CHAPTER FIVE

LAGI-LAGI sesi taaruf. Oh, menyampahnya aku nak menghadap lelaki ni!

Pandangan sinisnya aku balas dengan jelingan. Dengusan dibuang.

"Masa berdetik Puteri Nuraisya Arabella. Kau masih ada masa lagi..." Fakeeh pandang jam besar yang tergantung pada dinding.

"23 jam 15 minit dan... 5 saat lagi."

Fakeeh ni memang sengaja nak bikin aku panas. Sengaja kipas-kipas lagi dengan kiraan masa dia yang entah tepat ataupun tidak. Aku malas nak fikir. Kepala dah cukup serabut dengan Ayaan.

Boleh pula dia hilang. Ya, hilang!

Punyalah aku mencari dia merata. Sana dan sini. Hinggakan ke rumah bujangnya. Pun tak ada!

Hairan betullah aku. Bila aku risik pada jiran-jiran dia, katanya Ayaan keluar ambil angin. Jenuh aku menanti, kelibat lelaki itu tak pulang-pulang. Dengan rasa hampa aku kembali ke istana bila sedar sudah cukup lama aku di luar.

Ikutkan hati, malas nak balik istana. Hanya kerana Fakeeh. Aku tak tahulah kenapa tapi makin kerap aku bertembung dengan Fakeeh ni tau walhal istana ni punyalah besar gedabak!

Sesi taaruf kalini aku hanya bungkam. Bengang dengan Fakeeh. Juga terasa hati dengan Ayaan.

Lelaki tu memang tak nak kahwin dengan aku ke? Aku ni terlalu memaksa dia ke? Aku seorang aje ke yang desperate nakkan Ayaan jadi suami aku?

Takkan aku nak jadi perigi cari timba? Nanti ada ayahanda kata aku ni kemaruk nak berlaki. Pengsan orang tua tu nanti!

"Give up?"

Aku pincingkan mata melihat wajah tak bersalahnya. Mahu saja aku cucuk-cucuk biar terkeluar soket mata. Ee, kenapalah aku kena bertemu dengan lelaki ni?

"We can just continue our parent's wish."

"Hell no!" Aku berkeras.

Kening Fakeeh terjongket. "You cursing?"

Aku golekkan bola mata. Wajah cuka aku tayang pada Haniya di sebelah yang berdiri tak jauh dari aku. Anak mata aku digerakkan tak tentu hala sehingga gadis itu berkerut dahi cuba memahami aku.

Mungkin dia mengalah nak faham bahasa aku, terus Haniya angkat bahu. Selain aku nak hempuk Fakeeh, Haniya pun sama suka curah minyak pada api.

Kenapa semua orang tak boleh faham yang aku tak nak jumpa lagi Fakeeh ni?

"Lelaki sejati tak akan jadi pengecut. Bila dia berniat nak memperisterikan seorang perempuan, dia akan tampilkan diri berhadapan dengan ayah kepada si perempuan dan mengusulkan niat di hati."

"Eh, kau cakap tu macamlah kau tu bagus sangat? Kau pun sama pengecutlah. Dah ada makwe, sibuk nak ikut telunjuk mak ayah bila nak kenenkan kau dengan aku. Cakap tak serupa bikin betul."

Panas aje hati.

"Aku cuma nyatakan fakta."

"Fakta sekarang ni adalah aku tak nak kahwin dengan kau. Tak teringin pun. Kau boleh jangan semakkan kepala aku boleh tak? Bila orang dah tak suka kau, patutnya kau berambus ajelah. Tak malu ke nak kena layan amukan aku ni? Baik kau lari aje dengan gadis pujaan kau tu."

"What if that guy won't marry you till kiamat?"

Terus aku senyum sinis. Ayaan tak nak kahwin dengan aku? Dia dah mengakulah yang dia nak kahwini aku. Fakeeh ni konfiden betul yang aku akan jadi isteri dia. Setiap saat itu akan aku gunakan tanpa pembaziran. Selagi boleh cegah aturan perkahwinan ini akan aku cegah habis-habisan.

Tapi soalan mamat ni menarik juga. Kalau Ayaan masih begitu hingga kami tua, apa akan aku buat?

"Bukannya aku tak boleh nak jadi ketua negara. Kau jangan nak pandang rendah pada aku."

Angkuh. Ya, aku mengaku ada nada-nada keangkuhan dalam bicaraku. Semuanya tak lebih untuk buat Fakeeh tercabar. Itu satu. Dua, nak buat dia rasa yang aku ni tak layak nak jadi isteri dia. Eh, bukan. Dia yang tak layak jadi suami aku. Perangai tak semenggah campur ditaktor. Ingat aku ni apa?

"Maybe in your dreams."

"Ee, kau ni kenapa suka cari pasal sangat?"

