Bibik High Class

Bibik High Class

242 16 1

"Memanglah saya bukan orang gaji biasa... sebab saya ni bibik high class. Bibik luar biasa. Bibik yang cantik menawan dan pandai buat kerja. Tak ada kerja yang bibik high class tak boleh buat." - KatrinaAtas cabaran seseorang, Katrina Azura binti Tan Sri Osman menerima cabaran untuk menjadi orang gaji di rumah milik Tengku Harraz Sulaiman. Katrina hanya perlu buat lelaki sedingin air batu itu untuk jatuh cinta. Dia sangka semuanya mudah sahaja. Bukan susah untuk menundukkan beku seorang lelaki. Namun, dia silap. Lelaki itu bagaikan dapat menghidu tujuannya bekerja di situ. "Tak payah guna ayat-ayat menggoda kau tu. Aku tak akan tergoda. Kau tu syaitan yang menyesatkan manusia." - Tengku Harraz.Katrina merasakan jalannya untuk menundukkan lelaki itu menemui jalan sukar. Tetapi setelah rahsianya terbongkar, lain pula jadinya. "Aku thau kau rasuah Roslan untuk kerja kat rumah aku. Kalau kau tak nak kahwin dengan aku, aku akan pecat dia..." - Tengku HarrazTiba-tiba sahaja lelaki itu memaksanya berkahwin. Sesuatu yang tidak dijangka. Dia yakin Tengku Harraz ada muslihat lain yang tidak diketahuinya. Mungkin juga berkaitan dengan Datuk Hisham, bapa tiri lelaki itu. Kerana tidak mahu apa-apa terjadi terhadap Roslan, dia menerima lamaran Tengku Haraz. Kemunculan Ikhmal, sahabat Tengku Harraz menyebabkan Katrina terpaksa berdepan dengan masa silam yang mahu dilupakannya. Dia mahu keluar dari rumah itu, namun dirinya sudah terikat dengan gelaran isteri kepada Tengku Haraz. Satu demi satu rahsianya terbongkar. "Kenapa aku tak boleh buang dia dari kepala aku? Kenapa dia muncul lagi?" - Katrina.Apa ikatan Katrina dengan Ikhmal? Mampukah Katrina keluar dari rumah Tengku Harraz? Dan apakah rahsia yang Katrina simpan?…

Belong To Mr Mafia

Belong To Mr Mafia

206 20 1

RAINUntuk mengusai kota El Ceco, dia bertindak membunuh seluruh ahli kumpulan mafia Street Blood tanpa belas kasihan. Mangsa terakhir adalah anak tunggal kepada ketua kumpulan itu yang baru pulang dari sekolah. Gadis kecil itu harus dibunuh agar tidak timbul kes balas dendam suatu hari nanti. Namun dia mengambil keputusan untuk membiarkan gadis itu hidup. SCARLET. Dia menyaksikan sendiri kematian ahli keluarganya di tangan RAIN. Sejak dari hari itu dia bersumpah untuk menghabiskan lelaki itu dengan tangannya sendiri. Dia membesar di bawah pengawasan ahli kumpulan Golf Bag. 10 tahun berlalu... SCARLET sudah dewasa. Tumbuh menjadi gadis yang sangat cantik. Untuk melaksanakan rancangannya dia harus mendekati RAIN. Menggoda lelaki itu agar terpikat dengannya. Sambil mencari peluang membunuh lelaki itu. Tetapi RAIN hanya menganggap gadis itu anak angkat sahaja. SCARLET menggoda dan terus menggoda. Dia mahu rapat dengan RAIN kerana dendamnya. RAIN yang sudah lama menyendiri akhirnya jatuh cinta kepada SCAELET. Tergoda dan menggoda membuatkan kedua-duanya saling jatuh cinta. SCARLET tidak mampu membunuh Rain kerana cintanya lebih mendalam dari dendam. RAIN pula mendapat tahu gadis itu mendekatinya dengan tujuan hendak membunuhnya. BAGAIMANA PENGAKHIRAN KISAH MEREKA BERDUA?…

