Bab 69

Can I Trust You?

Bulan Pertama

PAGI pertama untuk tiga bulan mencari jawapan untuk Dhia. Minyak wangi berjenama disembur pada tangan dan bajunya. Kemudian, tudung yang baru sahaja siap dililit dipandang berulang kali di hadapan cermin.

"Siap!"

Matanya kemudian jatuh pada Hayder yang sedang seronok bermain dalam tempatnya. Dhia mencapai beg kerjanya sebelum Hayder diambil dan didukung.

Baru sahaja kakinya melangkah menuruni tangga, langkahnya terhenti apabila mendengar bunyi kuali bertemu dengan senduk, diselangi dengan bunyi air dari pili paip yang mengalir.

Keningnya sedikit berkerut. Kepalanya dijengah cuba melihat apa yang sedang terjadi di dapur. Perlahan, kakinya bergerak ke arah dapur sebelum berhenti di sudut ruang tersebut.

Matanya tidak berkedip taktala melihat Aidan yang sedang berperang menyediakan sarapan itu. Bukan itu yang menjadi perhatiannya tetapi pakaian yang disarung pada suaminya. Dengan pakaian yang sudah lengkap berpakaian untuk ke pejabat. Lengan baju kemejanya berwarna biru cair itu pula dilipat hingga ke suku, menampakkan lengan kekar yang selama ini jarang sekali Dhia beri perhatian.

Namun entah kenapa pagi ini, matanya seakan-akan enggan dikalihkan.

Malah, bau wangian yang dipakai Aidan entah bagaimana lebih menarik perhatiannya hidungnya daripada bau masakan yang sedang disediakan oleh lelaki itu.

"Wangi pulak dia pagi-pagi ni" Detusnya dari dalam hati.

Dhia cepat-cepat mengelengkan kepalanya beberapa kali. Cuba membuang pandangan itu daripada otaknya.

Bunyi keletah Hayder membuatkan Aidan yang kusyuk memasak itu berpaling. Matanya tertancap ke arah isterinya. Kemudian dia memandang dari atas ke bawah beberapa kali. Jantungnya berdebar apabila melihat isterinya yang sudah siap berpakaian kerja itu. Langsung tak jemu dipandang.

Cantik, walaupun simple!

Aidan cepat-cepat mengalihkan pandangan itu lalu memandang ke arah Hayder.

"Morning sayang. Morning anak babah!" Ucapan selamat pagi itu membuatkan jantung Dhia berdegup laju. Dah kenapa aku ni?

Baru sehari Dhia belum tiga bulan lagi! Jangan mengalah!

Dhia sempat berdehem untuk membetulkan intonasinya "Morning" Balasnya pendek. Kerusi di meja itu ditarik.

Aidan yang melihat keadaan itu seakan-akan faham terus mengambil baby chair lalu diletakkan di sebelah Dhia. Dhia hanya diam terpaku melihat keadaan tersebut. Dibiarkan sahaja Aidan mengambil Hayder yang berada di pehanya lalu diletakkan di kerusi bayi itu.

Lantas, baby bibs dicangkukkan pada leher Hayder. Dhia yang tidak sempat mengarahkan itu hanya terus terdiam melihat Aidan yang seakan-akan tahu sahaja langkah seterusnya untuk Hayder.

"Thanks"

"Small matter je lah sayang. Saya pun baru nak belajar semua ni" Balas Aidan dan memberi satu senyuman manis kepada isterinya. Dhia hanya mengangguk faham.

"Nak makan tak?" Soal Aidan yang membelakanginya. Dhia diam sebentar. Tunak matanya tunduk ke arah jam tangan yang dipakainya lalu dipandang semula ke arah Aidan yang sedang membasuh peralatan memasak itu.

Bibinya dikemam. "Erm tak sempat lah Aidan, saya dah lambat sebenarnya. Saya turun ni pun sebab nak bagi Hayder makan je. Awak hantar dia kan?"

"Haah saya hantar. Oh, okay. Kalau tak sempat tak apalah. Sayang pergi lah kerja dulu. Hayder saya uruskan" Balasnya. Badannya dipalingkan lalu kedua-dua tanggan disandarkan pada meja itu. Satu senyuman tipis diberi pada isterinya.

Dhia sedikit tercengang mendengar jawapan Aidan. Macam tu je? Tak marah? Tak pujuk?

Tapi sebaliknya lelaki itu hanya membenarkan sahaja?

