Kerana Dia... ( Bacaan percuma)
Kisah Pekin dan Lila di zaman persekolahan.…
Kisah Pekin dan Lila di zaman persekolahan.…
~Spin off dr kisah Piah di hati Mr.Beku.~Fakrul seboleh-bolehnya tidak mahu menjadi seperti kisah abangnya, Walaupun ada rasa di dalam hatinya terhadap SakinahDia cuba menjauhkan dirinya dengan perasaan itu kerana menolak dirinya dari berkahwin dengan sepupunya sendiriKehadiran Deeja secara tiba tiba membuatkan hati Fakrul ceria seperti mana dia pernah bersama si dia.Lima tahun di bumi Jerman, Deeja teman rapat serta teman meluahkan segala perasaannya.Sakinah seorang yang sangat ceria dan manjanamun disebabkan satu rahsia yang diketahuinyahidupnya mula berubahsehingga dia nekad membuat sesuatu tindakan yang drastik.Pulangnya Fakrul ke Malaysia dengan niat untuk membuka lembaran baru bersama Deeja, kerana ingin menunaikan permintaan si Dia...Namun kejutan yang diterimanya membuatkan hatinya berdolak dalih..Pertemuan yang tidak dijangkaDi antara mereka berdua...Akhirnya membuatkan hati K,inah dan Fakrul kembali nanarApakah rahsia sebenar yang ada pada Kinah?Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Fakrul?Deeja atau Kinah?Start: 19 Sept 2018End. : 16 Okt 2018…
18 tahun dia hidup sebagai rakyat biasa. Dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu dan bapanya. Namun semuanya berubah ketika dia menyambut hari jadi yang ke 18. Paling mengejutkan apabila dia merupakan pewaris raja di Negara Andanika. Bermula detik itu, kehidupan Raf yang bebas terus disekat apabila dia diarah pulang ke istana. Di sekolah diraja, Raf menjadi perhatian ramai terutamanya Tasnim. Gadis paling pintar di sekolah. Namun pertemuan mereka tidak menyenangkan di hati Raf. "Di sekolah ni ada peraturan. Sesiapa yang baru masuk ke sini, dia perlu tunaikan satu permintaan aku."- Puteri Tasnim "Aku... tak akan sesekali ikut arahan orang yang bodoh." - Raja Raffi Tercabar dengan kata-kata Raf, Tasnim nekad untuk mengenakan lelaki itu. Dayang yang polos dan lurus, dijadikan alat untuk mengenakan Raf. "Atas alasan apa kau nak kenakan aku? Setahu aku, aku tak pernah ada masalah dengan kau. Kita kenal pun tidak."- Raja Raffi "Sebab... sebab..."- Dayang "Sebab apa?!"- Raja Raffi "Sebab saya suka awak!"- Dayang Raf jadi rimas sering diganggu di sekolah. Dia terpaksa keluar dari istana secara curi-curi untuk mendapatkan sedikit kebebasan. Namun dia tersalah langkah apabila nyaris dibunuh. Mujurlah ada seorang gadis misteri yang sering muncul menjadi penyelamat dalam hidupnya. "Nama aku Q." "Q? Apa ke pelik sangat nama tu?"- Raja Raffi "Tak peliklah. Kalau nama kau Raja, aku... Queen." Tasnim, Dayang dan Q... Ketiga gadis ini tiba-tiba muncul dalam hidupnya. Yang pasti, hanya salah seorang daripadanya mendapat tempat di hati Raf. Siapakah gadis itu? Dan adakah benar Raja Raffi pewaris sebenar?…