IZINKAN AKU MENCINTAI DIA

IZINKAN AKU MENCINTAI DIA

29,594 567 11

Kerana kecurangan Faris, Hannan Aisya berhijrah ke bandar membawa hati duka lara. Saat Aisya bergelut dengan rasa sedih dan kecewa muncul pula Auzan Rudi Shauqi yang selalu memperlekehkan dirinya, malah dia lebih seronok membuli Aisya. ​ "Geum Jan Di..." ​"Hah!" ​"Geum Jan Di." ​"Siapa tu?" ​"Nama baru awak." Bagi Aisya, Shauqi hanyalah langau yang mengganggu hidupnya. Namun pernyataan cinta seseorang kepada Aisya membuatkan Shauqi jauh hati. "Along tak tau kenapa pertama kali jumpa dia along rasa... satu perasaan yang lain. Along rasa along rindukan dia." Asyfar Haziq Musyaffa Tiba-tiba kehadiran seseorang yang pernah bertakhta dalam hatinya memporak perandakan lagi hidup Aisya. "Abang tau Sya masih cintakan abang... abang yakin sangat." Faris Hakimi ​ Aisya dalam dilema. Antara cinta Faris Hakimi yang pernah mengecewakannya atau Asyfar Haziq Musyaffa, lelaki yang seiras pelakon pujaannya. Bagaimana pula dengan Auzan Rudi Shauqi? ​ 'Terima kasih Ya Allah. Izinkan aku mencintai dia hingga ke akhir hayatku' ​ Cinta siapakah yang akan jadi pilihan Hannan Aisya?…

Mr Bibik

Mr Bibik

13,881 187 6

"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." - Firas Iman"Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje." - Aulia IzzatunnisaHampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia."Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa." - FirasApakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?KAPSYEN:Kaulah teman, kaulah musuh dan kaulah syurgaku...…

Janji Cinta Sufi

Janji Cinta Sufi

433 58 10

Kerajaan Arum hanya boleh diperintah oleh seorang ratu. Setiap ratu yang bertakhta hanya akan melahirkan seorang ratu juga. Jika lahir seorang putera, itu tanda kehancuran sudah tiba. Darah akan membasahi tanah Arum. Putera akan terlahir dengan kuasa membunuh dan membinasakan. PUTERA SUFI dilahirkan dengan kuasa membunuh. Kerana itu dia di tolak oleh rakyatnya sendiri sebagai bakal pemerintah. Namun bondanya RATU MALAIKA tetap akan menabalkan dirinya sebagai Putera Mahkota Kerajaan Arum. Bukan hanya ditolak rakyatnya sendiri, pamannya sendiri BAGINDA AGUS cuba membunuhnya kerana sebuah takhta. Kerana sumpahan itu juga tiada siapa berani mendekati PUTERA SUFI. Digelar sebagai raksasa pembunuh oleh rakyatnya sendiri. Dia tidak punya kawan melainkan penjaganya yang berlima, keturunan berdarah putih yang juga mempunyai kuasa. Senandika akan mengenal sahmura. Hanya kau yang akan mengenal dia yang bakal melenyapkan sumpah itu."Nama kau siapa? Dari mana asalmu?" - PUTERA SUFI"Hamba bernama Cahaya Cinta. Seorang abdi." - CINTAKemunculan CINTA adalah sesuatu yang aneh. Gadis itu hanyalah seorang hamba abdi. Tiada abdi yang mampu menahan kuasa racun membunuhnya. Kehadiran gadis itu membuat PUTERA SUFI terasa dirinya seperti manusia biasa bukan lagi raksasa pembunuh. "Janji kepadaku Cinta. Janji yang kau akan membantu aku melawan sumpahan beracun ini. Hanya kau seorang saja yang mampu menghindar dari racun bisa ku ini. Bunuh aku jika aku tidak mampu mengawal kuasaku sendiri." - PUTERA SUFIPabila sampai masanya, dapatkan CINTA menunaikan janji kepada PUTERA SUFI? Sanggupkah dia menamatkan riwayat putera itu? Adakah CINTA benar-benar gadis yang bakal melenyapkan sumpahan PUTERA SUFI? Siapakah CINTA yang sebenarnya?…

