15

Ahjumma tidak lepas memerhati mereka makan. Macam tak makan sebulan pun ada. Meja penuh dengan pelbagai makanan.

"Umm! Ahjumma benda ni sedap!!" Kata Jin. Mulutnya penuh dengan makanan.

"Tu burger" kata ahjumma. Jin sekadar angguk.

"Kamu semua ni datang dari mana? Rumah kat mana? Nak ahjumma hantar kan?" Tanya ahjumma. Mereka yang sedang kusyuk makan itu terus mengangkat muka dan melihat tepat ke arah ahjumma.

"Kami datang dari jauh" kata Rapmon. Air lemon tea dia ambil dan minum.

"Kami tak ada rumah. Rumah kami hancur" kata V pula. Ahjumma itu membulatkan mata. Hancur? Kena bom ke?

"Parents kamu kat mana?" Tanya ahjumma lagi. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Hyung! Parents tu apa?" Bisik Jungkook ke telinga Jimin.

"Parents tu piring kut" balas Jimin yakin
dengan jawapannya. Jungkook angguk tanda faham.

"Tak ada" balas Jungkook dengan gelengan.

"Habis malam ni kamu nak tinggal kat mana? Siapa nak jaga makan minum kamu?" Soalan ahjumma lagi. Macam polis dah ahjumma ni banyak tanya soalan pulak.

Mereka hanya senyap. Tak pula membuka mulut. Masing-masing hanya memandang sesama sendiri. Ahjumma turut diam. Dalam kepalanya sedang memikirkan sesuatu.

"Kalau.. ahjumma jaga kamu semua. Nak?" Tanya ahjumma. Mereka berpandangan.

"Tak susahkan ahjumma ke?" Tanya Rapmon. Ahjumma itu laju menggiling.

"Tak. Lagipun nanti kamu boleh lah teman anak ahjumma main. Dan tak lah sunyi sangat rumah tu kalau kamu semua ada" kata ahjumma dengan senyuman ikhlas. Dari mula lagi memang dia nak jaga mereka. Tak lah sunyi sangat. Lagipun mereka semua ni boleh tahan kacaknya.

Mereka senyum. "NAK!!" Jerit mereka teruja. Tak ada lah mereka merayau malam-malam macam ni.

"Tapi ada syarat. Kamu semua kena panggil ahjumma mummy" kata ahjumma itu. Mereka sekadar angguk tanda setuju.

"Ne mummy!" Kata Jhope ceria.

.

.

.

.

.

"Haish happy nya mak ngah kamu" kata omma. Aku yang sedang makan ayam goreng pandang omma yang sedang menghadap phone pelik. Mak ngah happy? Kenapa pulak? Nak dapat anak ke apa?

"Kenapa omma?" Akhirnya aku keluarkan juga suara.

"Hah? Ouh mak ngah kamu ni happy sebab dapat anak angkat" balas omma. Aku membuat mulut bentuk O sambil angguk kepala.

Mesti lah mak ngah happy. Dapat anak angkat. Mesti Shin pun happy sebab nanti tak adalah dia bosan main sorang-sorang. Shin tu sepupu aku yang berumur 6 tahun.

"Yunbi esok pergi rumah Mak ngah yer. Pergi melawat anak angkat mak ngah nanti omma masakan makanan kamu tolong hantar. Boleh kamu main dengan Shin. Mesti Shin rindu kamu" Kata omma.

Aku hanya angguk. Tak pula nak melawan. Mungkin teruja nak jumpa dengan anak angkat Mak ngah. Tambahan pulak aku rindu kan si Shin tu.

"Ok omma!" Balasku dan menyambung kembali makan ayam goreng.

.

.

.

.

.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab nak hantarkan makanan ke rumah Mak ngah. Omma lah ni kejut pagi sangat. Tidur pun tak puas.

"Bye omma~ Yunbi pergi dulu" kataku dengan lambaian. Omma senyum dan membalas lambaian aku.

Rumah aku ngan rumah Mak ngah tak ada lah jauh sangat. Lagipun kami tinggal kat kawasan perumahan yang sama. Senggang beberapa buah rumah jer dah sampai.

"Mak ngah!!" Laungku sambil tangan menekan lonceng. Beberapa saat aku tunggu akhirnya pintu dibuka. Wajah Shin ceria melihat aku yang berada di depannya.

"Unnie Bi!!!" Jerit Shin gembira sambil memeluk kakiku.

"Shin! Mummy mana?" Tanyaku. Shin tunjukan tangannya ke dalam rumah.

"Jom masuk! Mummy ada dalam rumah!" Kata Shin dengan menarik tangan aku. Aku ikut sahaja sampai lah aku ternampak Mak ngah yang ada kat dapur.

"Mak ngah~ Yunbi ada bawakan makanan" tegur aku. Mak ngah yang sedang membasuh pinggang memandang aku.

"Letakkan atas meja tu. Nanti Mak ngah hidang" kata Mak ngah aku hanya turut. Aku pandang sekeliling rumah. Tak ada pulak nampak kelibat anak angkat Mak ngah.

