Hey, My Husband! - Mia Azwari

Hey, My Husband! - Mia Azwari

2,495 27 11

PENULIS : AZIEANAISBN NO. : 978-967-2467-57-1HARGA : RM28.00 (SM) / RM31.00 (SS)BLURB:Aydan nekad mengakui keburukannya di hadapan perempuan yang tidak kenalinya, gara-gara geramnya kerana asyik digesa oleh Puan Sri Hayati supaya dia segera berkahwin."Dari segi luaran, I ni nampak hebat, tapi hakikatnya I ni jenis lelaki yang panas baran, pengotor, suka sepah-sepahkan semua barang dalam bilik, letak pakaian merata-rata, termasuklah seluar dalam I." - AydanAnis yang terkejut segera meninggalkan restoran tempat janji temunya dengan si tunang. Dan ketika itulah baru Aydan sedar yang dia tersilap cakap. Sangkanya, itulah perempuan yang sepatutnya dia jumpa. Rupa-rupanya, dia tersalah orang. Argh... malunya!Sebagai seorang anak, Anis akur dengan jodoh yang telah diaturkan untuknya. Namun bahagia yang diharap bersama Syaqeer ditabur pahitnya hempedu. Penceraian yang diminta, dibalas dengan lafaz talak tiga! Hidup sendirian, Anis harus bekerja kembali. Akhirnya dia nekad untuk menghubungi Aydan dengan harapan lelaki itu dapat memberikan peluang pekerjaan kepadanya. Sebenarnya, Aydan pernah menawarkan dia bekerja semasa mereka bertemu buat kali kedua. Ketika itu dia bekerja di chalet. Peluang untuk Aydan mendapatkan Anis terbuka apabila mereka bekerja sebumbung."Cara encik pandang muka saya tu macam ada sesuatu yang pelik kat muka saya aje." - Anis"I pernah melamar you untuk jadi isteri I. You lupa? Lamaran yang sebelum ini masih valid dan tak ada tarikh luputnya." - AydanPada masa yang sama, Syaqeer tiba-tiba muncul untuk kembali semula kepada Anis. Untuk mengelak daripada terus diganggu oleh Syaqeer, Anis menerima Aydan. Tapi hubungan mereka bukan semudah yang mereka sangkakan. Wujud pula Safiera dan Zureen yang merebut hati Aydan, dan Syaqeer yang mahu kembali semula kepada Anis. Berjayakah hubungan Aydan dan Anis dipertahankan apabila wujud insan lain yang mahu menggugat hubungan mereka?KAPSYEN:Mencintaimu merupakan perkara terindah dalam hidupku!…

Cinta Hati Mr. Aydan - Azieana

Cinta Hati Mr. Aydan - Azieana

1,050 22 10

BLURB:Aydan nekad mengakui keburukannya di hadapan perempuan yang tidak kenalinya, gara-gara geramnya kerana asyik digesa oleh Puan Sri Hayati supaya dia segera berkahwin."Dari segi luaran, I ni nampak hebat, tapi hakikatnya I ni jenis lelaki yang panas baran, pengotor, suka sepah-sepahkan semua barang dalam bilik, letak pakaian merata-rata, termasuklah seluar dalam I." - AydanAnis yang terkejut segera meninggalkan restoran tempat janji temunya dengan si tunang. Dan ketika itulah baru Aydan sedar yang dia tersilap cakap. Sangkanya, itulah perempuan yang sepatutnya dia jumpa. Rupa-rupanya, dia tersalah orang. Argh... malunya!Sebagai seorang anak, Anis akur dengan jodoh yang telah diaturkan untuknya. Namun bahagia yang diharap bersama Syaqeer ditabur pahitnya hempedu. Penceraian yang diminta, dibalas dengan lafaz talak tiga! Hidup sendirian, Anis harus bekerja kembali. Akhirnya dia nekad untuk menghubungi Aydan dengan harapan lelaki itu dapat memberikan peluang pekerjaan kepadanya. Sebenarnya, Aydan pernah menawarkan dia bekerja semasa mereka bertemu buat kali kedua. Ketika itu dia bekerja di chalet. Peluang untuk Aydan mendapatkan Anis terbuka apabila mereka bekerja sebumbung."Cara encik pandang muka saya tu macam ada sesuatu yang pelik kat muka saya aje." - Anis"I pernah melamar you untuk jadi isteri I. You lupa? Lamaran yang sebelum ini masih valid dan tak ada tarikh luputnya." - AydanPada masa yang sama, Syaqeer tiba-tiba muncul untuk kembali semula kepada Anis. Untuk mengelak daripada terus diganggu oleh Syaqeer, Anis menerima Aydan. Tapi hubungan mereka bukan semudah yang mereka sangkakan. Wujud pula Safiera dan Zureen yang merebut hati Aydan, dan Syaqeer yang mahu kembali semula kepada Anis. Berjayakah hubungan Aydan dan Anis dipertahankan apabila wujud insan lain yang mahu menggugat hubungan mereka?KAPSYEN:Mencintaimu merupakan perkara terindah dalam hidupku!…

