Bab 33~ {Small Talk with Direz}


Kyril membuka matanya. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah satu ruang gelap dan sunyi.

Lelaki itu bangun dari pembaringannya. Dia memandang sekeliling, mencari penghujung tempat itu.

Tetapi ternyata, hanya kegelapan saja yang menyelubunginya.

Dia berdiri dan membuka langkah, meneroka ruang serba hitam itu tanpa hala tuju.

Beberapa ketika kemudian, langkahnya tiba-tiba terhenti. Di pandangannya, dia ternampak satu susuk seorang lelaki yang membelakangkannya.

"Zach?" Kyril membuka langkah menghampiri lelaki itu.

Baru saja beberapa langkah dia berjalan, tubuhnya tiba-tiba terasa seperti dililit oleh satu rantai yang tidak kelihatan di mata.

Kyril serta-merta tidak boleh bergerak dan dia merentap tangannya, mahu melepaskan diri dari lilitan rantai halimunan itu.

"Zach!" Kyril menjerit memanggil nama lelaki itu.

Zach tidak mempedulikan panggilan itu. Dia berjalan menjauhkan diri dari Kyril.

Sedang remaja lelaki itu berjalan, tiba-tiba puluhan ceracak hitam muncul dari bawah kakinya dan ia menembusi tubuh Zach.

Mata Kyril membulat menyaksikan kejadian itu.

Zach tergantung di udara dengan puluhan ceracak hitam menembusi tubuhnya. Darah remaja itu mengalir membasahi ceracak itu.

Apabila darah Zach menyentuh lantai, serta merta satu gelombang terhasil dan warna lantai terus berubah menjadi merah.

Suasana itu kelihatan seperti lautan darah merah yang sangat luas.

"Zach!" Kyril menjerit sekuat hati dengan air mata mengalir di pipinya.

*****

"Kyril! Kyril!"

Kyril terus tersentak dan tersedar.

Matanya terbuka luas dan melilau, memandang sekeliling.

"Anak bonda." Diera terus memeluk erat tubuh Kyril.

"Bonda?"

Pelukan dileraikan. Diera menekup kedua-dua belah pipi Kyril dan mengusapnya lembut.

"Kamu tak apa-apa ke?" Diera bertanya dengan nada risau.

"Zach mana bonda?" Kyril bertanya dengan nada panik.

"Kau lupa ke? Lelaki tu ambil dia pada hari tu." Khaaled bersuara dari muka pintu.

Khaaled, Layla dan Irene masuk ke dalam bilik itu dan berdiri di sisi katil Kyril.

"Kau dah okey ke?"

Kyril tidak menjawab soalan Layla itu. Dia memejamkan matanya erat dengan dahi yang berkerut. Bayangan Zach di dalam mimpinya tadi bermain di dalam kepala

"Sakit kepala ke?" Diea bertanya dengan nada risau.

Kyril mengangguk perlahan.

"Kau tahu tak yang kau sebenarnya tak sedarkan diri selama dua hari?" Khaaled saja menanyakan soalan itu supaya Kyril tahu.

Kyril terus membuka matanya dan memandang tepat ke arah Khaaled.

"Dua hari?"

Khaaled mengangguk.

Pandangan Kyril beralih pula pada tiga lagi orang yang berada di dalam bilik itu. Mereka juga turut mengangguk mengiakannya.

Kyril melepaskan nafas berat. Dia menggosok mukanya beberapa kali.

"Ada apa-apa berita tentang Zach?" Kyril bertanya.

Semua menggeleng hampir seren.

"Tapi, bonda ada berita nak sampaikan pada kamu." Diera mencelah dengan suara yang serius.

"Berita apa tu?" Kyril mula berasa tertarik dengan berita yang mahu disampaikan Diera.

"Raja Noir dari Kerajaan Roze isytiharkan perang dengan kerajaan ni."

Riak wajah Kyril berubah. Berkerut dahinya mendengar berita itu.

"Apa lagi yang dia mahukan?" Kyril bertanya dengan nada marah.

Diera memandang Irene dan Kyril turut memandang ke arah Irene.

"Kami semua akan bertanggungjawab atas apa yang telah kami lakukan." Irene berkata.

"Ha?" Kyril keliru.

"Irene, jelaskan."

Irene mengangguk akur.

Irene memberitahu Kyril tentang enam pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulannya terhadap orang-orang atasan Kerajaan Roze. Pembunuhan itu adalah pembalasan dendam atas cubaan membunuh yang dilakukan sebelum ini.

