Tuan Arasy | Epilog 2
"Everyone deserves a happy ending."
Arasy yang tadinya sibuk mendengar perbincangan antara pihaknya dengan QZ Company mula teralih tumpuan apabila merasakan getaran berkali-kali dari telefon pintarnya yang telah di buat ‘silent mode’ di dalam poket seluarnya. Dia yang masih cuba untuk memberi tumpuan mula terganggu apabila melihat isyarat mata dari Jazmy. Jelas terpancar riak resah di wajah setiausahanya itu dan Arasy tahu mengapa.
Tanpa berlengah lagi, dia menarik keluar telefon pintarnya dari poket seluarnya lalu pesanan WhatsApp’s yang dia terima dibuka lalu dibaca kesemuanya. Semuanya dari orang yang sama. Cinta hati kesayangannya…
‘Baby boo awak nak makan apa?’
‘Saya confuse lah nak masak apa?’
‘Baby boo???’
‘Banyak sangat ke kerja awak, baby boo?’
‘Awak tak layan saya… (emoji nangis)’
‘Baby boo awak buat apa ni? Awak dekat mana ni?’
‘Jangan sampai saya datang office awak, baby boo! Saya serius ni.’
‘Arasy sayang, where are you!!!’
Arasy mula menggelengkan kepalanya perlahan. Telefon pintar itu dijatuhkan ke atas meja. Jarinya mula naik memicit pelipis yang mula timbul. Entah mengapa, Amanda semakin banyak kerenah dua tiga minggu ini. Ada sahaja yang tak kena dengan isterinya itu.
Arasy tak balik lunch dekat rumah, Amanda tarik muka masam. Arasy balik lambat, Amanda merajuk tak nak bercakap. Arasy pergi outstation, Amanda ugut nak pindah rumah mama dan papa. Aduh! Pening.
Sekarang Arasy lambat reply whatassp. Apa yang Amanda akan buat lepas ni?
Tanpa sempat Arasy membalas, pintu bilik mesyuarat itu terbuka dari luar membuatkan semua manusia yang berada di bilik mesyuarat itu terkejut. Kelihatan wajah masam isterinya di muka pintu. Di sebelahnya pula terdapat Zynn yang sudah menggelengkan kepala. Bagaikan sudah tidak mampu untuk memujuk Amanda untuk bersabar lagi.
“Puan Amanda…”
Jazmy mula bersuara terkejut apabila melihat kelibat isteri majikannya di hadapan pintu. Pandangannya kemudiannya dialihkan ke arah Tuan Arasy yang sudah berdiri.
“What are you doing here, Mrs Arasy?” Tegas dan keras nada suara Arasy saat ini. Mereka sedang mengadakan perbincangan penting dan kelakuan Amanda saat ini sedikit sebanyak menguji kesabaran Arasy.
“Saya… saya…” Amanda mula kekok sendiri.
Semua mata yang tepat memandangnya saat ini membuatkan dia gugup sendiri. Bawah bibirnya digigit perlahan manakala kedua-dua belah digenggam erat untuk menghilangkan resah dan ketakutan di hati. Riak wajah Arasy sudah bertukar tegang membuatkan Amanda mula ketakutan.
“I’m asking you, Amanda. What are you doing here?” Tanpa nada yang keras seperti tadi, Arasy kembali menyoal. Walaupun suaranya sudah tidak kasar tetapi anak matanya tajam memandang tubuh kecil isterinya itu.
“Saya… Saya…” Belum sempat Amanda menjawab, Arasy terlebih dahulu bersuara.
“Sorry Fir. Kita bincang lain kali?”
Permohonan maaf mula dia ajukan pada rakan kongsinya untuk pertubuhan sebuah syarikat perhotelan baru di Dubai. Lelaki yang berkemeja dan memakai coat hitam sama seperti Arasy mula menganggukkan kepalanya perlahan.
