Teaser-EncikDriverCikBos-Aein Dhiyauddin

“Awak dah tiga tahun kerja dengan saya. Awak pun kenal Tan Sri Mansur macam mana. Silap-silap saya kena halau sehelai sepinggang.” Itulah risiko yang Maya tidak mahu ambil. Bertahun-tahun dia cuba meraih kepercayaan papa untuk menerajui Teraju Utama. Semuanya akan musnah jika papa tahu hal sebenarnya.

Papanya seorang yang tegas dan garang. Sewaktu kecil-kecil dahulu, pantang dia tersilap pasti rotan akan singgah. Dapat dia membayangkan apa yang papanya akan lakukan jika dia berterus-terang.

“Hadaplah. Masa bagi Tuan Asyraf pinjam takde fikir pulak fasal Tan Sri. Selamba aje bagi. Sekarang hadaplah.”
“Awak tak faham. Dia hampir kena bunuh dengan along tau.”
“Yang dia bodoh sangat pinjam dengan along kenapa. Entah-entah fasal ah long tu pun tipu aje. Sama macam cinta palsu dia tu.”

Maya tidak berani membidas kata-kata Hakim. Semuanya benar. Hakim berkali-kali agar menasihati dia untuk menyelidiki dulu latar belakang Asyraf. Tetapi dia enggan menerima saranan Hakim kerana mabuk cinta. Malah Asyraf menuduh lelaki itu cemburu. Hampir sahaja dia memecat Hakim atas saranan Asyraf. Mujur ada kontrak yang menghalang dia berbuat begitu.

“Kalau saya kena halau macam mana? Saya nak tinggal dengan siapa? Mana saya nak pergi?” Perkara paling buruk yang boleh dia fikirkan adalah papa akan menghalau dia. Atau tidak menganggap dia anak lagi.

“Saya sedia menjaga Cik Maya kalau Cik Maya kena halau. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk cik. Tapi kena jadi wife saya dulu ya.” Hakim berkata sambil tergelak.

“Saya tengah serius ni. Awak buat lawak kenapa?” Suara Maya sedikit meninggi.

“Rilekslah Cik Maya. Ini namanya berani buat berani tanggung. Lebih baik Cik Maya berterus terang dengan Tan Sri. Jangan biar dia tau dari orang lain. Apa pun yang terjadi, saya tau cik dah sedia. Cik lebih kenal Tan Sri macam mana.”

Kerana dia kenal papa macam mana dia jadi takut untuk berterus terang. Perbuatan dia memang tidak boleh dimaafkan langsung. Dia bukan sahaja mensia-siakan harapan dan kepercayaan papa. Tetapi menghancurkan masa depannya sendiri.

“Boleh tak awak teman saya jumpa papa,” pinta Maya. Dia tidak berani untuk berdepan dengan papanya seorang diri. Mungkin jika ada Hakim dia akan jadi lebih berani.

“Jangan kata teman jumpa Tan Sri. Teman jumpa tok kadi pun boleh. Teman Cik Maya hingga akhir hayat pun boleh. Hakim Amzar sedia untuk berkhidmat.” Hakim bingkas bangun dan memberi tabik.

“Tak payahlah over sangat. Sampai jumpa tok kadi segala bagai.” Maya mencapai tas tangannya yang disimpan dalam laci. Hakim ada ketikanya menyebalkan dia. Dan ada ketikanya lelaki itu boleh diharap. Saat ini dia hanya ada Hakim untuk memberi dia kekuatan. 

AeinDhiyauddin

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top