16

Hari demi hari, hubungan Halilintar dan Alya semakin rapat. Meskipun Halilintar tahu usahanya akan menjadi sia-sia tapi apa dia peduli. Biarlah. Dia harus buat apa lagi ? Asalkan dia dapat memberitahu perasaan sebenarnya pada Alya pun sudah meringankan bebannya.

Tentang keputusan Alya pula dia tidak mahu bahas. Dia sudahpun redha dan tidak mahu memaksa Alya untuk membalas perasaannya. Dia tahu yang Alya hanya cintakan adiknya, bukan dia. Bak kata oranglah, kalau dah takdirnya begitu, kita terima sahaja dengan hati terbuka.

Namun begitu, keakraban dirinya dan Alya sedikit sebanyak telah menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya oleh adik beradiknya yang lain selain Gempa dan Ice yang sudah maklum tahu perasaannya pada Alya serta rakannya yang lain iaitu Yaya, Ying, Gopal, Fang dan Ochobot.

Apa kau ingat Ochobot macam tak kisah tu dia tak perasan ke ? 😂 Dia perhati je cuma dia malas nak masuk campur. Almaklumlah dia kan dah fed up sebab tengok perangai tuan dia yang tak betul ni. Hahaha.

Apa yang buat dia pelik sekarang adalah Solar. Tiap kali dia berbual dengan Alya pasti dia akan perasan kerlingan dan jelingan adik bongsunya itu. Bila ditanya kenapa dijawabnya tak ada apa-apa. Pelik. Macam berbau ikan—


Zen : *tetiba mencelah* SOMETHING FISHY LAH HALI !

Hali : *tolak Zen* jangan menyibuk !


Entahlah. Dia malas nak fikir pasal adiknya tu. Dia dah berkali dah pun nasihat tapi degil. Keras kepala. Tak nak dengar kata. Ha sekarang biar dia tertanya-tanya kenapa Alya dah tak cuba pujuk dia lagi.



///



Mundar mandir Solar dibuatnya di dalam bilik seorang diri. Ya dia seorang je hari ni sebab Thorn dalam mood nak bermanja dengan Tok Aba jadi makhluk hijau tu tidur di bilik atoknya. Bawah bibirnya digigit tanda geram dan menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya.

Mana tak percaya, selalunya gadis yang paling dibencinya itu tiap kali datang ke kedai Kokotiam atoknya pada hari cuti pasti akan sibuk mencari dirinya tetapi sekarang situasi sudahpun terbalik.

Gadis itu lebih seronok meluangkan masa dengan lepak bersama abang-abangnya. Kalau Ice tu dia tak kisahlah. Sejak dari sekolah sehinggalah sudah habis sekarang dia tahu yang mereka berdua memang rapat. Tapi yang menjadi tanda tanya sekarang ni adalah abang sulungnya. Halilintar ! .

Cemburu ?


Huh buat apa dia nak cemburu dengan hubungan abangnya dan perempuan tu ? Mustahil ! Sama sekali tak ! .


Dia cuma musykil. Musykil dengan sikap abang sulungnya itu. Jarang sekali si Halilintar nak berbuat perangai aneh dan tak pernah dibuatnya. Dia akan buat begitu kalau Halilintar ni suka pada seseorang.


"Kejap. Suka ?" soalnya pada diri sendiri. Serta merta dia teringat akan intipannya dan mencuri dengar perbualan abang-abangnya iaitu Trio Trouble Maker di ruang tamu.

Flashback

"Entah-entahlah kan, Aku rasa si Hali ni tangkap cintun dengan Alya lah. Tak pernah kot aku tengok Hali perangai pelik macam tu."  kata Taufan pada Blaze. Thorn yang sedang berbaring di atas pahanya tambah lagi peluk perutnya itu dibiarkan. Adiknya ni kalau nak bermanja bukan kira tempat. Kat situ juga keluar perangai manja dia.

"Iyalah. Kalau dia buat perangai macam tu pun sebab dia suka someone kan ? Maknanya..." ayat Blaze menjadi tergantung seketika. 3 saat kemudian serentak mereka bertiga menarik nafas tanda terkejut.

"Maknanya dia suka Alya lah ?!" kata Thorn yang sudahpun bangkit dari baring di paha Taufan. Taufan dalam diam bersorak gembira kerana akhirnya Thorn bangun juga dari baring atas paha dia. Naik kebas dah paha dia.


