27


Alya POV

Aku hanya termenung memandang ke luar tingkap penjara yang dihuni oleh aku. Tingkap pun bukan tingkap biasa. Ruangnya cukup untuk memberikan udara keluar masuk saja. Aku mengeluh. Kini aku telahpun disumbat ke dalam penjara. Tinggal menjalani hukuman sahaja.

Ibu dan Ayah terkejut. Sangat tak sangka yang aku berani buat tindakan cuba membunuh kawan sendiri. Haha aku pun tak sangka. Terlalu berasa dendam dan sakit hati...sampai aku tak sedar yang aku cuba nak bunuh Solar.

Thorn, dia sempat telefon polis dan ambulans waktu aku cuba bunuh adik dia. Aku perasan. Tapi, aku tak tahu kenapa aku tak rasa takut masa tu. Mungkin masa tu aku betul-betul dirasuk. Bila pihak polis dah sampai baru tersedar ke realiti.

Paling mengharukan dan menghantui hidup aku, nyawa Solar hampir-hampir habis kerana aku. Aku sendiri. Bodohnya aku biarkan sisi gelap aku menguasai tubuh badan aku sendiri.



Aku menoleh memandang pintu gril. Mengharapkan mereka melawat aku. Eh kejap.


Kenapa dia orang nak lawat aku...? Aku hampir bunuh adik dia orang kot...HAHAHAHA BODOHNYA AKU NI.


"Hiks....maafkan aku Ya Allah." rintihku sambil menekup wajahku yang mulai basah dengan air mata yang laju menuruni ke pipi. Aku menggeleng-geleng kepala tanda tidak terima dan tak percaya. Sedang aku sibuk menangis seorang diri, tiba-tiba pintu gril sel yang aku duduk ni diketuk-ketuk oleh seorang pegawai polis.


"(y/n) binti Farhan, bersiap sedia untuk menerima hukuman kamu sebentar lagi." kata pegawai itu dengan tegas. Aku berhenti menangis dan mengangguk perlahan.


Kesalahan aku berat sangat ke sampai kena gantung sampai mati ? Entah aku pun tak tahu. Aku tak boleh fikir kenapa hukuman itu yang patut diberikan pada aku sedangkan kesalahan aku adalah cubaan untuk membunuh. Heh, polis-polis sini semua senang je buat duit.


Tapi...bukan ke kadang orang kata, mati harus dibalas dengan mati ? Maknanya...






Aku terdiam. A-aku faham sekarang. Aku mengeluh dan mula tersenyum manis. Kalau ini yang patut aku dapat atas cubaan bunuh Solar, memang patut aku kena terima. Tak perlu aku nak persoalkan lagi. Aku harus tamatkan hidup aku juga. Yelah, senang-senang je aku tamatkan hidup seseorang...


Kenapa aku tak nak terima pula kalau nyawa aku perlu ditamatkan kan ? Buat apa aku bernafas lagi di muka bumi ni kalau hidup aku menyusahkan semua orang. Betul tak ?

Angguk kepala korang tu.

"Cik Alya, dah sedia ?" suara seorang pegawai polis menyentakkan serta menghentikan lamunanku sebentar tadi. Aku menoleh memandangnya. Di tangannya terdapat satu kain sarung berwarna hitam dan disebelahnya ada seutas tali yang sederhana panjangnya.


"S-silakan encik." kataku padanya. Aku perlahan-lahan berdiri apabila pegawai tadi mula membuka pintu dan masuk ke dalam.  Aku menarik dan menghembus nafas. Aku cuba usirkan perasaan gusarku. Gusar akan kematian yang bakal menanti sebentar lagi.



Aku mula menangis teresak-esak apabila pandanganku telah ditutup sepenuhnya dengan kain sarung tadi. Dapat aku rasakan kedua tanganku dibawa kebelakang dan diikat oleh tali yang dibawa oleh pegawai tadi. Tubuhku didorong sedikit ke depan. Tanda menyuruhku berjalan.

Aku mula melangkah sambil dipimpin oleh dua orang pegawai tadi. Tangisan aku yang kuat tadi mula perlahan. Setiap langkahku diselingkan dengan beberapa memori manis yang diputarkan di kotak mindaku.


Aku tak sangka ini adalah pengakhirannya. Selama ni aku akan fikir, setiap pengakhiran masalah seseorang akan berakhir dengan kebahagiaan. Rupanya aku salah. Aku salah fakta. T-tak semestinya pengakhiran hidup seseorang itu akan berakhir dengan kebahagiaan.


