Bab 16


TIGA saat?
Sebelum dia tunduk dan mendengar cerita gadis-gadis 'gedik' yang sedang rancak bercerita di kelilingnya, bibir dah melebar dengan senyum yang manis, seperti sedikitpun tidak terusik dengan apa yang baru sudah dia lakukan terhadap Mawar.
Nafas Mawar rasa sedikit tersekat.
Ada apa dengan tempat ini dan penghuni-penghuninya?




"Macam mana, Red? Okey tak first chapter?" Mawar tunggu dengan penuh tanda tanya, duduk menempel di sebelah Red dekat meja kerja dia.

Red letak tablet milik Mawar atas meja, kemudian dia tenung muka adik dia dalam-dalam, dengan muka yang tidak beriak.

"Kenapa pandang aku macam tu? Okey ke tidak?"

"Dik."

"Apa?"

"Kau memang serius ke nak guna nama kau dengan Raid dalam cerita ni?" Red tak tahu nak rasa apa lepas baca draf bab pertama yang Mawar baru sudah karang.

"Yalah. Sedap apa? Mawar dengan Raid?"

Red urut pangkal hidungnya yang mula terasa nak berdenyut. Cermin mata dia tanggalkan kemudian letak atas meja. "Ikutlah Mawar... ikut." Bisik Red perlahan, hampir tidak kedengaran kalau tidak diberi perhatian.

"Cepatlah Red, okey ke tidak? Ada apa-apa aku nak kena tukar tak dengan plot tu?" Mawar masih lagi tidak sabar mahu dengar komen abangnya tentang bab pertama cerita mereka.

Disebabkan mereka mahu gaya penulisan yang selaras tidak bercampur aduk, maka Red dan Mawar sepakat membuat keputusan untuk membiarkan hanya salah seorang dari mereka yang menulis dan menaip keseluruhan cerita.

Supaya penceritaan akan jadi seragam.

Dalam dunia penulisan, ada banyak teknik dan gaya untuk menulis. Ada teknik bercerita dari sudut pandang orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga yang kebiasaannya adalah diceritakan dari sudut pandang penulis.

Red lebih selesa menulis dengan sudut pandang yang pertama, tetapi Mawar lebih selesa dengan sudut pandang ketiga.

Kalau ada lebih dari satu orang menulis serentak, nanti gaya penulisan akan jadi tidak seragam.

Hal itu akan menyukarkan pembaca untuk mendalami cerita, sebab gaya penceritaan sahaja dah buatkan mereka pening kepala.

"So far, okeylah. Kau dah introduce Raid tu awal-awal. So, dekat situ bila orang baca, orang dah boleh agak, Raid dengan Mawar tu main lead cerita ni."

Bibir Mawar dah mula tertampal dengan senyum. "Bahasa? Okey?"

"Bahasa kau tak ada masalah. Aku suka cara kau bercerita, tak guna ayat-ayat yang terlalu fancy. Bila orang baca pun, santai aje. Straight to the mind to process, aku suka."

Kembang kempis hidung Mawar bila kerjanya dipuji si abang yang merupakan idola dia.

"Erm, setting cerita ni? Kena tak? Logik tak?"

Red angguk. "Logik je, sebab kita tak rujuk mana-mana rumah anak yatim pun, kita yang buat gambaran rumah anak yatim ni. So, it is up to us to tell them what kind of 'rumah anak yatim' that we want they to picture in their head. Just make sure logiklah, jangan kau buat rumah anak yatim ni ada lif, ada kelab Aoran High School, tiba-tiba ada F4 lah, F7, aku luku kepala kau kejap lagi."

Mawar angguk-angguk dengar tips dari Red, tapi bila dengar ayat-ayat dekat hujung tu buatkan mata dia menjuling ke atas dengan sendiri.

"Kau ingat aku apa?"

Red mencebirkan bibirnya. "Manalah tahu... kau ni, bukan betul sangat. Ada pula kejap lagi tiba-tiba, ni rumah anak yatim elit, yang terdiri daripada anak-anak billionaire yang mak bapak mati, lepas tu kena duduk rumah anak yatim tu buat sementara waktu sampai umur 18, lepas tu keluar nanti mewarisi kekayaan 7 keturunan makan tak habis."

Kata Red dengan muka jengkel.

Tapi sebaliknya buat Mawar, luas mata dia terbuka. "Red!"

"Apa?"

Mawar tepuk-tepuk tangan dia. Lepas tu cepat-cepat dia rampas tablet miliknya dan ambil pen digital dia dari tangan Red kemudian dia tunduk, tekun menulis, mencatit entah apa-apa di skrin gajet canggih itu.

"Kau kenapa?"

Mawar angkat muka dia sekejap, lepas tu tayang senyum dekat si abang. "Aku nak idea kau tadi, setakat ni, tak pernah lagi aku jumpa orang tulis cerita pasal rumah anak yatim elit, selalu sekolah elit je banyak."

Kata Mawar kemudian dia sambung tulis di skrin, buat lakaran kasar sementara dia ingat.
Nanti kalau main simpan dalam kepala, Mawar lupa.