WOLF - Fan Fiction Exo

WOLF - Fan Fiction Exo

82 10 5

Kenapa aku dilahirkan sebagai Alpha? ¬- Kim Jong InDia dilahirkan sebagai ketua kawanan serigala jadian Bukit Serigala. Sejak kecil dia diberitahu, hanya serigala Alpha betina yang akan menjadi jodohnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada manusia biasa. Kacaknya dia. - Kim So HyunDalam diam dia menyimpan perasaan terhadap jejaka pendiam itu. Namun dia sedar yang mereka berbeza taraf. Lelaki itu anak orang kaya. Manakala dia berasal dari keluarga miskin. Kim Jong In sedar cintanya kepada Kim So Hyun hanya akan menimbulkan kesulitan kepada kawanan serigalanya. Dia akan kehilangan kuasanya dan kawanan serigala akan kehilangan ketua. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah memerhatikan kesayangannya dari jauh. Namun satu-persatu peristiwa yang membahayakan nyawa Kim So Hyun berlaku. Kim Jong In terpaksa melanggar janji dan mendekati gadis itu. Ini semua demi keselamatan Kim So Hun sendiri. Cinta yang selama ini dipendam makin marak. Sekali gus membuatkan kuasanya makin lemah. Dia tidak mampu sembunyikan lagi perasaannya. Buat seketika dia hanya mahukan bahagia. Tiba-tiba, muncul pula serigala dari Tasik Serigala memberikan tentangan kepada kawanan serigala Bukit Serigala. Mahu merampas kawasan dan menjadi Alpha yang baru. Kim Jong In terpaksa memilih. Cinta atau tanggungjawab? Hatinya atau tugasnya sebagai ketua? Pilihan mana yang akan Kim Jong In buat? Mampukan dia melupakan cintanya?Kalau kau mampu. Hindari dia - Byun Baekhyun…

LUCAS - SPIN OFF NODA

LUCAS - SPIN OFF NODA

619 16 4

Kita tak boleh padam kenangan hitam kita. Tapi kita boleh corakkan masa depan kita dengan apa warna kita nak. Semua orang berhak dapat happy ending - ADRA NAJWAJuwa... Bahagia kau bahagia aku. Itu dah cukup. Aku pasti tak ada perempuan boleh terima aku. Biarlah aku macam ni sampai bila-bila - LUCAS…

CINTA AGUNG SANG RATU

CINTA AGUNG SANG RATU

837 22 8

Panglima... penyatuan kita akan melahirkan waris berdarah raja. Maafkan beta kerana memaksa panglima - PUTERI ADELITA Demi kerajaan Hagan Puteri Adelita menjadikan Panglima Taekai sebagai suaminya. Penyatuan dua jiwa menjelmakan pewaris kerajaan Hagan yang seterusnya. Penyatuan dua jiwa bukan sahaja membangkitkan Ratu Phoenix tetapi juga membongkar asal keturunan Putera Taekai sebagai Putera Naga Emas. Perang sudah tamat dan kerajaan Hagan sudah kembali aman. Puteri Adelita dan Panglima Taekai berjanji setia untuk sehidup semati. Namun Putera Taekai menjadi mangsa culik kerana dendam kepada keturunannya. Puteri Adelita bertekad untuk menyelamatkan kesayangannya. Adakah Puteri Adelita dan Putera Taekai akan bersatu kembali?Kombo RatuPre-order 25/11/2019 - 15/12/2019Kombo RM 68 SM / Rm 73 SS(kombo dah termasuk poslaju)SingleCinta Agung Sang RatuRM 35.00Seluruh Cinta BuatmuRM 28.00Postage RM 8.00 SMRM 13.00 SSBank in ke Asmawati KasimMaybank162200105174🐉 sila wasap bukti pembayaran ke 0163231480 atau pm FB Aein Dhiyauddin…

NODA

NODA

7,769 188 5

"Aku tak nak duit. Aku nak dia kahwin dengan aku." - Adra Najuwa"Kau fikir aku akan suka kau yang kotor ni?" - Ilman Hadif"Kau fikir aku nak sangat tolong kau? Hati ni dalam badan aku. Jadi suka hati akulah nak letak syarat apa." - Adra NajuwaKerana hati, Adra tega menjadi orang ketiga dalam hubungan adiknya, Jannah dan Hadif."Aku setuju untuk nikah dengan kau." - Ilman HadifKerana hati juga, Hadif sanggup menerima perempuan kotor sebagai isteri. Kerana sayangnya terhadap sang tunang, dia sanggup mengorbankan dirinya menjadi suami Adra. Dia pasrahkan dirinya untuk reda atas nama cinta dan kasih sayang.Sangka Hadif, tiada ruang di hatinya untuk Adra. Namun dia silap. Semakin hari, sayang dan cintanya semakin bercambah buat isteri yang dia benci. Kenapa cinta itu muncul kalau dia membenci?Bagi Adra pula, perkahwinannya hanya kerana dendam. Namun hatinya berbisik mahu mencintai dan dicintai oleh Hadif. Sedangkan dia sedar dirinya tidak layak untuk lelaki itu. Noda dalam hidupnya menghalang dia untuk mengecap bahagia.Mampukah Hadif terus membenci isterinya sendiri?Adakah Adra akan merasai kebahagiaan?Jannah pula, mampukah dia menerima semua ini dengan hati yang ikhlas?Siapa pula Lucas yang sering meniti di bibir Adra?KAPSYEN:Semua orang akan merasa happy ending. Jika bukan di dunia, pasti di akhirat nanti...…