PreorderBLURB: Hey My Husband! ( Mia Azwari )'Perampas'... Perkataan yang paling dibenci dalam hidup Adiba Riana. Disebabkan kisah silam keluarganya, dia sering dikaitkan dengan perkataan itu. Bukan mudah dibesarkan oleh keluarga yang pernah mempunyai sejarah hitam atas perbuatan arwah ibunya. Dalam diam, Adiba menaruh perasaan terhadap abang tirinya, Naim Aswad. Puas dia cuba mengambil hati, tetapi lelaki itu semakin membencinya."Suatu hari nanti Abang Im akan jadi husband Diba juga." - Adiba"In your dreams." - NaimBagi Naim, Adiba perlu dijauhkan. Untuk menjaga perasaan orang yang disayangi, akhirnya dia bersetuju untuk bertunang. Bertahun Adiba membawa diri untuk belajar melupakan Naim, namun semuanya berubah selepas mereka bertemu kembali. Kali ini dia pula yang dikejar. Disebabkan satu salah faham, mereka berkahwin. Adiba semakin bingung. Naim sudah bertunang, tetapi kenapa lelaki itu masih ingin berkahwin dengannya?"Siapa cakap abang tak ikhlas sayangkan Diba?" - Naim"Abang dah lupa agaknya. Nak Diba ingatkan abang? Abang sendiri pernah cakap yang abang tak pernah anggap Diba sebagai adik, apatah lagi sebahagian daripada keluarga abang." - AdibaPuas dia mengelak, tetapi gelaran perampas tetap terpalit dalam dirinya. Akhirnya Adiba tewas dengan perasaan sendiri. Kasih sayang yang diberikan oleh Naim tidak mampu ditolak. Malah, Adiba mahu lelaki itu terus berada di sisinya.Namun kebahagiaan mereka tidak lama apabila perkahwinan rahsia mereka terbongkar. Puan Shira mendesak Naim untuk berkahwin dengan Marsya dan Marsya turut mendesak Naim meneruskan rancangan mereka. Adiba tidak sanggup diduakan, tapi jika itu jalan penyelesaian terbaik, Adiba reda. Adakah kisah gelap keluarga mereka bakal berulang lagi?…
Dia bergelar isteri..Bergelar ibu...Mempunyai suami yg sangat mencintai sepenuh hati..HarisDan anak yg amat menyayangi..Serta hidup dalam kemewahanNamun Arisa sentiasa Berasa beban dan tidak bersyukur dgn anugerah yg ada..Sekelip mata dunia indahnya berubahHasad dengki seseorg..Memusnahkan kepercayaan suami..Dan anak2..Diceraikan dan ditinggalkan sebatang karaMenyebabkan penyesalan yg xtertanggung5 tahun berlaluDipertemukan kembaliNamun Haris bkn lelaki yg mencintainya seperti duluStatus bekas suaminya sbg majikan menjarakkan lg hubungan mereka.Serta anak2 yg lama tidak ditemuiArisa tabah menjalani kehidupannyaMelupakan kenangan pahitWalaupun kebenaran masih belum terungkapSeseorg hadir dalam diam menyintainyaNamun hati masih ada dia..Haris kembali..Masihkan cinta ada untuk bekas isterinyaAtau buat Salina kwn baiknya..Arissa...masih setiakah cintanya buat bekas suaminya atau Naufal lelaki yg tulus menunggu..Masihkah ada cinta buat nya?…
Dibuka Mac nnt. Dan ekslusif berada di KLAB 2024 pada 22 feb-25 Feb nanti di Pasar Seni.…
BlurbAin dan Luqman. Tak pernah sebulu sejak dari kecil. Pantang berjumpa, ada saja perang mulut yang berlaku. "Kau dengar sini perempuan. Lelaki yang dapat kau sebagai isteri, memang malang nasib dia. Silap-silap, kau jadi janda."-Luqman"Entah-entah, kau jadi bujang terlajak tapi kau jangan risau. Kalau aku masih tak kahwin lagi atau dah bergelar janda, biar aku pinangkan kau."-AinTiba-tiba hati masing-masing sudah pandai menderhaka. Mulut kata benci tapi di hati, perasaan lain yang muncul. Di saat Ain dilamar seseorang, dia cuba dapatkan kepastian."Pernah tak kau suka aku?"- Ain"Memang tak lah aku nak suka kau. Nak anggap kau kawan pun tak pernah."