9 -FOR ME

Aurora/Meisara pov

Siling bilik menjadi mangsa tatapan aku. Aku mencapai bantal kecil lalu dipeluk erat.

"...She owns me now."

Kata-kata Evan asyik berulang kali bermain di fikiran sejak malam semalam. Apa maksud dia?

"Aurora, kau dah siap?"soal Chloe. Aku mula tersedar dari lamunan.

"Huh? Apa dia?"aku bingkas duduk dari posisi baring di atas katil. Mata langsung memandang Chloe yang sudah terpacak di hadapan aku.

"Jomlah gerak. Kau fikir apa lagi?" kata Chloe lalu memulas tombol pintu. Pintu terbuka seraya kakinya melangkah keluar. Aku segera turun daripada katil dan mengikuti Chloe dari belakang.

"Chloe, kau tahu tak apa maksud Evan semalam?"aku menyoal. Chloe mengerling aku sekilas seraya sambung menumpu langkah kakinya menuruni tangga asrama.

"Tak mungkin kau tak faham apa yang dia maksudkan, Aurora. Come on! Sedar, Aurora. Sedar."

Aku hanya diam membisu seraya kepala ditundukkan.

"Maksud dia, dia akan ada untuk kau. Dia hak milik kau. Sekarang, kau faham? Jangan cakap kau masih blurr, Aurora."sambung Chloe.

Aku mengeluh perlahan. Aku harap dia tak ambil serius dengan apa yang dia cakap semalam. Kami berjalan di sepanjang jalan kecil ke Kolej.

Tiba sahaja di tempat parking, mata aku tertacap kepada dua orang yang sedang mesra berborak di situ. Evan dan seorang gadis. Siapa gadis cantik itu? Aku rasa aku tak pernah lihat dia di sini.

Dan macam mana dia boleh kelihatan cantik sekali? Dia terlalu cantik. Dengan tubuh badannya yang tinggi lampai. Rambut hitam yang beralun. Gorgeous! Apa hubungan dia dengan Evan?

"Stop thinking nonsense, Aurora. Itu Olivia. Olivia Jackson, Queen of Avondale. Tak silap aku, dia dan Evan berkawan sejak kecil. Dan dia juga adalah bekas teman wanita Isaac." jelas Chloe. Aku hanya mendengar dan tidak membalas apa-apa.

Jadi gadis bernama Olivia ini rapat dengan Evan? Look at that smile, aku tak pernah lihat senyuman selebar itu di wajah Evan. Evan kelihatan sangat selesa dengan Olivia.

"Jomlah, kita terus masuk ke dewan kuliah. Kejap lagi Evan dan Olivia masuk lah tu. Pandai-pandai lah dia orang."balas Chloe.

"Olivia tu pun sekelas dengan kita?" aku menyoal. Chloe menolak pintu dewan kuliah dan kami menapak masuk ke dalam.

"Yes, Aurora."jawab Chloe pendek. Kami mengambil tempat di barisan ketiga.

Jadi maksudnya di sini, Evan akan sering bersama Olivia lah, kan? Hold on, apa yang kau fikir ni Aurora. Stop it.

Pintu dewan kuliah dibuka. Evan dan Olivia melangkah masuk ke dalam.

"Welcome back, Olivia."pelajar lain mula mengerumuni Olivia. Aku dan Chloe hanya memerhati apa yang berlaku sekarang ni.

"Macam yang aku kata, dia adalah ratu di sini."tutur Chloe.

Aku memandang Evan. Evan mula mengambil tempat di barisan hadapan. Diikuti Olivia. Mereka duduk bersebelahan di hadapan. Nafas lemah aku lepaskan.

"Wow woww! Apa ni? Bila kau balik?" Tyler mula menapak mendekati Olivia. Isaac pula berjalan terus ke tempat duduknya seperti tiada apa yang berlaku.

Jelas Tyler juga kelihatan rapat dengan Olivia. Semua yang ada di sini sangat gembira dengan kehadiran Olivia. Kecuali seorang sahaja, Isaac. Dia hanya duduk di tempatnya dan tidak mengendahkan Olivia. Menurut Chloe, mereka pernah bercinta suatu ketika dahulu. Mungkin selepas perpisahan itu, mereka kembali menjadi asing.

"Aurora?"

Lirikan mata yang tertacap kepada Isaac beralih kepada gerangan di sebelah kanan aku. Evan? Bila masa dia duduk kat sebelah aku? Aku segera menundukkan wajah.

"Jadi ni lah Aurora yang dah pikat hati kau?"

Aku mengangkat wajah dan memandang gadis di hadapan aku dan Evan. Olivia menghulurkan tangannya kepada aku.

"Hai, aku Olivia Jackson. Sahabat Evan sejak kecil."

Huluran tangan itu aku sambut. Kami mula bersalaman buat pertama kali.

"Aurora Rose."balasku pendek.

"Nice name. Dan kau juga boleh tahan cantik juga. Apa kata kau join aku untuk modelling?"balas Olivia seraya sebelah keningnya diangkat.

"Oliv, stop it. Tak habis-habis lah kau ni dengan modelling kau tu."Evan mencelah.

"Apa? Biarlah. Mana tahu Aurora berminat. Sibuk jelah kau ni."Olivia menjeling Evan pantas. Bibirnya dimuncungkan.

"Dia tak berminat langsung. Apa kata kau pergi duduk tempat kau semula."

"Fine! Chloe, lets go. Biar mereka borak berdua kat sini. Jom duduk sebelah aku hari ni."Olivia mula menarik Chloe. Chloe pula terpinga-pinga sambil mengikuti langkah Olivia.

"Err, Olivia?"Chloe membalas seraya dirinya diseret untuk duduk di barisan hadapan.

Ke mana kau nak pergi, Chloe? Don't go, please.

"Aurora, tolong save sikit muka risau kau tu. Buat masa ni, aku tak pernah makan orang lagi."

Aku menoleh ke arah Evan. Evan sedang menongkat dagu sambil memerhati aku. Sengihan sinis terukir di sebalik bibir nipisnya.

Pull yourself together, Aurora!

"E-evan, fasal semalam tu, kau tak serius, kan?"aku mula menyoal.

Gelakkan kecil diberikan oleh Evan lalu dia memandang aku semula.

"Kau perlukan aku, Aurora. Tak mungkin aku bermain-main. Jadi tolonglah, buka ruang sedikit. For me."

***

Love from,
Fiixorra
💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top