Ya. Contohnya macam aku. Aku buat dah buat macam-macam tapi akhir sekali apa yang aku dapat ?



Penderitaan.





Nafasku berderu laju saat terdengar pintu satu bilik yang aku tak pasti bilik apa, dibuka. Bunyi buka pintu saja dah buat aku berpeluh menggigil satu badan. Belum lagi saat tali yang telahpun diikat dan membuka ruang untuk masuk ke bahagian leher aku.



BAM !

Pintu tadi ditutup dengan kuat. Aku mula kaku dan terpinga-pinga. Aku betul-betul tak tahu aku kat mana sekarang ni. Aku tertoleh ke kiri kanan biarpun pandanganku dihalang oleh kain hitam ini.

"Naik." arah pegawai itu dengan tegas. Aku terpinga-pinga. Naik apa ni ? Dahlah tak nampak apa-apa. Suruh naik-naik pula. Nak tak nak aku akur juga dengar arahannya. Aku mengangkat kaki dan memijak satu anak tangga dihadapanku. Agak menggagau juga aku naik tangga itu. Setelah merasakan tiada tangga aku berhenti.

Keadaan di bilik itu tidak bising mana. Hanya terdengar derapan kasut but milik pegawai polis disitu saja. Entah kenapa, aku menangis lagi. Mungkin tak percaya dengan apa yang terjadi. Entah. Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku bakal pergi tak lama lagi.



Tiba-tiba aku merasakan seseorang mengalungkan tali disekitar leherku. Aku memejam mata rapat sambil mengalirkan air mata. Aku betul-betul rasa berdosa dan sangat hina sekarang ni.



"Maafkan aku semua. Maafkan aku Ya Allah...aku berdosa Ya Allah...aku berdosa...YA ALLAH !!!













































































"YA ALLAH !!!"

Aku terus terjaga dari tidurku. Dengan nafas yang tercungap-cungap, aku memandang sekeliling. Ni...ni bilik aku. Ya ni bilik aku. Aku memandang kakiku yang terlunjur di dalam selimut tebal. Aku menyelak selimut tersebut dan mula duduk dibirai katil. Aku meraup-raup wajahku yang basah dengan peluh.


"Astaghfirullah hal adzim...Ya Allah...mimpi apa tadi tu ? Kenapa rasa macam betul sangat ?" soalku sendirian apabila mula sedar yang sebenarnya aku cuma bermimpi. Aku istighfar lagi dan lagi tanda cuba menenangkan hatiku.

Setelah merasa sedikit tenang, aku mengerling ke arah jam dinding yang tergantung elok di dinding bilikku. Aku mengeluh apabila melihat angka yang ditunjukkan oleh jarum jam tersebut.



"Patutlah mimpi buruk...dah nak senja rupanya." gumamku. Aku menghela nafas dan merebahkan kembali badanku di atas katil. Aku masih pelik. Kenapa aku rasa mimpi tadi tu real semacam ?


Aku mencubit-cubit pipiku. Tak lupa juga menampar muka sendiri dan gosok mataku  dengan kuat tanda bangkit dari mimpi. Okay, sakit. Aku mengeluh dan bangkit untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk menunaikan ibadah solat fardu Maghrib dan Isyak disurau.

Alang-alang tu, nak share juga dengan Yaya pasal mimpi yang terlalu buruk bagi aku tadi kat dia.


End pov




///



"Ma-macam tu sekali mimpi kau ?" soal Yaya yang masih terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Alya selepas saja mereka selesai menunaikan solat fardu Maghrib. Alya mengangguk perlahan dan mengeluh. Hatinya dah tak segusar petang tadi.

"T-tak tahu kenapa aku rasa yang mimpi tu macam betul-betul terjadi kat aku. A-aku takut Yaya." luahnya sambil memandang Yaya. Yaya melemparkan senyuman nipis pada Alya. Tangan Alya diraih dan diusap lembut.


"Jangan takut Alya. Selagi benda tu tak terjadi, kau takkan apa-apa. Mimpi tu kan mainan tidur. Kau pula tidur waktu-waktu gitu memanglah dapat yang buruk-buruk. Tak elok tau Alya." pesan Yaya lembut. Alya mengangguk pasrah.

