Special Chapter🌻

Alhamdulillah, hidupku bersama suami yang tercinta amat bahagia. Hari-hariku diisi dengan rasa cinta yang dicurahkan oleh si dia. Jiwaku bersulamkan kasih sayang yang sangan tulus. Kehadiran si cilik Sulha Hanafi dan Syaza Hafani, lebih menyerikan kehidupan kami.

"Mummy? Mummy buat apa tu. " tanya si cilik yang setia memerhatikannya menulis dari tadi. Batrisyia hanya tersenyum manis sebelum dia mengangkat tubuh si abang dan diletakkan di atas pangkuannya.

"Mummy tengah tulis cerita tentang kita. "

"Tentang kita? Apa maksud mummy? " si abang mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Si adik yang sedang leka bermain dengan kucing tiba-tiba datang menghampiri mereka berdua.

"Maksud mummy, dalam buku ni ada kisah tentang perjalanan hidup daddy, mummy, Sulha dan Syaza! " Batrisyia memeluk erat kedua-dua anak kembarnya itu.

Hah!

Tangan sasa Irfan memeluk belakang mereka bertiga. Si adik menjerit terkejut.

"Ish, daddy ni. Terkejut kita. " Syaza menolak tangan Irfan yang mengcengkam bahunya dengan lembut. Dia menyilangkan tangan.

Batrisyia hanya tergelak melihat situasi itu. Ada-ada saja si Syaza ni.

"Sebenarnya, daddy ada hadiah untuk semua orang. " Irfan mula bergerak ke hadapan mereka.

Anak-anak kembar itu mula melompat-lompat dan menjerit keseronokan seperti kanak-kanak riang.

"Apa dia bang? " Batrisyia juga tertanya dengan 'hadiah' yang dimaksudkan.

"We're going to... Sydney! "

Oh, my! Sydney?! Salah dengar ke?!

Batrisyia membesarkan matanya. Dia segera berdiri memeluk sang suami.

Cup!

Sebuah ciuman menghinggap pipi Irfan.

"Eh, pipi saja? Ni? " Irfan menyuakan bibir seksinya. Batrisyia segera menolak bibir Irfan. Dia tersengih malu kerana sudah terlanjur.

"Mummy dengan daddy ni, kalau nak 'sweet sweet' pergilah masuk bilik! " serentak Sulha dan Syaza membebel. Mereka mula merajuk.

"Alah, baby mummy ni. Janganlah merajuk. Sini mummy bagi kiss juga! "

Cup! Cup!

Sulha dan Syaza segera memeluk Batrisyia. Sempat juga mereka berdua menjeling Irfan. Irfan hanya menggelengkan kepalanya sambil tersengih.

"Abang ada dapat bonus ke bulan ni? "

"Yup. Pengurus abang bagi kita satu family percutian ke sana. "

"Thank you abang! Sulha dan Syaza sangat gembira! Isya pun gembira juga! "

Irfan tersenyum.

"Hey kids, guess who gonna fly us to Sydney! " Irfan bermain teka-teki.

Kelihatan seperti mereka berdua sedang berfikir.

"Wait, daddy. Is it Superman? " si Sulha melontarkan jawapannya.

"Ei, salahlah abang. Syaza rasa... daddy yang akan bawa kita ke sana! Daddy kan our Superman! " Syaza mengenyitkan mata. Matanya persis Batrisyia. Cantik.

"Yeay, Syaza betul! Sulha pun betul! "

