20

Ice memandang ke arah Halilintar yang masih setia duduk di atas katilnya. Sejak malam dia keluar berjumpa dengan Alya , wajah abangnya yang sememangnya miskin ekspresi itu semakin miskin. Maksudnya adalah wajah Halilintar itu bagaikan tiada apa-apa. Muram sahaja.

Bila ditanya Gempa apa yang terjadi, Gempa hanya mendiamkan diri dan menukar topik lain. Seolah-olah tak mahu menjawab pertanyaannya. Dia mengeluh dan terus berjalan masuk ke dalam bilik abangnya itu dan duduk di sisi abangnya.

"Kau nak berteleku kat sini sampai bila ?" soal Ice pada Halilintar yang sedang memeluk kedua lututnya. Halilintar hanya diam menyepi membiarkan soalan si beruang kutub jadian itu tiup dibawa angin.

"Haih dahlah Hali. Aku ni penat tengok kau macam ni dari malam kau jumpa dengan Alya haritu. Sebenarnya apa jadi ni ? Cuba kau cerita apa jadi ? Alya pun satu. Dekat 2 minggu aku dah tak nampak muka dia. Aku ajak lepak pun tak nak." rungut Ice sambil menggaru kulit kepalanya yang gatal.

"Dia busy kerjalah tu..." balas Halilintar dengan nada perlahan. Wajahnya sedikit pun tak tertoleh pada adiknya. Matanya lebih seronok memandang dinding biliknya.

"Ha yelah tu busy kerja. Habis Ying tu ? Elok je aku tengok lepak sekali dengan kita. Tak ada sibuk pun. Dia dengan Ying kerja satu tempat kan ? Sibuk apanya ?" Ice menatap tajam wajah abangnya.

Memanglah dia jenis tenang dan tak suka ambil port dalam sesuatu hal tapi bila berkait dengan abang kesayangannya ni, mata dia yang selalu kuyu tu pun celik.

"Dia penatlah kot." balas Halilintar acuh tak acuh. Ice mengetap giginya tanda geram. Serius ke depannya ni abang dia ? Macam mayat hidup je dia tengok. Lemah semacam.


"Dahlah keluarlah. Aku tak ada mood nak bersembang dengan sesiapa. Jangan kacau aku. Keluar." dingin saja nada suara Halilintar. Lantas dia terus baring sambil membelakangi Ice. Ice mendengus geram. Dia bangun dari duduk di birai katil itu dan berdiri menghadap abang sulungnya yang masih membelakangi dirinya.

"Ni mesti ada apa-apa terjadi antara kau dengan Alya kan ? Kalau tak berkepit je aku tengok kalah aku yang kawan baik dia ni. Hm tak apalah. Kau tak nak cerita sekarang tak apa. Aku tak nak paksa dan kau pun tak suka dipaksa. Aku bagi kau ruang. Dah sedia nanti kau cerita aje dengan aku. Cuma aku nak minta, tolong tutup sikit kemurungan kau tu. Aku tak nak adik-adik perasan dan syak macam-macam dengan kau. Lagi-lagi Solar. Dia tu cerdik akalnya. Aku keluar dulu." kata Ice panjang lebar kemudian berlalu meninggalkan Halilintar seorang diri.

Sebaik saja terdengar pintu bilik tertutup, tangisan Halilintar yang ditahan dari tadi mula pecah. Badannya tersedu sedan menahan tangisan dan juga sakit di hati. Dia harus terima semua ini. Dia dah berjanji pada diri sendiri. Dia akan hadap rasa sakit segalanya sebaik saja meluahkan perasaannya pada Alya.

Dia juga berjanji untuk membahagiakan Alya dengan Solar.



///



Alya menghela nafas lega apabila bayangan Halilintar tiada di kedai Tok Aba sebaik saja dia sampai ke situ. Sudah beberapa minggu dia tak menjejakkan kaki di kedai itu dan tidak berjumpa dengan mana-mana pecahan Boboiboy.

Dia mengelakkan diri bukan kerana benci. Tak. Dia tak kuat nak berhadapan dengan lelaki itu. Dia takut. Fikirannya menjadi serabut. Sebab itu dia elak dari berjumpa dengan mereka biarpun dia tak sibuk ketika itu.

Langkah kaki dituju ke kaunter. Terlihat Ochobot sedang membancuh air koko untuk pelanggan yang berkunjung di situ. Alya melabuhkan punggungnya dan menyapa Ochobot mesra. Untung robot kuning berbentuk bulat seperti bola itu tak melatah terkejut. Kalau tak membazir je air koko tadi tumpah.

"Eh Alya ! Lama tak nampak kau." sapa Ochobot dengan mesra. Alya mempamerkan senyuman nipis. Tak terdaya nak memberi senyuman manis sedangkan hatinya pun sedang galau sekarang.

"Ya hehehe. Aku sibuk sikit." jawab Alya sambil tangannya memusingkan handphone nya yang terletak di atas meja kaunter itu. Ochobot mengangguk dan meminta izin untuk menghantar minuman sebentar. Alya mengeluh sebaik saja kelibat Ochobot hilang dari pandangannya.

