14
-When I share my secret with you,
that's mean I trust you-
Every night in my dream
I see you
I feel you
"Dah lah itu." Hazel menayang wajah bosan apabila sejak tadi Theo menyanyi bait lagu yang sama sahaja.
Theo dan Hazel melangkah keluar dari kereta milik keluarga Theo yang dipandu oleh pemandu keluarga Theo itu.
Mereka berdua datang bersama-sama untuk mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan di rumah Jayden. Lucas dan Ethan pula datang bersama-sama dengan menaiki kereta yang dipandu Lucas.
"Thank you, uncle." Hazel mengucapkan terima kasih kepada pemandu kereta itu. Robert selaku pemandu itu mengangguk kepala dengan senyuman.
"Thanks, uncle. Nanti saya balik naik Lucas. Bye." Theo berkata dengan ceria. Flying kiss diberikan. Robert tersenyum dengan kerenah anak majikannya itu. Selalu sahaja ceria.
"Jom, sayang." Theo memaut lengan Hazel dengan ceria. Kereta yang dipandu Robert itu dipandang sehingga hilang dari pandangan.
"Kau ini kenapa nak menempel dekat aku saja?" tanya Hazel hairan. Sejak tadi lelaki itu memeluk lengannya walaupun berada di dalam kereta.
"Sampai hati." Theo membuat wajah sedih.
Ditolak Hazel ke tepi sehingga Hazel terlanggar seseorang. Kurang ajar punya mamat jambu!
Hazel mengaduh sakit apabila dia jatuh bersimpuh di atas jalan tar itu. Orang yang dilanggarnya pula sempat mengimbangkan diri dari terjatuh. Nampaknya dia seorang saja yang jatuh di atas jalan tar itu.
"Alamak! Pretty! Sorry!" Theo bercangkung di tepi Hazel. Gadis itu dipandang dengan panik.
Hazel menjeling jejaka itu.
"Eh honey! Theo!" Theo mendongak kepalanya memandang gerangan yang menegur itu. Kenal benar dengan suara ini. Wajah yang terhias dengan senyuman itu dipandang bosan.
"Kau rupanya, Brandon." ujar Theo malas. Dia membantu Hazel bangun. Kedua belah tangan Hazel dipegang lalu menarik gadis itu bangkit berdiri.
"Kau kenapa tak suka ke nampak aku yang hensem ini?" Brandon membuat mimik muka sedihnya. Sama naik dengan Theo. Drama king!
"Menyampah aku." kata Theo. Seluar Hazel yang berpasir di bahagian lutut itu ditepuk-tepuk.
"Sorry." ucap Hazel. Kepala ditunduk sedikit beberapa saat tanda meminta maaf.
"Tak apa. I maafkan you kalau you keluar date dengan I. Nak?" balas Brandon dengan senyuman kacaknya.
"Dasar buaya. Awek aku jangan nak kacau." ujar Theo. Buku lima ditayang di hadapan muka Brandon.
Brandon tersengih.
"Share?" Brandon masih lagi mahu mencuba nasib.
"Pernah rasa makan tapak kaki aku? Kau nak jadi orang first yang rasmikan?" ugut Theo.
Brandon menggeleng laju. Hazel tersenyum lucu.
"Dah lah aku kena pergi. Mak aku dah tanya ini." kata Brandon usai memandang skrin telefonnya.
"Tak tanya."
Brandon menjeling.
Theo menayang wajah garangnya. Dia
berura-ura ingin membuka kasut Vans yang tersarung di kakinya. Cepat-cepat Brandon berlalu pergi. Takut jika dibaling dengan kasut Theo itu.
"Bye, honey! I will miss you!" jerit Brandon dari jauh.
Hazel tertawa kecil. Macam-macam perangai yang dia jumpa. Kelakar betul dengan kerenah masing-masing.
"Jom." Theo berjalan mendahului Hazel.
