♡91♡





KEADAAN ward yang sudah berubah sunyi menjadi peneman dia di kala berseorangan. IV drip di tangan kanannya yang pucat lesi dikerling sekilas sebelum dia menghela nafas berat. Berapa lama lagi dia nak terkurung di sini?



Badannya juga sudah kejung rasanya kerana tidak berpakaian dari hari dia bangun dari koma haritu. Shirtless ! Dahlah ward siap beraircornd lepastu dia tak dipakaikan baju kerana kedua bahunya serta dadanya berbalut rapi dengan kain kasa.



Leon termenung sejenak. Mindanya terimbau kenangan hitam dia suatu ketika dulu.



LIBASAN demi libasan hinggap di badan kecilnya. Dia tidak mampu melawan atau membantah tindakan papanya dan apa yang dia mampu hanya meraung dan menangis sekuat hati.



Berdarah bibir bawahnya kerana digigit kuat dek ingin menahan rasa sakit yang mula menjalar ke satu badan.


ZZAP !

ZZAP !

ZZAP !



Tuan Alex makin menggila. Tidak dia hiraukan tubuh kecil Leon yang mula mengeluarkan darah. Yang pasti dia berasa puas akan semua tindakan yang dia lakukan tadi. Melibas anaknya sendiri !



"ARK SSA-SAKIT PA ! SST ARK !"


"SAKIT ?! KAU TAU PULAK RASA SAKIT ? EH YANG SELAMA NI KAU KERJA NAK SUSAHKAN AKU KAU TAK RASA AKU SAKIT KE HAH ?! SAKIT DENGAN PERANGAI TAK SUDAH KAU NI !"


Leon menangis dan menangis. Rontaan,rintihan dan raungan dia langsung tak dipedulikan oleh sang ayah. Tubuhnya dilibas tanpa henti. Dapat dia rasakan kulit belakangnya terbelah dan itu membuatkan Leon berhenti meronta.



Pipi kirinya sudah melekap di lantai sejuk bilik itu. Matanya digenangi dengan lelehan air mata yang lebat. Bergetar hebat bibirnya tika itu.



"HUH PUAS AKU DAPAT SEKSA ANAK TAK GUNA MACAM KAU NI !"



Tali pinggang yang digunakan untuk melibas anaknya dibuang ke tepi. Tuan Alex membetulkan bajunya yang dah senget benget. Rambutnya yang serabai turut diperkemaskan dan dia melangkah keluar.



Tidak sedikit pun dia mengerling ke arah anaknya yang dah terbaring lemah tidak berdaya di atas lantai. Leon teresak sendirian. Saban hari dia bertanya apakah kesalahan yang dia dah lakukan hinggakan kedua ibu dan bapanya tegar memperlakukan dia sebegitu rupa.



Besar sangatkah kesalahannya ?



Seharian Leon berbaring meniarap di atas lantai. Tidak mandi,tidak makan,tidak buang air besar mahupun kecil. Dia hanya menelentangkan tubuhnya membiarkan angin sejuk merawat luka di belakang badan kecilnya.




Seharian itu jugalah dia menahan perasaan. Memendam pelbagai rasa yang menusuk ke dada. Di usia muda sebegitu dia telah didera dan dia masih lagi tertanya.



Apakah salahnya ?




Bunyi pintu dibuka menyedarkan dia dari lamunan yang panjang. Leon berdehem perlahan tatkala susuk tubuh Sehun menyapa pandangan.



Lelaki itu membawa sebungkus makanan yang dah dibungkus rapi dan bergerak ke arahnya. Leon statik bersandar di kepala katil hospital dan hanya anak matanya sahaja yang menjeling tingkah laku Sehun di sebelahnya.



