PROLOG

"BAWAKAN padaku King Of Fire hidup-hidup ke alam Fantano! Aku mahukan kuasa itu untuk takluki dua alam! Bergerak sekarang! Aku tak mahu menunggu. Jika kamu semua tak dapat bawa apa yang aku inginkan..." Raja Marlen terjeda sebelum perlahan-lahan dia bergerak ke hadapan. Matanya memandang satu per satu wajah yang sedang menghadapnya. Tongkat di tangan yang memiliki tiga gabungan kuasa dihentak kuat ke tanah. Wajahnya yang tenang bertukar bengis.

"Aku akan pastikan seorang demi seorang mati dalam gelungan air yang menggelegak!"

Laksamana Darsh menunduk tanda hormat. Matanya mula menentang sepasang mata yang penuh dengan ketamakkan itu, Raja Marlen.

"Maaf tuanku, adakah tuanku pasti bahawa tuanku hanya mahukan King Of Fire? Bagaimana pula dengan yang lain? Setahu patik, Sea Mermaid dan Queen Of Forest juga tidak kurang hebatnya." Laksamana Darsh cuba menyuarakan pendapat.

Temenggung Haze dan Bendahara Trade mula terpana dengan keberanian Laksamana Darsh. Memang itulah yang mereka fikirkan, tetapi mereka tidak yakin bahawa Raja Marlen akan terima. Silap-silap mereka akan dicampak ke dalam air panas.

Raja Marlen tersenyum sinis.

"Kau tak perlu risau tentang itu. Aku hanya mahukan King Of Fire dahulu. Kemudian, aku akan umpan yang lain untuk aku dapatkan kuasa itu semula. Aku tahu apa yang aku rancang." Balas Raja Marlen dengan tenang.

Ketiga-tiganya mengangguk faham.

"Patik menurut perintah." Lantas Laksamana Darsh, Temenggung Haze dan Bendahara Trade melangkah pergi seusai sahaja mereka menunduk kepada Raja Marlen. Mereka akan berangkat ke alam manusia dan cuba menjejak orang yang mereka cari untuk dibawa ke alam Fantano.

King Of Fire.

-------------------

Dee ketap bibir. Rambutnya yang dilepaskan diikat menjadi sanggul sementara dia bersembunyi di belakang batu yang tersorok. Nafasnya turun naik. Sempat dikerling rakan-rakannya yang masih berperang dengan orang-orang alam Fantano.

Temenggung Haze menghentikan semua pergerakan. Terkebil-kebil mereka yang sedang berlawan tiba-tiba berhenti secara mendadak. Inilah kuasa yang dimiliki oleh Temenggung Haze, tetapi malangnya tiada siapa boleh bergerak ketika itu termasuk dirinya sendiri. Maklumat hanya boleh disampaikan melalui percakapan sahaja.

"Aku tak mahu berbasa-basi lagi." Laksamana Darsh memandang lama wajah Amar yang sudah luka akibat peperangan sebentar tadi.

"Straight to the point lah! Kau nak apa dari kami?!" Biel yang dikenali dengan sikap panas baran mula bersuara lantang. Ya mereka tak boleh bergerak, tetapi mulut masih berfungsi untuk melawan.

"Tenang, Strong Woman. Aku cuma mahukan salah seorang kawan kau untuk dibawa menghadap Raja Marlen. Izinkan aku?" Laksamana tersenyum sinis, beberapa kali dia mengerling ke belakang dimana keberadaan Amar yang sedang marah.

"Hell, no!"

"Temenggung Haze,"

Sekelip mata pergerakan yang tadinya terhenti sudah kembali normal. Syaf terpelanting. Wawa di awangan sudah jatuh menimpa tanah. Dee masih hilang menyorok di belakang batu, memikirkan strategi. Dia tak boleh berdiam diri sahaja.

"Kau Sea Mermaid?" Soal Laksamana Darsh dengan nada mendatar sambil memandang Aish. Aish tak menjawab sebaliknya dia menggenggam penumbuk. Kuasanya untuk berlawan sudah kurang kerana kehabisan air di sekeliling. Melainkan dia akan menjadi ganas ketika berperang di pulau berdekatan lautan yang terbentang luas.

Laksamana Darsh menjeling Aish. Pantas dia memandang Faz pula. Keningnya ternaik tinggi.

"Dan kau pula, Queen Of Forest?"

Laksama Darsh berundur ke belakang semula sebelum dia naik atas kudanya. Dia berpandangan sesama orang bawahannya sebelum menjuih bibir ke arah Amar. Satu per satu wajah diperhatikan.

"Raja Marlen mahukan King Of Fire."

Apabila mendengar sahaja gelaran itu, pantas keenam mereka berdiri di hadapan Amar, cuba melindungi kawannya yang bakal dirampas. Dee turut berlari semula ke kawasan peperangan. Dia tak akan biarkan orang alam Fantano mengambil Amar daripada mereka! Tak akan sesekali!

"Langkah mayat kami dahulu."

-------------------

IDENTITY CARD TUJUH

Basic to know her :
Berambut putih entah sesat dari planet mana entah. Bertubuh langsing, panas baran dan suka bertengkar dengan Faz bagai anjing dan kucing.

Basic to know her :
Gemarkan camera, suka pakai hoodie setiap masa dan sabar melayan kerenah tujuh yang lain.

Basic to know her :
Beliau adalah seorang perempuan yang berperwatakkan lelaki. Selalu cool dan perempuan paling hensem dalam tujuh. Rambutnya pula dipotong gaya boy haircuts. Nice kan?

Basic to know her :
Selalu menjadi orang yang paling akhir, dianggap oleh adik dalam tujuh kerana sifatnya yang manja, suka merajuk. Seperti di dalam gambar, dia gemar memakai topi seperti seorang chef kerana impiannya ingin menjadi chef telah lama terkubur.

Basic to know her :
Mempunyai rupa yang menarik seperti orang korea. Perangai juga seperti Faz yang lebih kepada kebudak-budakan. Degil dan nakal. Obses dengan KDrama dan juga Kpop.

Basic to know her :
Ahli tujuh yang berhijab. Bersopan santun serta berperwatakkan seperti seorang perempuan sejati.

Basic to know her :
Dia juga manusia sesat ke bumi seperti Biel kerana memiliki sepasang mata berwarna kelabu. Kelemahannya ialah tidak yakin pada diri sendiri. Dia juga pendiam orangnya.

Itu sahaja ahli tujuh kami. Mari mula terokai!

-------------------

Okay ke Keyo?

acathemelon as Aish
LAmigoNizz as Biel
naishahumaira as Amar
putericoffee as Faz
itsyaf as Syaf
nrnjwa_ as Wawa
theDynna_ as Dee

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top