kepada Kai yang dah cemas semacam. "Abang ! Nah" Kai terus menyambut dengan cepat. Cawan kaca turut dicapai dan dibasuh ala-kadar lalu air masak dituang. "Thanks" tanpa memandang wajah Aira terus dia berlari naik ke atas untuk ke bilik Leon.
Aira tersenyum kelat. Takpelah asalkan lelaki itu masih mahu bercakap dengannya. Dengan perlahan dia turut melangkah naik. Rasa cemas di hatinya masih bersisa apabila melihat Kai yang seakan orang gila mencari ubat abangnya. 'Kenapa dengan abang ? Dia sakit lagi ke ?' Hatinya tertanya-tanya.
Pintu bilik abangnya yang terbuka luas dituju lalu dia menyorok di sebalik dinding. Kepalanya dijegul sedikit untuk melihat apa yang berlaku di dalam sana. "Bro nah telan dua biji"
Leon menyambut huluran cawan dan pil yang Kai hulurkan. Terus pil dimasukkan ke dalam mulut bersama air yang diteguk rakus. Kai mengusap dadanya perlahan. Nasib dia sempat sampai kalau tak tadi mati kejung jantan depan dia ni.
Cawan yang dah kosong diberikan semula kepada Kai. "Thanks dude. Takde kau tadi entah-entah mati aku tadi"
Kai tergelak kecil. Leon ni dalam sakit pun nak bergurau sama. Tubuh sasa Leon diangkat perlahan dan diletakkan semula di birai katil. Kai duduk bersila di lantai bilik sambil kepala terdongak memandang wajah Leon yang turut sama memandang ke arahnya.
"Kenapa dada kau sakit balik ? Ada orang buat kau stress ke tadi ? Kang Feng cakap jangan stress-stress nanti sakit kau tu melaram" Kai membebel perlahan. Leon ni kalau tak diingatkan berkali-kali memang suka buat orang risau.
Buktinya tadi lah ! Dah cakap jangan stress tapi degil nak juga stress. Habang Kai lah yang susah kena pantau kegiatan dia ergh. Nak sepak kang takut mantul jadi Kai hanya mampu membebel.
At least takdelah dia ditembak di dahi kalau mengamuk depan jantan tu sekalipun. "Tahulah -- aku tak stress tapi tertekan" Kai mengerutkan dahinya. Bukan stress dengan tertekan tu sama jeke ?
Wajah Leon yang kosong dipandang dengan hidung yang mengembang. "Bodoh kau tu jangan nampak sangat. Level kebodohan kau dengan aku dah nak sama taraf aku tengok. Selit dalam sikit biar dapat cover" Leon tersenyum nipis. Terhibur pulak tengok Kai yang menyampah dengan dirinya.
Nak buat lagi lah lepas ni biar selalu dia boleh rasa terhibur. "Tutupkan pintu bilik aku. Kang dapat free show je orang kat luar sana tu ha" Aira yang berada di luar bilik Leon tersentak. Cepat-cepat dia berlalu turun ke tingkat bawah apabila derap kaki Kai kedengaran ke arah pintu.
Kai menutup pintu bilik Leon lalu dikunci. Susuk tubuh lelaki itu yang masih duduk termenung dikerling sekilas. "Kau tidur ke tadi ?"
Leon berdehem perlahan tanda mengiyakan. "Ada apa kau ketuk pintu aku sampai nak roboh ?"
"Aku nak cakap something"
"Hmm about what ?"
"Adik kau. Dariel"
'Sial...budak tu memang pembawa malang'
Our kiddo actor awhhh Zazril in your area ! ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top