4
"Weyh campak spana tu kesini."
Selepas saja bergaduh dengan Thorn pagi subuh tadi, kini Solar dan abang sulungnya sibuk membetulkan motosikal Tok Aba selepas sahaja siap membetulkan mesin basuh kesayangan Gempa. Selagi tak ada kata 'sudah' dari mulut Halilintar, selagi tu lah Solar kena bergerak ke sana sini.
Gempa, Tok Aba dan Ochobot sudahpun bergerak ke kedai mereka. Disebabkan motosikal Tok Aba rosak jadi terpaksalah mereka berjalan kaki dan membiarkan motosikal itu diuruskan oleh kedua pomen yang handal di rumah.
"Solar, kau suruh Thorn pergi beli minyak hitam jap. Ambil je duit dalam wallet aku kat bilik aku." arah Halilintar sambil matanya fokus membuat kerja. Solar menoleh memandang abangnya dengan wajah yang tidak percaya.
"Kau nak suruh Thorn pergi beli minyak hitam ?" soalnya sambil matanya terkebil-kebil. Terdapat juga kesan comot sedikit di pipi tembam cumil-cumilnya itu.
"Yelah." jawabnya.
"Kau dah lupa ke yang dulu kau suruh dia beli polish tapi akhirnya dia beli apa ?" sindir Solar sambil mencekak pinggangnya. Halilintar akhirnya memandang ke arah adik bongsunya dengan kening berkerut. Dia cuba mengingati kejadian yang Solar sebutkan.
Flashback
"Thorn !"
Dengar saja nama disebut, si elemen daun tahap kedua itu terus saja berlari ke arah abangnya. Dia tersenyum comel ke arah abangnya.
"Boleh tolong ?" soal Halilintar sambil mengelap tangannya yang basah. Dia baru sahaja habis mencuci motosikal Tok Aba. Tinggal nak kilatkan saja.
Thorn mengangguk laju. Halilintar tersenyum senget apabila melihat telatah naif adiknya itu. Dia menyeluk poketnya dan beberapa keping duit kertas dihulurkan ke arah Thorn.
"Tolong belikan polish. Tahu tak macam mana bentuk dia ?"
"Ha ! Arrrr........ermm................hmm tak?" soalnya sambil tersengih dan menggaru kepalanya. Dia memandang takut apabila reaksi si abang sulung mula mendatar. Halilintar hanya mengeluh.
"Dia macam kapur kasut sekolah. Warna putih." kata Halilintar. Thorn mengangguk sambil membuat mulut 'O'. Segera dia tabik spring pada abangnya dan menyambut huluran duit di tangan Halilintar dan terus bergerak pergi ke kedai.
5 minit kemudian...
"Nah Lin" satu suara menyentakkan Halilintar . Dia memandang ke arah suara tersebut. Thorn tersenyum manis sambil menyuakan plastik ke arah Halilintar.
"Terima kasih." ucap Halilintar dan terus mengambil plastik tersebut dan terus bergerak ke arah motosikal Tok Aba. "Ehek sama-sama !" jawab Thorn dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Halilintar menggeleng kepala dan terus menuju ke arah motosikal Tok Aba. Dia meletakkan beg plastik tersebut terlebih dahulu dan segera mengambil span yang biasa digunakan untuk mengilatkan motor.
Dia mencangkung dan segera membuka beg plastik tersebut sambil menyanyi kecil. Ternganga dibuatnya apabila melihat benda yang dibeli oleh Thorn bukanlah polish tapi sebaliknya...
"THORN !!!! AKU SURUH BELI POLISH BUKAN KAPUR KASUT SEKOLAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
End of flashback
"Sudahnya aku juga yang belikan kan ? Ni nak dia suruh lagi ? Karang tak pasal-pasal dia bawak balik minyak masak kat kau." ujar Solar apabila memandang Halilintar yang baru saja habis mengimbas kembali situasi Thorn salah beli barang padanya. Dia kembali mengetatkan skru di motosikal tersebut.
Halilintar berdecit geram. Memanglah Thorn selalu salah beli barang tapi budak tu jelah yang boleh minta tolong. Nak harapkan lain, hm payahlah nak.
"Habistu siapa nak beli ? Blaze dengan Taufan tak boleh pakai. Asyik nak main je kerja. Ice pun sama. Dah macam biawak hidup kat rumah ni." omel Halilintar sambil meletakkan semula peralatan membaiki motornya itu ke dalam bekas khas miliknya.
"Biar aku jelah. Dah siap dah pun ni. Tinggal nak tukar minyak hitam je kan?" soal Solar sambil berdiri dan mengelap tangannya diseluar tidurnya. Nasib tak mandi lagi. Kalau tak sia-sia je baju putih dia kotor sebab kena minyak skru segala bagai.
"Ha kau pergilah mandi dulu. Nanti kau ambil je duitnya kat dalam wallet aku." balas Halilintar tanpa memandang wajah Solar. Solar mengangguk kecil dan terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si abang yang masih memeriksa keadaan motosikal tersebut.
///
"Terima kasih ha beli. Lain kali datang lagi ah" kata tauke kedai yang berbangsa Cina itu kepada Solar. Solar hanya tersengih dan mengangguk cepat. Langkahnya dilajukan keluar dari kedai bengkel kereta itu.
Mahu sakit telinga dia dengar benda-benda berdesing kat situ. 2 botol minyak hitam bersaiz sederhana yang berada di dalam beg plastik itu dipandang. Teringat akan dirinya bahawa ada sedikit baki dari duit yang dia ambil dari dompet Halilintar.
"Kalau ada lebih ?"
"Belilah apa-apa kau nak. Tapi jangan habiskan dan jangan beli benda-benda yang mengarut."
"Hehehe. Nasib ada lebih. Boleh aku beli aiskrim banyak-banyak !" katanya dengan nada yang ceria. Langkahnya mula perlahan tatkala ada sebuah kedai runcit yang berada di hadapan sedikit dari tempat yang dia berdiri sekarang.
Segera dia berlari anak ke kedai runcit tersebut apabila fikirannya mula memikirkan tentang kesejukan dan kenikmatan aiskrim yang sangat sedap. Fuh dah macam Ice dah dia ni.
Kakinya melangkah masuk ke dalam kedai runcit tersebut dan peti tempat letak aiskrim ditujunya. Mahu tercabut cermin mata dia apabila melihat pelbagai aneka aiskrim yang disimpan dalam peti tersebut. Bibirnya yang tergumam dari tadi mula mengeluarkan sedikit lidah tanda dirinya sedang terliur.
Laju saja dia menolak penutup peti itu ke tepi dan mula membuat pilihan aiskrim yang mana akan dibelinya.
"RM12.80. Okay ni duitnya kak. Terima kasih. Saya beli ya."
Tangan Solar berhenti dari mengambil aiskrim cornetto yang ketiga. Telinganya menangkap suara yang baru saja didengari olehnya sebentar tadi. Dahinya berkerut. Dia seperti kenal akan suara tersebut. Segera dia menoleh ke tepi memandang siapakah gerangan tersebut.
Hampir terkejut dia bila orang tersebut adalah...
"Alya ?"
Si empunya nama tersebut terus berhenti melangkah tatkala terdengar suaranya di sebut dan memandang kearahnya. Reaksi yang sama di wajah Solar juga dipamerkan tatkala mata mereka berdua bertembung antara satu sama lain.
"S-Solar ?!"
#TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top