CERITA PUASA RAYA AEIN DHIYAUDDIN (eBOOK) RM 16.00

CERITA PUASA RAYA AEIN DHIYAUDDIN (eBOOK) RM 16.00

331 12 3

Himpunan 3 cerita bertemakan ramadan dan syawalTart Nanas Cik Monster (Special Entry You Can Call Me Monster)Jubah Raya Untuk Kai (Special Entry Jodoh Salah KautBaju Raya Lupa Nak Jahit ( Special Entry Dia Tukang Kebun)Untuk pembelian wasap 0163231480…

ETERNAL LOVE - PHOENIX KISS

ETERNAL LOVE - PHOENIX KISS

216 14 1

Putera Taekai sudah bersatu dengan Puteri Adelita. Namun sejarah silam kembali menghantui Putera Taekai sehingga kedua-dua pasangan ini sekali lagi diuji.…

ETERNAL LOVE - CINTA HATI RATU PHOENIX

ETERNAL LOVE - CINTA HATI RATU PHOENIX

289 21 1

PERANG SUDAH TAMAT. PUTERI ADELITA JELMAAN RATU PHOENIX TIDAK DI JUMPAI. PANGLIMA TAEKAI YAKIN BELAHAN JIWANYA BELUM MATI. TAPI DI MANA PUTERI ADELITA SEKARANG? KENAPA PUTERI ITU TIDAK KEMBALI.…

ETERNAL LOVE - RATU PHOENIX

ETERNAL LOVE - RATU PHOENIX

245 18 1

LAGENDA RATU PHOENIX MENYATAKAN BURUNG ITU AKAN MUNCUL UNTUK MELINDUNGI KERAJAAN HAGAN. NAMUN KEMUNCULAN RATU PHOENIX PERLUKAN PENGORBANAN DARAH BERKETURUNAN RAJA. PUTERI ADELITA KESAYANGAN RAKYAT HAGAN. ADAKAH BAGINDA AKAN MENGORBANKAN DIRI DEMI UNTUK RAKYAT.…

BOY IN LUV

BOY IN LUV

134 11 1

Percubaan pertama menulis Fan Fic... ditulis atas permintaan anak-anak tersayang. dan terbit dalam versi cetak.…

JODOH SALAH KAUT (RAW VERSION)

JODOH SALAH KAUT (RAW VERSION)

9,078 357 8

TAJUK: JODOH SALAH KAUTPENULIS: AEIN DHIYAUDDINISBN NO: 978-967-2225-07-2BLURB"Ini bakal suami saya." - RaniaIndah Rania... Sangkanya dia menarik Amri untuk diperkenalkan sebagai bakal suami kepada bekas suaminya yang tiba-tiba muncul. Namun dia tidak menyangka tersalah kaut orang. Orang yang ditariknya bukan calang-calang. "Ya, kami akan bernikah." - Kai Khairul Amilin atau lebih dikenali sebagai Kai merupakan seorang model dan penyanyi terkenal. Tiba-tiba datang seorang wanita memperkenalkan diri sebagai calon isteri, di hadapan wartawan pula tu! Jadi terpaksalah dia mengaku dan mengikut rentak wanita itu. Tercalarlah imejnya jika berkata tidak."Saya minta maaf sebab salah kaut orang tadi. Kita beritahu wartawan ini semua prank. Boleh, kan? Awak pun salah jugak sebab mengaku tadi." - Rania"Kau kena kahwin dengan aku. Kau kena bertanggungjawab sebab buat nama aku busuk! " - KaiRania dan Kai terpaksa bersatu dalam sebuah perkahwinan hanya disebabkan kejadian itu. Rania cuba menghalang dirinya daripada jatuh cinta, tetapi tarikan Kai sungguh kuat. Hatinya cair!"Mengaku ajelah kau cemburu. Habis cerita." - Kai"Ya, aku cemburu! Sangat cemburu! Aku cintakan kau. Itu yang kau nak dengar, kan?" - RaniaWalaupun hati mula mencintai, namun masih terdetik curiga. Kai seperti banyak berahsia dengannya. Dan Kai juga punya rahsia di sebalik lagu Cinta Hatiku. Siapakah sumber inspirasi dan pemilik sebenar cinta Kai?"Aku nak tahu lagu Cinta Hatiku tu dicipta untuk siapa sebenarnya?" - RaniaSetiap rumah tangga pasti diuji. Ikram, bekas suami Rania tiba-tiba menjadi lelaki gila talak. Ada sahaja helahnya untuk memisahkan dua hati yang mula menyemai cinta. "Apa agaknya dia akan cakap kalau dia tahu awak mandul, Rania?" - IkramKeadaan jadi bertambah rumit dengan kehadiran Tengku Amanda. Siapakah pula Tengku Amanda dan apakah helah gadis itu?…