"Mustahillah ! Hali tu payahlah nak suka perempuan !" bantah Blaze dengan wajah cemberut. Taufan tersengih apabila mendengar bantahan Blaze. "Mustahil kau kata ? Kau ingat Hali tu lahir tak ada hati dan perasaan ?"


"Dah muka pun tak ada perasaan. Hati apatah lagi." balas Blaze lagi. Thorn mengangguk setuju. Dia kembali baring di atas paha Taufan. Taufan memuncung sedepa tanda fed up. Dia mula mengepit badan Thorn sehingga terdengar jeritan kecil dari adiknya itu. Lengannya yang terdedah itu ditepuk-tepuk oleh Thorn namun rayuan Thorn diabaikan.

"Tapi aku rasa betullah. Memanglah dari dulu dia rapat  dengan Alya tapi taklah rapat mana. Tapi sekarang rapat gila. Ice dengan Alya yang bff tu pun tak serapat macam Hali tu. Kalau tak caya korang pergi skodeng esok kat kedai. Esok hari minggu. Biasa Alya datang kedai." terang Taufan panjang lebar. Thorn sudah dilepaskan. Blaze serta Solar yang dari tadi bersembunyi di belakang mereka hanya tersengih dan sweat drop atas perbuatan Taufan pada Thorn sebentar tadi.

End of flashback


"Maybe. Kena tanya ni." gumamnya lagi kemudian terus keluar dari biliknya. Dia memerhati segenap ruang di tingkat atas itu. Sunyi. Kalau dengar pun bunyi gelak tawa Blaze yang seronok bermain game dengan kawan sekolahnya di handphone di sebelah biliknya. Ya bilik dia orang sebelah-sebelah. Sebelah lagi satu belah kiri baru bilik abang-abang tertua.

Solar menuju ke bilik Trio Original yang pintu biliknya ditutup rapat. Dia mula ragu-ragu untuk mengetuk pintu tersebut. Tapi dia harus menanyakan semua soalan-soalan yang lama dipendamnya pada Halilintar. Dia mengeluh dan cuba melekapkan telinga pada permukaan pintu bilik tersebut. Sepi. Dengar pun bunyi kipas sahaja. Agaknya dah tidurlah tu. Paling-paling pun main handphone tapi senyap.

Siapa lagi kalau bukan Halilintar. Taufan main handphone senyap ? Dalam mimpi. Dia main handphone mesti tergelak-gelak. Tak tahu apa yang lawaknya. Gempa pula suka baca kuat-kuat.

Hm tak leh brain aku kalau Gempa baca chat orang kuat-kuat gitu.

"Tch. Nantilah." cebiknya kemudian terus turun ke bawah menuju ke dapur. Kantuknya masih belum datang dan dia berasa sangat bosan. Nak tidur pun masih terlalu awal baginya. Awal apa seh dah pukul 1 pagi tak reti nak tidur ke Solar oi 😂 .

Air milo panas dijadikan sebagai minumannya pada malam itu. Sesekali hilang juga rasa tertekannya apabila menyisip sedikit demi sedikit air panas itu. Secara tak langsung dia mengeluh.

"Takkanlah aku cemburu ? Mustahillah !" monolognya seorang diri. Kedua tapak tangannya di bawa ke muka lalu diraup kasar wajahnya.

"Memang itu pun yang kau harapkan kan Solar ? Kenapa kau sibuk sangat nak tanya Hali bagai ni ? Biarlah Hali tu. Kalau dia sukakan Alya pun bukannya ada kena mengena dengan kau. Kau bukan kisah pun dia nak suka Alya ke suka orang lain ke ?" sekali lagi, dia bercakap seorang diri di dapur.

Solar memicit-memicit dahinya tanda pening. Ya, dia betul-betul pening sekarang ni. Kenapa ? Kenapa dia nak kisahkan sangat pasal hubungan Hali dan Alya sedangkan dia memang benci Alya dari dulu lagi ? Kenapa ?



Atau kemungkinan perasaan cemburunya itu...memang betul ?




#TBC

zen : *tolak Solar*  kau jeles cakap jelah !

Solar : bila masa ? *pakai cermin mata hitam komander kokoci* aku jeles dgn Hali je

hali : -_-||

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top