Hazel langsung tidak melangkah. Theo memandang kiri dan kanan apabila merasakan Hazel tidak ada di sebelahnya. Mukanya di angkat memandang belakang.
Hazel masih lagi statik berdiri di situ. Muka sedih ditayang. Dia berpeluk tubuh.
"Cepatlah." ujar Theo.
Kepala disengetkan sedikit dan dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Hazel akui yang Theo memang comel.
"Dukung aku." Hazel mendepakan tangannya. Saja mahu mendera Theo. Dah tolak dia sehingga terjatuh, jadi perlulah terima dendanya.
Theo tersenyum dengan permintaan gadis itu.
"Ya, lah. Jom." Theo berjalan ke arah Hazel. Begnya disandang di bahagian hadapan tubuhnya.
Dia berdiri membelakangkan Hazel lalu badannya dibongkokkan sedikit. Hazel naik ke atas belakang badan Theo. Leher jejaka itu dipeluk. Piggyback.
"Kau kenapa mengada sangat ini? Setahu aku kau jenis perempuan yang tak suka berdukung macam ini." tanya Theo pelik.
Nasib tak ada orang di sekeliling mereka. Mereka masuk ke dalam lif. Butang bernombor 9 ditekan.
"Kau tengok ini." Kaki kanan dilunjurkan ke hadapan. Seluarnya ditarik sikit naik ke atas. Terlihat buku lali Hazel yang berdarah.
"Hazel! Kenapa tak cakap?" Apabila sampai sahaja di tingkat 9. Theo melangkah laju ke sebuah pintu rumah kondo. Suis loceng ditekan beberapa kali.
Tidak sampai seminit, pintu sudah dikuak dari dalam dan terjengullah wajah Lucas. Lucas memandang pelik ke arah Theo dan Hazel.
Theo melangkah masuk. Kasut Hazel dibuka lalu kasutnya turut dibuka menggunakan kaki. Hazel diletakkan di atas sofa.
"Apa hal berdukung bagai ini?" tanya Lucas pelik. Jayden turut memandang pelik.
Theo bergegas ke dapur. Besin kecil berisi air dan tuala kecil di bawa ke ruang tamu. Ethan yang baru keluar dari tandas terserempak dengan Theo.
"Apa hal ini?" Ethan mengikuti langkah Theo ke ruang tamu.
"Apa pasal Theo rushing sangat ini?" tanya Jayden pula.
Hazel menarik sedikit seluarnya lalu menunjuk buku lalinya yang berdarah.
"Ini." balas Hazel bersahaja.
"Darah!" Lucas mula menggelabah.
Jayden berlalu pergi mengambil kotak first aid kit. Ethan mengambil beberapa helai tisu di dalam kotak tisu yang berada di meja kopi lalu ditekup ke buku lali Hazel.
"Macam mana boleh luka?" tanya Ethan. Dia mendongak memandang Hazel. Hazel tersengih.
"Jatuh."
"Kau boleh sengih macam itu? Tak sakit, ke?" tanya Lucas pelik. Dia hanya berdiri memerhati.
"Sakit." balas Hazel.
Ethan mengambil tuala kecil di dalam besin yang dibawa Theo. Tuala kecil itu diperah lalu luka Hazel di cuci. Hazel mendesir perlahan kerana terasa pedih.
"Nah." Jayden meletakkan kotak first aid kit di tepi Ethan yang duduk di atas lantai itu.
"Macam mana boleh jatuh?" tanya Jayden pelik. Sebelah keningnya diangkat. Dia mengambil tempat duduk di atas sofa single.
"Theo explain." Hazel tersengih apabila melihat Theo yang berpeluh-peluh.
"Err..." Theo tidak dapat mengeluarkan suaranya. Seram sejuk apabila empat pasang mata tertumpu ke arahnya. Lagi-lagi Ethan dan Jayden.
"Kau buat apa kali ini, Theo?" tanya Ethan.
Kaki Hazel dibalut menggunakan bandage. Hendak tampal plaster tetapi luka gadis itu bukanlah kecil. Namun, tidaklah teruk mana.