Dhia hanya mengangguk faham. Kalau itu yang diperkatakan oleh lelaki itu. Beg kerjanya dicapai lalu disarung pada bahunya. Pipi anak kecil itu dicubit lalu dicium "Mommy pergi dulu. Elok-elok dengan babah okay?"

Kepala Hayder digosok lalu badannya dipusing berura-ura ingin bergerak meninggalkan ke arah dapur sebelum dipanggil semula oleh Aidan.

"Sayang!" Panggil Aidan. Dhia tersenyum. Sah! Mesti nak pujuk aku makan ni! Dah cakap, laki ni mesti paksa jugak!

Dhia berpaling semula ke arah Aidan dengan muka yang sengaja diketatkan.

Aidan melangkah mendekati ke arah Dhia lalu dihulur sebuah paper bag ke arahnya. "Nah"

"Apa ni?" Soalnya. Dahinya berkerut. Cuba-cuba mengintai barang yang berada dalam paper bag ini.

Aidan mengosok lehernya yang tidak gatal. "Bekal. Saya ada masak mee goreng tapi tak tahulah sedap ke tak. Ingat nak sarapan sekali tapi sebab sayang sibuk jadi saya sediakan bekal lah untuk sayang"

Dhia tercengang kali kedua. Kemudian, kepalanya cepat-cepat mengangguk. "Terima kasih"

Lantas, Dhia terus berpusing. Dia menarik nafas dalam-dalam. Malunya! Dia salah sangka rupanya dengan si Aidan ini!

Argh! Benci! Benci! Benci!

Terus, cepat-cepat Dhia berjalan ke arah depan pintu sebelum terhenti. Tapak tanganya terus menepuk dahinya. Masalah hari ini akan terus berterusan ke?

Dhia mengeluh lalu dipusingkan semula badanmya dan bergerak semula ke dapur. Figura Aidan yang sedang memanaskan masakan Hayder dicari.

"Aidan" Panggilnya. Aidan yang sedar namanya dipanggil lantas dipaling memandang ke arah Dhia. Keningnya diangkat. Apa?

"Macam mana saya nak pergi kerja. Mana ada kereta" Luahnya. Terselit nada mengeluh dalam ayatnya. Paper bag yang dipegang olehnya diletak semula ke arah meja.

Aidan tertawa perlahan. Wajah Dhia yang mengeluh dan monyok itu membuatkan dirinya terhibur. "McLaren sayang kan ada, pakai je lah. Itu kan memang sayang punya"

Dhia mengangkat keningnya. McLaren Artura tu ke? Yang Aidan beri pada dia tempoh hari? Sebelum pergaduhan mereka berdua? Oh silap lah dia. Aidan ingat dia Lando Norris ke nak bawak kereta ni pergi kerja.

Dhia mengeleng kepalanya. "Kalau saya bawak kereta tu pergi kerja, orang ingat sayalah owner company tu sebenarnya"

"Oh ye eh? Hahaha" Terselit ketawa Aidan. Dhia mengeluh geram. Ketawa pula dia waktu-waktu genting macam ni? Macam mana dia nak pergi kerja?

Matanya memandang tajam ke arah Aidan yang sedang ketawa itu. Memang lah ketawa Aidan itu sedap masalahnya sekarang ni macam mana Dhia nak pergi kerja?

"Okay, okay sorry. Sayang nak saya hantar ke?" Soalnya. Aidan cuba beri cadangan yang mungkin Dhia mahu guna hari ini.

"No, tak sempat. Mana nak bagi Hayder makan lagi, awak pergi kerja lagi. No, no, no. Saya order grab je lah" Dhia mengeleng kepalanya. Tidak. Dia tidak akan meminta Aidan menghantar dia kerja hari ini. Memang tak sempat! Lagipun, jalan kerja mereka berdua tidak sama. Telefonnya dicapai lalu aplikasi grab dibuka.

"Myvi sayang? Tak nak? Saya dah servis hari tu. Masa sayang tinggalkan saya" Ayat terakhir itu diperlahankan. Tidak mahu Dhia mendengar.

Dhia yang baru sahaja membuka aplikasi grab terus memandang ke arah Aidan tersenyum. "Haah kan, okaylah saya pergi kerja naik kereta tu"

Aidan yang terpegun melihat Dhia senyum itu cepat-cepat mengangguk. Kakinya bergerak ke arah pintu hadapan rumah mereka sebelum sebuah laci yang berada di hadapan pintu itu ditarik. Dhia hanya membuntuti belakang Aidan. Tidak jauh tapi tidak dekat.