Dia menongkat dagu dan fikirannya mula menerawang akan kejadian malam di mana Halilintar meluahkan perasaan kepadanya. Dia rungsing. Dia tak pernah minta keadaan menjadi seperti ini. Rasa serba salahnya makin kuat. Rasa serba salah pada Solar pun belum hilang. Kini, Halilintar pula. Makin sakitlah kepala dia.

"Haih macam mana ni ?" rintihnya kemudian mengeluh. Ochobot yang sudahpun kembali ke kaunter berasa hairan. Dia terbang mendekati Alya.

"Kenapa ni Alya ? Muka monyok je. Kau ada masalah ke ?" soal Ochobot yang hirau akan wajah sedih Alya. Alya segera kembali ke alam realiti bila ditegur oleh Ochobot.

"Eh, mana ada masalah. Aku okay aje." balas Alya dengan agak kalut. Segera dia cuba menyembunyikan rasa sedihnya dengan tersenyum manis ke arah Ochobot.

"Ya ke ?"


"Iya. Aku cuma penat je. Erm, bagi special ice chocolate satu." katanya dan terus mengalihkan topik. Dia tak berani nak ambil risiko dengan robot kuning tu. Well, robot kan ? Dia lagi bijak dari kita 😂 .

Ochobot tabik gaya Tapops dan terus menyediakan minuman untuk Alya. Alya kembali termenung. Jauh dia termenung sampai tak sedar seseorang berada di hadapannya.

"Oi"


"Oiiiii~"


"Oiiiiiiiii~ !"


Tiada sahutan dari Alya. Bagaikan rohnya sudah keluar dari badan dan tinggal jasadnya saja di situ. Orang itu mula geram kerana panggilannya tidak disahut. Ochobot pula hanya mampu memerhatikan gelagat orang itu yang mula bengang dengan Alya.


"ALYA !!!!" jeritnya dengan kuat sehingga kesemua pelanggan yang berada disitu mula fokus ke arah mereka berdua. Alya yang baru tersedar dari lamunannya mula memandang ke arah gerangan yang berani menjerit di mukanya.

"Eh ka-kau Solar ?!" soalnya dengan agak terkejut. Segera memorinya teringat segala kata-kata Halilintar tempoh hari. Dia mengalihkan pandangannya dari Solar yang sedang mengetap gigi itu.

"Kau buat apa kat sini?" soalan bodoh Solar terpacul. Alya memasang wajah mendatar ke arah lelaki yang memakai cermin mata oren itu.


"Mestilah nak minum. Nak buat apa pula kat sini ?" jawab Alya dengan nada tidak puas hati. Betullah kan orang datang nak minum nak makan, yang pergi tanya soalan bodoh tu kenapa ?

Solar berdecit. Dia mula bergerak mengambil cawan kosong yang berada disitu.

"Manalah tahu~ Kau cari aku ke ?~ atau...Hali ? Buah hati kau tu~ kan ? betul tak ?" perli Solar sambil memandang sinis ke arah Alya. Cawan kertas yang kosong itu diisi dengan air coklat. Dia minum sambil menjongketkan kening ke arah Alya.

"Aku datang sini nak minum. Bukan nak gaduh dengan kau." balas Alya dengan nada mendatar. Air koko sejuk yang sememangnya sedap itu sudah menjadi tidak sedap baginya. Seleranya hilang begitu saja bila lelaki itu bertindak untuk memerlinya.

"Eh, bila masa aku nak gaduh dengan kau ? Aku cuma tanya je kan ? Rileklah." balas Solar dengan kerek sekali. Ochobot awal-awal tarik diri tak nak terlibat dengan pergaduhan mereka berdua.

"Habis tu kau perli aku tadi tu apa ? Tak cari gaduh namanya ?" soal Alya dengan bengang. Hilang terus rasa sedihnya. Solar meletakkan cawan kertas itu di atas meja kemudian memeluk tubuh sambil tersenyum sinis ke arah Alya.

"Ouhhhh terasa ke ? Hahaha sorry tak sengaja—ops ! sengaja hihihi." Solar tersenyum penuh makna sambil tergelak kecil memandang wajah bengang Alya.


"Cukuplah. Maafkanlah aku.Aku betul-betul tak sengaja kan ? Kenapa susah sangat kau nak maafkan aku hah ? Berat sangat ke mulut tu nak ucap maaf ?" soal Alya tanpa berbasa basi lagi. Solar yang tadi tersenyum perli kini menatap Alya dengan penuh benci.

"Ya memang berat. Kau ingat kata maaf aku murah macam kata maaf kau ?" herdik Solar hingga menyentakkan kedua bahu Alya. Alya mengeluh kasar.

"Masalahnya benda dah lama. Perkara kecil pun kau nak berdendam ke dengan aku ? Tak matanglah !"


"Habis tu kau hancurkan impian aku tu perkara kecil ke ? Tak matang ke ?!"

Sekali lagi, suara kuat Solar kembali membuatkan pelanggan disitu terfokus ke arah mereka. Gempa dan Taufan yang baru separuh jalan untuk menuju ke gerai atok mereka terkejut. Segera mereka berlari ke arah mereka berdua apabila terdengar  suara kuat Solar.


