24

Halilintar  hanya mampu ber-sweat drop atas kelakuan Solar yang dari tadi menyelebungkan dirinya di dalam selimut. Tak lupa juga badannya tersedu sedan dan kendengaran esakan kecil. Halilintar memutarkan bola matanya dan menarik-narik selimut Solar.

"Dahlah tu. Kau nangis macam budak kecil ni dah kenapa ?" soal Halilintar pelik. Dia mati-mati ingat Solar pengsan bila dia memberitahu perkara sebenar tadi. Rupanya meraung menangis tak tentu pasal.

"A-aku...a-aku...HUWARGHH HALIIIIIII !!!!" Solar meraung dengan kuat dan terus memeluk pinggang abangnya. Tak lupa juga mukanya yang dah basah dengan air mata dan hingus disembamkan di dada abangnya. Halilintar memasang wajah mendatar. Nak tak nak dia membalas pelukan adiknya.

BAM !!!

"Solar aku datang ! Eeeehhhh ????? Solar ?"

Mata bulat Thorn terkebil-kebil melihat situasi di hadapannya. Adiknya Solar sedang menangis teresak-esak sambil memeluk abang sulungnya. Gempa yang baru sampai juga pelik kerana badan Thorn bagaikan kaku di hadapan pintu wad adiknya.

"Eh ? Kenapa Solar nangis ni ?" soal Gempa memandang Solar dan Halilintar bergilir-gilir. Penumbuknya juga dah ready untuk mendarat di muka Halilintar. Perasan dengan penumbuk itu, Halilintar terus melepaskan pelukannya dan melambai-lambai tangannya.

"Eh eh tak ada apa ! Tak ada apa ! Solar yang tiba-tiba nangis. Aku tak buat apa-apa pun !" kata Halilintar dengan sengihan. Penumbuk Gempa diturunkan. Bekal makanan yang dibawa diletakkan di atas meja bersebelahan katil Solar. Thorn pula memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang.

"Habis tu kenapa dia nangis ? Meraung pula tu. Jaranglah budak ni nak nangis macam budak kecil. Biasa Thorn je." kata Gempa. Thorn tersentak.

"Oi oi oi ! Mana ada aku nangis macam budak kecik !" marahnya sambil mengembungkan pipinya. Solar yang sudah berhenti menangis itu terkebil-kebil melihat Thorn yang sedang membebel seorang diri.

"Haih macam ni. Solar tanya aku kenapa
Alya tak balas perasaan aku sedangkan aku ni ada ciri-ciri lelaki idaman perempuan-perempuan kat luar sana." jelas Halilintar pada Gempa dan Thorn yang sudah berhenti memprotes.

"Then ?"

"And then, aku cakaplah yang aku ni bukan lelaki idaman Alya. Lelaki idaman Alya tu adalah dia sendiri. Alya sukakan dia. Lepas je aku bagitau pasal tu dia terus berselubung dalam menangis macam budak kecik sampailah korang datang sini tadi." sambungnya.

"P-pa-pasal tu je ke ?" soal Gempa dengan muka (●__●) pada Halilintar kemudian menoleh ke arah Solar yang ditenangkan oleh si pengendali tumbuh-tumbuhan itu.

Halilintar mengangguk pasrah. Dia berlalu meninggalkan adik-adiknya di dalam wad. Mahu cari makan katanya. Gempa menutup pintu dan mendekati Solar dan Thorn.

"Err Solar, betul ke apa yang Hali bagitau tadi?" soalnya meminta kepastian. Dengan nafas yang masih tersekat-sekat, Solar mengangguk perlahan. Thorn tersenyum kecil dan mengusap rambut adiknya perlahan.

"Mesti kau rasa sangat serba salah kan Solar ? Tu pasal kau nangis kan kan ?" soal Thorn dengan polos. Solar tersentak dan menundukkan wajahnya. Gempa cepat-cepat menekup mulut Thorn.

"Oi oi ! Soalan kau tu tak membantulah !!!" bisiknya kasar sambil mencubit-cubit pipi Thorn. Solar mengenggam selimutnya dengan kuat. Sebak yang datang dihatinya makin kuat mencucuk-cucuk hatinya.


Setitis demi setitis air matanya mengalir jatuh. Gempa berhenti bergelut dengan Thorn dan terus duduk di birai katil apabila perasan yang adik bongsunya akan mula menangis lagi. Dia perlahan-lahan menekup wajah Solar dan mendongakkan pandangan adiknya.


That's it. Terkedu Gempa dibuatnya apabila melihat wajah Solar yang merah padam ditambah dengan air mata yang bagaikan tiada putusnya. Pantas dia membawa Solar ke dalam dakapannya. Belakang adiknya diusap-usap perlahan.

