6
Tok ! Tok ! Tok !
Alya melentokkan kepalanya ke kanan sambil memandang pintu rumahnya lama. Siapa pula datang rumahnya waktu tengah hari buta ni. Dia dengan malas mencampak bantal sofa yang dipeluknya tadi kemudian bangun dan menerpa ke arah pintu rumahnya.
Pintu dibuka olehnya. Terkejut dibuatnya apabila tetamu yang datang adalah kawan baiknya selepas Boboiboy.
"Yaya ! Ying !" jeritnya dengan gembira lantas dia memeluk kedua gadis itu. Kedua gadis yang disebutnya tadi turut tersenyum gembira dan membalas pelukan kawan baik mereka.
"Eh jemputlah masuk. Aku buatkan kau orang berdua air kejap." pelawanya. Yaya dan Ying mengangguk dan membuka kasut mereka.
Selesai sahaja menghidangkan sejug air oren sejuk bersama tiga cawan di dulang, Alya menghenyakkan punggungnya di sofa single sambil memandang ke arah dua kawan baiknya.
"Lama tak jumpa kau orang. Apa khabar ?" soalnya sambil tersenyum manis.
"Khabar baik je. Kita orang pun dah lama tak jumpa kau. Kemana je kau menghilangkan diri ?" soal Yaya sambil dapat anggukan setuju dari Ying. Alya tersentak apabila disoal begitu. Dia tersengih dan dalam pada masa yang sama dia merungut.
'kenapa semua cakap aku hilang ni ? aku hilang betul-betul baru tau' getus hatinya sambil memandang ke arah lain. Dia menoleh semula ke arah kedua gadis tersebut bersama tawa yang kekok.
"Lepas habis sekolah, dalam dua minggu kemudian tu terus aku sibuk cari kerja. Dah dapat kerja, aku kerjalah. Nak cari duit saku sendiri. Aku taknaklah harapkan duit mak bapak aku je. Malulah." balasnya sambil tersengih. Tapi betullah apa yang dikatakan. Takkan dia nak harapkan ibu bapanya selalu masukkan duit ke dalam akaun banknya.
• to not confusing the readers, Alya stay at home alone. Beraninya ? Ya memang berani pun 😂 •
"Oh patutlah kami tak nampak kamu. Eh tapi sekarang kamu masih bekerja ke?" soal Ying. Dia mencapai segelas air oren yang dituangnya tadi.
"Hm sekarang aku dah berhenti. Mungkin buat masa sekarang aku tak kerja. Tapi adalah juga aku cuba cari. Ingatkan nak kerja kat kedai Tok Aba tu. Tapi tengok Boboiboy tak bercantum-cantum jadi malas pula nak tanya." ujarnya sambil mengeluh.
"Tak apa Alya. Kau kerja je dengan aku." pelawa Yaya. Alya memandangnya dengan wajah yang tidak percaya. Biar betul ni ?
"Kerja apa tu ?" soal Alya.
"Buat biskut !" balas Yaya dengan ceris sambil mengeluarkan sekeping biskut dari bakul yang dibawanya. Entah bila dia bawa pun Alya pun tak perasan. Alya dan Ying terkejut serentak seraya menutup sedikit wajah mereka. Terlihat aura-aura menakutkan saat Yaya mengeluarkan biskutnya itu.
"Err....tak apa ! A-aku rasa aku dah ambil borang kedai serbaneka 7Eleven minggu lepas. Hehehehe susahkan kau je Yaya." tipu Alya sambil tersenyum nipis terhadap gadis yang berpakaian serba merah jambu itu.
"Alah tak susah. Senang je buat biskut ni. Kalau kau nak datang je rumah aku bila-bila. Aku ada je kat rumah jaga adik aku hihi !" kata Yaya sambil menunjukkan tanda peace pada Alya yang masih tersenyum dalam ketakutan.
"Err ya...senang bagi orang pengsan adalah."gumam Ying perlahan yang mampu didengari oleh Alya seorang saja. Tak berani nak cakap kuat-kuat. Tak memasal kena tumbukan padu dari gadis itu. Dia menoleh ke arah Alya .
"Alya, nanti aku cuba tanya bos aku kalau dia perlukan pekerja baru ke tak. Kalau ada aku bagitahu kamu ya ?"
Alya memandang Ying hairan. "Eh, kau kerja apa Ying ?" soalnya. Ying tergelak kecil. "Kerja kedai buku maa !" jawabnya. Alya mengangguk dengan senyuman kecil.
Dia mempersilakan Yaya dan Ying meminum air buatannya dan sambung berbual kosong bersama mereka.
///
'"Ku berharap
Notifikasimu 'kan muncul
Dua minggu
Masih tiada yang berlagu
Dan tiada
Aku 'kan masih menunggumu
Tiada, yeah
Adakah engkau menungguku
Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Adakah engkau menungguku
Masihkah engkau menungguku
Dan tiada
Aku 'kan masih menunggumu
Tiada
Adakah engkau menungguku
Kusedari tiada apalagi- ADUH SAKITLAH SITAN !" akhirnya, lagu yang disenandungkan oleh Ice diakhiri dengan rintihan dan carutan kecil dari mulutnya apabila belakang kepalanya ditampar oleh Blaze.
Dia memandang kembarnya itu dengan pandangan tidak puas hati. Blaze merenungnya dengan pandangan tajam dan memeluk tubuhnya.