Girl Marry Me - Arsya Aisya

Girl Marry Me - Arsya Aisya

429 17 10

TAJUK : GIRL MARRY MEPENULIS : ARSYA AISYAISBN NO. : 978-967-2467-56-4HARGA : RM27.00 (SM) / RM30.00 (SM)BLURB:"Kahwin dengan saya?" Qayyum dan Syifaa bertemu secara kebetulan di bumi Paris saat kedua-duanya terluka ditinggalkan insan yang tersayang; Syifaa yang dibelenggu masa lalu dan Qayyum yang berani mencuba.Beberapa jam dilamar Qayyum, Syifaa nekad meninggalkan bumi Paris. Mustahil lelaki itu mampu menerima masa lalunya. Kembali ke Malaysia, dia perlu berdepan dengan kebencian orang tuanya. Itu sangat memedihkan, namun tidak mengapa. 26 tahun lalu dia mampu menghadapinya, apalah sangat seketika cuma."Aku bukan papa kau! Jangan sesekali kau panggil aku papa lagi. Jauhkan diri kau daripada Adam dan Dila. Jangan ganggu hubungan mereka." - Encik Arash"Inilah jantan yang menyundal dengan kau tu? Huh! Tak malu pula terang-terangan berhubungan. Lagi bagus daripada jantan yang dulu." - Puan ZuyyinKata-kata seorang ibu dan ayah sangat memeritkan jiwa seorang Nur Syifaa Zulaika. Kisah hidupnya bukan seperti Cinderella, bukan juga seperti Rapunzel. Kisah dia kisah duka yang tidak bertemu noktah bahagia.Berkalung duka di perjalanan yang nampak tenang, Qayyum kembali. Permainan takdir dilancarkan oleh Syifaa dan Allah memilih takdirnya dengan Qayyum. Di akhir kalam usaha, dia menyerah. Menerima lamaran lelaki itu tetapi bukankah dia sudah katakan, kisah dia kisah duka yang tiada noktah bahagia.Saat dia bahagia dengan Qayyum, kebenaran muncul. Tentang Dila, Ryan dan juga Sarah. Bagaimana dia mahu melangkah sekarang? Adakah perlu dia sekali lagi bersaing dengan masa lalu? Pedih! Ia sangat memedihkan.Cinta memerlukan pengorbanan, tapi bukan mengorbankan!KAPSYEN:Bertemumu menjadikan aku seperti Calla Lily…

My Crush Shah - Theya Nur

My Crush Shah - Theya Nur

287 8 11

TAJUK: MY CRUSH SHAHPENULIS: THEYA NURISBN NO: 978-967-2467-54-0HARGA: RM 28.00(SM), RM 31.00(SS)BLURB:Iklil Yusra... Mata peminat memandangnya sebagai pengacara popular yang memiliki kehidupan yang sempurna; berkerjaya, cantik dan mewah, seperti hidupnya indah belaka. Hakikatnya, yang tahu hanyalah dirinya. Dia gadis terbuang. Dia gadis yang terluka. Kerana segala yang telah berlaku, pintu hatinya bagaikan tertutup rapat untuk insan yang bernama lelaki.Pertemuan semula dengan Iyadh Shah membuka kembali lembaran kisah silamnya. Dia tahu rasa cinta buat lelaki itu masih bersisa dalam hatinya. Tetapi apabila Iyadh Shah tetap menolak dirinya meskipun bertahun-tahun sudah berlalu, masakan dia tetap mahu berkeras.Saat dia mahu melupakan Iyadh Shah, jalan takdir mereka kembali bertemu. Dia tersepit. Ada Haidhar yang ingin memperisterinya dan ada Iyadh Shah yang mula memberi harapan baharu kepadanya."I tahu, you ada impian dan hidup you, di mana I tak layak untuk berada di situ." - Haidhar"Tak ada yang baik daripada diri aku untuk diri kau. Kita sama-sama tahu siapa yang menyakiti dan siapa yang tersakiti, kan?" - Iyadh Shah"Ya Allah, kurniakan aku jodoh yang terbaik..." - Iklil YusraKepada siapakah harus disandarkan cintanya?…

Puppy Love - Yumi Hyra

Puppy Love - Yumi Hyra

239 5 7

TAJUK: PUPPY LOVEPENULIS: YUMI HYRAISBN NO: 978-967-2467-55-7HARGA: RM 23.00(SM), RM 26.00(SS)BLURB:Pertemuan semula Wardah Aleesa dengan Naail Anas; si puppy love Wardah sewaktu zaman sekolah yang suka loyar buruk itu membuatkan hidup Wardah penuh dengan warna-warni."Tahu tak, dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang sweet?" - Naail."Kucing nama 'Sweet'?" -Wardah"Salah." - Naail"Dah tu, apa?" - Wardah"Kucinta padamu!" - NaailTapi, konsep Puppy Love bagi Wardah ialah cinta zaman sekolah yang tidak akan kesampaian. Jadi, dia cuba kebalkan hati walaupun Naail suka mengusiknya dengan ayat-ayat manis. Jika ini permainan komputer, memang laju Wardah menekan butang restart supaya cintanya turut sama restart."Shooh shooh shooh!" - Naail."Kau halau apa?" -Wardah."Halau puppy tu untuk kita. Aku dah halau puppy tu, so no more puppy love. Yang tinggal sekarang ni just love." - NaailTanpa sedar, hati Wardah terusik juga dengan tingkah Naail. Cuma Wardah takut jika perasaannya tidak disambut dan Naail akan menjauhkan diri daripadanya."Aku tak rasa yang kita ni puppy love ataupun cinta monyet. Aku rasa ni sebenarnya jodoh. Kalau dah jodoh, kita hilang timbul daripada satu sama lain pun memang Allah akan temukan kita balik."- NaailBaru sahaja Wardah mahu jujur dengan perasaan sendiri, muncul potret wanita hasil lukisan Naail, serta Firhan yang tidak putus asa untuk mendapatkan cinta Wardah semula. Wardah jadi keliru sama ada mahu terus percaya dengan konsep Puppy Love atau mahu ikutkan kata hati. Jadi, apakah pilihan Wardah?…

