2

Shiro membuka matanya perlahan-lahan. Dada langit yang berwarna biru menyapa mata.

"Aku dekat mana ni? Soal Shiro sendiri.

Shiro cuba bangkit dari pembaringan. Namun, perbuatannya terhenti apabila bahagian dadanya berasa sakit. Tangan Shiro terus meraba bahagian dadanya. Terdapat luka yang agak besar di kawasan tersebut.

Namun perbuatannya terhenti. Mata Shiro tekun memandang tangannya sendiri.

"Kenapa tangan aku lebih besar?" Terus tangannya meraba anggota badannya yang lain.

"Sejak bila rambut aku panjang ni?" Segera Shiro mendekati tebing sungai yang tidak jauh dari situ. Wajah di pantulan air dipandang dengan mulut terlopong.

Alangkah terkejutnya Shiro melihat raut wajah yang sungguh asing. Wajah di pantulan tersebut mempunyai sepasang mata yang berwarna merah darah. Hidung mancung terletak dan bibir yang begitu menawan. Sungguh berbeza sekali dengan wajah Shiro.

Yang lebih mengejutkan, terdapat sepasang tanduk di kepalanya.

"Kenapa muka aku lain? Ni badan siapa?" Soal Shiro sambil meraba-raba wajah yang begitu asing.

Shiro berteleku seketika di tebing sungai tersebut. Kemudian matanya meliar memerhati kawasan sekeliling.

Baru dia perasan, dia berada di hutan. Namun pokok di hutan itu kelihatan agak aneh. Daunnya berwarna hitam dan berbentuk empat segi.

Dalam pada itu, Shiro cuba memerah otak. Cuba mengingati kembali apa yang terjadi dan bagaimana dia boleh berada di hutan tersebut.

"Bukan aku kena langgar dengan lori ke tadi? Dan aku dah mati. Macam mana pulak aku boleh berada dekat hutan pelik ni?" Shiro buntu.

Tiba-tiba pandangan Shiro jatuh pada bulatan aneh di atas tanah. Bulatan tersebut terletak di tempat yang dia berbaring sebentar tadi.

Shiro mendekati bulatan tersebut.

Bulatan aneh itu diamati. Terdapat corak aneh pada bulatan tersebut dan warnanya merah pekat. Seperti bulatan rituan.

Sedang dia tekun memeriksa bulatan aneh tersebut tiba-tiba ada satu suara menegur Shiro.

"Hi Shiro." Bisik satu suara dari arah sebelah kanan.

Pantas Shiro menoleh ke kanannya. Terlopong Shiro seketika melihat bayang-bayang yang wajahnya persis seperti wajah yang Shiro lihat pada pantulan air sungai sebentar tadi.

"Ka..kau siapa?" Tanya Shiro terketar-ketar.

"Aku Black. Akulah yang memanggil roh kau datang ke sini. Aku tidak mempunyai banyak masa. Jadi, aku tinggalkan memori aku untuk kau lebih faham segala-galanya." Ujar lembaga tersebut lalu berjalan mendekati Shiro. Dia menunduk lalu meletakkan jari telunjuknya di dahi Shiro.

Sebaik sahaja jari Black bersentuhan dengan dahi Shiro, tiba-tiba Shiro diserang sakit kepala. Shiro memegang kepalanya dengan kedua belah tangan. Matanya terpejam rapat.

Memori yang begitu asing berpusu-pusu memasuki fikiran Shiro. Bagaikan ulang tayang, memori tersebut bermain di fikiran Shiro. Tanpa sedar, Shiro menitiskan air mata melihat memori tersebut. Rupanya, ada lagi orang yang lagi malang dari dirinya.

Shiro membuka matanya perlahan. Riak wajahnya bertukar serius. Air mata yang mengalir di pipi Shiro kesat menggunakan belakang tangan.

"Aku akan sambung dendam engkau Black. Jadi, berehat lah dengan tenang." Ujar Shiro penuh azam sambil memandang lembaga tersebut.