"Aku tolak dia jatuh sebab dia tak kasih aku pegang tangan dia." balas Theo perlahan. Jari telunjuk dilagakan antara satu sama lain.
Pap!
Tepat-tepat bantal kecil dibaling ke wajahnya. Terlihat Jayden memandangnya tajam. Ethan turut memandang ke arahnya.
"Sorry lah." Theo memuncungkan mulutnya. Dikerdip-kerdipkan matanya meminta simpati.
"Kau ini kan. Tak boleh harap. Orang suruh ambil Hazel saja tapi dah sampai luka macam ini." marah Ethan.
Kalau tengok memang gaya Jayden dan Ethan seperti abang-abang yang menjaga adiknya. Lucas dan Theo pula si pembuat masalah.
"Luka hari itu dah baik?" tanya Jayden kepada Hazel. Dua hari yang lepas Lucas mengusik Hazel dan Hazel marah.
Lucas dengan sengaja memijak belakang kasut Hazel apabila Hazel memarahinya lalu gadis itu jatuh. Siku Hazel terluka. Habis Lucas dimarahi teruk oleh Ethan dan Jayden.
Hazel melihat sikunya lalu dia menggelengkan kepala. Jayden memandang dingin Lucas. Lucas menutup wajahnya dengan telapak tangannya.
"Sorry." bisik Theo kepada Hazel. Hazel menggeleng kepala tanda tidak mahu memaafkan.
"Alah Hazel! Aku kan tak sengaja!" rengek Theo.
Hazel tetap menggeleng.
"Jom, study." ajak Ethan setelah dia siap mengemas barang-barang yang telah digunakan untuk merawat kaki Hazel.
Dia membantu Hazel bangun. Gadis itu berjalan terhincut-hincut menuju ke meja makan. Masing-masing mengambil tempat.
"Siblings kau mana?" tanya Theo apabila tidak melihat kelibat adik-beradik Jayden yang lain.
"Abang aku kerja. Kakak aku dekat kolej. Adik aku keluar." balas Jayden ringkas. Buku-buku rujukan diletakkan di hadapannya. Mereka sepakat ingin belajar subjek Sains hari ini.
"Nah. Tak tahu tanya." Ethan mengagihkan kertas latihan kepada sahabat-sahabatnya.
Seperti biasa, dia akan menjadi tutor tak berbayar mereka. Lusa sudah peperiksaan penggal pertama dan hari ini baru masing-masing mencari Ethan untuk mengajar mereka.
Masing-masing mula menjawab soalan. Ethan hanya tenang saja menjawab. Jayden sesekali menggaru keningnya kerana tidak tahu jawapan. Hazel mengembungkan pipinya apabila ada soalan yang agak susah baginya.
Theo menunjukkan bakatnya yang terpendam dengan melukis orang lidi di atas kertas itu lalu dia membuat kapal terbang.
Kapal terbang itu ditiup beberapa kali bahagian belakangnya lalu dia melepaskannya terbang. Bebaslah kamu!
Lucas pula hanya menyelak-nyelak setiap halaman. Satu soalan pun dia tidak faham. Apa yang difikirnya sekarang ini adalah adakah dia pernah belajar soalan itu? Contohilah mereka berdua.
"Susahnya. Satu soalan pun aku tak tahu. Malas aku macam ini" rungut Lucas apabila dia melihat-lihat soalan tersebut. Susah!
Ethan memandang Lucas dan Theo tajam. Kalau boleh setiap kali nak peperiksaan nak kena marah baru nak belajar.
"Sebelum ada yang aku lempang guna kaki baik kau orang buat." ugut Ethan. Kertas latihan yang baharu diberikan kepada Theo.
Lucas dan Theo mencebik. Mereka fokus membaca soalan-soalan tersebut. Theo menayangkan wajah sedihnya. Dia mendekatkan badannya dengan badan Hazel. Soalan satu ditunjuk meminta jawapan.