"Aku susah payah angkat bakul baju kita semua nak sidai, kau duduk sini nyanyi entah apa-apa entah. Eii, cepat tolong aku sidai baju-baju tu. Dah tengah hari ni kang mengamuk pula Gempa kalau tak sidai kain." rungut Blaze sambil menarik-narik tangan Ice.
"Eish, kau ni. Gempa je pun. Rileklah bukan dia boleh buat apa-apa pun dekat kau. Paling-paling telinga kau bernanah je dengar dia bebel tak berhenti." kutuk Ice sambil tersenyum tenang. Mata Blaze hampir terbeliak keluar bila mendengar balasan dari kembarnya itu.
Mamat ni biar betik ? Rilek betul nak hadap Gempa yang scary nya hanya mereka saja tahu.
"Ei dahlah cepatlah. Kang nanti dia mengamuk mampuslah aku. Harini turn kau dengan akulah jemur kain. Cepatlah Ice ! Kau nak mati sorang-soranglah. Tak yah ajak aku sekali." pujuk Blaze namun tak berhasil.
"Kalau kau takut sangat, kau pergilah sidai dulu. Setakat Gempa...ceh ! celah gigi aku jelah !" kata Ice dengan angkuh sekali. Dia kembali menongkat dagu di meja makan sambil menyanyi kecil. Blaze menjelingnya tajam. "Oh celah gigi...tak apa tak apa.Sekali Gempa datang, kalau aku nampak ada sebatang gigi kau patah, aku gelakkan kau cukup-cukup !" protes Blaze dan terus pergi dari situ.
Ice memang gila. Saja nak cari maut.
Ice tergelak kecil sambil tergeleng kepala. Tak mungkinlah Gempa nak buat apa-apa kat dia. Macam dia cakap, paling-paling pun Gempa cuma bebel je kat dia. Dia kembali menyibukkan dirinya menyanyi di ruang dapur itu. Sedar tak sedar, seseorang datang menegurnya dari arah belakangnya.
"Ice ?" soal suara tersebut. Ice hanya mendengung tanda jawab kepada suara tersebut tanpa menoleh ke belakang.
"Bukan harini turn kau dengan Blaze ke jemur kain ?" soalnya lagi. Namun masih si pengendali ais itu tak menoleh ke arahnya. Dia hanya memandang ke luar dimana Blaze dengan kelam kabut menyidai kain yang berlambak di dalam bakul.
"Haah. Nantilah aku sidai. Aku malaslah nak buat sekarang." jawabnya dengan selamba. Entah kenapa dia mula rasa tak sedap hati apabila suara tadi sunyi sepi namun hanya dengan langkah seseorang mendekatinya. Tiba-tiba, bahunya ditepuk seseorang.
Perlahan-lahan dia memandang tangan yang menepuk bahunya tadi. Tangan batu. Dia kaku dalam duduknya. Air liur cuba ditelan apabila terasa aura kegelapan dibelakangnya.
"Nanti tu bila ?" soal Gempa dengan suara yang sangat dalam. Ice hanya mendiamkan diri sambil berdoa moga-moga umurnya masih panjang. Dia perlahan-lahan menoleh memandang wajah Gempa yang selalu dihiasi dengan senyuman manis namun kini hilang.
"Eh, Gempa ? Hai !" selorohnya sambil tersengih. Gempa mula menyeringai sambil memandang tepat ke arah Ice.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Blaze..."
Blaze menoleh memandang ke belakang. Terkejut dibuatnya bila tiba-tiba sahaja Ice dibelakangnya sedang memandangnya dengan pandangan redup. Mulut lelaki itu juga ditutup dengan tangan.
"Kenapa kau tutup mulut kau tu ? Nafas kau berbau ke ? Or kau dah terkena jangkitan corona virus ?" soal Blaze.
"Aku memang kuat makan. Tapi tak adalah sampai aku nak bedal kelawar dengan ular bagai sampai terkena corona virus." ujarnya sambil menjeling Blaze. Blaze hanya tersengih dan menggaru kepala yang sememangnya gatal itu.
"Habistu kenapa ?" soalnya sambil menyambung semula menyidai kain yang terbantut tadi. Ice mengeluh sambil memandang ke arah lain. Nak tak nak, kena jugalah dia dengar Blaze gelakkan dia nanti.
"Mulut kau masin. Gigi aku patah satu sebab kena tumbuk dengan Gempa." jawabnya yang masih membuang pandangan ke arah lain.
Sepi. Tiada balasan dari si kembarnya itu. Dia memandang semula ke arah Blaze yang memandangnya dengan pandangan terkejut.
"Err...Blaze, kau kenapa-"
"BUAHAHAHAHAHHAA BETULLAH GIGI KAU PATAH SATU HAHAHAHA! HA TULAH, BERLAGAK LAGI ! KAU CAKAP APA TADI, CELAH GIGI ? GIGI PUN PATAH CELAH APANYA HAHAHAHHAAHHA !!!!!" bantai habis Blaze gelakkan si Ice. Sampai terguling-guling budak tu.
Ice mengeluh. Dia hanya reda bila giginya itu patah dek terkena tumbukan dari tangan batu oleh si Gempa. Peringatan untuk semua orang, jangan sesekali berlagak dan cuba menentang Gempa. Dia sangat menakutkan apabila marah.
#TBC
• ha, ingat pesanan tu ya semua. Jgn cari pasal dengan Gempa kalau xnak gigi kamu semua patah 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top