"Nah" Segugus kunci kereta berlogo Perodua dihulur pada Dhia. Dhia mencapai kunci tersebut lalu terus bergerak meninggalkan Aidan dan bergerak ke arah kereta. Kunci pintu ditekan lalu terus masuk ke dalam kereta tersebut.

"My baby I miss you!" Dicium-cium stereng kereta itu lalu punat power ditekan untuk menghidupkan kereta tersebut. Selama dia duduk di rumah keluarganya, dia akan menggunakan kereta milik Encik Razif atau Rafael untuk keluar.

Dhia tersenyum suka apabila kereta tersebut berjaya dihidupkan. Tidak lama kemudian, kereta tersebut terus bergerak meninggalkan perkarangan rumah itu.

Aidan yang sedang bersandar di pintu dengan kedua-dia tangannya disilangkan hanya memerhati tindak-tanduk isterinya sehingga kereta itu hilang dari pandangannya.

"Take care sayang" Ujarnya sendirian lalu masuk semula ke dalam rumah untuk menguruskan Hayder.




PINTU utama dibuka perlahan. Kasut tumit yang dipakainya diletakkan ke dalam almari kasut di luar rumah. Dhia melangkah masuk dengan beg kerja yang masih tersangkut di bahunya. Langkahnya sedikit berat.

Seharian menghadap kerjanya membuatkan tubuhnya berasa lelah. Mujur sajalah dia tidak dipaksa untuk bekerja lebih masa seperti pekerja yang lain kerana mereka sedang menguruskan satu projek percutian yang berskala lebih besar.

Sebaik sahaja dia melangkah ke ruang tamu, matanya disajikan dengan pemandangan yang membuatkan rasa penatnya hilang serta-merta. Beg kerjanya terus saja dicampak ke atas sofa. Kakinya laju saja duduk bersimpuh dan tangannya mengambil Hayder yang sedang duduk menonton cerita kegemarannya, Ms. Rachel bersama mainan bayi yang berada di sekelilingnya.

"Hayder anak mommy..." Panggilnya. Pipi gebu Hayder digomol geram.

"Anak mommy ni dah makan ke? Dah minum susu ke?" Soalnya banyak-banyak. Rindunya dia dengan bau anaknya. Bau susu, bau bedak, bau masam semua ada!

"Dah" Jawab Aidan yang sedang turut berjalan ke arah mereka sambil memegang botol susu di tangan.

Mata Dhia terus memandang ke arah Aidan sekali sebelum dikalihkan semula ke arah Hayder. Jelas yang pasti, Aidan masih belum menukar pakaian kerjanya. Pasti baru sahaja selesai menguruskan Hayder.

"Dia makan pukul berapa tadi?" Soal Dhia. Aidan yang mendekati mereka terus duduk bersila bertentangan dengannya.

"Pukul 7 tadi. Dah siap makan, saya terus mandikan budak masam ni. Ni baru nak bagi susu" Jawabnya kembali. Botol susu yang berada di tangannya ditunjuk pada isterinya itu.

Dhia mengangguk lalu mengambil botol susu ditangan Aidan lalu disuakan pada Hayder yang baring dipangkuannya.

"Dah makan?" Soal Aidan kembali. Cuba menciptakan suasana apabila kedua-dua mereka diam dan memandang ke arah Hayder. Matanya sesekali memandang ke arah isterinya yang kelihatan penat.

Dhia sekadar mengeleng kepalanya. Hari ini dia hanya sempat makan bekal yang Aidan sediakan sahaja. Itu pun selepas makan, dia terus kembali bekerja.

Aidan terdiam sebelum mengangkat keningnya. "Mama ada bagi makanan masa saya nak ambik Hayder tadi. Kalau sayang nak, sayang boleh pergi makan dulu. Hayder biar saya jaga"

Dhia mengeleng kepalanya lagi. "Tak apalah, saya nak bagi Hayder susu kejap lepastu main dengan dia. Nanti saya makan. Awak pergilah mandi dulu, saya jaga Hayder"

Aidan mengangguk faham. Kucing yang berada di atas sofa dari tadi dielus dan diusap berulang kali sebelum meninggalkan pesanan pada kucing gemuk itu. "Okay, baby teman mommy dan adik kejap tau"

Dhia mengangkat keningnya. Bibirnya tersungging naik. "Adik?"