“Tak apa. Kau settle dulu problem kau. Projek ni simple je. Nanti aku suruh Hana emailkan dekat Jazmy draft projek tu, okay?” Firdaus mula memberi idea yang membuatkan Arasy kembali menghela nafas lega.
“Thanks bro.” Mereka mula berjabat tangan.
“Jangan garang sangat. Nak menangis dah aku tengok bini kau tu. Silap hari bulan tidur luar lah kau malam ni …” Balas Firdaus mengusik. Dia juga sudah beristeri. Keadaan seperti itu sudah dia lalui. Biasalah adat berumah tangga.
Amanda menundukkan kepalanya memandang lantai. Dia bagaikan seorang pesalah yang bakal dikenakan hukuman. Arasy terlampau menakutkan. Sudah lima minit mereka diam tanpa bersuara membuatkan suasana di bilik itu semakin menyeramkan.
“Amanda…”
Amanda mengangkat muka dengan wajah takut. Perlahan sahaja dia mengangkat wajahnya itu. Kali ini renungan Arasy sudah tidak setajam tadi. Suara Arasy juga sudah sedikit lembut tidak kasar seperti tadi.
“Amanda, awak tahu saya tengah meeting tadi kan? Kenapa awak main masuk je? Tak reti nak sabar? Tak reti nak tunggu saya siap meeting?” Arasy mula menyoal.
Suaranya tidak kasar malah semakin lembut tetapi berjaya membuatkan Amanda kembali menundukkan kepalanya.
“Manda minta maaf.”
Amanda menundukkan kepalanya perlahan. Air matanya mula bergenang. Entah mengapa, semenjak-dua menjak ini dia selalu menaikkan darah Arasy. Kadangkala dia merasa takut. Dia merasakan bukan dia yang mengawal dirinya.
“Amanda? Ya allah, sayang… Awak kenapa ni? Saya tak marah pun. Saya tegur je.”
Kalut Arasy menghampiri isterinya yang sudah mengalirkan air mata di hadapannya itu. Ditarik tubuh isterinya ke pelukan lalu bahu isterinya diusap lembut. Entah mengapa perlakuan Arasy itu membuatkan tangisan Amanda semakin lebat. Esakan kecil mula kedengaran dan semakin kuat membuatkan Arasy gelabah.
“Sayang… Sayang kenapa ni? Amanda…?” Arasy meleraikan pelukan lalu wajah Amanda dibawa menghadapnya.
“Arasy…” Mulut wanita itu tersebik-sebik menahan esakan dengan air matanya yang tidak putus-putus mengalir.
“Ye sayang… What happen? Huh, Amanda?”
Jari-jemari Arasy ligat mengusap air mata yang turun di pipi isterinya itu. Rambut isterinya itu diselitkan ke telinga supaya dia dapat melihat seluruh wajah isterinya itu.
“Isk… Isk… Saya… Saya takut….”
Amanda kembali menangis membuatkan Arasy risau sendiri. Bahu isterinya digosok perlahan dengan harapan supaya Amanda sedikit bertenang walaupun dia pasti semua itu mustahil.
“Takut kenapa sayang? Tell me, baby. What happen…” Arasy mula memandang Amanda serius. Dia juga risau apabila melihat Amanda menangis setakut ini. Pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran isterinya itu sekarang.
“Saya rasa ada alien masuk badan saya. Huwaaaaaa…..! Saya takut…”
Terjatuh pegangan tangan Arasy di bahu isterinya. Mulutnya ternganga setelah mendengar jawapan isterinya itu. Dia mula jatuh terduduk di sofa kerana terlampau terkejut.
“Amanda, please… Jangan main-main.” Serius suara Arasy kali ini. Tunak anak matanya memandang wajah isterinya yang masih menangis itu.
“Awak ingat saya tipu ke Arasy? Saya tak tipu! Isk…Isk… saya takut ni! Arasy, jom bawa saya pergi jumpa ustaz. Kita pergi berubat. Saya takut ni…”
Amanda mula menghampiri Arasy dengan tangisan lalu dia duduk di sebelah suaminya itu. Tangan Arasy digenggam seerat mungkin.
