Adik-beradik
Pada suatu hari di rumah adik-beradik alien yang suka bergaduh
Fang - Abang!
Kaizo - Kau nak apa Pang?
Fang - Abang..
Kaizo - Kau nak apa Pang? Aku tengah sibuk baca novel hantu ni
Fang - Abang..
Kaizo - Yea Pang, kau nak apa?
Fang - Abang!
Kaizo - KAU NAK APA? Nak kena hukuman latihan tempur ke?
Fang - Takdelah.. adik saje panggil abang.. bye abang! *Terus beredar dari situ sambil buat muka innocent*
Kaizo - ADA JUGA NAK KENA HUKUMAN LATIHAN TEMPUR NI!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya..
Fang - Abang!
Kaizo hanya melirik matanya ke arah adiknya dan lalu dia diam sahaja
Fang - Abang..
Kaizo masih lagi berdiam diri
Fang - ABANG!
Kaizo pura-pura tidak nampak adiknya
Fang - ABANG! ADIK PANGGIL NI!
Kaizo terus buka buku novel hantunya, dan lalu baca sambil hiraukan adiknya yang mula hendak mengamuk
Fang - ABANG! ABANG SAJA NAK KENAKAN ADIK KAN! GRRRR...
Fang terus beredar dari situ sambil mencari mangsa keamukannya
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya..
Kaizo - Pang!
Fang - Sedapnya donut ni!
Kaizo - PANG!
Fang - Lazatnya donut ni! Happy betul tekak dan perut aku dapat donut lobak merah
Kaizo - PANG! KAU DENGAR TAK NI?
Fang - Nasib baik aku beli banyak donut. Boleh makan puas-puas
Kaizo - PANG!
Fang - Indah betul hari ini dapat makan donut lobak merah!
Lalu Kaizo cincang-cincang kesemua donut lobak merah Fang. Si adik sudah beredar keluarkan dari dapur dan si abang pula, mengamuk sehingga mencincang kesemua barang dapur dengan menggunakan pedang tenaganya
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya..
Fang - ABANG!
Kaizo lalu menghubungi Lynna dengan menggunakan jam tangannya
Kaizo - Hah Lynna! Jom kita keluar hari ni
Fang - Abang! adik panggil ni!
Kaizo - Aku belanja kau makan cendol. Ok tak?
Lynna - Err.. aku ok aje tapi adik kau tu..
Kaizo - Dia? Si Pang tu mana ada dekat sini. Aku humban dia dekat laut
Lynna - Kaizo!
Fang - ABANG! ADIK ADA DEKAT SINI!
Kaizo - Aku jumpa kau dekat kedai Tok Aba ok.. jumpa dekat sana nanti
Lynna - Err.. ok
Kaizo terus keluar dari rumah. Lalu Fang mengamuk dan habis semua barang di dalam rumah itu, rosak. Keesokan harinya, Fang kenakan abang dia pula dan hari yang seterusnya, Kaizo pula kenakan adiknya. Jadi ianya berulang-ulang sampai Rizu pun naik pening melihat mereka berdua. Hehehe...
-------------------------------------------------------------------------------
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top