Kombo Jimat

Akak bagi offer baik punya pasal Kak azwari85 keluar new novel terbitan LNP 😋

RINDU YANG TERPENDAM - MIA AZWARI

Ayie dan Dhiya, mereka dipertemukan dalam keadaan yang memalukan. Namun tanpa mereka sedar, sejak detik itulah kisah mereka bermula.

“Tolong dengar dulu penjelasan aku sebenarnya...” – Ayie

“Jangan muncul depan Dhiya lagi.” - Dhiya

Ayie ada segala-galanya tetapi kehidupannya sangat sunyi tanpa kasih sayang daripada ibu bapanya. Kehadiran gadis lurus seperti Dhiya dalam hidupnya, membuatkan Ayie sedar tentang arah tuju kehidupannya yang sebenar.

Saat masing-masing saling mempunyai satu perasaan yang sama, Ayie tanpa sengaja telah mengkhianati kepercayaan Dhiya. Atas dasar tanggungjawab dan demi cinta, dia nekad mengikat Dhiya sebagai isteri.

“Jangan sebab semalam, Ayie nak kahwin dengan Dhiya. Dhiya tak nak...” – Dhiya

“Dhiya tetap akan jadi isteri Ayie.” - Dhiya

Kebahagiaan Dhiya bergelar isteri hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Remuk hati Dhiya saat Ayie melafazkan talak dan pergi meninggalkannya. Bertahun Dhiya cuba membuang nama Ayie walaupun hatinya sangat merindui lelaki itu. Kemunculan Shahril membuatkan perasaan Dhiya menjadi semakin keliru.

“Ada satu sebab Ayie terpaksa tinggalkan Dhiya...” - Ayie

Shahril dan Ayie... Kedua-dua lelaki ini membuatkan Dhiya dibayangi kisah silam.

Siapakah yang jujur mencintai Dhiya? Adakah rindu Dhiya akan terlerai saat dia menerima Shahril dalam hidupnya?

😍😍😍😍

TERGELINCIR DARI JALAN SYURGA - AIREEN ARYANA

Apabila mereka diuji, ramai yang tergelincir dari jalan panduan al-Quran. Malah, mereka bersedih. Walhal telah dikatakan... la tahzan! (Jangan bersedih.)

Awina Datuk Mikayel, wanita yang tampak sabar dan tabah pada luarannya. Namun, kehilangan Azri membuat Awina hilang pertimbangan. Ledakan emosi membawanya ke jalan kegelapan.

Hid Johar yang baru menjalani pemindahan jantung kini, hidupnya kembali bersinar-sinar setelah melalui beribu duri dan getir kehidupan. Pertama kali bertemu Awina, perasaannya kuat mengatakan wanita itulah yang ditemui lewat mimpi-mimpi ketika dia terlantar sakit.

“Kita kahwin? Hid... kita kahwin!” - Awina

Wajah Hid bertukar pucat. Adakah Awina bergurau dengannya? Apa yang terjadi sehingga wanita itu rela berlari ke dalam pelukannya, lelaki yang tidak punya apa-apa?

“Win, saya nak awak bahagia. Saya terima awak luar dan dalam. Siapa pun awak, apa pun yang awak lakukan, saya tetap cintakan awak.” – Hid Johar

Dia ikhlas menyatakan cintanya kepada wanita itu. Dia tahu Allah pertemukan mereka dengan seribu satu hikmah. Tetapi, bahagiakah hidupnya bersama wanita yang penuh rahsia itu?

💟💟💟💟

Sebenarnya penerbit ada ubah sikit2 sinopsis TERGELINCIR DARI JALAN SYURGA. Tiba-tiba rasa macam ohhhh misterinya heroin acik kali ni 😆

Untuk preorder wassap :

https://wa.me/60198817140?text=KomboFlower

✅ Ada di kedai-kedai buku
✅ Free gift semestinya (valid before 15 Mac 2020)
✅ Autograf dan sticker autograf!  😚




Siapa suka dengan penulis Nia Afeerah bolehlah try kombo kat bawah. Mantera cintamu gicu.
🥰




PM 019-881 7140

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top