Umar - Fariesya Fauzy

Umar - Fariesya Fauzy

330 5 11

TAJUK: UMARPENULIS: FARIESYA FAUZYISBN NO: 978-967-2467-53-3HARGA: RM 27.00(SM), RM 30.00(SS)BLURB:Pertemuan kali pertama di pasar raya membuatkan Damia menyimpan perasaan benci terhadap seorang lelaki."Eii... poyonya! Umar nanti dah besar jangan jadi macam mamat tu. Tak gentlemen langsung!" - DamiaTanpa disangka, lelaki itulah yang bakal memisahkannya dengan anak saudaranya, Umar Fayyadh yang dipelihara sejak kematian kakak dan abang iparnya. Walaupun Umar selalu menaikkan darahnya, dia tetap menyayangi Umar bagaikan anaknya sendiri."Saya Firaz, abang kepada arwah Arman Fahim. Saya baru balik sini dan saya nak tuntut hak penjagaan Umar sekarang." - FirazDisebabkan wasiat, terpaksa juga Damia melepaskan Umar. Tetapi... cerita Umar membuatkan Damia buka mata."Umar tak tahu nama betul dia, tapi papa panggil dia Kay. Dia suruh Umar panggil dia Cik Kay. Tapi papa suruh Umar panggil Pak Cik Kay atau Uncle Kay. Umar tengok papa dengan Cik Kay memang rapat. Masuk toilet pun sama-sama... Mak su, lelaki boleh kahwin dengan lelaki ke?" - UmarDamia perlu menuntut hak penjagaan Umar secepat mungkin! Dia perlu menamatkan zaman bujangnya. Tetapi siapakah bakal pengantinnya? Dapatkah suaminya nanti menerima Umar?Adam? Lelaki yang pandai menyejukkan hatinya dengan pantun merapunya tetapi ada yang kata lelaki itu sudah beristeri dua.Ustaz Hadi? Ustaz berjanggut comel itu memang calon yang bakal membawanya ke jannah, tetapi lelaki itu terlalu jual mahal. Perlukah dia menjadi perigi mencari timba?Datuk Qamarul? Duda yang mempunyai senyuman manis tetapi didatangkan dengan pakej anak tiri. Maknanya bertambah lagi tanggungjawab Damia.Siapa ada lagi? Takkan hendak kahwin dengan bapa saudara Umar itu pula? Apabila teringatkan amaran abangnya Daud, terus meremang bulu tengkuk Damia. Apakah amaran abangnya itu? Dapatkah Damia menuntut hak penjagaan Umar? Adakah Firaz hanya akan berdiam diri dan apakah hubungannya dengan Cik Kay?…

My Bibik My Darling - Aein Dhiyauddin

My Bibik My Darling - Aein Dhiyauddin

2,373 38 12

TAJUK: MY BIBIK MY DARLINGPENULIS: AEIN DHIYAUDDINISBN NO: 978-967-2467-52-6HARGA: RM 28.00(SM), RM 31.00(SS)BLURB:Najah Sofea binti Tajul - Bibik di rumah Puan Sri RokiahIrfan Haris bin Khairul Azlan - Cucu Nyonya Mansur a.k.a. cucu majikan Najah yang sangat menjengkelkan; membuli Najah sesuka hatinya.Suatu hari terjadi satu peristiwa yang menyebabkan mereka disatukan. Najah dan Haris sama-sama menolak."Saya nak cari suami yang boleh bimbing saya ke jannah. Dia tu bau-bau syurga pun tak ada." - Najah"Kau bukan taste aku. Lagipun aku tak sentuh perempuan low class macam kau!" - HarisIrfan Haris, pada zahirnya kelihatan seperti calon ahli neraka. Solat memang tidak pernah, minuman keras diteguk seperti air sirap dan teman wanita keliling pinggang. Pendek kata, memang tiada langsung ciri-ciri calon penghuni syurga. Namun, siapa kita untuk menentukan syurga neraka orang lain. Mungkin esok lusa Allah akan berikan hidayah agar lelaki itu insaf dan bertaubat. Insya-Allah syurga baginya.Mereka melayari bahtera rumah tangga yang porak-peranda dan penuh dengan kekecohan. Haris dengan egonya yang tidak mahu menerima Najah, manakala Najah pula sibuk berusaha menarik suami bau-bau nerakanya ke jalan syurga."Jangan nak jadi ustazah kat depan aku, boleh tak?" - Haris"Kalau saya ustazah, saya dah baca talkin kat telinga tuan. Biar Tuan Haris insaf." - NajahDi sebalik kekecohan dan hubungan kusut Haris dan Najah, muncul pula Dayana yang masih tidak putus asa menagih cinta Haris."Haris, apa lebihnya dia berbanding I? Dia cuma orang gaji." - DayanaNajah menjeruk rasa dengan keegoan Haris. Puas dia cuba menambat hati suaminya. Muncul pula seseorang daripada masa lalunya. Seseorang yang membuat dia terpaksa menyingkap semula kisah silamnya."I love you... I tahu you masih sayangkan I, cintakan I... I yakin you tak cintakan Haris." - Asyfar…