- LuqmanAin akur dirinya bertepuk sebelah tangan. Selepas bergelar isteri, Ain tiba-tiba menghilang hampir 10 tahun. Sehinggalah..."Ada orang meminang Man. Mak dah setuju."- Mak Yam"Mak! Kenapa mak pandai-pandai sangat ni buat keputusan? Mak sedar tak siapa yang pinang Man tu? Ain mak... Ain!"- LuqmanHidup Luqman jadi huru hara dipinang Ain yang kini sudah bergelar janda. Takkan disebabkan sumpahan Ain dulu, dia terkena sumpahan. Tapi gara-gara pengakuan Ain, Luqman nekad untuk menjadikan wanita itu isterinya."Ain harap, kehadiran Ain dalam hidup Man bukan satu beban." - Ain"Aku akan cuba bahagiakan kau dengan tulang empat kerat aku ni. Tapi kau kena hadaplah lelaki muka berkilat ni."- LuqmanApakah yang berlaku dalam hidup Ain sepanjang dia tinggalkan kampung? Dan adakah rumah tangga mereka sama seperti dulu yang sering dihiasi dengan pergaduhan?…
-Sequel dari kisah Rahsia hati Mrs. Fakrul-Aina seorang gadis yang bijak dan sentiasa berfikiran positif. Walaupun kehidupannya sering diabaikan oleh bapanya sejak berkahwin baru, dia berdikari dengan dirinya sendiri untuk mencapai cita-citanya.Syamil pula berubah menjadi tegas dan lebih bertanggungjawab selepas kejadian pahit yang menimpa adiknya. Tanpa disangka pertemuan pertama antara mereka menimbulkan salah faham di antara mereka. Namun mereka tidak sedar antara mereka sudah mula wujud satu perasaan asing. Takdir menemukan mereka beberapa kali sehinggalah terjalinnya ikatan yang halal di antara mereka berdua.Bagi Syamil ikatan itu dilakukan demi permintaan seseorang dan sedia memutuskan apabila tiba waktunya.Bagi Aina, kasihnya terhadap imamnya telah bermula sebaik sahaja dia melafazkan ijab dan qabul.Belum sempat Aina berterus terang dengan perasaannya yang sebenar, dirinya dilukai dengan teruk sehingga dia nekad membawa diri.Syamil hilang arah di saat kehilangan dia...Pertemuan yang tidak dijangka sekali lagi membuatkan kedua-dua hati saling memendam rindu dan perasaan.Adakah Syamil masih mahu melepaskan Aina..?Haruskah Aina bertahan dan setia dengan imamnya?Start: 19 Okt 2018End: 16 Nov 2018…
PRE ORDER KINI DIBUKA SEHINGGA 10/4/2022MAWAR KASIH.Kehidupannya tidak seindah seperti namanya. Terperangkap dengan kisah silam menyebabkan dia tidak tahu apa itu kebahagiaan sebenar. Saat pertama kali Mawar bertemu dengan si dia, hidupnya yang kelam, tiba-tiba dihiasi dengan warna.MEGAT LUTFI.Lelaki yang ada segala-galanya termasuklah keluarga yang bahagia. Namun, sikapnya yang sangat dingin menyebabkan dia sukar didekati. Semuanya disebabkan sejarah hidupnya yang pernah dikecewakan seorang wanita.Saat Lutfi bertemu dengan Mawar, hidup Lutfi menjadi huru-hara. Puas dielak dan ditepis, tetapi gadis itu tetap mendekati."Saya nak bahagia seperti mereka. Boleh Tuan tunaikan permintaan saya?"-Mawar"Baik, kita cuba."- LutfiPerkahwinan mereka dibina atas dasar simpati dan nafsu. Namun perlahan-lahan rasa kasih dan sayang mula memekar. Cuma, bagi seorang Mawar, rasa bahagia tak akan pernah kekal dalam hidupnya.Hubungan mereka teruji dengan kisah silam Mawar. Menyedari dirinya tak akan pernah mampu membahagiakan Megat Lutfi, satu keputusan drastik diambil. Keputusan yang bakal meranapkan perasaan sendiri namun dia yakin akan mampu membahagiakan Megat Lutfi.Tetapi, mengapa Megat Lutfi tidak merasakan kebahagiaan itu?Mengapa hatinya memberontak mengatakan pilihan Mawar itu salah?Adakah Megat Lutfi sudah tersedar dengan perasaan yang sebenar?Setelah aku tersedar, cinta itu sudah pergi meninggalkan aku.…