"Terima kasih Shiro dan selamat tinggal." Ucap Black sambil tersenyum. Perlahan-lahan Black hilang bagai kepulan asap yang ditiup angin.

"Mulai sekarang, Aku Black. Aku akan balas balik apa yang diorang buat dekat Black." Shiro tekad. Dia akan sambung dendam Black.

Shiro melafazkan mantera teleport seperti dalam ingatan Black. Sekelip mata, Shiro berada di kamar tidur milik Black.

Luka di dada Shiro berdarah kembali. Shiro meletakkan tapak tangannya di tempat luka tersebut.

"Heal." sebut Shiro sepatah. Perlahan-lahan luka di dada Shiro bercantum semula sebelum pulih sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang parut. "Wow, hebatnya!" Kata Shiro penuh teruja.

Selesai membersihkan diri, Shiro berbaring di atas katil. Siling gelap ditenung tanpa perasaan. Fikirannya melayang kembali teringatkan memori terakhir Black.

Imbas kembali

"Black, jom teman saya pergi hutan." Ajak seorang perempuan cantik berambut perang paras pinggang kepada Black. Di badannya tersarung gaun putih separas betis.

"Kau nak buat apa dekat sana Reesa?" Tanya Black sambil memadang wajah Areesa, sahabat baiknya yang juga merupakan cinta pertamanya.

"Nak petik buah beri. Jomlah." Reesa menarik tangan Black.

"Dekat laman kan ada beri jugak. Kenapa kena pergi dekat hutan? Kau tahu kan hutan tu bahaya?" Black masih statik di atas kerusi tersebut.

"Beri dekat hutan lagi sedap. Boleh lah Black. Saya teringin sangat nak makan beri hutan. Lagipun, awak kan kuat, saya yakin saya akan selamat kalau dengan awak." Pujuk Areesa sambil membuat muka kesian.

"Yelah, yelah. Tapi kau mesti janji dengan aku, kau tak boleh pergi jauh dari aku." Black kalah dengan rayuan Areesa.

"Ye, awak. Saya janji." Sekali lagi Areesa menarik tangan Black.

Tapi kali ini, Black hanya mebiarkan tangannya ditarik. Dibuntutinya langkah Areesa.

Black dan Areesa menyelusuri hutan tebal itu. Tangan Areesa masih memaut lengan Black. Kedengaran lolongan serigala dan bunyi daun bergeser ditiup angin.

"Kau nak pergi mana ni Areesa? Bukan tempat kita selalu petik beri arah lain ke?" Tanya Black apabila sedar akan jalan yang dilaluinya bukan jalan yang selalu dia guna.

"Kita pergi tempat yang saya jumpa semalam. Dekat situ ada lagi banyak beri." Areesa menjawab penuh teruja.

"Semalam? Kau pergi hutan tanpa pengetahuan aku? Kan aku dah cakap Reesa, hutan ni bahaya. Orang panggil hutan ni hutan maut bersebab Areesa. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Nada suara Black berubah tegas.

Hutan tersebut terdapat banyak binatang buas dan raksasa yang ganas. Dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada Areesa.

"Alah, saya pergi kejap je. Hutan ni kan tempat main kita masa kecil-kecil dulu? Lagipun saya bawak tangkal pelindung yang awak bagi tu." Areesa cuba mempertahan diri.

"Dan saya janji, saya akan bagitahu awak lepasni okay?" Pujuk Areesa apabila melihat wajah Black sudah berubah ketat.

Dia tahu Black risau akan keselamatan dirinya. Dia dan Black membesar bersama-sama kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Setiap kali Areesa dibuli kerana telinganya yang panjang, Black lah yang akan menyelamatkannya.

Areesa dan Black merupakan hibrid. Ibu Areesa seorang bunian dan ayahnya manusia. Manakala ibu Black pula seorang manusia dan ayahnya merupakan demon. Keluarga mereka disisih masyarakat kerana hal tersebut.

"Okay." Jawab Black sepatah.

"Wah, banyaknya beri!" Jerit Areesa kegirangan setelah mereka sampai. Matanya bersinar-sinar teruja memandang sekeliling.