"Yelah, baby kan abang. Dia lahir dulu dari Hayder jadi dia abang, Hayder adik" Jawabnya lantas bangun meninggalkan Dhia dan Hayder.

Dhia mengangkat bahunya. Membiarkan sahaja jawapan Aidan berlalu pergi. Telinganya kemudian terdengar bunyi mesin basuh yang sedang berputar. Dhia memanjangkan lehernya cuba melihat Aidan. Tidak lama kemudian Aidan keluar daripada ruangan dobi dari hujung dapur dengan berpakaian singlet putih.

Dhia yang melihat Aidan berpakaian sebegitu cepat-cepat menundukkan matanya memandang ke arah Hayder yang masih menyusu. Namun kepalanya dipanjangkan kembali apabila bunyi dari arah dapur mula kedengaran.

Jelas apa yang Dhia lihat sekarang, Aidan sedang menjalankan syarat yang diberinya semalam iaitu kerja rumah. Dhia takkan membuat sebarang kerja rumah jadi Aidan yang mengambil alih kerja tersebut.

Okay, pass!

"Sayang" Panggil Aidan setelah kerja rumahnya siap. Dia mendekati isterinya dan Hayder yang masih berada di ruang tamu. Dhia mengangkat kepalanya memandang ke arah Aidan.

"Saya nak naik atas kejap, nak mandi. Nanti saya turun balik jaga Hayder sementara sayang mandi dengan makan. Boleh ke?" Pintanya. Badannya habis berpeluh. Rasanya dia dah tak perlu pergi gym lepas ini. Kerja rumah pun dah serasa seperti buat workout!

Dhia mengangguk. "Boleh pergilah, by the way thanks"

"Most welcome"



MALAM yang ditemani dengan cahaya dari balkoni miliknya itu membuatkan biliknya yang gelap itu sedikit terang. Baby yang berada di sebelahnya dibelai penuh kasih sayang. Badannya tersandar pada kepala katil sambil tangan kanannya diletakkan pada dahinya. Aidan termenung. Memori tengah hari tadi mula menjengah fikirannya.

Tengah hari tadi, sebuah kafe yang terletak tidak terlalu jauh dari syarikatnya menjadi lokasi pertemuannya bersama Aryan, Arya dan sahabat baik Dhia, Jasmine.

Aidan duduk bersandar di kerusi sambil kedua-dua tangannya bersilang di hadapan dada. Matanya memandang ke arah ketiga-tiga figura di hadapannya.

Jasmine, Arya dan Aryan.

Wajahnya serius. Terlalu serius. Berbeza dengan ketiga-tiga figura yang berada di hadapannya sekarang.

Aryan sedang sibuk mengacau minuman di dalam bekasnya menggunakan straw walaupun minuman tersebut hanya tinggal ais. Itu pun dia sedang mengambil ais lalu dikunyah.

Arya pula sedang sibuk membelek buku menu di hadapan mereka walaupun sebenarnya mereka berempat sudah selesai makan. Perutnya masih ada ruang kosong untuk diisi dengan pencuci mulut.

Jasmine yang berada di sebelah Arya pula sedang kusyuk membalas mesej daripada seseorang sambil tersenyum-senyum.

Aidan menghela nafasnya. Lama, lama dia memerhatikan ketiga-tiga figura ini dengan perasaan geram dalam hatinya. Ingin sahaja dipiat-piat telinga Aryan dan Arya dan ditarik telefon Jasmine itu.

"Done?" Akhirnya Aidan bersuara setelah melihat ais di dalam gelas Aryan habis, Arya selesai memesan pencuci mulut dan Jasmine meletakkan telefonnya.

"Kau tunggu kitorang ke bang?" Soal Aryan. Aidan sekadar mengangkat keningnya. Dah tu, apa fungsi dia panggil mereka bertiga kalau tak nak bercakap?

"Okay, okay sorry. So, kau panggil kitorang ni sebab nak bincang pasal Dhia ke?" Soal Jasmine mewakili mereka bertiga. Kalau dia tunggu Aryan yang bersuara memang tak jadi apalah.

Aidan mengangguk. "Yup, all of you need to help me. This time"

Aryan tersenyum lebar. Terus, tangannya menepuk meja dengan kuat yang menyebabkan beberapa pelanggan di dalam kafe tersebut memandang ke arah mereka yang berada di hujung kafe itu.