Seikhlas Cinta Kayla - Mia Azwari

Seikhlas Cinta Kayla - Mia Azwari

2,311 33 11

TAJUK: SEIKHLAS CINTA KAYLAPENULIS: MIA AZWARIISBN NO: 978-967-2467-50-2HARGA: RM 30.00(SM), RM 33.00(SS)BLURB:Mikayla Delaila, nama yang indah tetapi tidak seindah peribadinya. Degil, tamak dan sombong, itulah sikap sebenar Kayla.Dalam diam, dia mencintai anak sahabat ibu bapanya sejak kecil. Hanya Syed Aryan Harraz lelaki yang memahaminya dan dia inginkan lelaki itu menjadi suaminya. Namun dia hanya bertepuk sebelah tangan. Kayla tekad ingin merampas Aryan daripada Husna. Bagi Kayla, hanya dia yang layak bergelar isteri Aryan.'Kayla akan buat supaya abang sendiri yang nak teruskan perkahwinan ni. Abang hanya akan jadi milik Kayla. Bukan Husna!' -KaylaSetelah dia bergelar isteri, Kayla sentiasa ingin membahagiakan suaminya. Dia tidak mahu ada Husna antara mereka. Saat satu rahsia besar terbongkar, Kayla tiba-tiba dibenci oleh Yasmin, ibu mentuanya."Sebelum Kayla berkahwin dengan Yan, pernah tak Yan beritahu Kayla tentang hubungan dia dengan Husna?" - Datin Yasmin"Tahu... umi." - Kayla"Kalau dah tahu, kenapa teruskan perkahwinan ni?" -Datin Yasmin-Hancur luluh perasaan Kayla saat dia bakal dimadukan. Tidak mahu menjadi beban buat Aryan, Kayla akhirnya membawa diri bersama tanda cinta mereka. Dia ikhlas melepaskan Aryan demi kebahagiaan lelaki itu.Setelah beberapa tahun berpisah,mereka bertemu tanpa sengaja. Aryan muncul kembali. Kayla hampir gila mendengar permintaan Aryan yang mahu menuntut haknya sebagai seorang ayah."Abang dah tak perlukan Kayla. Kayla yakin abang dah bahagia dengan Husna sekarang." -Kayla"Kalau Kayla tak ikut abang, jangan harap Kayla akan dapat jumpa Aidan lagi." - AryanIkhlaskah Kayla kembali ke sisi Aryan demi anaknya?…

Khilaf Seorang Suami - Nia Afeerah

Khilaf Seorang Suami - Nia Afeerah

1,069 18 11

HARGA: RM 28.00(SM), RM 31.00(SS)BLURB:Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula perhubungan suami dan isteri. Bahtera perkahwinan yang terbina atas dasar cinta juga tidak terlepas daripada dilanda gelora, ada pasang dan surutnya. Walaupun sudah 5 tahun Hazriq Iskandar mendirikan rumah tangga bersama Aiza Reena, mereka masih belum dikurniakan zuriat. Namun, perkara itu langsung tidak menjejaskan rasa cinta Hazriq kepada Aiza.Campur tangan Harlina iaitu kakak Hazriq menjadi titik permulaan kepada segala-galanya. Harlina mendesak Hazriq agar berkahwin dengan Syasya; adik angkatnya untuk mendapatkan zuriat. Hazriq tertekan dan tersepit. Aiza memendam rasa."Abang... sampainya hati abang buat Aiza macam ni..."~ AizaKemunculan semula Fayzal yang pernah menaruh perasaan kepada Aiza dan kehadiran Dr. Akmal menjadikan suasana semakin tegang. Hazriq cemburu, egonya tercabar.Meskipun tidak rela, perpisahan terjadi juga. Dipisahkan oleh jarak dan masa, takdir menemukan mereka semula 4 tahun kemudian. Ada perkara yang cuba disorokkan oleh Aiza daripada pengetahuan Hazriq. Lebih parah lagi apabila Hazriq nekad tidak mahu melepaskan Aiza pergi daripada hidupnya lagi. Bagi Hazriq, cukuplah sekali khilaf itu. Dia mahu menebus kembali semua kesalahan yang pernah dilakukan dahulu."Abang banyak khilaf. Aiza masih boleh terima seorang suami yang banyak khilaf? Aiza sudi maafkan abang? Ampunkan semua dosa-dosa abang pada Aiza? Sudi mulakan hidup baharu dengan abang dan anak kita? Boleh Aiza terima lagi lelaki yang banyak buat salah ni?" ~ HazriqTerlalu banyak salah faham yang membelenggu Aiza dan Hazriq. Mampukah mereka menerima kenyataan setelah segala-galanya terungkai? Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Namun bukan kesempurnaan yang dicari oleh Aiza. Mulut kata benci, tapi hati masih cinta. Dan Hazriq pula akan terus berusaha menawan semula cinta isterinya yang dan memperbetulkan khilaf yang membawa kepada perpisahan mereka.…