Areesa menghampiri pohon beri berdekatan. Tangannya pantas memetik beri yang sedang masak ranum.

Tanpa membuang masa, beri tersebut dimasukkan ke dalam mulut.

"Sedapnya." Ujar Areesa sambil memejam mata. Menikmati rasa beri yang manis-manis masam itu.

Black hanya tersenyum tipis melihat telatah teruja Areesa.

"Black rasalah. Sedapkan?" Areesa menyuap sebiji beri yang baru dipetiknya ke mulut Black.

"Sedap." Kata Black sepatah sambil mengunyah beri yang disuap Areesa.

"Awak petik yang sebelah sana, saya petik yang sebelah sini." Cadang Areesa.

"Okay. Kau jangan pergi jauh sangat." Pesan Black.

"Jap, aku pasangkan sihir perlindung untuk kau." Tanpa menunggu balasan dari Areesa, Black memegang tangan Areesa lalu membaca mantera.

Satu simbol sederhana besar muncul pada pergelangan tangan Areesa.

"Terima kasih, Black." Ucap Areesa dengan nada yang sukar ditafsir. Wajahnya tunduk sambil mengusap simbol di pergelangan tangannya.

Black mengusap kepala Areesa perlahan sebelum berjalan menuju ke sebatang pokok beri yang sedang berbuah lebat.

Baru beberapa langkah dia berjalan, tiba-tiba badannya berasa lemah. Seolah-olah semua tenaganya hilang. Black jatuh terduduk ke tanah.

"Areesa..." panggil Black lemah. Cuba meminta bantuan gadis tersebut.

Dalam samar-samar, Black melihat gadis itu mendekatinya. Namun, di belakang gadis tersebut, terdapat seorang lelaki yang Black begitu kenal.

"Ignis." Sebut Black sambil matanya tajam memandang jejaka tersebut.

Areesa duduk mencangkung di depan Black.

Belum sempat dia bertanya kepada Areesa bagaimana Ignis boleh berada di situ, tiba-tiba dadanya ditusuk dengan sesuatu yang tajam.

Black terpana seketika. Wajah Areesa yang beriak dingin dan  luka di dadanya di pandang silih berganti dengan pandangan tidak percaya.

"Wh..why Areesa?" Soal Black dengan nada tersekat-sekat. Tangannya naik memegang dada. Cuba mengubati lukanya dengan sihir, namun usahanya tidak berhasil.

Areesa hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menjawab persoalan Black.

"Kau tak payah cuba-cuba nak sembuhkan luka kau Black. Kau tak akan berjaya kerana Areesa dah sekat kuasa sihir kau. Goodbye Black." Kata Ignis penuh angkuh lalu berlalu pergi bersama Areesa.

Sebelum sempat dia menyepak badan Black sehingga Black terbaring dan membuatkannya terbatuk darah.

Perlahan-lahan air mata menuruni pipi Black. Nafasnya termengah-mengah.

Kenapa Areesa? Kenapa kau khianati aku? Soal Black pada diri sendiri. Masih tidak boleh menerima bahawa orang yang paling dia sayang, paling dia cinta akan mengkhianatinya.

Tiba-tiba riak wajah Black berubah. Riak wajahnya penuh dendam dan amarah.

Dengan kudrat yang masih tersisa, Black bangkit. Satu bulatan dan simbol aneh dilukis di atas tanah dengan menggunakan darah.

Dia ingin membuat ritual pemanggilan roh. Ritual purba yang dia terbaca pada buku milik ayahnya.

Setelah selesai, Black baring di dalam bulatan tersebut. Mulutnya terkumat-kamit membaca mantera. Darah yang keluar membuak - buak dari luka di dada tidak dihiraukan.

Langit bertukar gelap seketika. Angin mulai bertiup kencang dan kilat sabung-menyabung.

"Dendam aku, tak akan habis sampai sini." Ujar Black sambil tersenyum ngeri setelah selesai membaca mantera.

Perlahan-lahan matanya tertutup.

Imbas kembali tamat

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top