Lantas, Arya yang berada di sebelah Aryan terus menyiku pinggang Aryan. "Kau ni!"

"Weh, finally kot?"

Aidan mengerutkan dahinya, termasuk juga dengan Jasmine yang turut menyerongkan kepalanya memandang ke arah Aryan.

"Apa yang finally?" Soal Aidan yang tidak faham dengan adik lelakinya ini.

"Finally abang aku sedar dia perlukan bantuan untuk pikat Kak Dhia! Nampak tak? Kau memang noob bab bab cinta ni" Aidan mengangkat keningnya. Arya yang melihat muka Aidan sudah mula ketat itu terus mencubit peha Aryan.

"Sakit, sakit bodoh. Lepaslah!" Tangan Arya yang mencubit pehanya terus ditarik. Ini tangan ke semut api? Bapak sakit siot!

"Aku bukan nak pikat dia" Kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Aidan Firash terus membuatkan ketiga-tiga mata di hadapannya memandang ke arah Aidan dengan riak tidak faham.

Aidan mengangkat kedua-dua tangannya. "Okay...maybe aku nak"

Mendengar ayat itu barulah ketiga-tiga figura di hadapan mereka kembali bersandar lega. Kalau Aidan tak cakap begitu, mungkin sekarang tazkirah-tazkirah daripada mereka bertiga akan mula keluar seperti bertih jagung GSC.

"So, what's the problem? Pikat je lah dia masalahnya. Dah ada anak kot, takkan tak reti lagi" Ujar Jasmine.

"Masalahnya kak, abang mana reti mengorat. Itu yang sampai Kak Dhia lari dulu" Potong Aryan pula dengan penuh bangga. Hidungnya kembang kuncup memalukan Aidan yang sedang memandang ke arahnya dengan penuh geram.

"Kau diam je boleh tak Aryan? Ambik ni, sumbat ais lagi dalam mulut kau" Gelas milik Arya diletakkan di hadapan Aryan. Menyuruh Aryan untuk mengunyah ais Arya pula supaya mulut Aryan tutup.

Aidan menghela nafasnya. Membuang perasaan marah dan geramnya. "Tapi keluarga Dhia dan Dhia bagi aku masa 3 bulan je"

Jasmine memandang pelik. "Three months for what?"

"For do anything to win her back. I don't know. Aku dah buat macam-macam cara tapi dia masih susah nak percayakan aku. So, she give me three months, to prove her that I deserve to be trusted" Jelas Aidan tentang 3 bulan mereka berdua. Arya yang berada di tengah-tengah mengangguk faham. Kesian pada abangnya tetapi dia sendiri yang timbulkan isu ini jadi terpaksalah dia tanggung.

"Okay then, don't screw up this up" Jawapan mudah diberi pada Aidan.

"I know Jasmine..."

"No, you don't . Aku serious Aidan" Potong Jasmin kali ini. Dia mencondongkan sedikit tubuh badannya ke hadapan.

"Sebagai kawan baik dia yang dah berbelas tahun kawan, actually aku tak tahu if hati dia masih ada kau atau pun tidak. Aku bukan Dhia. Tapi aku tahu satu benda, kalau dia betul-betul dah tak peduli, dia takkan bagi ruang langsung macam ni pada kau. Now, she gives you a chance so use it like your life depending on it. Don't fuck it up. Aku yakin dia cuma dilema. Dia tak tahu nak pilih hati atau otak." Ujar Jasmine serius.

Dia sangat mengenali perangai Dhia. Luar dalam Dhia semua dalam tangan dia. Crush pertama Dhia pun, dia tahu.

"I won't. Thats why aku panggil korang, aku nak mintak cadangan dan pendapat korang untuk tolong aku to win her back" Terdesak sungguh suara Aidan. Tiga bulan bukanlah jangka masa yang panjang. Dia tak reti tunjuk mahupun memikat wanita. Seumur hidup dia, Dhia ialah cinta pertama dia.

Dan,

Cinta terakhir.

Arya mengangkat tanggannya. "Question"

"Apa dia?"

"Kalau 3 bulan tu habis dan Kak Dhia masih tak nak abang...then what happens next?" Soal Arya sedikit ragu-ragu.

Aidan mengemam bibirnya. Tidak menjawab. Lama dia termenung. Tangannya mengacau straw di dalam gelasnya. "Maybe..."

"Its the end? Abang terpaksa terima kalau itu keputusan dia" Jawab Aidan. Arya mengangguk faham.