Kyril hilang kata-kata. Sejujurnya, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Irene telah membunuh seseorang.

"Irene minta diri dulu." Irene bersuara dan mahu melangkah pergi.

"Baiklah, Irene." Diera menyambut permintaan itu apabila melihat tiada sebarang reaksi dari Kyril.

Gadis itu berlalu keluar dan meninggalkan yang lain terus berada di sisi Kyril.

"Ky, kamu berehatlah dulu, ya. Bonda perlu ke pejabat, ada sesuatu nak dibincangkan dengan ibu kamu." Diera berkata setelah melihat Kyril hanya diam membisu.

Lelaki itu memandang Diera dan mengangguk perlahan.

"Khaaled, Layla, terima kasih sebab datang melawat. Tapi, Kyril perlukan rehat untuk sementara waktu. Beta harap kamu berdua faham, ya." Lembut suara Diera berkata kepada dua sahabat Kyril itu.

"Tak mengapa tuanku, kami faham."

"Kami berdua minta diri dulu."

Kedua-dua mereka memandang Kyril.

"Kami aka datang lagi bila kau dah bersedia." Khaaled berkata sambil menepuk bahu Kyril.

"Cepat sembuh." Layla berkata dengan riak risau di wajah.

Setelah itu, mereka semua berlalu keluar dari bilik itu. Meninggalkan Kyril yang masih cuba menghadam semua perkara yang baru diketahuinya.

Tiba-tiba Kyril  mengepal buku limanya dengan kemas.

Di matanya terbayang-bayang wajah Gray dan amarahnya membara apabila mengingati lelaki itu.

*****

Jam1300

Kyril menyelinap keluar dari biliknya melalui balkoni bilik.

Dia mahu menenangkan fikirannya dan menghirup udara luar. Fikirannya terlalu serabut kerana asyik memikirkan cara untuk mendapatkan Zach semula dari Gray.

Ketika lelaki itu asyik berjalan sendiri di kawasan taman, tiba-tiba dia merasakan satu aura yang kuat dan ia datang dari arah taman bunga. Serta-merta langkahnya diatur menuju ke kawasan taman itu.

Langkahnya membawa diri ke kawasan hujung taman. Di kawasan hujung itu terdapat sebuah pokok yang besar dan berbunga biru. Di bawah pokok itu pula, kelihatan satu susuk perempuan sedang duduk bersila seperti sedang bermeditasi.

Kyril menghampirinya dan berdiri di hadapan perempuan itu.

"Lakaran apa semua ni?" Kyril tertanya sendiri apabila melihat pelbagai jenis lakaran aneh dilakar di atas tanah dan ia mengelilingi si perempuan.

"Irene." Kyril menyapa.

Gadis itu membuka matanya dan yang kelihatan hanyalah sepasang mata hitam penuh.

"Apa yang kau buat dekat Irene?" Nada suara Kyril serta-merta menjadi marah apabila mengetahui siapakah yang sedang mengawal badan Irene tika itu.

"Jangan risau, dia tak apa-apa dan dia sedang berehat sekarang. Aku cuma sembuhkan badan dia dan pulihkan semula apa yang perlu je." Direz berkata dengan tenang.

Kyril mengangguk faham. Tetapi, dia masih tidak suka apabila melihat Direz.

"Jadi, lakaran apa semua ni?" Kyril bertanya dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

Lakaran itu kelihatan seperti lakaran yang pernah diihatnya, tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mengingati di manakah dia pernah melihatnya.

"12 zodiak" jawab Direz singkat dengan mata yang terpejam rapat.

"12 zodiak? Bukan ke tu kuasa ayah aku?"Kyril bertanya dengan kerutan di dahi.

Direz membuka matanya dan memandang tepat ke arah Kyril.

"Apa kau fikir ayah kau saja pemilik 12 kuasa zodiak?"

Kyril tekejut.

"Kau pun pemilik 12 kuasa zodiak? Berapa usia kau sebenarnya ni?"

"Usia aku lebih tua dari apa yang kau tahu."

Kyril duduk bersila di hadapan Direz yang mengawal tubuh Irene.

"Jadi, pemilik 12 kuasa zodiak mempunyai usia yang lebih panjang dari pemilik satu kuasa zodiak? Core miliknya lebih panjang jangka hayatnya?" Kyril cuba meneka.

Direz mengangguk.

