1992 part 6
Selepas menghantar borang dan dokumen ke Yang Dipertua Majlis Perbandaran, aku mengangkat sumpah jawatan, dan begitu mudah sekali, aku menjadi Ahli Majlis Perbandaran Puncak Jaya.
Aku rasa pelik sebab kalau di negara lain, jawatan ini dipertandingkan, kerana jawatan ahli majlis lah yang berdepan dengan rakyat dulu, barulah ahli dewan negeri atau ahli parlimen.
Dalam Parlimen Puncak Jaya, ada dua Dewan Negeri iaitu DN Bukit Kantan dan DN Kampung Melati, yang kini dah jadi Taman Melati akibat pembangunan.
Tapi disebabkan pensejarahannya nama Kampung Melati, nama tu dikekalkan dalam Dewan Negeri. Jadi aku di antara sepuluh ahli majlis di DN Kampung Melati. Ada 5 zon di DN ini, sementara ada 8 zon di DN Bukit Kantan.
Setiap zon ada dua ahli majlis, jadi jumlah semua ahli majlis Perbandaran Puncak Jaya ialah seramai 26 orang.
26 orang ini dipilih oleh Ahli Parlimen dan ahli Dewan Negeri, dalam satu zon. Ini bermakna, aku dipilih atas kuota Ahli Parlimen, kerana Uncle Danny merupakan ahli parlimen di sini.
Untuk Dewan Negeri Kampung Melati, kawasan ini sebenarnya agak sengit antara Persekutuan dan Jujur.
Dalam pilihanraya 1990, Uncle Danny menang Parlimen Puncak Jaya dengan majoriti undi 5,789 undi, menewaskan calon Parti Persekutuan.
Di DN Bukit Kantan, parti Jujur menang 4,167 undi majoriti, tapi di Kampung Melati ni cuma 1,622 sahaja.
Sama ada kawasan ini kebetulan kosong atau ini petanda Datuk Rahizan mahu aku bertanding di kerusi ini pada pilihanraya akan datang, masih dalam persoalan.
Tugas aku sebagai Ahli Majlis ini ialah memberi laporan kepada Majlis Perbandaran tentang aduan masyarakat setempat.
Selepas angkat sumpah, aku terus bertemu dengan Abang Iz di pejabat, untuk memberitahu yang aku lepas ni mungkin akan lebih sibuk sikit, memandangkan aku dah ada jawatan sebagai ahli majlis.
Oleh kerana hari ini adalah hari sidang dewan Parlimen, maka aku dan Uncle Danny pun sebenarnya ke satu arah juga - iaitu ke Dewan Parlimen.
Cuma kali ini aku akan lapor diri pada Bang Iz pula selaku Ahli Parlimen Tanjung Emas.
--
"La, macam mana pulak kau boleh jadi ahli majlis Puncak Jaya ni? Aku baru nak lantik kau jadi ahli majlis kawasan aku," Bang Iz garu kepala.
"Saya kan duduk Puncak Jaya, jadi saya nak berbakti kat kawasan saya."
"Siapa yang cadang nama kau ni?"
"Pengetua."
Bang Iz dah garu kepala.
"Sepatutnya kau beritahu la aku dulu dalam hal ni. Pengetua ni pun satu la, suka sangat campur tangan. Dah kalau kau kat situ sorang-sorang, siapa nak tolong kau? Kau ada ke orang kat sana nak tolong kau? Kalau kau kat Tanjung Emas, semua boleh tolong kau."
Politik majlis perbandaran, memang lagi memeningkan.
"Kawasan tu dah la kawasan pembangkang, macam mana aku nak tolong kau?" Bang Iz garu kepala.
--
"Izham, tujuan aku letak dia kat situ, supaya dia boleh jadi DN di situ. Kalau dia di Tanjung Emas, modal nak bertanding kat situ sangat mahal. Budak macam tu, mana nak ada modal sangat?" kata Pengetua, sambil hembuskan asap curut.
"Saya boleh tolong dia, cikgu. Kalau dia kat situ sorang-sorang, siapa nak tolong?" tanya Izham.
"Daniel Hakim tu pakcik dia. Isteri dia, adik kepada ibunya."
"Tapi dia parti pembangkang. Takkan nak biarkan dia join parti pembangkang?"
Pengetua bangun dari kerusi, kemudian menepuk bahu Izham.