Lara Cintamu - Anis Ashikali

Lara Cintamu - Anis Ashikali

783 8 11

TAJUK: LARA CINTAMUPENULIS: ANIS ASHIKALIISBN NO: 978-967-2467-48-9HARGA: RM 25.00(SM), RM 28.00(SS)BLURB:Janji tetap perlu dikotakan. Biarlah orang kata dia gila. Zerlindah Jawhara tak kira. Sebagai pengapit, dihadiri juga majlis perkahwinan bekas kekasihnya , Zafeeq. Untungnya dia, terjumpa pula dengan Shawn Adam. Rupanya sebiji macam Liam Hermsworth."You know what? I'll have to make you mine! You're not my type, but I just... have to."- Adam"Try me!" - ZerlindahDalam pada Adam kata Zerlindah bukanlah jenis perempuan yang dia suka, dia juga yang macam orang sasau memujuk rayu Zerlindah."I tak nak jawapan tak, sweetheart!" - AdamSaat sudah sepakat, Zerlindah buat kerja gila sekali lagi. Lagi beberapa minit hendak ke pejabat kadi, dia ada hati nak larikan diri."Kalau I terlambat sesaat saja, pasti you dah lari, kan? You memang niat nak malukan muka I, nak hancurkan hidup I, kan?" - AdamSejak kejadian itu, Adam rasa dikhianati oleh Zerlindah. Dia melayan Zerlindah dengan dingin. Zerlindah pula tak habis-habis memeningkan kepala Adam dengan keletahnya yang pelbagai setelah mereka diijabkabulkan. Kegilaan Zerlindah buatkan Adam turut miring sama.Namun, percutian bulan madu di Pakistan telah meninggalkan kenangan manis dan pahit dalam hidup Zerlindah. Di situ dia dimanja oleh Adam, di situ juga dia dibuang sebagai isteri apabila status kelahirannya diragui suami sendiri.Apabila Adam sedar yang dia sememangnya tidak boleh hidup tanpa Zerlindah, rahsia cinta Adam terbongkar semuanya. Hati Zerlindah hancur lumat. Bersama anak yang dikandung, dia lari jauh daripada Adam, tapi dia mengalami masalah cervical incompetence yang memaksa dia kembali ke sisi Adam semula.Apakah rahsia cinta Adam? Dan berjayakah Adam menakluki semula sekeping hati yang telah berulang kali dia hancurkan?…

Mutiara Dalam Debuan Kabus - Manaf Hamzah

Mutiara Dalam Debuan Kabus - Manaf Hamzah

257 2 11

TAJUK: MUTIARA DALAM DEBUAN KABUSPENULIS: MANAF HAMZAHISBN NO: 978-967-2467-47-2HARGA: RM32.00(SM), RM 35.00BLURB:Dia seorang perempuan yang cantik. Dia telah ditemui cedera parah akibat kemalangan langgar lari. Tetapi sebaik sahaja sedar daripada koma, dia hilang daya ingatannya. Tidak ingat akan namanya yang sebenar. Apatah lagi masa lampau yang pernah dilalui. Kotak fikirannya kosong sama sekali. Dia seperti sudah menjadi orang baharu.Dia lantas dikenali sebagai Aslin, isteri kepada Uzzam Zulkarnain. Seorang isteri yang dikatakan 'melampau'. Seorang isteri yang curang..."Sebaik kita keluar dari kereta ni, perhubungan kau dengan aku tak lagi seperti suami isteri. Kau akan tidur di bilik orang gaji." - UzzamBagaimanapun, dia kemudiannya faham bahawa rumah tangganya sememangnya sudah lama goyah. Bak retak menanti belah. Tidak pernah ada kemesraan dan kesefahaman antara dia dan suaminya. Malahan, dia akan diceraikan..."Kau tak layak jadi isteri Uzzam... Disebabkan itulah dia bercadang untuk berkahwin dengan aku..." - Nora AsyikinDalam tidak ingat apa-apa, dia dalam dilema. Pelbagai persoalan bertubi-tubi muncul dalam kotak fikirannya. Justeru, dia pun cuba memperbaiki diri dan rumah tangga demi mengambil peluang keemasan ketika dia masih hilang daya ingatan. Mengharap agar masih ada peluang kedua buat dirinya.Namun hasratnya itu terhambat apabila mendapat tahu pula dia merupakan isteri kepada lelaki lain. Dan namanya yang sebenar ialah Airina."Nama dia Airina, isteri aku... jangan sesekali sentuh isteri aku." - Ghazali"Kalau dia ini isteri kau, apa buktinya?" - UzzamMaka hidupnya makin bergolak dalam dilema dan tanda tanya. Dia Aslin, ataukah Airina?"Memang dasar perempuan murahan. Dah terbalik agaknya dunia ni..." - Puan MasirahNamun dengan hati kental dan semangat waja, dia akan cuba mencari huraian tentang siapakah dirinya yang sebenar walaupun dia akan menempuh bahaya...…

