Bab 41
Vote & Comment
STAY away from Aidan - Unknown
Mesej itu dipandang Dhia sebelum tangannya menekan ikon tong sampah lalu mesej itu dipadam. Malas nak melayan mesej itu. Nak gaduh depan, depan baru best!
Kepalanya disandarkan menghadap televisyen yang memaparkan drama bersiri itu.
Satu perkataan, bosan.
Nak ganggu Aidan, tapi Aidan tak ada pula entah kemana dia pergi hari ini. Dari pagi tidak nampak batang hidung lelaki hensem itu.
Telefon yang berdering diangkat sebelum Dhia cepat-cepat melangkah ke arah pintu untuk dibuka.
"Suprise!" Jerit tiga manusia yang berada di depan pintu rumah itu. Dhia mengerut keningnya.
"Kau macam tak suka je kitorang datang" Ujar Jasmin mewakili mereka bertiga. Ketiga-tiga membuat muka monyok apabila Jasmin berkata begitu. Terus Dhia geleng laju-laju.
"Bukanlah, aku cuma pelik sejak bila korang bertiga jadi rapat pulak ni"
"Sejak kau kahwin dengan abang dorang" Jawab Jasmin. Aryan dan Arya menangguk menyokong Jasmin.
"Masuk lah, Aidan tak ada" Dhia mengalu-alukan mereka untuk masuk ke dalam rumahnya.
"Tahu, abang ada meeting dengan klien dia" Ujar Aryan. Kakinya melangkah ke arah sofa di ruang tamu lalu terus dia baring di situ.
Wah, buat macam rumah sendiri?
"Aryan tak ikut ke?"
"Dia jumpa klien dia nama Miya" Dhia terus mengangkat kepalanya memandang Aryan. Keluar dengusan geram daripadanya.
"Kau dah kenapa?" Soal Jasmin sejurus mendengar dengusan itu. Takut pula dia melihat Dhia yang kelihatan geram itu.
"Akak tak tahu ke? Miya tu kawan universiti abang dulu" Ujar Arya pula. Aryan mengangguk sambil mengambil keropok yang dibawa sekali olehnya tadi.
"Lah, kes cemburu ke ni? Alahai Dhia" Tergelak Jasmin melihat muka Dhia yang cemberut masam itu. Diusap perlahan belakang Dhia meminta Dhia bersabar.
"Aku je yang selalu nak dapat attention dia, tapi dia sendiri tak kisah pun. Dahlah malas lah macam ni" Luah Dhia. Sedih pula hati ini bila usaha tidak hargai.
Jasmin terkelu melihat Dhia yang tunduk itu. Dia mengalihkan pandangan memandang Arya meminta bantuan tetapi sebaliknya Arya mengangkat bahu. Kemudian, Arya menolak kepala Aryan yang sedang baring di sofa sebelahnya itu.
"Ish, tak payah tolak lah. Movie best ni" Ditolak tangan Arya yang masih menolaknya. Lantas, Arya terus menarik Aryan untuk memandang Dhia yang sedang menunduk sedih itu.
Aryan hanya memandang wajah Dhia yang tunduk itu.
"Alaa, akak jangan sedih-sedih. Kumbang bukan sekor"
"Aryan!" Marah Jasmin dan Arya serentak. Aryan hanya tersengih sambil membuat muka menandakan dirinya betul.
"Akak sedihlah macam ni. Akak tak tahu lah kalau effort akak sebelum ni cukup ke tidak. Aidan tak pernah tunjuk apa-apa reaksi pun bila akak buat macam-macam dekat dia. Gitu je muka ketat dia. Tapi haritu masa Miya datang, siap gelak dia. Sakitnya hati akak" Luahnya lagi. Masih teringat lagi gelak Aidan semasa Miya datang berjumpa dengannya haritu. Aryan hanya mengangguk faham.
"Hm, abang memang macam tu. Apa kata kalau akak buat abang cemburu pula. Kalau dia cemburu maknanya dia memang sayang kan akak" Putar Aryan memberikan idea buat Dhia.
"Macam mana?" Kepalanya diangkat memandang ketiga-tiga wajah dihadapannya.
Aryan menjongketkan keningnya. "Jangan risau, Aryan akan uruskan. Akak get ready je"
"ARYAN sure ke ni?" Soalnya lagi sekali apabila mereka berdua tina di hadapan restoran mewah. Matanya naik memandang Aryan.