"Impian kau impian aku juga kan ? Tapi dah takdir kita tak menang haritu. Dahlah. Tak payah kau nak pertikaikan lagi ! Kalah menang tu adat pertandingan." bentak Alya yang sudah panas berasap dengan sikap Solar.

Solar tersengih sinis. "Impian kau ? Kau kata impian kau ? hey perempuan, kalau kata impian kau, KAU TAK HANCURKAN SEGALA-GALANYALAH BODOH !!!"

Gempa yang sampai terlebih dahulu terus menarik badan Solar kebelakang. Dia memandang Solar dan Alya bersilih ganti. Taufan yang baru tiba juga turut memandang mereka berdua.

"Apahal bising-bising ni Solar ?! Malulah orang tengok !" marah Gempa sambil memandang tajam ke arah Solar yang dari tadi mendengus tak henti-henti.

"Peduli apa ? Hati aku sakit bila tengok muka hodoh perempuan ni !" bentak Solar sambil menjeling tajam ke arah Alya. Alya mengetap rahangnya. Hatinya yang sedia panas itu makin panas bila terdengar ejekan dari Solar itu.

"Habis kau ingat kau handsome sangat ke hah nak aku cakap hodoh ?!" soal Alya. Dia mula berdiri berura-ura mahu pergi dari situ. Taufan mula menenangkan dirinya.

"Aku tak cakap pun aku handsome kan ? Kau pekak ke ? Aku cakap muka kau hodoh !"

"Solar sudah ! Kau pergi balik sekarang ! Kau kalau kat sini nak buat kecoh lebih baik kau balik. Balik !!!" marah Gempa. Dadanya naik turun menahan sabar.

"Eh Gempa ! Aku ni adik kau tahu tak ?! Kenapa kau backup sangat perempuan ni hah ? Dia orang luar ! Bukan ada pertalian darah dengan kau pun !" protes Solar sambil memandang Gempa tidak puas hati.  Dia terasa tidak adil. Abangnya lebih memihak pada perempuan yang dia benci.

"Hey perempuan, kau buat apa hah sampai abang-abang aku backup kau ? Kau santau dia orang eh ? Ke kau goda dia orang sampai jadi perempuan simpanan dia orang ?"

PAP !!!!

Solar meringis menahan sakit di pipinya. Dia memandang gerangan yang menampar pipinya tadi. Kaget dibuatnya apabila yang orang  menamparnya itu adalah abang sulungnya.

Halilintar.


Solar membalas tatapan dingin abangnya. Matanya beralih memandang Gempa, Taufan dan Alya. Dia mendengus geram dan terus berlalu pergi dari situ. Sempat dia melanggar bahu abang sulungnya dengan kuat dan sengaja.


"Hey kau nak pergi mana ? Solar ? Solar !" panggil Gempa. Dia hendak mengejar adiknya namun dihalang oleh Halilintar. Mereka bertiga diam menyepi dan melihat Alya yang tertunduk disitu.


"Al,...kau okey?" soal Taufan perlahan. Dia cuba memandang wajah Alya yang tertunduk itu. Halilintar juga turut membuang pandangannya ke lantai. Dia menghela nafas panjang apabila terdengar esakan kecil dari bibir gadis itu.

"K-kalau disebabkan aku hubungan adik beradik kau orang berpecah belah...hiks...ma-maafkan aku...Aku takkan dekat dan kawan dengan kau orang lagi. Aku akan jauhkan diri aku daripada kau orang. Ka-kalau itu yang buat Solar bahagia...aku akan buat. Terima kasih sebab terima aku jadi kawan kau orang.

Dan Hali, terima kasih sebab sukakan aku. Aku betul-betul minta maaf...kalau tak pernah perasan...maafkan aku sebab buat kau sakit ha-hati...maafkan aku. Aku bukan perempuan yang terbaik untuk kau mahupun Solar... tolong...lupakan aku. Aku pergi dulu."


Dengan air mata yang basah lecun di muka, Alya berlari pergi meninggalkan tiga jejaka itu dalam keadaan terpinga-pinga dan terkejut.

"A-apa ni ? Kenapa jadi macam ni ? Hali, betul ke selama ni andaian aku kau suka Alya ? A-aku..." Taufan memegang kepalanya. Tergamam dirinya. Begitu juga Gempa dan Halilintar...yang setitis demi setitis air matanya jatuh dari kelopak matanya.

"Alya..."


Halilintar memandang bayangan Alya yang semakin menjauh. Dia tak sangka. Sebegitu sekali bencinya Solar terhadap gadis itu. Tapak tangannya yang terasa panas kerana menampar pipi Solar tadi dipandang.

"Kalau kau rasa kau bukan perempuan terbaik, aku pun Alya. Aku bukan lelaki yang terbaik."



#TBC

fuh complicated dan sgt panjang ya chap ni 😂😂😂 mohon tak sakit kepala baca citer ni sbb aku sendiri pun dh sakit kepala dgn mereka semua ni 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top