"Nah...aku belikan makanan favourite kau lagipun kau dah lama tak merasa makanan luar kan?" Sehun pasrah. Tiada sahutan yang dibalas oleh Leon membuatkan dia terangguk kecil. Tahu sangat perangai Leon makin lama makin kelihatan agak lain dan kadang-kadang lelaki itu seakan-akan mencabar tahap kesabaran mereka semua. Termasuk dirinya.




"Tak payah susahkan diri kau nak beli makanan untuk aku. Makanan hospital ni pun dah kira elok aku telan. Tak mampus pun lagi kalau tak makan makanan luar" ujarnya mendatar. Pandangan matanya yang kosong dilarikan ke arah set sofa di hadapan katilnya. Sikit pun tidak mengerling ke arah Sehun di sebelahnya.



Sehun mengurut perlahan batang hidungnya. Rasa stress melayan kerenah Leon yang mula berubah dingin dengan dia bahkan dengan kawan-kawan lelaki itu sendiri. Matanya dikerling ke arah parut-parut yang dia yakin berpunca dari kesan libasan di belakang badan sasa lelaki itu.



Hati kecilnya tertanya-tanya mengapa belakang badan lelaki itu penuh dengan parut? Bukan parut dari kesan tembakan atau tikaman tapi dari kesan seakan dilibas sesuatu.



Bagaimana Sehun tahu ? Dia turut pernah dilibas dahulu tapi cuma sekali dan dia sendiri masih mempunyai kesan libasan yang terlukis cantik di belakang badannya. "Ehem bila Feng kata kau boleh balik?"


"Lusa"



Suasana berubah sepi. Hening tanpa sebarang suara. Hanya kedengaran bunyi kipas ward yang berpusing-pusing. Alangkah bagusnya jikalau dia dihidupkan seperti kipas.



Dihidupkan bila perlu dan dimatikan bila tidak digunakan. Kadang bila ia dah rosak akan dibuang begitu sahaja. Dia penat nak jadi manusia. Banyak dugaan yang dia lalui. Bahagiakah dia kalau hidupnya sentiasa dibenci ?



Keluhan berat dilepaskan. Tangan kirinya dikepal kuat. Sehun hanya melihat. Tidak mahu bersuara takut wajahnya pula yang dijadikan punching bag.




Cukuplah haritu dia jadikan muka Chanyeol sebagai punching bag dan dia tak sanggup nak hadap karma untuk itu.


"Apa perasaan kau kalau ---- orang yang kau sayang --- pukul kau macam kau ni binatang ?" Sehun terkelu lidah. Dia menggaru perlahan tepi kepalanya. Matanya tunak memandang lantai ward.



Leon masih begitu. Statik bersandar dan tidak menyentuh langsung makanan yang dibawa oleh Sehun. "Erm kecewa ? Marah of course... Kenapa ?"



Leon tergelak kosong. Kecewa kah dia dengan sikap ibu dan bapanya ? Marahkah dia kepada mereka yang dah membesarkannya ? "Tak-takde apa. Nothing. Saja tanya"



Sehun mengerutkan dahinya. Apa yang Leon katakan agak tidak masuk akal baginya kerana jejaka itu jarang membuka mulut tentang sesuatu perkara dan ended up mengatakan ianya tiada apa-apa.



Musykil Sehun dibuatnya namun dia hanya mampu berdiam diri. Kalau disoal banyak kali sudah tentu Leon tidak akan membuka mulutnya. Suka sangat berahsia !




__________________________________





DARIEL menarik nafas dalam-dalam. Anak panah di tangan ditarik kuat ke belakang dan matanya tajam melihat bulatan merah di tengah-tengah papan berbentuk bulat yang di tusuk di tengah-tengah laman.




ZZAP ! Decitan sinis terlepas dari bibirnya. Anak panahnya selamat menusuk tepat di bulatan merah sepertimana yang dia mahukan. Rasa bangga sekejap pun ada.




Revan melangkah ke arah Dariel dengan berhati-hati. Kalau dia sergah kang takut kena panah je kang. Dariel menoleh ke belakang apabila terasa satu tepukan di bahagian bahu kirinya. Kening diangkat. "Apa?"