"Okey, kau bagitahu aku. Di mana kedudukan Kerajaan Sulnayah dan siapa ketua kerajaan di sana?" Fakeeh petik jari sebelum dagu didongakkan ke arahku.

Bibir aku kemam.

Jawapannya pastilah aku tak tahu. Aku kan buta peta. Tak boleh baca. Pening dan berbelit dengan nama wilayah yang variasi.

"Kau ingat perintah kerajaan tu semudah alif ba ta? Negara jiran sendiri pun tak kenal."

Terpeset-peset mata kanan aku. Laa, negara jiran? Kenapa aku macam tak pernah dengar nama kerajaan tu? Betul-betul duduk dalam gua aku ni.

"Sulnayah mengamalkan ajaran Syiah Imamiyyah. Disebabkan itulah Istania mahupun Alka tak pernah bersetuju untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan Sulnayah. Walaupun begitu, Istania dan Alka tak pernah larang warga Sulnayah untuk datang ke dua wilayah ini dengan syarat tak menyebut apa-apa yang berkaitan dengan agama. Bahkan di pemisah negara kita telah dihantar pasukan tentera untuk berjaga di situ untuk mengawal keselamatan Istania dan Alka. Kau tahu ajelah Syiah Imamiyyah ni bagaimana perilaku mereka. Sedangkan hari Asyura, umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat sedangkan Syiah Imamiyyah pula mengadakan pesta memukul dan mencederakan diri sehingga luka parah. Kau tahu sebab apa?"

Okey, untuk kali pertamanya aku terpegun dengan bicaranya.

"Pada 10 Muharram, ada dua peristiwa penting. Pertama, dalam riwayat Al-Bukhari, Nabi Muhammad SAW bertanya kepada orang Yahudi yang berpuasa pada hari tersebut dan mereka menjawab bahawasanya Allah telah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Nabi Musa pun berpuasa. Lalu Baginda SAW bersabda: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu, maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa. Maka dari situlah kita digalakkan untuk berpuasa sunat."

Halkum Fakeeh jelas turun naik, meneguk liur yang tersisa sebelum menyambung.

"Pada 10 Muharram ni juga, telah terbunuh cucu Rasulullah Saidina Hussain bin Ali dalam pertempuran Karbala. Maka, puak syiah ini mengadakan pesta dengan alasan hendak berkabung atas syahidnya Saidina Hussain. Mudah kata, puak Syiah Imamiyyah ini terlalu taksub dengan keturunan Nabi Muhammad hingga mengubah pandangan terhadap Tuhan yang Satu dan menganggap keturunan Nabi Muhammad itu juga agong." Fakeeh tamatkan bicaranya dengan tegukan air teh. Baru aku perasan dia ni minat betul dengan teh panas. Aku tak pernah nampak dia minum air lain. Kalau istana sediakan banyak jenis air pun, dia pilih teh. Hantu teh gamaknya.

"Sulnayah adalah kerajaan yang ganas. Maka, semua kerajaan Islam pun kena berhati-hati dengan mereka. Bangsa Syiah kelihatan mirip dengan Islam sejati yang menyebabkan sukar untuk kita kenalpasti identiti mereka. Kalau kau nak jadi ketua negara tanpa ilmu, mudah aje Istania kena cekup dengan Sulnayah. Kerana itu Raja Muttaqin nak kau berkahwin."

Haih, bila dia kait semula dengan perkahwinan aku jadi was-was. Seriua juga dengan Kerajaan Sulnayah. Kalau mereka sanggup mencederakan diri sendiri demi pengampunan berdasarkan fahaman serong mereka, inikan pula nak membunuh orang lain demi kepentingan negara sendiri.

"Dah masuk waktu Zohor. Aku minta izin dulu. Jangan lupa perjanjian kita. Tamat masa, aku akan maklumkan pada ibu bapa kita untuk teruskan saja rancangan mereka. See ya!" Terus lelaki itu undur diri dan beredar meninggalkan aku termangu-mangu.

Terfikir juga aku sekiranya Fakeeh ni nak menakutkan aku. Tapi dia tak menipu. Ayahanda ada aje cerita tentang puak Syiah ni yang agresif. Memang sama seperti kata Fakeeh.

Kalau beginilah, aku kena cepat-cepat dapatkan Ayaan. Aku patut kejar dia. Dia tak boleh nak lari lagi. Nak tunggu dia punya sedia, ada sampai aku ni dah tua kerepot.

.

.

"AYAAN, tak perlulah nak mengelak lagi daripada saya. Bukannya saya makan orang pun." Kaki aku dah penat mengejar langkah Ayaan yang laju. Tadi, aku terserempak dengan dia di kafe tempat biasa kami lepak. Bila dia nampak aku, terus dia lari bak lipas kudung.

"Ara, I really need time." Dalam kabutnya tetap dia menyahut.

"Awak nak lepaskan peluang kita?"

"Saya tak bersedia nak jumpa keluarga awak."