Arasy memandang tangannya yang digenggam Amanda lalu wajah isterinya yang basah dengan air mata itu dipandang lama.
Nak cakap isterinya menipu, terasa jelas tangan Amanda yang sedang menggeletar ketika menggenggam tangannya saat ini. Wajah isterinya yang penuh ketakutan itu dipandang penuh risau.
“Betul awak tak main-main Amanda?” Arasy menyoal lagi.
“Main-main buat apa? Isk… Isk… Tak tipu lah…” Amanda teresak-esak lagi.
Arasy mula mengusap lembut air mata yang mengalir di pipi Amanda lalu tubuh isterinya itu dibawa ke dakapan. Kepala isterinya disandarkan ke dadanya yang berbalut kemeja putih. Tubuh isterinya itu dipeluk seerat mungkin.
“Jangan risau baby. Kita cari cara nak halau alien tu.” Balas Arasy selamba.
Terdapat ketawa kecil di hujung ayatnya. Lucu apabila mengenangkan dirinya yang bagaikan sudah masuk dalam dunia fantasi isterinya.
“Awak ketawa?!” Amanda pandang Arasy tajam. Arasy tersenyum kekok.
“Eh, silap. Saya dah tak ketawa. Sorry… sorry…” Arasy kembali membawa Amanda dalam dakapan. Aduh, tajam betul Amanda pandang dia. Macam nak membunuh!
“Saya takut ni Arasy…”
“Okay, saya akan sentiasa dengan awak baby. Don’t worry my dear.” Pujuk Arasy lagi. Amanda yang masih menangis itu kembali mengeratkan pelukan ke tubuh Arasy. Bagaikan mencari secebis kekuatan di tubuh itu.
Arasy yang tadinya duduk memandang telefon mula berdiri apabila melihat kelibat isterinya yang pucat melangkah ke arahnya. Tubuh isterinya dibawa duduk di sebelahnya di hadapan doktor perempuan itu.
Petang tadi Amanda mengadu sakit kepala membuatkan dia menemani isterinya itu seharian. Amanda yang muntah-muntah setelah makan nasi goreng seafood buatannya membuatkan dia panik.
Terus sahaja dia memecut ke klinik 24 jam berdekatan. Mahu menelefon doktor peribadi keluarganya, wanita itu berada di luar negeri. Terpaksa dia mencempung isterinya ke situ.
“Macam mana doktor?” Arasy mula menyoal risau. Amanda yang memeluk tubuhnya sambil menyebamkan wajah ke dadanya dipandang prihatin. Lemah sahaja tubuh isterinya itu.
Doktor perempuan yang berada di hadapannya tersenyum kecil melihat reaksi sepasang suami isteri itu.
“Kita tunggu result urine Puan Amanda ye, Tuan Arasy.” Lembut doktor perempuan itu bersuara.
“Kenapa dengan isteri saya ni doktor? Semenjak dua menjak ni, perangai dia lain macam. Pelik.” Balas Arasy menyuarakan kegusaran hati.
“Pelik macam mana tu Tuan Arasy?” Soal doktor muda itu bagaikan tidak mengesyaki apa-apa.
“Makin hari makin pelik. Selama ni, isteri saya ni manja tapi tak adalah kuat merajuk. Sekarang, semakin hari semakin banyak kerenah. Suka betul merajuk. Lepas tu bila tegur sikit, mula lah drama air mata. Selama ni kuat juga dia drama air mata tapi semenjak dua menjak ni makin menjadi-jadi. Naik pening kepala saya.” Balas Arasy panjang lebar.
Amanda di pelukan hanya mengutuk Arasy dalam diam. Dia terlalu lemah untuk bersuara. Tak mampu dia menyangkal perkara yang diucapkan suaminya. Semuanya benar belaka.