Aryan dan Aidan tidak jauh bezanya. Tinggi pun nak sama. Cuma Aidan lebih tegap dan Aryan lebih nampak nampak hensem. Eh! Aidan tetap hensem!
"Aryan yakin akak. Kalau abang tu sayang dekat akak, dengan adik sendiri pun dia boleh cemburu. Jomlah, abang ada dekat dalam" Ajak Aryan. Dhia yang memakai dress bercorak bunga ditambah perhiasan di tangannya manakala Aryan yang memakai pakaian yang secocok dengannya membuatkan mereka berdua seperti pasangan kekasih.
"Aryan yakin Aidan dekat sini?" Aryan mengangguk yakin. Dia awal lagi sudah mesej abangnya tentang keberadaan abangnya.
Dhia menarik nafas dalam lalu menghela dengan tenang. Okay Dhia, you can do it!
Langkah mereka berdua memasuki restoren tersebut yang penuh gaya membuatkan ramai pelanggan di situ memandang mereka. Mata Dhia galak mencari Aidan di restoren tersebut sebelum pencariannya berjaya.
Mata bertentang mata. Dhia hanya melangkah tenang berjalan melintasi Aidan yang sedang tajam memandangnya.
Aryan menarik kerusi untuk Dhia. Dhia membalas senyuman buat Aryan.
"Akak takut lah tengok Aidan pandang akak macam tu" Matanya sesekali memandang meja yang berada bertentangannya. Benar sekali telahannya apabila Aidan masih memandangnya. Matanya kemudian digerakkan memandang dua wanita yang berada di hadapannya.
Yang seorang itu dia kenal tapi yang seorang lagi tu siapa?
"Aryan, yang sebelah Miya tu siapa?"
"Anisah" Tajam mata Dhia memandang kembali wajah Anisah di situ.
Wajah Anisah yang bersinar-sinar itu membuatkan perasaan sakit hati Dhia semakin bertambah.
"Dia dah kahwin" Ujar Aryan kembali.
"Jangan pandang abang tu kak, nanti dia kokak akak balik nanti" Gurau Aryan. Dhia mengeleng sahaja. Kokak tak kokak sekarang dia rasa nak terkam sahaja si Anisah tu.
Aidan Hensem
Kenapa keluar dengan Aryan?
Mesej dari Aidan dibaca sebelum Dhia mengangkat kepalanya memandang Aidan yang sedang tajam memandangnya.
Tangannya naik mengetik mesej untuk dibalas kepada Aidan.
You
- awak keluar dengan ex awak saya tak tanya pun
Aidan Hensem
- she's just a friend
You
- samalah saya. Aryan cuma adik ipar saya.
Dhia mengangkat kembali kepalanya memandang Aidan yang sudah tidak fokus dengan dua wanita di hadapannya. Tangannya mengangkat gelas yang berisi air itu ke arah Aidan lalu dicicip air tersebut ke bibirnya.
"Nah ambik ni" Aryan menghulurkan sebuah beg ke arah Dhia. Dhia angkat kening.
"Apa ni?"
"Ambik je kak lepastu bukak dekat sini" Arah Aryan lagi. Dhia mengangguk. Tangannya mengeluarkan sebuah kotak di dalam beg tersebut.
Kotak yang dibalut reben itu ditarik perlahan. Kemudian, kotak itu dibuka.
Tudung yang berjenama Ariani itu dikeluarkan daripada kotak tersebut.
"Cantiknya Aryan." Puji Dhia. Pandai jugak Aryan pilih.
Oh lupa dia kan buaya terkenal.
"Tengok abang, muka dia dah macam naga" Aryan yang melihat Aidan daripada pantulan cermin itu tergelak perlahan.
Dhia turut memandang ke arah Aidan. Bibirnya tersenyum lebar sambil mengusap tudung pemberian Aryan.
"Oh, sorry!" Jerit Anisah yang menarik perhatian pelanggan di situ memandangnya termasuk Dhia dan Aryan. Matanya kemudian memandang baju Aidan yang basah akibat terkena tumpahan air oleh Anisah.
Cepat-cepat Anisah menarik tisu lalu mengelap baju Aidan yang basah menggunakan tisu tersebut. Dhia yang berada bertentangannya sudah menjeling tajam sambil kedua-dua tangannya digenggam.
