Lagu Kanak-Kanak

Pada suatu masa dahulu, semasa mereka masih kecil lagi...

Fang - ABANG! BANGUN!

Fang hempuk-hempuk muka abangnya dengan bantal. Dia tidak akan berhenti selagi abang dia tidak bangun dari tidurnya

Fang - ABANG! BANGUN! BANGUN!

Kaizo - PANG!

Kaizo terus pegang bantal itu. Riak wajah dia garang seperti harimau

Fang - Yea abang ku pulang dari kota, abang ku belikan kereta. Kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah

Kaizo - Apa yang kau merepek ni!

Fang - Takdelah, adik tak merepek.. adik cuma... kalau rasa gembira tepuk tangan, kalau rasa gembira tepuk tangan. Kalau rasa gembira, beginilah caranya, kalau rasa gembira tepuk tangan

Kaizo - Kau takde kerja ke? Pagi-pagi lagi sudah kacau aku

Fang - MESTILAH! Ibu yang suruh adik kejutkan abang! Ibu nak abang bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi, pakai baju, minum susu, salam ayah dan ibu, pergi sekolah jalan kaki

Kaizo - Dari tadi asyik nak merapu aje. Ingat kau tu comel macam penguin ke... kau tu LANDAK BUSUK!

Fang - UWAAAAAA! BERITAHU IBU, ABANG PANGGIL ADIK LANDAK BUSUK!

Kaizo - ERK! Janganlah menangis.. abang bergurau sahaja tadi. Adik bukan landak busuk tapi adik adalah landak wangi!

Fang - PENGUIN WANGI!

Kaizo - Yea yea, penguin wangi.. meh duduk dekat sebelah abang

Fang panjat katil abangnya dengan kaki pendek dia. Fang merangkak dan lalu duduk di sebelah abangnya

Kaizo - Adik nyanyilah lagu lain untuk abang pula

Fang - Hmm... adik ada satu lagu khas untuk abang... PAK ATAN ADA KUCING, NAMA DIA KAIZO! K.A.I.Z.O K.A.I.Z.O NAMA DIA KAIZO!

Kaizo - Apasal nama abang ada dekat dalam lagu tu?

Fang - Sebab kita ada anak kucing baru! ADIK NAMA DIA SEMPENA NAMA ABANG! YEAHHH! SEBAB ADIK SAYANG ABANG! Adik ada lagu untuk abang.. tapi adik perlukan kertas dan pencil

Kaizo - Kenapa pula?

Fang - Abang tengok ajelah nanti apa yang adik nak buat

Kaizo ambilkan kertas dan pencil untuk adiknya dan lalu dia berikan kedua barang itu kepada adik dia yang serba comel itu

Fang - Abang tengok ok... bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar, sayang ibu, sayang ayah, sayang semua, 6 kali, 6 kali, 36. 6 kali, 6 kali, anak bu- beruang. Comel tak?

Kaizo - Bolehlah tapi... apa yang cakap awal tadi? Anak apa tadi?

Fang - Anak beruang

Kaizo - Bukan, kau cuba cakap benda lain! Baik kau beritahu aku.. apa yang kau cuba katakan tadi

Fang - Err... adik lari dulu! ADIK CUMA NAK CAKAP ANAK BULAT SAHAJA! TAPI ABANG BUKAN BULAT MACAM TEDDY BEAR! ABANG IALAH TEDDY BEAR KEDING!

Kaizo - PANG! JANGAN NAK TIPU!

Fang - IBUUUUUUU! ABANG NAK GIGIT ADIK!

Kaizo - PANG! BILA MASA AKU NAK GIGIT KAU PULA! TAK GUNA PUNYA ADIK!

Berkejar-kejaran si adik beradik alien itu di sekeliling rumah... hehehe..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top