"A-aku nak minta maaf...a-aku banyak buat s-salah den-dengan dia ! Hiks !" tangisan Solar kembali kuat. Gempa mengangguk dan cuba menenangkan adiknya. Parah dah ni.

"A-aku e-ego ! A-aku ja-jatuhkan ma-maruah dia Gempaa ! A-aku j-jahat !!! A-aku buat k-kita s-semua p-putus kawannnn !!!" raung Solar lagi. Halilintar yang baru balik dari mengisi perut mengeluh. Dia mendekati Thorn yang mendiamkan diri dari tadi.

"Biar aku teka. Dia still rasa serba salah ?" teka Halilintar. Thorn mengangguk tanpa memandang wajahnya. Dia menggeleng kepala dan memeluk tubuhnya. Memandang Solar yang dihuni dengan perasaan serba salah tak sudah.

Sometimes, we must learn from the mistakes that we made. Dan selepas ni Solar kena belajar untuk lebih memaafkan seseorang dengan rela hatinya. Tak kiralah besar ke kecil ke salahnya, kita sebagai manusia tak pernah lari dari membuat kesilapan.






///


Langit malam yang dihiasi dengan ribuan bintang itu menjadi tatapan mata Alya. Keluhan panjang dilepaskan dari mulutnya. Sekeping polaroid yang dipegang olehnya ditatap. Gambar dia dan semua kawan-kawannya di Pulau Rintis.

Namun matanya lebih fokus ke arah lelaki berkaca mata oren yang di dalam gambar tersenyum senget. Katanya itu gaya yang paling cool. Dia tersengih.

"Kau mesti bahagiakan sekarang ? Yelah. Aku dah pergi jauh dari hidup kau. Tak hairanlah kan ? Memang itu pun yang kau nak. Lihat orang yang kau benci selama ni pergi jauh dari mata kau. Sekarang...aku dah tunaikan permintaan kau." katanya sendiri sambil mengusap gambar tersebut.

Setitis air mata jatuh pada polaroid tersebut. Dia menyeka air mata laju. Dia menggeleng kepala dan kembali tersenyum.

"Walau dalam mana pun kau benci aku, aku tetap sukakan kau. Cintakan kau. Kalau jodoh kita panjang, kita akan bersama. Tapi kalau tak, aku tak mampu nak buat apa-apa melainkan mendoakan kau bahagia bersama orang yang tersayang." ujarnya kemudian kembali menangis sambil memeluk polaroid tersebut.


///

Solar membuang pandangannya ke luar tingkap yang suasananya di luar sudah gelap dan dihiasi dengan lampu-lampu di tepi jalan. Dia memandang sekilas ke arah Gempa yang sudahpun lena dibuai mimpi.

Dia mengeluh. Tangan kanannya yang dicucuk dengan iv drip diangkat perlahan. Dia membelek-belek benda alah yang dicucuk di tangannya kemudian menyentuh dahinya yang berbalut dengan bandange.

"Maafkan aku Alya...baliklah." katanya perlahan. Perasaan serba salahnya yang kuat itu tak menghilang. Dia tetap mahu menangis lagi dan lagi. Dia tak kisah matanya merah atau sakit sekalipun. Dia sudah anggap air matanya tadi adalah salah satu cara untuk menebuskan kesalahannya terhadap Alya.

Tanpa dia sedar, selama ni Alya dah banyak menangis untuk dia. Mustahil kalau Alya tak menangis bila dia telah memaki dan mencemuh Alya banyak kali. Mesti satu kali tu gadis itu akan menangis dan berasa putus asa untuk meminta maaf darinya.

"Aku akan betulkan semuanya Alya. Aku akan balas balik apa yang aku dah buat selama ni pada kau. Baliklah. Aku tunggu kau. Aku nak balas balik semua salah aku pada kau. Dan aku nak balas....















perasaan kau..."











#TBC

sesal dahulu, sesal pendapatan ? err aku lupa peribahasa tu 😂 tapi ianya mmg sesuai utk Solar. org dh pergi jauh baru sibuk nk nangis2 n bls balik perasaan org tu. dibuatnya Alya dh move on acaner ? tak ke terlepassss 😂

look like citer ni bakal ke penghujungnya~ siapa excited ? 😂😂 nampaknya aku sorg je nk cite ni abis

Hali : kau mmg, dahlah kejam =_=

Solar : ntahnya, buat aku nangis mcm bdk kecik plk. jatuhlah reputasi aku !

zen : hey aku ade sbblah nk abiskan awl 😑lagipun korg kan ada lagi satu job buat pe nk sedih2

Solar : eh ada ke ? *pandang Hali*

Hali : *tumbuk Solar* cite Juvana tu apa rabun ?

Taufan : *menyelit* TU CITER AKULAH !

zen : too good too process this. bye~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top