"Duh kak, kot marah pun kaki saya jangan dipijak!" Dhia terus mengalihkan kakinya yang terpijak kaki Aryan.
"Akak tak sengaja. Geram ni!" Marah Dhia. Matanya masih memandang Anisah yang mengusap baju Aidan.
Amboi! Aku pun tak pernah sentuh laki aku lagi macam tu tau!
Lagi buat Dhia bertambah geramnya apabila Aidan hanya membiarkan aksi itu seakan-akan menyukainya. Terus Dhia mengeluh kasar.
"Sabar dulu kak, makan dulu. Nak gaduh kena ada tenaga." Pujuk Aryan. Dhia hanya memejam mata supaya diberi kesabaran.
Seusai saja mereka makan, Dhia terus mengajak Aryan untuk pulang. Semakin sakit hatinya apabila gelak tawa mereka lagi-lagi apabila melihat Anisah yang seakan suka dengan Aidan.
Mencik!
Mencik!
Nanak kawan Aidan!
"Auch!" Tidak sedar diri memakai kasut bertumit tinggi, laju saja Dhia berjalan sehingga kakinya tersadung sesama sendiri yang membuatkan dirinya terjatuh di hadapan meja Aidan.
Aryan cepat-cepat berlari ingin menolong Dhia sebelum ditepis oleh Aidan.
"She's mine! Thank you make me jealous, Aryan. And you Sunshine, lets go. You need to be punished !" Tunak matanya terkebil-kebil memandang wajah Aidan yang bengis itu. Habislah Dhia.
Terus Aidan mengangkat Dhia ala-ala bridal style lalu meninggalkan Anisah, Miya dan Aryan terpinga-pinga.
"She's Dhia Andara. I bet both of you already know who is she to abang. Pergi dulu" Aryan lantas meninggalkan mereka berdua di situ.
"DEGIL!" Itu saja ayat yang keluar dari mulut Aidan sejak mereka berdua masuk ke dalam kereta Range Rover milik Aidan. Dhia hanya diam menikus sambil memandang luar.
"Siapa bagi kau keluar?" Garang sekali suaranya. Dhia masih diam. Tidak mampu bersuara.
"When I ask, speak! Jawab Dhia Andara"
"Abang bagi tadi" Jawabnya laju. Aidan menjeling sekilas wajah Dhia yang memasam itu.
"Suka buat aku marah. Degil kan. Elok lah sangat tu keluar dengan lelaki lain" Panas hatinya tadi melihat adegan Aryan dengan Dhia yang bermesra walaupun tiada aksi melebihi batas.
"Abang keluar dengan Anisah, Miya ada abang bagitahu saya? Tak ada kan? Tak ada pulak saya marah" Kecut sekali dia bersuara. Tadi berani sangat nak buat orang cemburu. Ha mendapat lah kau bapak singa dah cemburu.
"Dorang tu cuma kawan je, Dhia"
"Anisah tu?"
"Dia dah kahwin, dah ada anak dah pun" Jawab Aidan lagi. Tangannya terus mengambil tangan Dhia yang elok memegang sesama sendiri lalu diletakkan di atas pehanya.
Dhia terus ingin mengalihkan tangannya sebelum Aidan cepat menghalang.
"Dont move or I'll do something bad on you, Sunshine" Amaran keras diberi kepada Dhia. Dhia terdiam lalu lantas membiarkan sahaja. Lantaklah yang penting hatinya tengah geram.
"Orang dah ada kahwin, dah ada anak pun belum tentu boleh setia. Saya tengok kemain bersinar mata dia pandang abang tadi. Seronok sangat"
"How do you know? You're even not a witch who can read eyes"
"Tak penting. Abang masih ada hati dengan dia lagi kan sebenarnya?"
"That's not an answer. Answer my question first, Dhia. Kenapa keluar dengan Aryan tak bagitahu aku dulu?" Aidan mengulang kembali soalannya sebentar tadi.
"Saya nak tengok abang cemburu ke tak dengan saya! Puas?" Matanya memandang tajam sisi Aidan yang sedang memandang ke arah jalan raya itu. Matanya sudah panas dan berkaca-kaca.
Ah, Dhia yang ini suka menangis!
"Aku cemburu Dhia!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top