"Tak ada pertalian yang lagi rapat selain pertalian darah. Parti politik takkan bertahan selamanya, tapi pertalian darah, sampai kau mati. Katakan satu hari, Az join Parti Jujur, adakah kau nak putus saudara dengan dia?"
"Memanglah tak, tapi..."
"Sampai bila kau nak Wijayapura dipegang Ibrahim Abu Samah? Sejak 1969, ayah kau pun tak mampu nak menang. Kalau tak ada pembaharuan, macam mana Persekutuan nak menang peringkat Wijayapura?"
"Jangan risau, Bang Iz. Uncle Danny pun tak paksa saya join Parti Jujur," aku menyampuk dari tepi.
"Kalau kau nak aku tolong, call aku. Aku boleh hantar jentera aku ke Puncak Jaya. Kalau macam tu, aku recommend nama Az je dalam ahli majlis kat parlimen aku tu."
"Kan elok macam tu," kata Pengetua.
"Tak taulah, Az ni berminat ke tak dalam politik macam ni. Politik gangster dia minat la. Lagi satu, memandangkan kau dah jadi ahli majlis di Puncak Jaya, aku rasa eloklah aku lantik kau ketua Gagak Merah kat situ. Tapi, semua keputusan kau, rujuk aku atau Az dulu."
"Baik, Bang Iz," aku cium tangan Bang Iz macam scene Godfather. Cuma aku rasa dalam hal ni, Godfather yang sebenarnya ialah Pengetua.
--
Selepas kematian Datuk Seri Imad, geng Gagak Merah secara kolektifnya melantik Datuk Syafie sebagai ketuanya. Namun, sejak dipecat dan berdepan dengan kes rasuah, Datuk Syafie lebih mendiamkan diri dan membiarkan Izham yang mengawal geng ini.
Ramai dari kalangan ahli kongsi yang tidak gemarkan Izham, kerana dia berlembut dan berdamai dengan Datuk Rahizan, ketua kongsi Diamond Hijau atau Zamrud.
Sementara tindakan Izham itu membuatkan banyak kontrak terutamanya dalam bidang infrastruktur dan telekomunikasi memberi sumber kekayaan pada kongsi, hakikatnya ia tidak dirasai oleh semua ahli.
Banyak kawasan kini diambilalih oleh Diamond Hijau, dan ini menimbulkan desas-desus bahawa Izham ini adalah pemimpin yang lemah.
Tetapi Ali mahu membina akar umbinya dengan sendiri. Ali berpendapat yang dia harus menubuhkan kongsinya sendiri, dengan ideanya sendiri, bukan menjadi subkordinat kepada Izham atau Azham.
Politik kongsi, atau politik gangster, lebih kurang seperti negara juga, cuma bezanya ia tidak ada bersifat rasmi. Tak ada label sempadan kawasan atau sempadan yang ditentukan oleh badan berkanun, sebaliknya sempadan ditentukan menerusi perjanjian dengan kongsi yang lagi satu.
Lagi satu kita boleh lihat perniagaan di kawasan tersebut. Contohnya seperti Ali, yang menjalankan perniagaan tomyam dari modal Azham, jadi dia membina rangkaian perniagaannya dalam kawasan Gagak Merah.
Disebabkan sejak dia berkenalan dengan Hafiz, dia banyak kali ke Puncak Jaya, jadi dia perlu bertemu dengan ahli majlis di kawasan tersebut untuk menyogok ahli majlis di kawasan tersebut untuk membuka cawangan warung di kawasan tersebut.
Sebab warung ni bukan macam restoran yang bermodal besar.
Ali ke Majlis Perbandaran Puncak Jaya untuk bertemu dengan ahli majlis di kawasan itu.
Dia terkejut, ahli majlis itu tidak lain dan tidak bukan, sahabatnya sendiri, Azlan.
"Kau dah jadi ahli majlis ke, Alan?"
"Kau dah balik sini ke?"
Mereka berdua berpelukan, dah lama tidak jumpa.
"Tahun lepas aku pergi rumah kau, tapi kau tak ada."
"Aku balik rumah ibu aku tu sekali sekala je. Sekarang dah ada rumah sendiri dah."
"Jom, aku belanja kau."
