PART 10
Harith menarik Qayrisa dekat dengannya. Mulut Qayrisa ditekup menggunakan tangannya.
Qayrisa masih tersenyum manis. Lelaki bertubuh sasa dihadapannya tersenyum sinis, Harith menekan butang di dinding.
Tidak sampai tiga saat, rumah itu gelap gelita. Harith mencempung badan Qayrisa, di bawa gadis itu ke bilik bawah tanah.
Pintu bilik itu dikunci rapi, dan ia dilengkapi dengan sistem keselamatan yang hebat. Mujur Harith menjumpai bilik itu ketika mencari kotak elektrik.
Wajah Qayrisa yang pucat dan berpeluh sungguh merisaukan Harith.
"Are you okay Dalena? " bandana di kepalanya ditanggalkan dengan perlahan-lahan Harith mengelap peluh di wajah Qayrisa.
Bilik itu diterangi dengan cahaya lampu yang samar-samar.
"Fine, just tired." balasnya perlahan.
Aku dapat menangkap bunyi tapak kaki di atas atap bilik itu. Dan suara-suara lelaki itu juga, mungkin mereka sedang mencari aku dan Qayrisa.
Tangan aku mengusap perlahan kepalanya, badanku juga penat. Penat dengan segalanya, hari ini sahaja aku tidak dapat rehat lagi.
Aku perlukan tidur yang secukupnya sekarang.
Baru sahaja aku mahu bangun, Qayrisa menarik pergelangan tanganku.
"Stay here, and sleep at the sofa. You need rest Harith. Go sleep, i'm fine."
Aku tersenyum manis dan menuju ke sofa itu seusai sahaja aku membaca doa tidur bersama Qayrisa.
Baru sahaja aku menghenyak badan di sofa, dengkuran halus Qayrisa didengari.
Aku menyandarkan kepala di sofa, otakku ligat berfikir bagaimakah aku dan Qayrisa dapat keluar dari tempat durjana ini.
"Selamat malam jiwa."
****
Seusai sahaja subuh, aku menolak pintu di dalam bilik itu. Terdapat pintu kecil di situ, aku mencempung Qayrisa dan masuk ke dalam laluan itu.
Sewaktu aku mahu masuk, aku perlu tunduk sedikit. Mungkin kerana ketinggian ku yang terlebih. Qayrisa masih nyenyak tidur di dalam pelukan ku.
Jalan itu seperti terowong, dan pada kiri kanan jalan itu terdapat cahaya api dari lilin. Jadi tidaklah gelap.
Tiba di penghujung jalan, aku sudah sampai ke hutan kembali!
Alhamdulilah!
Aku memandang Qayrisa sekilas, wajahnya yang pucat amat menyakitkan jiwa ku.
Dengan pantas aku membawanya ke hilir sungai yang berdekatan. Aku membaringkan Qayrisa di tepi sungai itu, kemudian aku ambil air dan membersihkan luka di tangan nya.
Aku membasuh muka dan badanku. Kemudian, tubuh genit itu dicempung kembali.
Sedang aku berjalan, suara cikgu Hilman didengari. Aku lantas menjerit meminta pertolongan, tidak sampai seminit cikgu dan bantuan tiba.
Mereka mengambil Qayrisa dari ku, dan membantu aku untuk berjalan.
Tiba sahaja di tapak perkhemahan, aku menceritakan segalanya. Mereka terkejut dan ada juga cikgu perempuan ku menangis.
Pelajar diminta pulang ke sekolah kembali. Aku dan Qayrisa perlu pergi ke hospital. Ya untuk mendapatkan rawatan.
Sedang aku berjalan ke khemah, mataku kabur dan akhirnya semuanya gelap.
*****
"Pak!" Farhan menggosok laju lengannya.
"Daddy ni, Dalena okay jelah." aku memuncungkan bibir, tak habis-habis daddy memelukku dan mengucup pipiku.
Dah lah daddy tak mandi! habis air liur basi daddy melekat pada muka aku! Oh no!
"Mummy!" aku merengek manja.
"Awak ni, rimas anak kita nanti. Dengan tak mandi awak cium-cium Dalena ee." marah Qaira, matanya membulat melihat perangai suaminya.
"Eleh, sayang pun cium abang pagi tadi kan? tak ada masalah pun wek." Farhan menjeling tajam ke arah isterinya.
Aku ketawa, aku suka melihat daddy dan mummy bergurau. Aku mahu hubungan aku dan 'dia' begini. Amin!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top