(Preorder dibuka bermula 15/9-5/10)Badri dan Khalida pernah menanam impian untuk hidup bersama. Namun, Khalida bertindak menghancurkan impian mereka. Dengan kejam Badri ditinggalkan demi seorang lelaki yang lebih baik.Disebabkan terlalu kecewa, Badri nekad membawa diri demi mengubah masa depannya. Lima tahun dia menghilang dan tidak pernah pulang ke kampung. Disebabkan rindu yang menebal terhadap ibu dan adik lelakinya, Badri pulang juga ke pangkuan mereka.Sebaik sahaja Badri pulang, dia tidak menyangka akan bertemu dengan Khalida semula. Paling mengejutkan Badri adalah perubahan yang berlaku dalam hidup Khalida. Rahsia silam mereka terdedah satu demi satu saat Badri berada di kampungnya itu. Disebabkan rahsia itu jugalah Badri nekad melamar Khalida menjadi isterinya.Kebahagiaan rumah tangga Badri diuji pula dengan kehadiran Tiara. Kecewa Khalida saat mengetahui Badri terpaksa meninggalkan Tiara hanya kerana ingin berkahwin dengannya. Lantaran itu, Khalida sanggup membuat keputusan untuk dimadukan.Badri yang terkilan akhirnya bersetuju. Namun, tiada lagi seri di dalam rumah tangga mereka. Khalida semakin tertekan kerana terpaksa menyembunyikan lagi cinta yang ada di hatinya untuk Badri. Sampai bilakah Khalida perlu menyembunyikan perasaan sebenarnya daripada Badri?Jika sudah tiada keserasian di antara mereka, perlukah Khalida menarik diri dari menjadi beban lelaki itu?…
Bismillahirahmanirahim 🌟Yang dinanti-nanti telah tiba!#SuriHatiEncikSerius🔥 MIA AZWARI 🔥"Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya"Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai 10 minit. Tapi awak dah cakap, kita tak serasi."- Tengku RiyadhBercakap dengan Tengku Riyadh yang berwajah serius 24 jam hanya menyakitkan hati. Demi menghilangkan tekanan, dia melepaskan semua itu di tempat yang salah. Dan berakhir dengan tragedi hitam.Malang nasib Aufa apabila dia menerima hukuman tinggal di sebalik tirai besi selama beberapa tahun. Di sanalah, Aufa sedar kesilapan yang dilakukan olehnya. Hampir empat tahun terkurung, dia dibebaskan. Namun dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang bergelar tunangannya dulu. "Be my wife, Aufa Batrisya."- Tengku RiyadhKemunculan lelaki itu menghuru-harakan kehidupan Aufa. Tak mungkin lelaki itu masih ingin menjadikan dirinya sebagai isteri setelah dia bergelar banduan. Atas permintaan orang tuanya, dia menerima lamaran Tengku Riyadh demi membalas budi lelaki itu.Aufa mulai menerima kehadiran Tengku Riyadh sebagai suami. Hari demi hari, cintanya bercambah di hati. Namun kepulangan kakaknya membuatkan Aufa tertanya-tanya. "Satu hari nanti, kau sendiri tak sanggup nak pandang muka dia disebabkan kisah silam kau."- Anis Benar kata Anis. Setelah rahsianya terbongkar, Aufa tak mampu melihat wajah lelaki itu lagi. Perpisahan dituntut demi mencari kebahagiaan sendiri. Ikhlaskan Tengku Riyadh menjadikan Aufa Batrisya sebagai suri hatinya selama ini? Adakah benar hati Aufa sudah tertutup untuk si suami?PREORDER SEHINGGA 1 APRIL :http://www.wasap.my/60129284568/KomboFight…