Jasmine juga turut mengangguk. "Actually that's the right answer. Tapi selagi belum 3 bulan ni habis, kau masih ada peluang untuk dapatkan dia. Kau cuma kena buat misi ngorat Dhia pula like how she did to you before this. Hmm...anggap je lah dunia terbalik pada kau semula. Dulu Dhia ngorat Aidan sekarang Aidan ngorat Dhia" Balasnya sambil mengangkat kedua-dua bahunya.

"Absolute right miss" Celah Aryan sambil mengangkat kedua-dua tangganya seperti meme stiker yang viral pada semua media sosial.

"Tapi...sebelum kita bincang plan untuk ngorat Dhia"

Ketiga-tiga adik beradik itu memandang ke arah Jasmine yang tersenyum tipis. Jari telunjuknya diangkat.

"First thing you need to understand is Dhia isn't going to fall for you because you buy her things."

Aidan mengangguk. "Aku tahu"

"Yes, you should. Dhia bukan perlukan lelaki yang cuba impress dia dengan belikan dia barang mewah atau habiskan duit untuk dia. Tapi, dia perlukan lelaki yang buat dia rasa selamat, boleh faham diri dia and yakinkan dia yang lelaki itu adalah lelaki terbaik dia pilih. Dan paling penting, bukan yang sorok rahsia daripada dia. She hate it so much" Jelas Jasmine panjang lebar. Dia tidak mahu kali ini lelaki di hadapannya buat kesilapan yang sama sekali lagi.

Aidan terdiam. Cuba menerima dan menelan kata-kata Jasmine yang teruntuk khas untuk dirinya.

"Consistency" Celah Arya.

"Exactly"

"Jangan sehari dua baik lepastu expect dia terus berubah. Kau kena buat benda yang sama setiap hari sampai dia sendiri tak sedar yang dia dah mula percayakan kau balik" Sambung Jasmine lagi.

Kali ini, Aryan pula mengangkat tangan. "Aryan ada cadangan"

Ketiga-tiga mata kini beralih arah fokus pada dirinya. "Kalau bagi something such like flowers? Chocolate? Everyday? Consistency?"

Jasmin mencebikkan bibirnya. "Boleh but not recommend"

"Why?" Kali ini Aidan pula mencelah.

"Dia suka lelaki yang ingat benda-benda kecil. Kan aku dah cakap tadi, dia bukan perlukan lelaki yang beli barang-barang untuk dia"

"Contoh....?"

"Small things. Like her favorite food, favorite drink, what she hate, what she like, what she do, what she did" Jawab Jasmine mudah. Aidan mengangguk faham.

Perkara kecil eh?

"Basically...bahasa mudah dia, kalau kau kenal isteri kau, kau boleh buat apa yang aku cakap tadi"

Ayat itu membuat Aidan tertunduk sedikit. Ya, semua perkara kecil tentang Dhia dia masih ingat. Masakan dia boleh beli makanan kegemaran Dhia, lauk pertama Dhia masak kalau dia tidak sayang dan cinta akan isterinya.

"Abang, period Kak Dhia pun dia tahu" Celah Aryan sedikit kuat. Terus ketiga-tiga tertunduk malu.

"What, betul kan apa Aryan cakap?"

"Aku menyesal ajak kau Aryan" Ujar Aidan yang sudah mengosok lehernya. Malu betul dapat adik kurang perasaan malu ni.

Aryan tersenyum puas "Too late, brother"

Jasmin memusingkan matanya "Okay, first month ni, don't try to make her love you but make her feel comfortable around you"

Aidan mengangguk. Info diterima.

"Second month, make her remember why she love you before this. Kenapa dulu dia sanggup buat misi mengorat Aidan"

"And then, for the third month..." Jasmine tersenyum tipis. Gelas yang berada di hadapannya diambil.

"Let her decide whether she still does" Sambungnya kembali. Gelas yang berada di tangannya digoyang sedikit lalu diminum.

Aidan mengangguk faham lagi. Keadaan kembali sunyi seketika.

"Okay" Jawab Aidan sepatah.

Arya yang melihat muka abangnya sudah mula seperti awan hitam mula menghampiri itu terus mengambil gelasnya yang berada di tangan Aryan lalu dijulang. "To no stupid decisions"

Jasmine mengangguk setuju lalu turut menjulang gelasnya. "To Dhia not killing Aidan before three months end"

"To Aidan pay for the food today" Aryan yang tidak mahu ketinggalan itu turut menjulang gelanya lalu ketiga-tiga mereka cheers sesama mereka.