Red pandang adik dia penuh tak percaya, hampir nak melopong mulut dia jadinya. Dia sebut tadi setakat nak mengejek dan mempersendakan Mawar, eh...

"Seriuslah, Mawar?"

Mawar angguk sekilas. "Ya, aku nak idea kau ni. Kenapa? Kau nak tulis ke cerita tu? Tak payahlah, bagi aku. Kau cari idea lain, kau tak sesuai buat cerita-cerita macam ni, Red."

Muka Red? Rasa macam nak buat wajah paling menyampah, tapi tak boleh. Yang terlekat di muka dia ni dah terpaling 'menyampah' dia boleh buat.

"Ambillah Mawar, ambil!"

"Ya, aku ambil. Ni, akan jadi idea untuk buku aku yang ke lima lepas buku kita berdua ni."

Red tak tahu nak cakap apa dah, mudahnya dia mengeluh sahaja, berat. Suka hatilah...

Dia tongkat dagu dengan tangan tengok Mawar dari tepi. "So, lepas ni kau nak tulis apa? Mawar tu pusing-pusing satu RAYA?"

Mawar tengok abangnya bersama senyum yang nakal.

"Kalau cerita thriller, kau kena bina suspen dan elemen-elemen lain supaya bila sampai tengah, dia bercantum jadi satu plot kan?"

Red pandang siling bilik cuba nak cerna apa yang Mawar kata. Lima saat, baru dia angguk. "Ha... lebih kurang. Kena susun elok-elok plot supaya tak caca merba, the idea is to make the scattered part become one at the right time."

Mawar petik jari dia depan Raid.

"Tu masalah thriller, enjin lambat panas! Berpusing-pusing baru jumpa jalan cerita."

Mata Red jadi separa terbuka, bengang aje dia bila Mawar mengata genre dia tak ada tapis-tapisnya.

"Habis tu? Romance kau jadi apa? Terus jumpa?"

Mawar jongket kedua bahunya, penuh riak. "Cinta itu perlu terus dan lurus, barulah rasa yang lahir jadi telus."

"Dik."

"Apa?"

"Blah."

Mawar sengetkan bibir dia sambil mata terjuling ke atas. Patutlah single.

Tak apa, biar Mawar tunjuk cara bagaimana nak tulis cerita cinta dekat Red! Sifu dah bertukar.

***

Bab 2 : RM (Manuskrip)

MAWAR keluar dari bilik air sambil tepuk-tepuk perutnya yang dirasakan sedikit kembung.

Lama dia bertapa dalam tandas tadi, apa tidaknya, usus dia macam kena pulas-pulas, ditarik diramas semua rasa ada.

Entah apa benda yang dia makan tak kena sampai jadi macam ni. Mungkin ayam masak merah yang dimakan sebagai lauk makan malam tadi agak pedas untuk Mawar.

Mawar letak selipar tandas dekat depan muka pintu sebelum dia kesat kaki yang sedikit basah dekat kain alas kaki di atas lantai.

Baru Mawar keluar dari tandas, tapi sebaik dia nampak apa yang terhidang depan mata, terus mata dia buntang.

Surau dah kosong!

Melilau mata Mawar pandang sekeliling surau, sahih, tak ada orang. Tempat slat bahagian perempuan ini cuma ada dia sahaja. Mana semua orang pergi?

Dah balik ke?!

Lama sangat ke Mawar pergi buat pelaburan dekat tandas?! Sampai surau dah kosong ni?

Mawar pegang kain telekung yang tadi dia sidai dekat penyangkut dalam bilik air rapat ke dada, kemudian dia melangkah ke depan, mahu tilik bahagian lelaki, nak tengok jam.

Ada beberapa orang lelaki sedang duduk bersembang di sebalik tabir, Mawar pandang jam di dinding.

Sudah menginjak angka 9. Patutlah pun...

Orang dah habis solat, sekarang mereka semua sedang ambil makanan dekat dewan makan sebelum masing-masing masuk ke bilik asrama.

Mawar tarik tabir yang dia selak sedikit tadi dengan sangat berhati-hati. Baru Mawar nak gerak pergi pintu, tiba-tiba surau dah gelap buatkan dia terjerit kecil.

Mawar dah panik, meraba dia mencari sumber cahaya.

Sumpah gelap, sebab ruang solat bahagian perempuan ini tidak bertingkap. Kalau gelap, memang hitam sungguh.

"Ada orang ke?"

Mawar dengar suara seseorang bertanya dari sebelah sana.

"Ada, ada!"

Sekelip mata, gelap sudah berganti dengan terang. Mawar pegang dada dia, lega.

Tabir yang memisahkan ruang solat lelaki dan perempuan kini sudah terselak sedikit menyerlahkan sosok tinggi lampai seorang remaja lelaki yang manis berkain pelikat dan berbaju T leher bulat.

Ringkas, tapi tetap buatkan Mawar yang melihat ini terpegun.

Dia!