Ready stockZulaikha bukanlah gadis selembut seperti namanya. Sikap kasarnya yang persis seperti lelaki membuatkan dia sering dijadikan buat mulut di kampung. Dalam diam, dia menaruh hati terhadap abang tiri rakan baiknya. Bertahun-tahun dia memendam perasaan cinta sehinggalah dia berani untuk berterus terang."Tak! Ika tak main-main. Ika sukakan abang. Bukan setakat suka tapi Ika sayangkan abang. Ika nak abang jadi kekasih Ika dan bakal suami Ika."- Zulaikha"Jangan jadi bodoh sebab cinta. Ika masih muda. Ada banyak perkara lagi yang Ika boleh buat untuk banggakan walid dan umi. Tentang perasaan Ika tu, saya tak boleh terima. Maaf."-YusofPenolakan lelaki itu membuatkan dia tercabar. Zulaikha tekad untuk mendapatkan Yusof. Dia sanggup membuat kerja gila sehingga menyebabkan keluarga Yusof melamar Zulaikha.Namun bahagia yang ingin dibina bersama Yusof musnah sekelip mata. Nazri hadir menyelamatkan maruah Zulaikha. Di saat Zulaikha sudah dapat menerima Nazri, satu peristiwa hitam terpalit dalam hidupnya.Kepulangan Yusof hanya menambahkan lagi luka yang sedia ada. Kali ini giliran Yusof berhadapan dengan perasaan resah. Dia tidak mampu untuk terus berjauhan dengan wanita itu lagi.Saat kasih Yusof disambut, kebenaran terbentang di depan matanya. Luka di hati Zulaikha kembali berdarah. Cukuplah dia terus mengemis di sisi lelaki itu."Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, makin jauh Yusuf darinya, ketika Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Yusuf kepadanya. Begitulah dengan abang. Allah dah terbalikkan hati abang untuk mencintai Ika. Tolong jangan jauhkan diri dari abang."- YusofApakah rahsia yang disimpan oleh Yusof selama ini? Dan masihkah ada peluang untuk Yusof membahagiakan Zulaikha?…
Sejak dari kecil lagi, hidup Kamilia Rose tak seindah seperti kanak-kanak yang lain. Hanya dengan Encik Umar, Kamilia dapat menumpang kasih seorang ibu dan ayah. Disebabkan ingin melindungi Kamilia, Encik Umar bercadang menjodohkan Kamilia dengan anak abang angkatnya, Ghibran Hanafi.Namun rancangan tersebut dibantah keras oleh Puan Suria, ibu saudara Kamilia. Takut dengan ugutan yang diterima, Kamilia terpaksa menolak lamaran dari keluarga Ghibran. Tercabar dengan penolakan gadis itu, Ghibran nekad tidak akan meneruskan rancangan tersebut. Malang nasib Kamilia apabila dia dipaksa melakukan sesuatu perkara yang tidak masuk dek akal. Hanya Ghibran yang mampu menyelamatkan dirinya."Saya tak nak. Perempuan macam awak ni, tak layak jadi isteri saya. Kalau awak tak minta untuk batalkan rancangan keluarga kita, saya memang tak nak teruskan perkahwinan yang mengarut ni. Awak tak setaraf dengan saya." -Ghibran Hanafi"Tolong... tolong selamatkan saya, tuan."- Kamilia RoseRayuan Kamilia berjaya mengubah pendirian Ghibran. Lebih-lebih lagi setelah dia tahu perkara yang menimpa Kamilia. Satu persatu rahsia keluarga Kamilia terbongkar saat Ghibran muncul sebagai pelindungnya.Belum puas mereka menikmati kebahagiaan, rumah tangga mereka diuji dengan sesuatu yang dasyat. Hasad dengki seseorang berjaya mengubah kehidupan Kamilia semakin gelap.Mampukan Ghibran terus kekal menjadi pelindung Kamilia Rose? Atau perlukan Kamilia Rose mengundurkan diri demi kebahagiaan lelaki itu?…