“Biasalah Tuan. Rasanya Tuan kena hadap perkara ni beberapa bulan lagi. Kalau tak bernasib baik, mungkin sampai Sembilan bulan.” Balas doktor perempuan itu lagi. Arasy mula mengerutkan keningnya.
Sembilan bulan?
Pantas sahaja dia memandang Amanda yang tidak berdaya di pelukannya sebelum kembali memandang doktor perempuan itu dengan wajah teruja.
“Doktor yakin ke?”
Doktor perempuan itu tersenyum kecil apabila melihat reaksi Arasy. Nampaknya lelaki di hadapannya bukan seperti suami di luar sana yang masih blur. Jelas kelihatan aura seorang Tuan Arasy Naufal, peneraju Mukhriz Group dan merupakan jutawan muda yang berjaya saat ini.
“Kita tunggu result urine Puan Amanda.” Balas Doktor perempuan itu lagi.
“Kalau macam tu, jangankan sembilan bulan, setahun pun saya sanggup doktor.” Balas Arasy gembira.
Arasy mula mencium umbun-umbun isterinya ketika wanita itu mengangkat wajah memandangnya. Jelas terpancar wajah keliru di dahi isterinya itu. Nampak sangat isterinya itu masih blur. Alahai, isteri siapalah comel sangat ni?
“Terima kasih Isma.” Doktor perempuan itu mula meneliti keputusan ujian air kencing milik Amanda. Terukir senyuman di bibirnya membuatkan Arasy mula teruja.
“Tahniah Tuan Arasy, Puan Amanda disahkan mengandung dua minggu.”
Amanda tergaman manakala Arasy menarik senyuman lebar. Dicium wajah Amanda berulang kali membuatkan wanita itu lemas dan menepuk dadanya supaya menghentikan perlakuannya itu. Wanita itu mula menyembunyikan wajahnya di dada Arasy. Malu apabila doktor perempuan itu memandangnya ketika Arasy sibuk mencium wajahnya.
“Arasy…” Amanda pandang Arasy dengan anak mata yang membulat. Pipinya sudah merah menahan malu.
“I love you baby. Thanks you for the best gift ever.” Ucap Arasy dengan sneyuman sebelum bibir merah Amanda dicium sekilas membuatkan wanita itu menjerit malu.
“Arasy!”
Doktor perempuan itu sekadar menguntum senyuman. Inilah perasaan bakal ibu dan ayah yang baru mengetahui kewujudan janin di perut isterinya. Siapa yang tak bahagia? Setiap pasangan suami isteri di dunia ini terlalu mahukan cahaya mata.
Cahaya mata juga merupakan pelengkap rumah tangga yang dibina.
Raisya memandang pasangan suami isteri di hadapannya itu dengan wajah meluat. Arasy yang sibuk menyuapkan Amanda cheese tart itu dipandang menyampah.
“Amanda mengandung je bukan patah tangan sampai nak bersuap bagai.”
Raisya mula memberi sindiran pada pengantin lama itu. Amanda mengekek ketawa apabila melihat wajah masam Raisya.
“Awak jealous kan Raisya?” Amanda mula menyoal, nakal.
“Jealous? Hello, sikit pun tak! Menyampah adalah.” Balas Raisya geram. Dia mula mengalihkan pandangannya pada suasana di dewan itu yang penuh dengan tetamu dan kaum kerabat yang menghadiri majlis perkahwinannya hari ini.
Gaun putih Mutiara di tubuhnya dipandang dengan perasaan meluat. Ibunya dan ibu Wafiy yang terlalu teruja menyediakan semua ini. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia melarikan diri dari sini terus terbang ke Jepun. Tapi memandangkan dia seorang instafamous dan influencer yang terkenal. Dikuburkan segala keinginan gilanya itu. Akhirnya, dia terjebak di sini bersama Tengku Wafiy Aryan!
“Wafiy mana?” Arasy mula bersuara. Dia mula memandang ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat Wafiy.