"So, dah habis ke?" Celah Aidan yang hanya memerhati tindak-tanduk mereka bertiga. Tak padan dengan umur. Perangai semenggah seperti kanak-kanak. Ingatkan dua orang saja yang dia kena jaga rupanya ada tiga orang.

"Belum, Mike tak sampai lagi. So, kita kena tunggu dia untuk brainstorm sama-sama apa next plan kita" Balas Jasmine sambil tersengih-sengih malu.

"Kau dengan..."

"No, kawan je." Cepat-cepat Jasmine memotong.

"Kawan je? Are you serious?"

"Aku dapat nombor dia masa kenduri kahwin korang haritu okay" Jawab Jasmine cuba menjelaskan keadaan sebenarnya. Pipinya kemerah-merahan menahan malu.

Aryan terus menoleh kepada Arya. Kedua-dua otak mereka seperti sel-sel yang berhubung. "Interesting"

"Diam eh korang"







Dhia
Saya balik lewat sikit malam ni. Ada kerja sikit

Hayder dah makan? Susu? Mandi? Dia tengah buat apa sekarang?

Aidan
Okay sayang. Ramai ke kat sana?

Dah tidur dah dia. Lepas habis settelkan dia terus dia tertidur

Ni baby temankan dia

Dhia
Haah dalam 10 orang jugak

Alright noted, sorry kena stayback

Dhia melihat gambar yang baru dihantar oleh Aidan berulang kali. Rindunya dia dengan anak kecilnya ini. Ditambah lagi dengan si baby yang menemani Hayder tidur. Rasa mahu digomol dua- dua hidupan bernafas ini.

"Amboi Cik Dhia kita, tak lepas eh tengok telefon tu" Sakat Aisya apabila melihat Dhia masih tidak lepas memandang telefonnya. Dhia yang ditegur itu terus sahaja meletak telefonnya.

"Lapar kan? Haih apalah nasib kena stayback semata-mata company ni. Bukan kita yang untung company ni jugak yang untung" Celah Kamal salah seorang pekerja yang terpaksa ikut mereka semua bekerja lebih masa. Dahlah hari ini ada bola! Geram sungguh rasanya bila terpaksa duduk kat dalam pejabat ni.

"Hmm...nak buat macam mana. Client kita kali ni bukan biasa-biasa. Kalangan anak raja, mestilah boss nak yang terbaik untuk syarikat dia" Jawab pula Aisya. Dipendam sahaja rasa geram dalam hatinya. Ikutkan dia pun ingin turut marah tapi mengenangkan boss mereka ini baik dengan mereka jadi terpaksalah dia maafkan sahaja.

"Tapi korang tak lapar ke? Aku lapar doh" Sambung balik Kamal sambil memandang pekerja-pekerja yang lain yang berada dalam pejabat itu. Masing-masing jelas muka kepenatan. Ada yang sudah menongkat dagu, ada yang sudah terlentok kepala, ada yang sudah bersila di atas lantai.

"Lapar!" Suara 10 orang pekerja bergabung. Masing-masing lapar termasuk lah Dhia. Kali terakhir dia makan adalah waktu lunch break mereka. Itu pun sandwich telur yang Aidan sediakan buat bekalnya pagi tadi. Tak mengapalah, mungkin balik ni dia akan makan maggi kat rumah.

Ting!

Satu notifikasi mesej daripada Aidan muncul di skin telefonnya. Lantas, Dhia terus mencapai telefonnya lalu nama Aidan ditekan.

Aidan
Saya ada order makanan untuk sayang and the team. Nanti ambiklah

Dhia mengerut keningnya seketika. Macam mana dia tahu aku tak makan lagi? Ngam-ngam pula waktunya.

Dhia
How you know?

Aidan
Instinct?

Tapi kalau salah, tak apa. Anggap je rezeki semua orang. Enjoy your food!

Dhia terdiam. Terus matanya dihala pada Kamal yang masih sedang merungut kelaparan itu.

"Kamal, ada grabfood hantar makanan kat bawah. Tolong ambik kejap" Arah Dhia padanya. Kamal yang masih membebel kelaparan itu terus bercahaya matanya taktala mendengar makanan. Terus dia berdiri lalu mengangguk sebelum turun ke bawah untuk memgambil makanan.