Kisah Dr Johan dan Dr Johan. ( spin off dari Tidak Sempurna Tanpamu)…
Spin Off dari kisah Tak Sempurna Tanpamu.kisah Ikmal dan Iqlimapreorder sehingga 15/10/2021…
TAJUK: SEIKHLAS CINTA KAYLAPENULIS: MIA AZWARIBLURB:Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, itulah sikap sebenar Kayla.Dalam diam, dia mencintai anak sahabat ibu bapanya sejak kecil. Hanya Syed Aryan Harraz lelaki yang memahaminya dan dia inginkan lelaki itu menjadi suaminya. Namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kayla tekad ingin merampas Aryan daripada Husna. Bagi Kayla, hanya dia yang layak bergelar isteri Aryan.'Kayla akan buat supaya abang sendiri yang nak teruskan perkahwinan ni. Abang hanya akan jadi milik Kayla. Bukan Husna!' -KaylaSetelah dia bergelar isteri, Kayla sentiasa ingin membahagiakan suaminya. Dia tidak mahu ada Husna antara mereka. Saat satu rahsia besar terbongkar, Kayla tiba-tiba dibenci oleh Yasmin, ibu mentuanya."Jawab soalan umi dengan jujur. Sebelum Kayla berkahwin dengan Yan, pernah tak Yan beritahu Kayla tentang hubungan dia dengan Husna?" -Datin Yasmin"Tahu... umi." -Kayla"Kalau dah tahu, kenapa teruskan perkahwinan ni?" -Datin Yasmin-Hancur luluh perasaan Kayla saat dia bakal dimadukan. Tidak mahu menjadi beban buat Aryan, Kayla akhirnya membawa diri bersama tanda cinta mereka. Dia ikhlas melepaskan Aryan demi kebahagiaan lelaki itu.Setelah 5 tahun berpisah,mereka bertemu tanpa sengaja. Aryan muncul kembali. Kayla hampir gila mendengar permintaan Aryan yang mahu menuntut haknya sebagai seorang ayah."Abang dah tak perlukan Kayla. Kayla yakin abang dah bahagia dengan Husna sekarang." -Kayla"Kalau Kayla tak ikut abang, jangan harap Kayla akan dapat jumpa Aidan lagi." - AryanIkhlaskah Kayla kembali ke sisi Aryan demi anaknya?…
Akibat dari kenangan lalu, Alma menjadi seorang wanita yang keras hati. Dia sanggup lakukan apa saja untuk besarkan Adam seorang diri. Nik Qaiser, lelaki yang mementingkan kerjaya. Mempunyai anak dan isteri, tidak pernah ada dalam fikirannya."Awak cuba nak culik anak saya kan?"- Alma Nafeesa."Tarik balik kata-kata awak."- Nik QaiserPertemuan mereka tidak bermula dengan baik. Namun takdir seolah-olah mahu mereka terus berjumpa. Dari orang asing, kini mereka bergelar majikan dan pekerja. Adanya Adam di antara mereka, menambahkan rasa di hati masing-masing. Alma pula tak mampu mengelak bila naluri seorang anak, sudah mula bertanyakan tentang susuk seorang ayah. "Jadi isteri saya. Dan saya nak kekal jadi babah Adam."- Nik QaiserPermintaan Qaiser diterima demi memastikan Adam berada di sisinya. Namun tanpa mereka sedar, perkahwinan itu telah membawa Alma semakin dekat dengan kisah silamnya. "Saya akan tuntut hak saya sebagai ayah Adam.""Aku tak akan izinkan. Kalau kau nak ambil dia, langkah mayat aku dulu."Pertarungan di antara mereka bermula. Namun ujian demi ujian membuatkan Alma hampir berputus asa."Betapa sayangnya Allah kepada Alma. Dia hadirkan Adam dalam rahim Alma untuk bagi kekuatan. Demi dia... Alma terus berjuang untuk hidup. Sampai sekarang, dia ibarat nyawa Alma."- Alma Nafeesa"Walaupun darah abang tak mengalir di tubuh Adam, ikatan kasih sayang kami terlalu kuat. Disebabkan Adam juga, abang belajar mencintai Alma."- Nik QaiserMampukan Qaiser mempertahankan Adam dari dirampas? Dan apakah dendam yang menyebabkan Alma terlalu membenci kisah lalunya?…