Sudah lima belas minit Raisya ditinggalkan dengannya dan Amanda. Kata Wafiy, lelaki itu mahu berjumpa dengan rakannya. Raisya pula menurut tanpa banyak membantah. Mungkin wanita itu mahu melarikan diri dari terus berdiri di sisi Wafiy sepanjang masa.
“Entah. Mati dah kut.” Selamba Raisya menjawab. Dia kini menjatuhkan wajahnya ke telefon pintarnya sambil jarinya men’scroll Instagram miliknya. Tiada apa yang menarik perhatiannya. Semuanya hambar seperti perkahwinan ini.
“Raisya, apa cakap macam tu?” Amanda mula menengur. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan. Dia mula berdiri.
“Baby, saya cari Wafiy kejap.” Arasy mula bersuara.
“Okay, baby boo. Nanti datang sini semula okay?” Amanda mula membuat janji.
“Okay, sayang.”
Umbun-umbun isterinya dicium lembut lalu dia beredar dari situ mencari kelibat Wafiy. Sempat dia menitipkan pesan supaya Raisya menjaga isterinya semasa dia tiada membuatkan wanita itu mendecit kecil. Mungkin mengumpat Arasy dalam diam.
“Awak okay tak Raisya?” Amanda mula menyoal prihatin.
Dapat dia lihat, sepanjang majlis berlangsung, Raisya hanya menayangkan wajah kosong. Sesekali sahaja, jika dipinta wanita itu mengukir senyuman. Setelah itu, kembali dengan riak wajah yang mereka sendiri tidak dapat tafsirkan.
Gembira ke? Sedih ke? Entahlah…
“Okay ke tak, aku kena okay juga kan? Tak payah tanya lah. Menyampah.” Raisya menjawab selamba membuatkan Amanda mengeluh kecil.
“Raisy…”
“Hurm…”
“Tiba-tiba kan, saya rasa saya tahu kenapa nyawa Adha ditarik secepat ni.”
Kata-kata yang diucapkan Amanda berjaya membuatkan jari Raisya yang bergerak di skrin telefon pintarnya, berhenti kaku. Nama Adha yang diucapkan membuatkan jantungnya berdegup laju. Kepalanya dialihkan ke kiri memandang Amanda yang setia memandangnya saat ini.
“Kenapa?” Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Raisya saat ini.
“Sebab bukan Adha jodoh awak.”
Raisya terdiam. Dia hanya memandang Amanda dengan wajah tenang. Tetapi siapa tahu, hatinya sudah digoncang kuat bagaikan Tsunami yang melanda.
“Raisya.” Amanda pegang bahu Raisya.
“Cinta Adha pada awak terlampau kuat. Saya tahu hanya kematian yang memisahkan awak dan Adha. Tapi sebenarnya, Wafiy. Wafiy jodoh awak Raisya. Saya nampak betapa takutnya Wafiy bila kehilangan awak. Cinta dia pada awak, melebihi segala-galanya Raisya. Malah, cinta Adha tak setanding dengan cinta Wafiy pada awak.”
Kata-kata yang keluar dari mulut Amanda berjaya membuatkan Raisya menghela nafas lemah.
Mengapa? Mengapa semua orang berkata begitu? Buta sangatkah dia?
Butakah dia smapai tidak melihat cinta Wafiy yang selalu orang-orang katakan?
“Buka pintu hati awak, Raisya. Insyaallah, awak dapat rasa cinta yang Wafiy tunjukkan pada awak. Dalam dingin dia, ada satu perasaan sayang yang hanya awak, pemilik rasa tu.” Balas Amanda dalam senyuman.
Raisya hanya terdiam. Dia sendiri keliru dengan hidupnya. Bahagiakah dia nanti? Persoalan itu berlegar-legar di kepalanya saat ini.
Arasy memandang Amanda yang berdiri di hadapannya dengan wajah terkejut. Dia memandang Amanda dari atas ke bawah dengan wajah yang tidak percaya. Perkara itu membuatkan Amanda resah sendiri.