"Ya aku tau salah. Lepas ni aku takkan buat lagi. Aku akan jadikan mimpi buruk tu untuk kali pertama dan terakhir dalam hidup aku. Aku dah taknak mimpi macam tu lagi. Sumpah aku rasa takut. Haih, bodohnya aku pergi tidur waktu dah nak senja." kutuk Alya pada dirinya sendiri.

Yaya mengusap-usap lengannya tanda menenangkan Alya. Akhirnya, sesi berborak mereka terhenti apabila terdengar azan bagi waktu Isyak dilaungkan.



///


"Kalau ku pandang kelip bintang nun jauh di sana~"

Kendengaran nyanyian suara sengau Taufan mula membingitkan telinga Alya yang dari tadi melepak di gerai Tok Aba. Harini dia cuti jadi dia mahu meluangkan masa dengan berjumpa kawan-kawannya yang lain. Dia menepuk-nepuk perlahan telinganya apabila terasa makin bingit suara Taufan.

Pls someone stopkan Taufan dari nyanyi lagu dangdut tu pls. Dia dah bergelek-gelek macam Inul dah tu.

"Taufan diam !" herdik seseorang. Semua orang pun dah pasti siapa yang menjerit dekat Taufan tu. Taufan berhenti gelek dan membuat muka toya pada Halilintar yang tengah bercekak pinggang.


"Kau ni, aku baru nak gelek gerudi. Kacau ah !" protes Taufan sambil mendekati ke gerai atok mereka. Alya hanya membuat bodoh dan terus menyambung aktivitinya iaitu menonton anime di Youtube. Namun, tontonannya terganggu apabila sekali lagi telinganya menjadi bingit kerana jeritan Halilintar.

Dia menepuk dahi apabila terlihat Halilintar sedang meronta-ronta untuk dilepaskan oleh Taufan yang kena sampuk apa entah tetiba peluk siap cium sedut bau bahu abang dia lagi.

"Kau pakai perfume apa doh ? Bau dia buat aku tergoda yal~" kata Taufan yang mula ketagih dengan bau perfume yang digunakan oleh Halilintar. Halilintar geram dan mula menolak tubuh Taufan dari terus menerus memeluk dirinya. Pipi Taufan ditampar kuat.

"KAU GAY KE APA ?!" herdiknya dan terus berlalu pergi dari situ. Taufan mengaduh sakit dan mula menghampiri Alya yang tergamam dengan drama 30 saatnya tadi. Dia memetik jari dihadapan Alya seraya menghentikan lamunan Alya.

"Kau ni tiba-tiba peluk dia apasal ?" soal Alya hairan. Anime yang ditontonnya tadi sudah ditutup. Taufan tergelak kecil dan mula menonggeng.


"Aku memang macam nilah. Bila mood nak bermanja dengan dia memang terus aku peluk cium-cium bau dia. Bau badan dia sedap doh. Bukannya sekali aku buat. Dah banyak kali dah." terang Taufan dengan sengihan di bibir.

"Pelik-pelik Thorn, pelik lagi kau." kutuk Alya dan menyisip air yang dipesannya tadi. Taufan mencebik. "Tch, kau apa tahu ? Kau tak pernah peluk Hali memanglah. Kau tak tahu bau badan Hali tu boleh buat kau khayal tau haa. Aku tahulah kau kan nak peluk orang tu jeeeeeee~" dibalik balasan Taufan, terdapat juga sindiran diberikan pada Alya.

"Erk ! A-apa kau ngarut ni ? M-mana ada aku nak peluk dia. Tak kahwin lagi nak peluk-peluk bagai. Dah kahwin bolehlah nak cerita." kata Alya tanpa sedar. Taufan mula tersenyum senget.

"Huiii~ aku cakap pasal peluk je tau. Apasal melarat sampai kahwin ni ?~" soal Taufan sambil menjongket-jongketkan keningnya. Alya tersentak. Dia menekup mulut apabila tersedar ayatnya tadi.

"WEYH !!!!"

Bantai habis Taufan gelak. Muka Alya jangan cakap ah memang macam tomato baru masak. Taufan yang masih dengan sisa tawanya memandang Alya.


"Sabar ya Al. Nanti aku suruh Solar masuk minang kau cepat sikit. Almaklumlah tak sabar nak peluk-peluk. Hahahahaha !!!" Taufan sambung ketawa. Alya menekup wajahnya dan menyuruh Taufan untuk berhenti.