Revan berdehem kecil. "Abang Tuan dah sedar dari koma" Dariel membuka topi yang dia pakai. Alatan memanah dicampak begitu sahaja di atas tanah. "When ?"


"Minggu lepas" Dariel terangguk kecil. Jam tangan dikerling. Kalau abangnya dah sedar jadi bolehlah dia ke sana melawat lelaki itu bukan ?



Revan yang faham akan tindak-tanduk Dariel lantas mencelah. "Apa kata Tuan jumpa dia lusa ?" Kening Dariel terangkat semula. Wajah Revan dipandang datar. "Kenapa mesti lusa ? Sekarang pun aku rasa boleh kan?"




Revan menggigit bibir bawahnya. "Sebab lusa dia dah keluar ?" Bibir Dariel terjungkit sedikit ke atas. Ooh so lusa abang dia dah keluar hmm ? "Hmm suruh Freddy dapatkan aku current number dia. Aku sure dia dah tukar number"



Revan mengangguk patuh. Terus dia meminta diri untuk beredar ke dalam rumah. Dariel statik berdiri sambil berpeluk tubuh di tengah laman. Kepalanya didongak ke atas memandang langit yang sedang cerah.



Entah kenapa hatinya berdebar-debar ingin mengetahui sebab mengapa dia dicampak ke sana. Rasa tak sedap hati dan sebagainya seakan bercampur-baur menjadi satu.



"Aku harap apa pun sebab kau campak aku ke sana takkan sesekali regangkan hubungan adik beradik antara kita,abang"




_____________________________




FREDDY menyelak helaian demi helaian dokumen yang perlu dia semak. Cemin matanya yang melorot jatuh ditolak dengan hujung jari telunjuk. Ketukan di pintu diendahkan. "Masuk !"




Revan memulas perlahan tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam. Meja kerja Freddy dituju dan diketuk perlahan. Menggamit perhatian si jejaka yang sedang tekun melakukan kerja.




"Hmm nak apa Revan?" Laptop di sebelah dikerling sebelum perhatian ditumpukan semula kepada kertas di tangan. Pen dimain-mainkan dengan jarinya.




"Tuan Dariel mintak Tuan carikan current number Tuan Leon" Kening Freddy terangkat. Wajah Revan yang beriak kosong dipandang dengan riak tertanya-tanya. "Kenapa pun kalau aku dah dapat current number dia ? Bukan laki tu boleh jawab call dia pun kan?"



Revan berdehem kecil. Nampak sangat Freddy tak tahu Leon dah sedar dari koma. "Dia dah sedar Tuan. Dari minggu lepas lagi sebab tu Tuan Dariel nak Tuan carikan current number dia"



"Wait WHAT ?! DIA DAH SEDAR ?! DAMN IT !"




Revan menggosok perlahan cuping telinganya. Rasa macam dah nak pekak pun ada hok alorh. Lelaki kalau jerit mengalahkan perempuan ke apa ?




Laci meja ditarik kasar oleh Freddy. Satu helaian kertas tertera maklumat seseorang dihulurkan kepada Revan. "Ni semua pasal abang dia. Including his number,his private condo address and what so ever so you may go" Revan mengangguk dan meminta diri untuk keluar. Freddy terdiam sejenak. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.




Hujung mata pen digigit. 'Kalau Leon dah sedar jadi aku dengan Adam dapat tahulah kan penyebab kitaorang dicampak ke sana ?' hatinya tertanya-tanya.



Tapi --- tak ke ia akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan lelaki itu ? Yelah sebab baru sedar dari koma kan ? Freddy memejamkan matanya. Dahi dipicit lembut.



Hal syarikat tak diselesaikan lagi inikan pula hal pasal abang si Dariel. Naik pening dia dibuatnya !



"Damn it --- rumit sangat hidup aku ni !"










Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top