Encik Ulat Buku - Yumi Hyra

Encik Ulat Buku - Yumi Hyra

198 1 11

TAJUK: MUTIARA DALAM DEBUAN KABUSPENULIS: MANAF HAMZAHISBN NO: 978-967-2467-47-2HARGA: RM32.00(SM), RM 35.00BLURB:Dia seorang perempuan yang cantik. Dia telah ditemui cedera parah akibat kemalangan langgar lari. Tetapi sebaik sahaja sedar daripada koma, dia hilang daya ingatannya. Tidak ingat akan namanya yang sebenar. Apatah lagi masa lampau yang pernah dilalui. Kotak fikirannya kosong sama sekali. Dia seperti sudah menjadi orang baharu.Dia lantas dikenali sebagai Aslin, isteri kepada Uzzam Zulkarnain. Seorang isteri yang dikatakan 'melampau'. Seorang isteri yang curang..."Sebaik kita keluar dari kereta ni, perhubungan kau dengan aku tak lagi seperti suami isteri. Kau akan tidur di bilik orang gaji." - UzzamBagaimanapun, dia kemudiannya faham bahawa rumah tangganya sememangnya sudah lama goyah. Bak retak menanti belah. Tidak pernah ada kemesraan dan kesefahaman antara dia dan suaminya. Malahan, dia akan diceraikan..."Kau tak layak jadi isteri Uzzam... Disebabkan itulah dia bercadang untuk berkahwin dengan aku..." - Nora AsyikinDalam tidak ingat apa-apa, dia dalam dilema. Pelbagai persoalan bertubi-tubi muncul dalam kotak fikirannya. Justeru, dia pun cuba memperbaiki diri dan rumah tangga demi mengambil peluang keemasan ketika dia masih hilang daya ingatan. Mengharap agar masih ada peluang kedua buat dirinya.Namun hasratnya itu terhambat apabila mendapat tahu pula dia merupakan isteri kepada lelaki lain. Dan namanya yang sebenar ialah Airina."Nama dia Airina, isteri aku... jangan sesekali sentuh isteri aku." - Ghazali"Kalau dia ini isteri kau, apa buktinya?" - UzzamMaka hidupnya makin bergolak dalam dilema dan tanda tanya. Dia Aslin, ataukah Airina?"Memang dasar perempuan murahan. Dah terbalik agaknya dunia ni..." - Puan MasirahNamun dengan hati kental dan semangat waja, dia akan cuba mencari huraian tentang siapakah dirinya yang sebenar walaupun dia akan menempuh bahaya...…

Melankoli Sekeping Hati - Lynn Safiya

Melankoli Sekeping Hati - Lynn Safiya

768 9 11

BLURB:Adik-adik punya angkara, abang dan kakak masing-masing yang menjadi mangsa...Disebabkan cinta buta adik lelaki Thaqif terhadap adik perempuan Syifa', kedua-dua belah keluarga saling bermusuhan. Pelbagai usaha cuba dilakukan oleh Thaqif untuk memutuskan hubungan antara Tamim dan Suria, namun tiada satu pun yang berhasil. Syifa' dengan adiknya dicemuh, difitnah dan diganggu tanpa henti oleh Thaqif. Dendam lama yang bersarang di jiwa Thaqif membuatkan dirinya tiada langsung simpati di hati. Akibatnya, Thaqif telah bertindak keterlaluan terhadap Syifa' serta Suria dalam merealisasikan misinya.Namun, setiap tindakannya seakan tiada kesan pada dua keping hati yang saling mencintai... dan Tamim tekad membawa Suria lari. Lari dan terus menghilangkan diri.Tinggallah Syifa' bersendirian terpaksa menanggung setiap asakan dan desakan daripada Thaqif. Sehinggakan setiap perlakuan melampau Thaqif telah menjadi dendam dan racun dalam hati Syifa'... dendam yang takkan mampu dilepaskan seumur hidupnya.Tatkala kebenaran terpampang di depan mata, Thaqif terduduk sendiri. Kemaafan daripada Syifa' menjadi suatu obsesi diri. Namun semuanya sudah terlambat. Syifa' semakin membenci dan semakin sukar untuk didekati."I want to spend the rest of my life making it up to you..." - Thaqif"Saya nak jaga awak, Syifa'. Saya nak jadi pelindung dan pendamping awak." - Thaqif"Saya tak perlukan sesiapa! Encik tak payah nak buat apa-apa! - Syifa'Sukarnya melenturkan hati seorang Syifa', gadis yang telah berkali-kali disakiti. Namun demi suatu kemaafan, Thaqif rela menjadi pengemis. Tika kemaafan berjaya dimiliki dan hati Syifa' mula ditakluki, perbuatan Thaqif pada masa lalu datang menghantui. Syifa' kembali terluka dan tegar menjauhkan diri."How can I ever expect you to forgive me? When I don't think I can ever forgive myself..." - ThaqifMampukah Thaqif merawat hati Syifa' yang terluka? Atau apakah kali ini dia tak mampu lagi meraih kemaafan daripada Syifa'?…