"Yunbi cari anak angkat Mak ngah ke? Mereka ada dalam bilik kat atas. Pergi lah tengok" kata Mak ngah. Bagai dapat baca fikiran aku. Jap. Mereka? Ramai ke?

Tak pula aku nak tanya soalan tu. Aku terus naik ke atas. Shin pun turut ikut aku. Katanya dia tak tengok lagi hyung barunya.

Buka sahaja pintu bilik dibuka terus mataku terpaku pada 7 orang namja yang sedang berada di atas katil. Aku kaku di depan pintu tatkala mereka berpaling memandang aku. Tanpa aku sangka air mata aku gugur.

"Yunbi!!!!" Jerit mereka dan meluru ke arah aku. Tubuh aku erat dipeluk oleh mereka. Sungguh aku rindu dengan Jin, Jhope, Jimin, Jungkook, Suga, Rapmon dan V.

"Uwarghh!!!!!! Yunbi rindu korang!!! Yunbi ingat Yunbi dah tak dapat jumpa korang! Yunbi ingat korang terperangkap dalam dunia tu! Yunbi ingat korang dah mati!!!!!" Kata aku dengan tangisan. Mereka yang mendengar ayat aku yang terakhir itu terkedu.

"Yahh! Janganlah nangis! Kami dah ada kat sini" pujuk Jimin.

"Buruklah kalau nangis!" Kata Jungkook. Aku senyum. Rindu betul aku dengan mereka. Walaupun hanya beberapa hari tak berjumpa.

"Err unnie kenapa unnie nangis?" Tanya Shin. Pelik mungkin tengok aku nangis tiba-tiba. Aku pun satu! Buat malu jer nangis depan budak 6 tahun. Nak saja aku menyorok bawah katil.

"Siapa ni!? Kenapa kecik semacam!!?" Tanya V.

"Ni Shin. Adik angkat korang. Shin kenalkan ni hyung-hyung Shin" kata aku kepada Shin. Shin Yang mendengar hanya angguk faham.

"Jom makan!! Mummy dah siap masak!!" Kata Shin girang. Tangan aku Shin tarik untuk turun kebawah.

.

.

.

.

.

Nak saja aku sumbat muka aku dalam sup ayam tadi lepas Shin cerita kat Mummy dia yang aku nangis. Mak ngah pula start lah soal siasat aku. Macam-macam dia tanya. Akhirnya aku ceritalah apa yang jadi. Tapi tak ceritalah yang aku masuk cermin tu. Nak kena humban dalam kuali ngan Mak ngah kalau aku cerita aku masuk dalam cermin. Tak pun kena bebel sebab banyak sangat tengok cerita mengarut.

Lepas saja makan aku, Shin dan yang lain bermain di ruang tamu. Mak ngah pula katanya nak kemas rumah sikit. Shin happy jer bila ada hyung. Boleh buat main.

"Antara Suga hyung ngan Jhope hyung siapa lagi handsome?" Tanya Jhope. Keningnya diangkat-angkat. Shin memegang dagunya.

"Jhope hyung!" Balas Shin. Jhope sudah ketawa kegirangan.

"Aku nak tengok Mummy kejap yer" kata Jin dan berlalu pergi meninggalkan ruang tamu.

"Shin nak tengok Didi!!" Kata Shin remote tv yang berada di atas sofa dia ambil.

"Apa tu?" Tanya Rapmon. Matanya memerhati remote yang berada didalam tangan Shin. Shin menekan punat on dan terus tv terpasang. Mereka yang melihat tv itu tiba-tiba menyala dan mengeluarkan bunyi terus berlari menyorok di balik sofa.

"Yunbi Shin lari!!! Bahaya!!!" Jerit Suga. Aku dan Shin berpandangan sesama sendiri. Kalau aku memang tak kesah sebab aku tahu mereka belum sesuaikan diri disini. Tapi Shin pula melihat mereka tak berkelip. Aku geleng kepala.

"Kenapa hyung lari? Hyung takut apa?" Tanya Shin pelik. Aku hanya tahan ketawa. Nak ketawa nanti takut kena jelingan maut dari mereka.

"S-Shin tak takut ke?" Tanya Jimin. Shin garu kepalanya. Mungkin budak ni dah pelik tahap gaban tengok mereka ni.

"Kenapa ada manusia dalam tu? Mereka terperangkap dalam tu ke?" Tanya Jungkook.

Shin membuat derp face dan menukar saluran ke channel astro ceria. Makin terkejut mereka apabila melihat kartun di dalam tv.

"Hyung ni ketinggalan zaman lah! Tv pun tak tahu" kata Shin menyindir. Haha. Padan muka kena sindir ngan budak umur 6 tahun.

"Tv?"

"ARGHHH!!!!!!" Semua berpaling ke arah tingkat atas. Suara Jin..

TBC..

Jemput baca ff dia ni..

SongJihyo993


Candy ada buat ff baru.. tajuknya PUTERA DUYUNG .. castnya Kim Taehyung.. sudilah baca💕

Vote and comments🍓

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top