“Arasy?”
“Sayang…” Arasy masih memandang isterinya dengan anak mata yang bersinar. Benarkah di hadapannya ini, Amanda? Kayla Amanda, isterinya?
“Saya tak cantik ke?” Takut-takut Amanda menyoal. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan.
“Cantik sayang… Cantik sangat.”
“Saya tak pandai pakai tudung bawal. Saya tengok youtube, buruk ke?”
Amanda masih bertanya. Dia risau jika Arasy tidak menyukai perubahannya untuk berhijab.
Entah mengapa, semenjak dia mengandung kembali. Dia mula merasakan satu perasaan keibuan yang cukup indah. Dia mula teringin untuk menutup aurat. Diam ahu menjadi seorang ibu yang mampu memberi contoh yang baik untuk anaknya kelak.
“Ya allah sayang. Cantik… Cantik sangat…”
Arasy mula menarik tangan isterinya, mendekati dirinya. Dipandang wajah isterinya yang kelihatan cukup ayu setelah menutup aurat. Walaupun bawal yang Amanda kenakan tidak terlalu labuh tapi cukuplah sebagai pemulaan untuk Amanda menjadi seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna.
“Cantik ke?” Pipi Amanda mula memerah apabila mendengar pujian suaminya.
“Cantik sangat sayang. Macam bidadari…” Arasy mula mencubit pipi Amanda yang sudah tembam seperti pau. Mungkin kerana hormon kehamilan membuatkan Amanda kelihatan cukup menawan di matanya.
“Jom duduk sayang..”
Arasy mula menarik tangan Amanda untuk duduk di sofa empuk di beranda. Ketika ini, dia dan Amanda berada di Bali. Entah mengapa, Amanda mahu mengimbau kembali kenangan bulan madu mereka disini. Tanpa banyak soalan, dia terus memenuhi permintaan isterinya itu.
“Macam mana sayang boleh berniat nak bertudung?” Arasy pandang isterinya di pelukan.
“Saya rasa saya nak berubah. Saya nak jadi isteri yang baik pada awak dan jadi ibu yang baik untuk anak-anak kita.” Amanda ukir senyuman. Tangannya ikut menggosok perutnya yang sudah kelihatan seperti suaminya saat ini.
“Isteri saya dah matang.”
Amanda ketawa kecil. Seketika kemudian, dia memandang Arasy lama lalu tangan suaminya diraih lembut.
“Saya minta maaf kalau sepanjang saya jadi isteri awak, saya banyak kekurangan. Saya masih tak jadi isteri yang sempurna. Saya masih tak pandai kemas rumah dengan betul,saya pandai masak sikit-sikit je. Saya selalu naikkan darah awak, saya minta maaf…” Amanda mula memohon maaf membuatkan Arasy ketawa kecil. Wanita itu terlampau serius saat ini membuatkan hatinya dipagut rasa lucu.
“Awak sentiasa jadi isteri terbaik buat saya. Awak sentiasa sempurna Amanda. Saya tak kahwin dengan awak untuk awak jadi orang gaji. Saya kahwin dengan awak supaya awak jadi milik saya. Cukuplah saya dapat awak, Amanda. Saya dah terlampau bahagia.” Balas Arasy gembira. Amanda menguntum senyuman bahagia. Seketika kemudian, dia teringat sesuatu.
“Arasy…”
“Hurm?” Arasy menjongket kening.
“Happy Birthday husband!” Amanda mencium pipi Arasy sekilas setelah menuturkan ucapan itu membuatkan Arasy tergelak kecil.
“Sayang ingat?”
“Mestilah saya ingat. Sekarang dah masuk pukul 12. Hari ni hari lahir awak. Saya kan isteri yang baik. Mestilah saya ingat birthday suami kesayangan saya ni.” Balas Amanda dengan senyuman manis. Arasy tersenyum kecil.