Rindu Yang Terpendam - Mia Azwari

Rindu Yang Terpendam - Mia Azwari

2,108 26 11

TAJUK: RINDU YANG TERPENDAMPENULIS: MIA AZWARIHARGA : RM 28.00(SM), RM 31.00(SS)ISBN NO : 978-967-2185-67-3BLURB:Ayie dan Dhiya, mereka dipertemukan dalam keadaan yang memalukan. Namun tanpa mereka sedar, sejak detik itulah kisah mereka bermula."Tolong dengar dulu penjelasan aku sebenarnya..." - Ayie"Jangan muncul depan Dhiya lagi." - DhiyaAyie ada segala-galanya tetapi kehidupannya sangat sunyi tanpa kasih sayang daripada ibu bapanya. Kehadiran gadis lurus seperti Dhiya dalam hidupnya, membuatkan Ayie sedar tentang arah tuju kehidupannya yang sebenar.Saat masing-masing saling mempunyai satu perasaan yang sama, Ayie tanpa sengaja telah mengkhianati kepercayaan Dhiya. Atas dasar tanggungjawab dan demi cinta, dia nekad mengikat Dhiya sebagai isteri."Jangan sebab semalam, Ayie nak kahwin dengan Dhiya. Dhiya tak nak..." - Dhiya"Dhiya tetap akan jadi isteri Ayie." - DhiyaKebahagiaan Dhiya bergelar isteri hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Remuk hati Dhiya saat Ayie melafazkan talak dan pergi meninggalkannya. Bertahun Dhiya cuba membuang nama Ayie walaupun hatinya sangat merindui lelaki itu. Kemunculan Shahril membuatkan perasaan Dhiya menjadi semakin keliru."Ada satu sebab Ayie terpaksa tinggalkan Dhiya..." - AyieShahril dan Ayie... Kedua-dua lelaki ini membuatkan Dhiya dibayangi kisah silam. Siapakah yang jujur mencintai Dhiya? Adakah rindu Dhiya akan terlerai saat dia menerima Shahril dalam hidupnya?…

MR. Bibik - Aein Dhiyauddin

MR. Bibik - Aein Dhiyauddin

1,876 18 11

TAJUK: MR. BIBIKPENULIS: AEIN DHIYAUDDINHARGA : RM 28.00(SM), RM 31.00(SS)ISBN NO : 978-967-2185-66-6BLURB:"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." - Firas Iman"Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje." - Aulia IzzatunnisaHampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia."Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa." - FirasApakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?…

Gengster - Wan Rahayu

Gengster - Wan Rahayu

155 4 11

TAJUK: GENGSTERPENULIS: WAN ROHAYUISBN NO: 978-967-2185-65-9HARGA : 26.00(SM), 29.00(SS)BLURB:Lelaki itu entah dari mana munculnya. Datangnya bak ribut. Memecah masuk kereta Bija, mengugut mencederakan Bija, malah menghuru-harakan juga perasaan Bija yang baru diceraikan.Setelah diceraikan, hidup Bija sentiasa dalam tekanan; stigma masyarakat gelaran janda suka merampas suami orang. Dia sering dituduh dan diumpat keji. Malah dia juga sangat terbeban dengan masalah hutang bekas suaminya. Namun, hidupnya mula berubah setelah bertemu dengan Sunny, seorang gengster.Sunny yang pada mulanya hanya ingin membalas budi, mula menjadi bayang-bayang ke mana saja Bija pergi. Setiap kali hati Bija disakiti, hati Sunny juga terasa sakitnya. Setiap kali Bija menangis, Sunny ingin menghapus duka di wajah itu.Sunny cuba buat tidak tahu, Sunny cuba buat tidak peduli, tetapi dia tidak boleh... tidak boleh melihat wanita itu susah, menangis dan disakiti. Mustahil untuk dia buat tidak tahu lagi!"Kau ni selalu mencari marah aku, kan? Kau tak reti jaga diri kau, itu kau punya pasal, tapi jangan depan mata aku. Kau ni buat aku tak boleh tengoklah!"- Sunny AndhikaSunny lelaki misteri, namun terlalu banyak perkara tidak habis tentang dirinya. Mengaku gengster, tetapi bukan pada hatinya. Gengster tetapi bukan gengster. Bija ingin mencari tahu, hanya menunggu masa."Awak siapa sebenarnya?"- Bija"Aku bukan gengster..." - Sunny Andhika…

Maalik Hughes - Jaja Ahmad

Maalik Hughes - Jaja Ahmad

1,930 19 11

TAJUK : MAALIK HUGHESPENULIS : JAJA AHMADISBN NO: 978-967-2185-64-2HARGA : 26.00(SM), 29.00(SS)BLURB:Dia punya segalanya. Nama, pangkat, darjat dan harta, kecuali cinta. Tetapi segalanya mula berubah apabila dia bertemu dengan Elena. Perasaan ingin memiliki dan menakluki mula mendominasi hati."Habis tu kenapa tuan bawa saya ke sini? Kenapa tuan kurung saya dekat sini dan sorok semua barang saya?" - Elena"Cause I want you to stay." - MaalikMengambil kesempatan atas kesempitan yang dialami oleh Elena, akhirnya Maalik berjaya mendapatkan seorang 'misus' buat dirinya. Tetapi tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, pernikahan mereka terpaksa dirahsiakan atas permintaan Elena sendiri. Seperti perkahwinan yang lain, hubungan suami isteri Maalik dan Elena juga ada pasang surutnya."Tuan tak pernah percayakan saya, kan?" - Elena"And you never trust me either." - MaalikDalam bergolak, hati mula menyimpul rindu bersulam cinta. Maalik dan Elena mula merasai manisnya alam perkahwinan. Maalik seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan mereka semakin bahagia bersama walaupun nama Tasha Yong sentiasa mengganggu fikiran Elena.Kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka kembali bergolak apabila Elena menyambung pengajiannya di universiti. Tanpa pengetahuan Maalik, pelbagai perkara telah dirahsiakan oleh Elena dan saat dia mengetahui semuanya, hubungannya dengan Elena semakin berantakan."Kalau abang teman El dekat sini semata-mata untuk sakitkan hati El, lebih baik abang balik. I don't need you, abang. I don't need you." - Elena"Yeah I know. You memang tak pernah perlukan abang dalam hidup you, Elena. Cuma abang yang muka tak malu mahukan you." - MaalikKepercayaan... pengorbanan... berputus asakah mereka dengan cinta?…

