S2 - Bab 4💋

My Baby,
Your Daddy.



● ● ●


MOMMY! Ada buaya dalam kolam!jerit Rania buatkan Harley yang sedang mengelamun tersentak.

Bingkas Harley bangun menghampiri Rania yang sedang berenang dengan floating boardnya itu.

“Jangan pergi kawasan dalam sayang, bahaya!” ujar Harley seraya bercekak pinggang. Rania hanya tersengih- sengih saja.

Harley mengambil tempat ditepi kolam, kedua belah kakinya dimasukkan kedalam kolam.

“Mana daddy Tae Nia? Bukan daddy dengan Nia ke tadi-”

“Bwa!!” muncul tubuh Taehyung dari dalam air kolam tepat dihadapan Harley.

“Taehyung! Awak buat saya terkejut!”

“Ehe, fokus sangat dekat Rania sampai tak nak nampak saya berenang ke arah awak tadi?” soal Taehyung, dia berenang mendekati Harley sebelum menyembamkan wajahnya dipaha gadis itu.

“Mommy! Itulah buaya yang Rania cakap tu!” ujar Rania sambil ketawa bila Taehyung memercikkan air kolam pada Rania. Gadis kecil itu cuma ketawa saja.

“Jarangkan nampak saya seksi macam ni?” soal Taehyung tiba- tiba. Rambut hitamnya yang basah dia raup hingga menampakkan dahinya yang luas itu.

Sempat dia kenyitkan matanya pada Harley.

“Yalah, awak tu dekat pejabat je 24 jam. Susah sangat nak tinggal kerja. Kan elok kalau kita sekeluarga luangkan masa macam ni?” jawab Harley dengan bibir yang muncung.

“Alololo, sayang saya ni merajuk pulak dah. Okay, lepas ni, saya janji saya akan kurangkan waktu kerja saya dan luangkan waktu dengan baby kecil dan baby beshar Taehyung ni.” ucap Taehyung separuh memujuk sebelum pipi Harley dicubitnya perlahan.

“Sayang...”

“Em?”

Taehyung menjeda ayatnya sebelum melompat naik ketepi kolam dan duduk disamping Harley. Taehyung ketika itu hanya mengenakan boxer berwarna hitam saja.

“Kalau saya minta satu benda dekat sayang boleh tak?” soal Taehyung.

“Apa dia?”

“Saya nak second baby boleh?” pinta Taehyung tanpa berselindung lagi. Tapak tangan Taehyung mengusap lembut paha Harley.

Why? Rania tak cukup ke-”

“Bukan macam tu sayang, Rania tu-”

“Awak tak suka Rania?” potong Harley dengan dahi yang berkerut namun sepantas kilat Taehyung menggeleng petanda bukan itu maksud dia.

“Hey, dengar dulu apa yang saya nak cakp ni boleh tak sayang?” jari Taehyung menarik dagu Harley agar gadis itu menatap matanya.

“Kalau boleh, saya nak ada ramai anak. They're a list of name i've keep to give my kids name.” bisik Taehyung buatkan Harley sedikit tersentuh.

Matanya melirik pada Rania yang sedang bermain di hujung tangga kolam.

“Sayang risau Rania akan terabai?”

“Em...”

“Sayang, enam tahun Rania jadi anak saya. Takkan semudah tu saya akan abaikan dia?” bisik Taehyung lagi. Bibirnya melekap di pipi Harley.

“Saya dah banyak kali bagi awak green light, awak yang tak faham.” ucap Harley tak semena-mena buatkan bibir Taehyung tersungging senyuman nakal.

“Jadi sayang setujulah ni?”

“Demi suami saya ni, apapun boleh.” balas Harley. Pipi Taehyung dicubitnya geram.

“Maaf menganggu Tuan dan Puan. Cik Jasmine datang nak hantar fail syarikat.” ucap pembantu rumah sebelum menundukkan badannya.

“Suruh je dia masuk.”

“Kalau macam tu saya naik atas dululah, nak pakai baju. Nampak kawan awak si Jasmine tu badan saya. Awak juga yang cemburu.” usik Taehyung sebelum berlari naik ke tingkat atas.

Harley cuma menggeleng kecil. Haih, macam- macamlah.

“Harley!” sapa Jasmine seraya melambaikan tapak tangannya. Harley membalasnya dengan senyuman juga.

Punggung diangkat lalu mereka sama- sama melangkah duduk dibawah pondok kecil dibelakang rumah berhampiran dengan kolam renang tersebut.

“Maaflah ganggu kay hari minggu ni, aku cuma nak hantar laporan kewangan. Nak hantar isnin, suami kau tu nak hari ni juga. Haih, tak fahamlah.” keluh Jasmine buatkan Harley ketawa kecil.

“Dia nak buli kaulah tu.”

“Haih. Kau tak kat pejabat, orang lain balik pukul 4 petang. Aku pulak kena tunggu lagi sejam. Bukan sehari tau! Tapi berhari- hari!” adu Jasmine. Kembang kempis hidung dia mengadu pada isteri kepada bos dia itu.

“Sabarlah, kau tu kan PA dia. Takkanlah dia nak minta orang lain buat kerja kau pula?”

“Yalah! Yalah! Ha ni, macam mana dengan birthday party Rania? Aku dah tempah pembuat kek, tinggal kau decide design je. Semua hal aku dah settle. Flavour kacang pun aku dah blacklist.” ucap Jasmine.

“Nanti aku bincang dengan Taehyunglah.”

“Jasmine.” panggilan itu buatkan Jasmine dan Harley terdiam.

Submit laporan kewangan tu sekarang.” dingin saja nada suara Taehyung sebelum dia melangkah pergi dari kawasan tersebut.

Jasmine mengetap bibir, gerun.

“Kau tengok tu!”

“Pergilah, kang mengamuk lagi. Susah pula kau kat pejabat nanti.” ucap Harley. Jasmine mengangkat punggung sebelum mengikuti langkah kaki Taehyung masuk kedalam bilik kerja.

Harley cuma memerhati saja.

“Mommy!”

“Ya sayang?” jawab Harley lembut sambil tersenyum.

Auntie Jasmine sayang daddy ke?” soalan Rania buatkan Harley sedikit tersentak.

“Taklah, kenapa?”

“Rania lalu kat bilik kerja daddy tadi. Rania dengar... daddy cakap i love you too... bukan mama cakap kalau daddy cakap macam tu, petanda daddy sayang ke?” soal Rania dengan polosnya.

Harley cuma terdiam saja.

This could be wrong.

.

Jemput baca my new story:

Sinful Duty💋

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top