--
"Sebenarnya, kau tak payah nak bagi duit kopi kat aku pun, Ali. Aku sekarang ketua kongsi Gagak Merah bahagian Puncak Jaya. Dulu kan Bang Iz jaga direct kawasan ni. Sekarang dia lantik aku jadi wakil dia kat sini," kata Azlan.
"Kau dah naik pangkat ke dalam geng? Power kau ni."
"Cuma aku tak tau macam mana nak uruskan kongsi ni sebenarnya. Masa Bang Iz lantik aku, aku terfikirkan kau untuk assist aku, tapi kau di Krung Thep. Aku tak tahu kau ada kat sini."
"Macam ni lah, Azlan. Kau cakap pada Bang Iz, yang kau lantik aku jadi assistant kau. Kerja kira duit, cari duit, semua kerja kau. Kerja gaduh, kerja buat kerja kotor, semua tu kau serahkan pada aku," kata Ali.
"Cantik. Aku tak tahu pulak kau ada kat sini."
"Aku kejap sini, kejap sana. Aku ada kat dua tempat."
"Ali, kau amacam sekarang?"
"Macam ni lah. Az bagi aku modal, untuk niaga tomyam. Ini untuk budak-budak kita yang dah tak ada kerja sejak Bang Iz berbaik dengan Rahizan. Politik ni pelik betul. Dulu sampai nak berbunuhan, sekarang boleh pulak berbaik-baik," kata Ali.
"Biasa la tu. Semua orang ada kepentingan sendiri."
--
Kenderaan yang membawa Leftenan Kolonel Abu Bakar sedang bergerak menuju ke Kem Lasigun. Ketika sedang melewati sebuah jambatan sungai, Leftenan Kolonel rasa tidak sedap hati.
Sekumpulan tentera pemberontak datang dan menghalang kenderaan tersebut dengan meruntuhkan batu yang menghadang jalan.
Kelihatan beberapa ahli pemberontak Lamas Liberation Front memegang senjata, mengetuk cermin kereta.
Leftenan Kolonel mengangkat tangannya. Tentera pemberontak memeriksa Leftenan Kolonel, dan mengeluarkan sepucuk pistol di poketnya.
Leftenan Kolonel kemudian diacukan senapang ke belakang kepalanya untuk berjalan ke kem pemberontak.
--
Mejar Omar kelam kabut bila dapat tahu yang Leftenan Kolonel Abu Bakar telah ditahan pemberontak dalam perjalanan ke sini.
Dia terus menghubungi Kementerian Pertahanan, dan menghubungi pegawai di Kementah tentang apa yang sedang berlaku.
Satu operasi menyelamat perlu diadakan untuk menyelamatkan Leftenan Kolonel Abu Bakar dan beberapa anggota tentera yang lain yang ditangkap oleh tentera pemberontak.
Berita tersebut sudah tiba di Seri Bendahara. Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi perlu menenangkan rakyat kerana media massa terutamanya televisyen sudahpun melaporkan kejadian tersebut.
Di ruang lobi Seri Bendahara, wartawan sudahpun mengerumuni beliau. Selepas bersedia dengan teks ucapan, Datuk Seri Azmi terus berjalan menuju ke bilik sidang media.
--
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, tuan-tuan dan puan-puan seluruh rakyat Gelanggayu.
Sebentar tadi, telah berlaku penculikan ke atas tiga anggota tentera kita, iaitu Leftenan Kolonel Abu Bakar Samsudin, bersama pemandunya, Koperal Safuan dan Koperal Muhammad berhampiran Kem Lasigun, di Ligunan, Wilayah Utara oleh pemberontak Lamas Liberation Front.
Saya ingin memaklumkan bahawa keadaan mereka setakat ini belum lagi diketahui, tetapi kita tidak akan sesekali menyerah kepada kumpulan pengganas.
Harapan kita agar mereka semua selamat, dan pihak kita akan memastikan para anggota kita terselamat dalam misi menyelamatkan tiga orang anggota kita yang terperangkap itu.
Marilah kita berdoa kepada Allah agar kita berjaya menyelamatkan mereka yang terkandas itu.
--
Dengan hanya lima perenggan dalam sidang media itu, Datuk Seri Azmi terus meninggalkan bilik media di Seri Bendahara, dan terus ke pejabat Kementerian Pertahanan di Bandar Tun Zairi Abu Bakar.