"Gabungan 12 zodiak membuatkan Core dan jasad menjadi seimbang dan kuat. Sebab itulah usia kami lebih panjang."

Kyril menganguk-anggukkan kepalanya.

"Kau pernah berjumpa dengan mana-mana pemilik 12 zodiak yang lain?" Kril bertanya dengan penuh minat.

"Aku ada jumpa dua orang sebelum ayah kau dan usia mereka lebih muda dari aku."

"Woah! Berapa usia kau sebenarnya? Berapa lama dah kau hiudp ni? Kau tak ada keluarga ke?" Kyril kekaguman dan dalam masa yang sama, kepalanya dipenuhi dengan pelbagai tanda tanya.

Direz tidak menjwab soalan itu. Dia kembali memejamkan matanya semula dan kembali fokus dengan perkara yang mahu dilakukannya sebelum kedatangan Kyril.

Kyril terus diam apabila dirinya tidak dilayan dan melihat Direz kembali fokus.

Sedang kedua-dua mereka berdiam diri, tiba-tiba perhatian Kyril tertarik dengan cahaya yang mula muncul dari satu-persatu lakaran yang mengelilingi Irene.

Setelah semua lakaran itu bercahaya, Kyril dapat lihat dengan jelas bahawa cahaya itu berjalur, membentuk aurora sebelum ia memasuki tubuh Irene.

Disebabkan kuasa dari cahaya itu, luka yang terdapat pada muka dan tubuh Irene menghilang dengan serta-merta.

Bertambah kagum Kyril melihat kebolehan yang dimiliki oleh Direz.

Beberapa minit kemudian, proses penyembuhan selesai. Tetapi, Direz masih mengawal tubuh Irene dan Kyril masih setia duduk di situ.

"Boleh kau ajar aku buat benda tadi?" pinta Kyril dengan teruja.

Meskipun Kyril sudah memperolehi kuasanya sebelum ini, tetapi disebabkan tidak pernah menggunkannya, dia mula mahu belajar menguasai kuasa miliknya. Setelah apa yang berlaku dua hari lepas, Kyril telah menanam tekad untuk belajar menguasai kuasanya.

Direz tidak segera menjawab pertanyaan Kyril. Dia memandang tepat pada si lelaki dengan pandangan serius.

Kyril tidak senang duduk dengan cara pandangan Direz.

Direz mendekatkan wajahnya dan mengangkat tangan.

Kyril yang cuak, terus memejam rapat matanya.

"Aduh!" Kyril terjerit kesakitan apabila dahinya dijentik dengan kuat. Dia terus membuka matanya dan memandang tepat pada Direz.

"Kalau kau tak lepaskan kuasa kau, sampai bila pun kau tak akan dapat nak belajar kuasainya." Direz berkata.

Tika itu, barulah Kyril perasan akan sesuatu. Dia segera menoleh dan ternampak empat pasang sayap miliknya.

"Oh! Apa yang kau buat?" Kyril bertanya hairan.

Sejak kali pertama dia peroleh kuasanya, lelaki itu tidak pernah menggunakan kuasanya. Fikirnya kuasa itu menghilang pada malam itu. Tetapi tanpa disedarinya, kuasanya itu terkunci sendiri di dalam diri dan dia tidak tahu bagaimana mahu membukanya semula.

Kuasa yang sedia ada pula, hanya sedikit saja dan tak setanding dengan Gray.

"Aku buka kunci yang mengunci kuasa kau. Sekarang barulah kau boleh berlatih menguasainya."

Kyril tersenyum sendiri.

"Terima kasih!" Kyril menundukkan kepalanya tanda penghargaan.

Direz hanya memandang saja Kyril. Sejujurnya, dia kagum dengan aura yang dimiliki oleh lelaki di hadapannya itu.

"Err. Direz."

Panggilan itu membuatkan Direz tersedar.

Dia memandang pada Kyril sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Macam mana aku nak simpan balik sayap ni?" Kyril bertanya dengan naifnya.

Direz hanya mampu menepuk dahi sendiri. Dia tidak menyangka yang Kyril langsung tidak tahu apa-apa tentang bagaimana mahu menggunakan serta mengawal kuasanya.

"Aku akan ajarkan kau semua perkara yang perlu kau tahu dan kuasai. Lagipun, Irene akan tidur buat masa yang lama dan aku ada masa untuk ajar kau semua perkara tu," kata Direz.

"Baiklah, faham. Terima kasih sekali lagi!"


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top