"Nak tunggu awak bersedia sampai bila? Jangan sampai awak kecewa bila tengok ayahanda saya berjabat tangan dengan lelaki lain. Saat itu, tiada apa yang kita boleh buat lagi, Ayaan. Jadi, marilah."

Ayaan terhenti langkahnya. Aku juga mati langkah beberapa tapak di belakangnya. Mata aku menyoroti belakang tubuhnya yang mengecut. Tangan kekarnya membentuk buku lima sebelum dilepaskan lemah. Bahunya jatuh.

"That will be my worst nightmare..." Gumamnya cukup untuk kami berdua dengar.

"Tapi..." Ayaan geleng kepala. "Saya tak mampu, Ara. Saya tak mampu."

"Soal apa? Awak tak mampu dari segi apa, Ayaan? Duit? Ayaan, bila kita dah kahwin harta saya akan jadi harta awak juga. Awak tak perlulah kisah. Soal semua persediaan perkahwinan pun saya boleh uruskan guna duit saya. Saya cuma perlukan awak untuk kita berterus-terang pada ayahanda dan bonda saya. Saya minta satu itu aje, Ayaan."

Nafas aku hela lambat. Langkah diusung melepasi Ayaan lalu berdiri di hadapannya. Kepala mendongak ke arahnya yang sedikit tinggi daripadaku. Paras hidung dia saja aku ni.

Jelas wajah serba-salah lelaki itu. Telapak tangan spontan mengusap belakang leher, gelagat harian jikalau rasa resahnya hadir.

"Kita dah ada peluang, kita kena gunakan Ayaan. Memang kita tak tahu apa bakal terjadi nanti namun sekurang-kurangnya cukup parents saya tahu yang awak tu istimewa pada saya." Lembut aku memujuk dia. Diselitkan senyuman di bibir buat lelaki itu.

"Saya... Rasa tak layak jadi orang yang istimewa untuk awak. Saya banyak kekurangan." Lelaki itu jatuh menunduk, memutuskan tautan mata kami.

"Hey, mana ada Ayaan. Saya dah pilih awak, maksudnya saya terima semua kekurangan dan kelemahan awak. Saya yang nak kongsi hidup saya dengan awak,bukan permintaan orang lain. Hati saya yang terima awak, Ayaan. Even when the world is against us. Sebab tu juga saya minta awak ikut saya jumpa ayahanda."

Rahang Ayaan bergerak-gerak sebelum khali. Anak matanya melingas ke sisi, menjauhi daripada panahan mataku.

"Bila?" Perlahan aje suaranya. Sedangkan aku pula sudah membulat mata melihat dia mula menerima.

"Harini!"

Tak sabar!

Ayaan terus pandang aku sebelum terketar-ketar jadinya.

"A... Ara... Takkanlah harini..."

"Dia bagi saya dua hari aje, Ayaan. Punyalah susah saya nak cari awak sampai masa pun jadi suntuk. Jangan risau, saya ada untuk awak waktu awak datang ke istana nanti. Percayalah." Sungguh-sungguh aku tekad. Hanya dia sajalah harapan dan tempat aku pertaruhkan hidup.

"Esok? Esok tak boleh? Saya... Nak kena prepare."

Dalam risau aku, terselit rasa lucu dengan telatah Ayaan.

Lelaki yang seorang ini kuat merancang. Tak kisahlah dalam apa-apa keputusan. Hatta untuk berjumpa dengan aku. Contohnya, pukul berapa kami berjumpa. Kemudian, pukul berapa kami pergi ke kafe. Dalam kafe nak pesan apa. Balik nanti pukul berapa. Mudah kata, dia sudah ada skrip perjalanan harian.

Sebab tu juga dia perlukan skrip untuk berjumpa dengan ayahanda aku. Jika dia tidak buat begitu, resahnya hadir tanpa dipinta. Sedari aku mengenalinya, itulah satu-satunya sifat Ayaan yang bagi aku nampak leceh tetapi kemas. Tidak terburu-buru juga. Cuma Ayaan perlu keyakinan untuk menjayakan perancangannya dan aku sudi jadi sumber keyakinan dia.

Sebab itu juga aku boleh tersuka dia. Comel. Tak macam Fakeeh yang macam rimau. Semua nak ikut kepala dia. Ee menyampah!

Eh, dah kenapa aku fikir pasal mamat tu? Fokus, Ara. Fokus!

"Boleh, Ayaan. Esok ya? Saya tunggu awak. I really hope you come."

Kami berbalas senyuman. Hanya itu yang mampu mencantumkan hati kami. Sentuhan masih haram, biarlah mata yang memainkan peranan buat waktu sekarang. Saat diijabkabulkan kelak, tiada apa yang akan terbatas. Moga kesampaian jodoh kami. Aku sudah letak sepenuh kepercayaan dalam hubungan kami. Fakeeh tak boleh masuk campur. Aku enggan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top