Dia... Tukang Kebun - PUBLISHED

Dia... Tukang Kebun - PUBLISHED

12,840 89 7

Gembur tanah kat rumah orang-orang kaya biasanya kerja siapa? -Wazif AmsyarTukang kebun - Hana ImeldaDah tau tukang kebun buat apa tanya lagi... Takkanlah posmen pulak yang gembur tanah kat rumah orang kaya - Wazif AmsyarTukan kebun itu bukan sebarang orang. Sangat kacak malah boleh dikatakan tukang kebun itu tidak layak menjadi tukang kebun. Bagi Hana tukang kebun kacak itu seharusnya menjadi tukang jaga hati dia aka suami tersayang. Nakal Hana muncul secara semula jadi setiap kali berdampingan dengan tukang kebun itu.Cik Hana percaya tak kalau saya cakap saya ni dah ada isteri - Wazif AmsyarKalau awak suami orang dan awak bahagia dah tentu awak tak ada kat sini. Mesti awak ada masalah rumah tangga kan. Tinggalkan aje isteri awak tu. Kahwin dengan saya - Hana ImeldaPengakuan Wazif buat hati Hana kucar-kacir. Dia mahukan tukang kebun itu untuk dirinya. Tetapi tetap juga tukang kebun itu menolak. Hana nekad hendak bawa tukang kebun itu lari ke Siam. Tapi dia terlupa sesuatu. Bukan dia yang akan berjabat tangan dengan tok kadi.Demi misi aku. Aku sanggup jadi tukang kebun - Wazif AmsyarWazif Amsyar... Dia lelaki misteri. Demi misinya dia sanggup menyamar menjadi tukang kebun. Siapakah dia sebenarnya? Apakah misi yang membuatkan dia sanggup melukakan hati Hana yang polos?UNTUK PEMBELIAN SILA WHATSAPP 0163231480…

Abang BMW Merah

Abang BMW Merah

3,238 125 2

Cerita ini zaman remaja ketika bekerja sebagai cashier stesen minyak. Buat kat Zuleha this is for you jongos. Rindu saat2 kita dengar lagu hindustan sambil mop lantai. Rindu jugak abang-abang tanker minyak yang gila-gila dan baik hati. Buat abang BMW Merah saya abadikan awak dalam karya saya. Kita tetap kawan sampai bila-bila. En Aziz... Dah lima belas tahun berlalu lesen turun minyak saya tak dapat lagi.…

SAAT CINTA ITU PERGI

SAAT CINTA ITU PERGI

60,128 1,371 16

SAAT CINTA ITU PERGI TIADA LAGI HARAPAN UNTUK BERSAMA. ANDAI ADA TAKDIR ALLAH CINTA ITU AKAN BERTAUT KEMBALI...…

KU INGIN CINTAMU

KU INGIN CINTAMU

13,318 447 27

Safiah keluar dari rumah untuk lari dari masalah. Dia mahukan ketenangan. namun pertemuan dengan Arman menimbulkan cemburu Liyana hingga di fintah dan diaibkan. sekali lagi safiah lari.... kehilangan Safiah membuatkan Arman sedar yang dia inginkan cinta Safiah.... adakah mereka kembali bertemu? Cinta akan tersimpul rapi? nantikan dalam KU INGIN CINTAMU....…

YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION)

YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION)

5,375 262 7

Hasnul baru kematian isteri. Disebabkan dia dah terlalu hanyut, emak dia paksa kahwin dengan seorang perempuan yang mulutnya... Memang sangat tidak menenangkan jiwa aka mulut puaka. Mak dia pun satu macam dah pupus perempuan syurga dalam dunia ni.... Demi emak tersayang Hasnul ikutkan aje.Hidup dengan Atikah... Hasnul makan hati…