"Apa yang lawak sangat ni ?" tegur seseorang serentak membuatkan Taufan dan Alya memaling kearahnya. Orang itu adalah Solar. Pakaiannya hari itu santai sekali. Mungkin tak sibuk tu yang pakai biasa-biasa je.

"Haaa panjang umur jodoh dah sampai. Okaylah Al, aku beri ruang kau borak-borak dengan future husband kau ya ? Aku nak cari Hali dulu. Bye~" dengan selamba badak, Taufan terus berlari meninggalkan mereka berdua. Alya dah nak meletup dah kat situ. Geram dengan Taufan satu hal. Tergoda sikit dengan Solar pun satu hal !

Selepas kelibat Taufan hilang dari pandangan, Solar mula masuk ke dalam kedai tersebut dan duduk berhadapan dengan Alya yang berpura-pura sibuk bermain handphone. Solar tersenyum senget.

"Future husband huh?" soalnya sambil mempamerkan senyuman sengetnya. Alya tersentak. Dia memalingkan wajahnya ke tempat lain mengelak eye-contact dengan lelaki dihadapannya.

"Jangan risau. Kau pun future wife aku." sambungnya lagi sambil tergelak kecil apabila perasan pipi Alya mula merona merah. Alya berdecit geram sambil menjeling Solar.

"Jeling-jeling. Korek biji mata tu karang." ugut Solar sambil memusing-musingkan handphone milik Alya di atas meja kaunter. Sibuk pegang handphone awek apasal ? 😂

"Koreklah kalau berani~ aku patahkan cermin mata 'cool' kau tu sampai jadi cebisan kecil !" ugut Alya pula. Solar hanya terkekeh kecil dan biarkan saja ugutan Alya tadi. Dia tak takut pun dengan ugutan lemah Alya. Mereka berdua mula berdiam diri melayan perasaan masing-masing sehinggalah terlintas sesuatu perkara diminda Alya.



"Solar..." panggil Alya. Solar berhenti dari bermain dan mula fokus pada Alya apabila terasa sesuatu yang serius hendak dibincangkan oleh Alya. Dia menjongket kening tanda menyuruh Alya melanjutkan bicaranya.

"Erm, aku nak minta maaf. Kalau aku ada terbuat salah ke kecilkan hati kau ke or buat kau rasa marah ke ? Haa aku nak minta maaf awal-awal ni." sambungnya.

"Kenapa ni ? Kau tak ada buat salah apa pun tiba-tiba jer minta maaf ?"


"Aku tahu tapi entahlah. Aku memang rasa nak minta maaf sangat-sangat dengan kau. Aku akan rasa serba salah kalau tak cakap gini. Tak tahu kenapa." luah Alya. Ya dari haritu lagi dia rasa serba salah semacam. Mungkin effect mimpi tu dia terbawa-bawa.


"Alya, walaupun aku tak tahu salah kau apa pada aku tapi...aku sentiasa memaafkan kau. Aku tak berhak tak nak terima maaf kau sebab aku ni cuma manusia biasa. Bukannya ada kuasa pun. Sedangkan nabi pun maafkan umat dia apatah lagi kita." ujar Solar membuatkan Alya memandang tepat kearahnya.

Solar tersenyum manis. "Aku pun nak minta maaf juga kalau aku terbuat salah atau sakitkan hati kau. Maafkan aku ya Alya ?" pinta Solar yang masih tersenyum menatap wajah Alya.


Perlahan-lahan bibir merah Alya mengukirkan senyuman. Dia membalas senyum manis Solar dengan senyuman manisnya.


"Ya, aku maafkan. Terima kasih, Solar ."


































- TAMAT -







Haa ni baru betul-betul ending dia 😂😂😂😂 yang previous part tu aku main-main je. tak sangka plk korang caya 😂😂😂

fuhh akhirnya, ff ni melabuhkan tirainya juga. dalam 2 bln lebih je ff ni aku buat 😂 oh ya btw, endingnya ni hambar sikit and aku pasti...korang mesti pening kepala baca buku aku ni kn ? 😂

klau ada sesiapa yg curious ke or nk tahu lebih ke haa drop lah komen tanya. nnti aku jawab 😂 aku gerenti mesti korg pening kepala ni. Hahahaha oklah bye sampai sini saja cerita Solar ni. Jumpa di buku Juvana ! 😂


- Zen Out-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top