Di dalam kereta, dia capai telefon bimbitnya dan terus menelefon Jeneral Mohd Zaini, Panglima Angkatan Tentera Darat Gelanggayu.
"Jeneral, macam mana?"
"Kami akan melaksanakan Operasi Gempur Wira, dan sebentar lagi bila tuan tiba di Wisma Perwira, kami akan shortbrief tuan."
"Baik, saya akan tiba dalam masa setengah jam."
--
Azlan
Disebabkan perang dengan pemberontak Lamas ini, urusan untuk ke luar negara menjadi susah. Padahal nak ke Temasek dulu senang je. Ni nak kena check banyak beg, pemeriksaan dan macam-macam.
Aku nak ajak Ali, tapi Ali kata dia ke Krung Thep untuk uruskan perniagaan dia di sana.
Di Temasek, aku, Din dan Faiz menyewa hotel di Orchard Street. Lepas letak beg, dan check in di hotel, kami turun ke shopping mall yang bernama Funan Centre.
Faiz dan Din lapar, dia makan dulu. Aku nampak ada kedai kaset, jadi aku ke sana dulu untuk membeli kaset.
Ketika aku sedang sedap mendengar album terbaru Sonic Youth, tiba-tiba ada satu mamat rambut blonde terlanggar bahu aku.
"Sorry," kata mamat tu.
Aku toleh ke arah muka dia dan aku nampak Kurt Cobain sedang membelek CD.
"Kurt?"
"Sonic Youth fan?"
"I'm actually looking for The Pixies..."
Aku dah boleh baca fikiran dia. Dia ni memang suka band-band macam aku sebut tadi, jadi dia interested nak berbual dengan aku.
"Are you local here? Because we don't know where to eat."
"I'm not local but I used to hang out here."
"Aah. Where are you from?"
"Gelanggayu."
"Ah, I see."
Kurt dan Krist ikut aku sementara Dave pula nak tengok tarian singa sempena Tahun Baru Cina di River Hongbao. Jadi aku terus sahaja ke food court yang Faiz dan Din telah tunggu aku dari tadi.
Faiz dan Din tercengang bila aku datang dengan Kurt Cobain dan Krist Novoselic.
"Dia tanya aku mana nak makan. Aku bawak la dorang ke sini," kata aku dengan selamba.
--
Konsert Nirvana berlangsung dengan ramai orang berpusu-pusu dalam moshpit. Beberapa lagu dari album Nevermind, Bleach dan beberapa lagu dalam B-side ada dimainkan.
"Dive, dive, dive! Dive with meeeeeee! Dive with meeeeee!"
Lagu Dive dinyanyikan oleh Kurt sambil aku melompat untuk buat body slam. Aku rasa untuk seketika, aku dapat lupakan perasaan putus cinta dengan Natasha.
Selepas tamat konsert, ketika semua orang sedang berpusu-pusu nak balik, aku dengar suara Kurt panggil aku.
"Alan! Alan! Come here!"
--
Entah macam mana malam tu, Kurt ajak aku melepak di tepi hotel dia menginap.
Dia kata dengan aku yang sebenarnya dia cukup stress dengan undang-undang Temasek yang begitu strict. Nak hisap rokok pun susah, nak kunyah chewing gum kena saman.
"You should come to Wijayapura next time. The law is less strict than here. You can smoke, you can chew gum. But of course you can't take drugs. Well, you can do it privately there. I have friend who smuggling drugs."
"Cool..."
Kurt berbual dengan aku dalam masa setengah jam. Dia cakap pada aku, dia tak expect pun yang muzik dia boleh sampai half way around the world macam ni. Dia kata, sebelum ni dia cuma mat kutu rayau di Aberdeen, kemudian jadi homeless di Seattle. Dia tak sangka sekarang dia jadi popular dan kaya macam ni.
Kemudian dia luahkan satu kata-kata yang aku tak boleh lupa.
"I rather be hated for who I am, than be loved for who I'm not."
Kata-kata itu mencetuskan persoalan kepada aku, adakah diri aku yang sekarang ini adalah diri aku, atau diri yang dibentuk oleh Pengetua untuk agendanya?
Apapun, aku gembira sebab untuk seketika, ketika seluruh dunia melihat Kurt sebagai seorang rock star, aku diberi peluang oleh Kurt untuk jadi seorang yang mendengar luahan perasaannya.
Come as you are. As you were.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top