Duo Lily

Pada suatu hari, di rumah Fang dan Kaizo

Fang - Mana abang aku yang sengal yea

Lily - Wuuuuuuu... berani landak panggil abang kapten Kaizo yang serba hot tu sengal. Tahukah anda bahawa Kapten Kaizo lebih popular daripada adiknya yang serupa landak itu!

Fang - Senyaplah kau.. tapi... APASAL KAU MUNCUL TIBA-TIBA DEKAT SINI?

Lily - Hehehe.. Lily ada di sini sebab asyik watak adik beradik alien yang muncul. Jadi.. Lily sebagai orang yang sama popular seperti Kapten Kaizo, kenalah munculkan diri sekali sekala supaya tidak menghampakan para peminat Lily!

Fang - Bila masa kau ada peminat?

Lily - Semenjak kemunculan Lily di chapter PEMINAT BOBOIBOY! HAHAHAAA!

Ratu Lily - Eleh, jangan nak perasan.. AKU LEBIH POPULAR DARIPADA KAU! MUAHAHAHAHAHAAA! Semenjak watak aku telah dihapuskan di fanfic Selamatkan Aku.. ramai meminta cik author kita untuk munculkan watak aku semula! Dengan itu, permintaan mereka telah ditunaikan tetapi... KENAPA WATAK AKU ASYIK BERGADUH DENGAN WATAK TIRU NAMA AKU! OH TIDAKK!

Lily - Sebab Ratu Lily telah merampas MY BBB-CHAN DARI LILY!

Ratu Lily - Ehem! Bukan Lily ke yang telah merampas Boboiboy dari aku? AKU ADALAH RATU KEBAIKAN BUKAN KEJAHATAN!

Lily - Kebaikan konon...

Ratu Lily - Mestilah! Aku juga yang telah selamatkan nyawa Kapten Kaizo dan juga Puteri Lynna dari serangan Momoki. Aku gadaikan roh aku sendiri demi mereka berdua! Berbahagialah kamu berdua di sana

Fang - Wei, abang dan kakak aku masih hidup lagilah!

Lily - Landak jangan layan dia! Ratu Lily muncul di sini kerana hendak menawan hati Boboiboy ku! LILY TIDAK AKAN BIARKAN PERKARA ITU BERLAKU!

Ratu Lily - Aku muncul pun sebab kau ada dekat sini. Sudah sekian lama kita tidak bergaduh-gaduh manja. Main ketuk-ketuk kepala, main cakar-cakar, main hantu-hantu..

Lily - Betul betul! Lily sokong aje! Tapi main ketuk-ketuk tu.. selalunya Probe yang kena ketuk dengan spana gergasi

Ratu Lily - Betul tu! Kasihan dia

Fang - Wei! Ini bukan tempat aku dan abang aku untuk merapu ke.. yang korang sibuk dekat sini apasal? Bukalah cerita sendiri

Lily - Alahai si landak ni. Tahukah landak bahawa peminat-peminat duo Lily ni suka sangat tengok kita orang bergaduh sebab berebutkan Boboiboy. Tanpa pergaduhan kami berdua, cerita itu akan menjadi hambar. Tengok rating dekat Edisi Malam Minggu, meningkat naik kerana kami berdua

Fang - Perasan lebih

Ratu Lily - Betul tu Lily!.. mereka lebih minat kami bergaduh daripada tengok landak mengamuk tak tentu pasal.. tapikan Lily.. kalau adik beradik alien ni bergabung, popular mereka terus meloncat naik! Dia orang lebih sukakan watak adik beradik yang serba hot ni

Lily - Betul tu tapi... POPULARITY BOBOIBOY TIDAK DAPAT DITUMPASKAN OLEH MEREKA! MUAHAHAHAHAHAA!

Ratu Lily dan Lily - BOBOIBOY SELAMANYA!

Fang - Grrr... bila abang aku takde, korang pula yang muncul. Memang saja nak naikkan darah aku ni. Kenapalah Rizu tak munculkan diri tapi kalau dia muncul pun, nanti dia pergi berceloteh panjang. Naik mengantuk aku

Lily - Sabar landak sabar.. bagilah kami duo Lily bermesra-mesra dulu sebab Lily rindukan Ratu Lily!

Ratu Lily - Aku pun rindukan Lily juga.. sudah lama kita tak bergaduh, wahai kawan ku musuh ku yang serba awesome ni

Lily - Hahahaa! Baru nak mengaku yang Lily ni adalah LILY THE AWESOME!

Ratu Lily - Heheee.. kau memang sentiasa awesome tapi AKU RATU LILY, RATU YANG LEBIH AWESOME DARIPADA LILY! Dan Boboiboy tetap milik aku selamanya!

Lily - Mana ada! Tak mungkin Boboiboy akan jatuh hati dengan hantu.. heheheee.. berangan lebih!

Ratu Lily - Eleh.. entah-entah si Boboiboy takde hati dengan Lily yang pelik ni

Fang - Entah-entah si Boboiboy tu takde hati dekat korang berdua

Ratu Lily dan Lily - APA KAU CAKAP!

Kaizo - KEBISINGAN APAKAH INI? ORANG NAK TIDUR PUN TAK TENANG!

Fang dan duo Lily - ERK!

Fang - Muncul pun abang.. dia orang ni buat kecoh dekat rumah. Abang boleh halau dia orang dengan pedang kesayangan abang tu yea

Kaizo - Hmmm... boleh juga tapi.. DENGAN KAU SEKALI AKU HALAU KELUAR DARI RUMAH NI! SUDAH! PERGI CARI HADIAH UNTUK HARI JADI AKU YANG AKAN DATANG NANTI! CARI SAMPAI DAPAT!

Maka, dengan itu.. Fang, Ratu Lily dan juga Lily, telah dihumban keluar dari rumah oleh Kaizo sendiri. Terpaksalah mereka cari tempat lain untuk huru-harakan keadaan

Lily - Jom kita huru-harakan rumah BOBOIBOY!

Ratu Lily - JOM!

Fang hanya mampu menepuk dahinya sendiri tetapi dia pun turut sertai mereka berdua sebab nak tengok, apakah reaksi Boboiboy nanti

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top