Kau Antara Bintang - Wannie Nordin

Kau Antara Bintang - Wannie Nordin

306 1 11

Iskandar... Dia tiba-tiba saja muncul dalam hidup Anum Danisha. Kehadirannya bagaikan bintang. Bercahaya dan berkilauan, tetapi kelipannya akan hilang apabila mentari menjelma. Mula-mula muncul, kemudian hilang. Datang, selepas itu ghaib. Hingga Anum seperti hilang arah. Di mana Iskandar? Ke manakah Iskandar pergi? Tetapi, yang paling utama, siapakah sebenarnya Iskandar?Biar sejuta kali orang lain menafikan, namun Anum tahu tentang kewujudan lelaki itu. Dia tahu realiti tentang Iskandar. Biarpun Iskandar itu misteri, biarpun Iskandar itu suka main sorok-sorok; datang dan pergi sesuka hati, tetapi dia tahu bahawa Iskandar itulah orang yang telah merubah hidupnya menjadi manusia yang lebih baik berbanding dulu. Dia tidak gila. Dia sudah jatuh cinta dengan Iskandar!Tapi... Iskandar ini manusia ke hantu? Orang ke Bunian? Human or Vampire?"Dari mana awak boleh terfikir dakwaan mengarut ni? Saya hantu? Ada rupa macam hantu ke saya ni?" - Iskandar"Manalah tahu... hantu sekarang dah tak macam dulu-dulu. Hantu moden ni banyak yang handsome. Apatah lagi kalau hantu vampire, memang semuanya tak ada yang hodoh. Boleh cair tengok muka dia." - Anum"Maksudnya, awak dah cairlah tengok muka saya?" - IskandarAh, merepeklah! Hantu vampire itu hanya fantasi. Kisah antara dia dengan Iskandar pula satu kisah nyata dan realiti. Iskandar hanya satu; lelaki yang tercipta hanya untuk Anum Danisha. Iskandar yang pelik dan misteri, tetapi cukup romantis sehinggakan bintang di langit pun dinamakan dan dihadiahkan buat Anum."Apa yang istimewa sangat bintang tu? Dahlah kecik, susah nak tengok pulak tu." - Anum"That star is belong's to you. Kalau tadi ada bintang nama Aquarius, Gemini, tapi bintang yang awak tengah tengok tu namanya Anum Danisha." - Iskandar…

Akhir Cerita Cinta - Aiza Qriselda (AQ)

Akhir Cerita Cinta - Aiza Qriselda (AQ)

336 0 6

Kata Peah, Ali ini ada penyakit kayu-kayan macam kayu yang dia belah. Keras semacam.Kata Ali, nak betulkan otak Peah yang terkehel tu memang dia kena kejam.Kata Hadif, cinta seorang suami tiada syarat.Kata Aleya, cinta itu bukan fairytales but it is a real story that have it own sweet and savoury.Jika:Ali & Peah -- > pasangan 1Hadif & Aleya Hanina -- > pasangan 2Di mana, Peah = Aleya HaninaAkan adakah happily ever after?Jawapannya dalam 'Akhir Cerita Cinta'!SE MIMPI YANG SEMPURNA (50 Anekdot Contengan Istimewa):Jika dulu, Wardah dan Encik Haiman ada Akim yang remaja dan Adam yang masih bayi.Agak-agaknya sekarang, bila daddy dan mama ditemani Adam yang banyak akal dan Adra yang dah pandai bercakap, apa yang akan jadi? Bertambah meriah, huru-hara atau Encik Haiman kembali menjadi Encik Singa?Wardah pula, masih kekalkah sebagai Sweetheart kepada Mr. Beastnya?…

Big Boss I Need You

Big Boss I Need You

9,614 189 11

TAJUK: BIG BOSS I NEED YOU!PENULIS: MELL MARIANNISBN NO: 978-967-2185-59-8HARGA: RM 28.00 (SM), RM 31.00 (SS)BLURB:"Marry me."Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba saja dia diajak kahwin. Memanglah Awaanis fikir lelaki tak dikenali itu gila.Ingatkan kisah lelaki itu termati di situ. Tapi lain pula jadinya. Lelaki itu rupanya big boss di kilang tempat dia bekerja!"Tuan Adriy!" - Awaanis"Jom." - Adriy"Jom apa?" - Awaanis"Jumpa ayah awak." - AdriyAdriy terus mendesak. Awaanis pula curiga. Big boss ajak minah kilang sepertinya berkahwin, tentulah mencurigakan!Bagi Adriy pula, apa saja permintaan datuknya, pasti dipenuhi. Walaupun diminta bernikah dengan cucu saudara lelaki tua yang baru ditemuinya itu. Dia punya motif tersendiri."Please help me...""Then, will you marry me?"Demi bapanya, Awaanis terpaksa merelakan pernikahan terjadi antara mereka.Mengenali Adriy, banyak derita yang sebenarnya dipendam oleh suaminya itu.Mampukah Awaanis menyusuri jiwa sunyi lelaki itu?…