Ellyana Nadhirah...Gadis yang suka memberontak setelah ibu bapanya bercerai. Ketika belajar di luar negara, dia terlalu obsess dengan seseorang. Saat cintanya ditolak, ada dendam beraja di hati. Muhammad Hadi...Seorang lelaki naif dan rajin berusaha demi menyara kehidupan keluarganya di kampung. Tapi hidupnya sering dilanda malang setiap kali dia hampir bahagia. Apabila Hadi dan Elly bertemu, banyak perkara yang mengubah perasaan di hati masing-masing. Sehinggalah Elly membuat satu permintaan yang tak masuk akal."Kahwin dengan aku."- Elly"Mengucap cik. Berkahwin ni bukan macam main pondok-pondok. Hari ni kahwin, esok bercerai."-HadiTakdir akhirnya mengikat keduanya dalam satu ikatan yang halal. Setiap rumah tangga, pasti berhadapan dengan ujian. Begitu juga dengan pasangan ini. Elly hampir jatuh terduduk apabila dia tahu rahsia yang mengubah nasib suaminya dulu. Semuanya berpunca dari peristiwa berbelas tahun yang lalu."Hutang darah dibayar dengan darah. Betul kan?"- Elly"Awak hanya pergunakan saya untuk hilangkan perasaan terlarang awak. Dan mungkin juga awak kahwin dengan saya untuk tebus kesalahan keluarga awak. Licik betul permainan awak."- HadiSaat mahligai mereka hampir runtuh, mereka dikejutkan dengan satu lagi ujian. Mampukan keduanya berhadapan dengan ujian itu? Dan adakah keduanya mampu menghilangkan perasaan bersalah dan dendam di hati masing-masing apabila rahsia yang tersimpan lama terbongkar?…
Piah Dan Mr.BekuSeorang ceriaSeorang lagi dingin Piah yang sukakan sepupunya sejak kecilWalaupun Mr. Beku yang dingin, namun masih ada sifat melindungi diri PiahSeksa betul hati Piah mencintai dalam diamDijodohkan dengan Mr.Beku atas sebab tertentuBermulalah kehidupan Piah dalam hidup Mr.BekuBerjayakah Piah menawan hati Mr.Beku dan mencairkan hati Mr.Beku?Siapakah Piah dalam hati Mr.Beku?Isteri yang dicintai atau hanya untuk melindungi Piah?Start : 22 Ogos 2018End : 15 September 2018…
Hakim dan Sarah dua insan yang berbeza dari segi latar belakang hidupnyakedua-dua hanya satu sahaja persamaanpernah ditinggalkan oleh insan yg dicintaisaat Hakim ditinggalkan oleh kekasih hatinya,dia pasrah...pilihan keluarga diterima tanpa rasa curigaSarah yang mahu melupakan kenangan silamnya, tekad memulakan kehidupan bersama si dia.Ijab dan Kabul mengikat dua insan dalam ikatan halal.bagi Sarah, cintanya diberikan sepenuhnya kepada suaminya.namun, Hakim masih teringatkan kisah cintanya yang laludisaat hati Hakim terusik dengan cinta isterinya,hadir cinta pertamanya menagih kasih.hakim keliru..dapatkan Sarah menandingi cinta pertama suaminya?atau terus hidup dalam bayangan cinta pertama suaminya.Dikala Hati Terusik, cinta ini miliknya...Start: 6 hb Mei 2019Ending: 26 hb Jun 2019…