Noah ( Aein Dhiyauddin)

“Ehemmm.”

Noah menoleh. Dia terlupa pengantin perempuannya. Noah hampir mengetuk dahi sendiri. Bagaimana dia boleh lupa dengan Fifi? Terus dia berpatah balik dan mendapatkan Fifi. Turun naik matanya memerhatikan Fifi hulurkan tangan. “Buat apa?”

“Mana tau ada saudara mara kita kat luar. Tunjuklah sikit kita ni betul-betul suami isteri. Takkan nak tunjuk kita ni kahwin paksa.” Fifi masih menunggu Noah menyambut tangannya. Baru sekejap nikah, dirinya sudah dilupakan oleh Noah. Bagaimana untuk hari-hari seterusnya?

“Memang you paksa I kan.” Noah sambut juga tangan Fifi walaupun berat hati.

“Paksa untuk kebaikan you jugak. Kata nak berubah.”

Sejuk tangan Noah. Macam menggigil pun ada.

“You tak pernah pegang tangan perempuan ke?” Tanya Fifi.

“I cuma sentuh tangan mama I saja.” Jujur. Memang dia hanya menyentuh emaknya sahaja. Jarang dia menyentuh perempuan melainkan terpaksa.

“Bagus you. Jaga batas aurat. Tapi sayangnya...” Fifi tidak teruskan. Mereka sudah sampai di perkarangan masjid. Ada lagi saudara mara mereka yang masih tinggal. Dia lemparkan senyuman buat semua yang ada. Tangan Noah digenggam erat.

Haris membukakan pintu Vellfire. Selepas semua masuk, dia bergerak ke tempat pemandu. Seperti tadi, Najah duduk di sebelahnya. Kali ini Leon duduk di belakang. Pengapit Fifi pula hanya akan muncul di hotel nanti.

“I tak dapat bayangkan malam pertama kita nanti,” ucap Fifi.

Tiba-tiba Noah terbatuk. Gerun membayangkan malam pertama mereka nanti.

🤭🤭🤭

Cerita ni unik tau heronya haha. Takut dengan heroin 😹

Story by  AeinDhiyauddin

#KompilasiTheFighter

Aein Dhiyauddin - Noah
Ateen Khalid - Kau Buat Semuanya Sempurna
Mia Azwari - Second Chance
Najwa Rahman - Drapetomania
Rinsya Chasiani - Datang dengan Rindu
Tulip Ungu - Bukan Cinta Pertama

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top