Mesej daripada Aidan dibiar sahaja berlalu. Dia kembali menyambung kerjanya. Tidak lama kemudian, Kamal kembali dengan beberapa beg plastik makanan yang dipegang penuh oleh kedua-dua tangannya.

"Wey, banyak gila! Kenapa kau tak bagitahu aku kau order banyak macam ni. Kalau tak, aku mintak si pondan tu tolong bawak sekali" Bebelnya sedikit sambil meletakkan beg plastik makanan di atas meja.

Terus, laju seperti burung helang, terus sahaja kesemua pekerja di dalam pejabat itu berdiru mengelilingi meja tersebut. Ada tangan yang sudah pun membuka plastik makanan tersebut.

"Manalah aku tahu, bukan aku yang order" Jawabnya bersahaja sambil membuka beg plastik makanan tersebut. Satu demi satu bungkusan makanan dikeluarkan sehingga memenuhi keseluruhan meja tersebut.

"Wey NakNak siot!" Jerit salah satu pekerja itu. Terus dirasa, perut mereka semakin berkeroncong apabila bau makanan itu sudah memasuki rongga hidung mereka.

"Ambik lah, sorang satu" Ujar Dhia. Dia turut mengambil set makanan itu lalu kembali ke mejanya. Kemudian, lantas sahaja telefonnya diambil lalu nama Aidan dicari.

Dhia
Thank you belanja whole team today

Aidan
Anytime

Dhia tersenyum kecil. Kemudian, telefonnya diletakkan kembali di tepi. Set makanan itu dibuka. Baru sahaja dia ingin menyuap kentang terus meja Dhia dipenuhi oleh rakan-rakan mereka yang masih memegang makanan.

Dhia mengangkat keningnya beberapa kali. "Asal? Tak sedap ke?"

Terus digeleng laju-laju oleh mereka. "Siapa belanja ni Dhia? Mahal ni. Banyak set pulak tu" Soal Aisya pula. Cermin matanya dibetulkan semula apabila hampir melorot jatuh ke hidung.

Dhia mengemam bibirnya sebelum tersenyum hingga menampakkan giginya tersusun rapi. "Suami aku"

Sekadar 10 set NakNak ni celah gigi Aidan je lah Dhia rasa.

"Pergh! Baik gila suami Dhia. Guys, suami Cik Dhia kita belanja! Ucap terima kasih!" Sambung Kamal sambil menjerit gembira.

"Terima kasih suami Cik Dhia!" Ucapan terima kasih dari semua yang berada dalam pejabat itu buat Dhia. Dhia hanya tergelak sambil mengeleng kepalanya.

"Makan okay, jangan berebut"

Di situasi sebelah sana pula, Aidan mengusap kepala Hayder yang lena tertidur di samping si Baby.

Ya, dia tidak akan bertanya pukul berapa Dhia balik, dengan siapa dia bekerja, menyuruhnya pulang cepat.

Dia cuma tahu satu perkara.

Isterinya sudah memberitahu dia pulang lambat dan itu sudah cukup bagi dia. Dan dia akan percaya pada isterinya.

"Babah rasa untuk hari ni, babah pass kot kan?" Soalnya sendirian. Rancangan di televisyen tidak lagi menarik perhatiannya. Matanya hanya lebih tertarik pada Hayder dan si Baby.

Kucing gemuk yang sejak dari tadi tidur di sebelah Hayder kini membuka matanya perlahan.

Aidan memandangnya. Kepala si Baby itu dielus perlahan. "Baby pun rasa pass ke harini pujuk mommy?"

Kucing itu hanya sekadar berpurrrr lalu kembali menutup matanya. Aidan mengangguk sendiri. "Goodboy"

Dia mengambil semula telefonnya dan satu group whatsapp ditekan lalu dia menekan papan kekuncinya menaip sesuatu sebelum dihantar.

Khas Untuk Dhia

Aidan
Info, aku belikan makanan untuk dia dengan team dia sebab kena OT kat tempat kerja

Aryan
Eleh, tu opah pun boleh buat😏

Aidan tersenyum sambil tergeleng-geleng kepalanya apabila membaca mesej tersebut. Terus laju sahaja nama group ditekan lalu discroll sehingga nama Aryan dijumpai lalu ditekan dan perkataan remove from the group dipilih dan remove.

"Padan muka kau"

~Don't Forget to Voted, Comment and Share ~
Thank you!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top