"Oh, ini." Hazel memberi tahu jawapan. Lucas turut menempel inginkan jawapan untuk soalan yang pertama itu.
"Ethan " Jayden mengetuk pennya pada soalan yang agak susah baginya. Ethan mengajar lelaki itu. Mereka berlima menghabiskan masa seharian mengulang kaji di rumah Jayden.
Theo dan Lucas tergelak ketika menonton televisyen itu. Theo dengan perangai tidak senonohnya berbaring di atas sofa manakala satu kakinya di atas penyandar sofa.
Lucas pula berbaring di sofa single. Walaupun sofa itu kecil, tetap sahaja dia mahu berbaring di situ.
Hazel duduk di atas karpet. Badannya disandarkan pada sofa tempat Theo berbaring. Jayden dan Ethan masih berada di meja makan mengulangkaji.
"Kau buat apa itu, Hazel?" Theo mencuri pandang apa yang dibuat oleh Hazel.
Hazel menggelengkan kepalanya. Telefonnya diletakkan bersebelahannya.
Tidak lama itu Jayden dan Ethan menyertai sahabat mereka di ruang tamu. Masing-masing mengambil tempat duduk di atas karpet bersama Hazel.
"Hazel." Lucas menukar posisinya kepada duduk. Dia memandang ke arah Hazel yang duduk di atas karpet itu.
"Kau anak tunggal, ke?" tanya Lucas. Hazel hanya diam.
"Macam Jay dia empat beradik. Dia nombor tiga. Ethan pula dua beradik saja. Atas dia perempuan. Theo pula tiga beradik. Dia second. Atas dia lelaki bawah dia perempuan. Aku anak first daripada tiga orang. Kau pula?" sambung Lucas. Semua memandang ke arah Hazel kerana ingin tahu.
"Aku bongsu. Aku ada kakak." balas Hazel perlahan.
"Serius lah?" tanya Theo teruja sehingga dia menukar posisinya kepada duduk. Hazel memandang Theo lalu menganggukkan kepalanya.
"Umur dia berapa?" tanya Lucas ingin tahu.
"18 tahun." Theo sudah beralih tempat duduk daripada duduk di atas sofa kepada duduk di sebelah Hazel.
"Tua setahun saja rupanya "
"Cantik, tak?" Theo pula bertanya soalan.
"Macam mana kau orang tengok muka aku macam itulah rupa dia. Ramai orang kata kita orang ini macam kembar. Perbezaan kita orang cuma dia lagi tinggi daripada aku." balas Hazel.
Dia tersenyum mengingatkan raut wajah kakaknya yang sama dengannya itu. Terlalu ramai menyangka mereka berdua ialah kembar tetapi hakikatnya tidak.
"So mana dia?" tanya Ethan. Sebelah keningnya di angkat.
"Dia..." Hazel mati kata.
"Hazel kenapa kau nampak sedih?" Theo bertanya apabila melihat raut wajah itu berubah reaksi kepada sedih.
Hazel menunduk lalu satu-persatu wajah sahabat-sahabatnya itu. Bibirnya dikemam. Dia bermain dengan tangannya sendiri.
"Kau orang nak tahu, ke?" tanya Hazel perlahan.
Semua mengangguk ingin tahu. Lucas mengambil tempat duduk di atas karpet itu. Mereka berlima membentuk satu bulatan. Meja kopi sudah di alih ke tepi.
"Jangan bagitahu sesiapa, ya?" pinta Hazel.
Rahsia itu sudah disimpan selama setahun. Hari ini dia akan membongkarnya kepada mereka berempat yang sudah menjadi kawannya selama tiga bulan ini.
"Janji?"
"Janji." balas empat jejaka itu serentak.
"Dia...dia koma." Hazel memandang wajah mereka berempat ingin melihat reaksi mereka. Masing-masing menunjukkan reaksi terkejut. Hazel tersenyum nipis.
"Almost a year." sambung Hazel.
"Macam mana?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top