“Isteri siapa yang comel ni?” Arasy cubit pipi montel Amanda perlahan dengan perasaan geram.
“Isteri Tuan Arasy.”
“Mana hadiah saya?” Arasy mula menduga.
Sepanjang mereka di sini, dia tidak melihat Amanda menyediakan hadiah untuknya. Dia tidak mahukan apa-apa hadiah. Cukuplah Amanda menjadi hadiahnya. Dia tak mahukan benda lain. Dia menyoal hanya untuk mengusik.
“Ada. Tutup mata dulu.” Amanda menjawab yakin. Arasy angkat kening. Biar betul?
“Ada ke? Saya tak nak apa-apa. Awak hadiah saya Amanda…” Arasy terlebih dahulu mencelah.
“Tutup mata, baby boo! Cepat, saya nak bagi hadiah ni.” Gesa Amanda dengan mata yang membulat. Konon marah lah tu.
“Awak hadiah saya Amanda. saya…” Belum sempat Arasy bersuara, Amanda mencelah.
“Saya tahu Tuan Arasy. Saya tahu. Tapi saya ada hadiah yang special untuk awak. Hadiah yang tak mampu dibeli dengan kekayaan awak.” Balas Amanda yakin. Arasy mula mengerut kening. Wajah yakin Amanda membuatkan dia berdebar-debar.
“Saya tutup mata ni. Awak jangan buat benda pelik-pelik. Ingat, awak tu pregnant.” Pesan Arasy sebelum dia menutup matanya perlahan-lahan.
“Saya tahu baby boo.” Amanda mula tersenyum kecil apabila melihat Arasy sudah menutup mata.
“Janji dengan saya yang awak tak akan buka mata.”
“Janji sayang.”
“Kejap.” Amanda mula berlari kecil ke bilik membuatkan Arasy menjerit kuat tanpa membuka mata.
“Jangan berlari Amanda. Awak tengah pregnant tu! Sayang!”
“Ye, saya tak berlari ni. Haisy, risau sangat daddy ni.” Amanda kembali duduk di sofa sambil menghadap ke arah suaminya. Kini di tangannya terdapat sekeping gambar berwarna hitam.
“Buka mata.”
Arasy mula membuka mata dan…
“Taaadaaa!”
Arasy pandang gambar yang Amanda tayang padanya sekilas sebelum dia kembali memandang wajah isterinya itu.
“Really, Twin?” Tanya Arasy tidak percaya.
Amanda menganggukkan kepalanya pantas dengan senyuman lebar.
“Yes, twin. Boy and girl. Yeah!”
Amanda mula bersorak kecil membuatkan Arasy mengucap syukur. Gembira di hatinya tidak dapat dibendung lagi. Dia terlalu bahagia.
“Ni hadiah paling bermakna dalam hidup saya, Thanks sayang…” Arasy kembali mengucup dahi isterinya membuatkan Amanda tersenyum senang.
“So, kita bolehlah guna dua-dua nama yang kita cari tu.” Amanda berkata teruja.
Di awal kehamilannya mereka berdua mencari nama untuk janin di kandungannya yang bakal lahir. Jika perempuan, mereka akan mengikut nama pilihan Arasy dan jika lelaki mereka akan menggunakan nama yang dipilih Amanda. Tetapi kini mereka tidak perlu bergaduh. Alhamdulillah, anak mereka kembar lelaki dan perempuan.
“Selamat datang, putera dan puteri daddy…” Ucap Arasy lalu mengucup perut isterinya yang sudah berusia 7 bulan.
“Selamat datang Affan Aryan…” Amanda mula bersuara lembut dengan senang hati.
“Selamat datang Arfa Aryana…” Balas Arasy dengan senyuman lebar seperti perasaannya saat ini.
Tamat!
•17/04/2023
•Don't forget to vote and drop your comments Arasy's Lovers ✨
•Remember: What you give is what you will get back ✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top