Lelaki yang sama yang pandang dia semacam ketika di dewan makan tadi petang!

Lelaki yang menjadi bualan tak sudah rakan-rakan sebiliknya.

Raid.

"Sorry, ingatkan semua dah keluar. Nak stay surau lagi ke?" Ramah si Raid itu bercakap dengan Mawar.

"Erm, tak, tak. Nak keluar dah ni." Mawar tunjuk pintu.

"Okey, keluarlah dulu baru saya tutup lampu."

Mawar deras-deras mencicit jalan pergi ke pintu. Sebelum daun pintu tertutup, dia sempat nampak yang Raid masih lagi berdiri di tempatnya tadi sambil pandang Mawar.

Macam ribut dia tutup pintu menahan debar.

Ish, lelaki ini kenapa? Pelik sangat ke rupa paras Mawar ni dekat mata dia? Sampai nak kena pandang dia segala.

Mawar sarungkan sebelah selipar ke kaki tanpa melihat, tapi bila dia nak sarung lagi sebelah, yang dia rasa cuma angin.

Mawar tunduk, kosong. Seliparnya cuma ada sebelah.

Lah...

Mana pula pergi lagi sebelah ni?!

Ligat dia cari, tak jumpa. Dalam longkang tak ada, tepi-tepi tong sampah pun tak ada, sampai dalam tong sampah Mawar cari, kot-kot lah selipar dia ni haus sangat nampak di mata orang lain sampai ingat tu selipar buruk dan buang, pun tak ada juga.

Habis mana?!

Mawar rasa nak mencarut je dekat situ, sudahlah nak balik ke kawasan asrama itu kena lalu atas jalan tar berbatu kasar!

Kena berkaki ayam di malam-malam hari macam ni, tidak kelakar ya.

"Aku ingat dekat sana je ada bunian rajin sorok-sorok selipar ni, dekat sini pun-"

"Kenapa tak balik lagi?"

Tak habis ayat Mawar, tiba-tiba suara seseorang menyapa Mawar dari belakang buatkan dia sedikit terlompat akibat terkejut.

Terkatup terus mulut Mawar tengok siapa yang berdiri di depan dia, siapa lagi kalau bukan... Raid.

"A.. apa?" Mawar tak tahu kenapa dia gagap, tapi dia dapat rasakan ada aura yang berbeza dengan lelaki ini yang buatkan Mawar sedikit gentar.

"Kenapa tak balik lagi?" Tenang Raid ulang soalan dia, tapi lihatlah mata itu, sikit pun tidak segan memanah terus ke mata Mawar.

Perfect eye contact.

Mawar pula yang jadi tak senang duduk.

Cepat-cepat dia tunduk pandang apa sahaja asalkan tidak bertemu mata dengan Raid.

"Erm, tak balik lagi sebab... sebab..." Mawar tiba-tiba jadi bodoh tak tahu nak sebut perkataan 'selipar'.

"Selipar sebelah hilang eh?"

Laju dia angguk. "Haah, ya. Hilang sebelah." Mawar angkat muka dia, senyum cuba dia ukir sebagai tanda berbahasa tapi tak tahulah seyumnya manis atau tawar.

Rasa macam tak bergula pun.

Raid anggukkan kepala, kemudian tanpa kata lelaki itu pusing ke belakang dan berlalu pergi tinggalkan Mawar terkontang-kanting di situ dengan sebelah kaki berkaki ayam.

Kelibat Raid dah hilang dari pandangan Mawar buatkan bibirnya terlopong membentuk 'O' yang sempurna.

Lah...

Dia pergi macam tu je? Macam tu aje?!

"Baik tak payah tanya!" Mawar menyumpah-nyumpah lelaki itu dalam hati. Sumpah dia bengang.
Beria tenung-tenung mata, ingatkan nak buat adengan macam dalam drama... sungguhlah, drama itu tetaplah drama, jauh sekali nak dekat dengan paksi realiti.

Mulut Mawar terkumat-kamit mengomel tak puas hati, dia dah buat keputusan, nekad untuk balik asrama dengan berkaki ayam.

Baru selangkah dia berjalan, Mawar dah nak menjerit sebab terasa sakit di telapak kaki. Ini batu ke kaca?!

Sumpah batu-batu atas jalan tar ni tajam!

Macam-macam bunyi keluar dari mulut dia sampailah Mawar berjaya tiba ke lantai simen koridor asrama.

Terduduk dia atas bangku di tepi dinding, sambil sapu-sapu kaki yang kotor bersalut pasir. Sihat Mawar malam ni jadinya.

Mawar tengok kakinya, kemudian dia pandang blok surau dengan mata yang mengecil.

Bibirnya diketap, geram.

Urgh, menyebalkan!







So korang rasa akyelrahim style thriller ke romance? Haha
jeng jeng jeng

THANK YOU FOR READING!

Ps: actually saya main tulis je pasal anak yatim elit tu, tapi kan after a while, rasa macam eh menarik?! Rasa tak apa saya rasa? Hahah

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: #akyelrahim