Mereka mula menyakat antara satu sama lain, rutin mereka setiap hari.

~~~

Tiba di Sydney

Batrisyia tergamam seketika. Matanya terpaku pada kecantikan negara itu!

Dia berjalan memeluk lengan Irfan sambil memimpin Sulha manakala Syaza pula dipimpin oleh Irfan.

Mereka menaiki kereta sewa yang telah ditempah. Perlahan-lahan, kereta itu meluncur di atas jalan raya.

Si kembar cilik terus melekapkan wajah mereka ke tingkap untuk melihat bandar Sydney yang cantik ini.

Sampai sahaja di hadapan The Fullerton Hotel Sydney, Irfan terus menguruskan bilik mereka.

Batrisyia membawa Syaza dan Sulha ke tempat mandi, memandangkan budak-budak ni terus menjadi liar setelah ternampak kolam mandi yang besar itu.

"Sulha, Syaza. Go to the restroom. Change the clothes first. " arahnya.

"Okay mummy! " serentak mereka menyahut.

Siap sahaja sesi penukaran baju, Sulha terus membuat terjunan kecil di dalam kolam kanak-kanak. Dia mula menyelam di dalam air.

Syaza kelihatan teragak-agak untuk meniru aksi Sulha tadi.

"Sulha. Boleh terjun ke ni? "

"Boleh! Syaza cubalah! " Sulha menjamin.

"Tapi Syaza takut! " Kalau kepala Syaza terhantuk macam mana?! " si adik mula paranoid.

Sulha naik ke permukaan darat. Dia menghulurkan tangannya ke arah Syaza.

Syaza memandang pelik.

"Kalau macam tu, kita buat sama-sama! " Syaza tersenyum. Dia menggenggam tangan si abang.

Splash!

Syaza mula menayangkan senyuman lebar. Akhirnya dia berjaya melompat! Dia mula bermain perang air dengan Sulha.

Batrisyia yang hanya memerhati dari tadi hanya tergelak melihat gelagat si kecil.

"Bat? "

Batrisyia menoleh.

"Mu...kh? " dia terus berdiri dari tempat rehat di bawah paying besar itu.

"Sayang... " kehadiran Irfan berjaya menyelamatkan situasi 'lemas' itu. Dia segera berlindung di belakang Irfan.

"Irfan. Hye, ni aku. "

"Eh, Mukhlis right? Wow, what a small world! Kau buat apa dekat sini? " Irfan cuba beramah mesra. Bahu Batrisyia digenggam erat. Dia cuba salurkan kekuatan emosinya pada isteri tercinta itu.

-

"Sulha, Syaza. Salam uncle ni. "

Mereka hanya patuh. Tangan milik Mukhlis dicapai.

"Uncle ni siapa mummy? " Sulha mula sangsi dengan senyuman yang Mukhlis berikan.

"Uncle ni kawan lama daddy dan mummy. "

"I'm happy to see you, with these cute kids. Semoga kalian sentiasa bahagia. " Mukhlis mencubit geram pipi tembam Sulha.

"Kau tu, bila lagi nak ada si pemuja hati? Aku teringin juga nak makan nasi minyak kau. " Irfan cuba berseloroh.

"Kau tahu kan. Hati aku masih ada pada Bat. " Mukhlis merenung ke arah Batrisyia.

Sesaat.

Dua saat.

Ehem!

Irfan mula berdehem.

Batrisyia segera menunduk. Dia cuba untuk mengentalkan hati rapuhnya.

Jangan nangis. Jangan nangis.

"Ya, aku tahulah. Aku akan cuba lupakan Bat. Tapi beri aku sedikit masa. " Mukhlis cuba mengukir senyuman perlahan-lahan.

"Wait, nanti kirimkan salam aku dekat Aina. Dah lama juga aku tak nampak dia. " sambungnya lagi.

Irfan dan Batrisyia hanya mengangguk.

~~~

Batrisyia berjalan masuk ke dalam bilik. Dia terus mengambil tempat di sofa ruang tamu bilik. Emosinya terganggu selepas melihat Mukhlis. Terbayang dia satu-satu tragedi yang berlaku dalam hidupnya 6 tahun yang lalu.

Irfan memerhatikan kelakuan isterinya itu. Dia meminta supaya Sulha dan Syaza masuk ke bilik mereka. Mereka hanya patuh.

"Mummy okay tak daddy? " sempat si adik berbisik. Irfan mengusap lembut rambut ikalnya. Dia mengangguk perlahan-lahan.

"Sayang... Are you okay? " Irfan mengambil tempat di sebelah Batrisyia sambil memeluk badan genit isterinya itu. Dagunya diletakkan di atas bahu Batrisyia.

"Isya cuma... Isya teringat balik tentang... "

"Shh... " Irfan meletakkan jari telunjuknya pada bibir Batrisyia.

"Jangan fikir-fikir lagi pasal dulu. " Irfan terus mencempung tubuh si isteri. Batrisyia hampir terjerit dengan tindakan luar jangkaan suaminya itu.

"Abang turunkan Isya! Malulah dengan anak-anak. " pinta Batrisyia. Dada Irfan ditolak. Makin ditolak, makin kuat Irfan memeluk tubuh Batrisyia.

"Tu sayang jangan risau, abang dah suruh dorang masuk bilik. " Irfan tersenyum nakal. Dia segera mengatur langkah masuk ke bilik mereka.

Batrisyia terpaku seketika. Matanya tertarik pada hiasan kelopak bunga ros membentuk simbol hati di atas katil mereka.

Dia memandang Irfan.

"Apa semua ni abang? "

Perlahan-lahan tubuh Batrisyia diletakkan di atas katil. Irfan berdiri di hadapan isterinya itu mula menggenggam tangannya

"Abang tahu, selama ni sayang susah payah, bekerja sambil tu jaga anak-anak, buat house chores, jaga abang. Abang ni selalu outstation, tak pernah ada masa dengan sayang. Jadi, sekarang ni abang nak luangkan masa puas-puas dengan sayang! "

Batrisyia menutup mulutnya. Mukanya mula bertukar merah. Sifat malu bertubi-tubi menghentak mukanya.

"And also, there's time I'm 'sick' , sayanglah yang tolong abang. Sayang dah banyak sacrifice untuk abang. Thank you sayang! "

Akhirnya mereka berdua berada di dalam pelukan. Tangan gatal Irfan segera menutup suis lampu. Serta merta bilik itu menjadi gelap gelita.

Bunyi tawa mengisi ruang bilik. Irfan segera menekan suis lampu yang memancarkan bintang-bintang cantik yang berkelipan di dalam bilik mereka.

♪ Maafkan aku tak mampu
Membohongi lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Selainmu
Jadi ratu hidupku

Maaf aku tak mampu
Menyakiti lagi diriku
Tiada yang lebih aku mahu
Hanya kamu
Jadi ratu hidupku ♪

Irfan mula bernyanyi spontan. Kini mereka berdua baring menghadap gugusan bintang itu.

Batrisyia memeluk erat badan Irfan.

Cantiknya bintang tu!

Bintang yang melambangkan, setia kasih Irfan terhadapnya.

"Kaulah bintang yang menyinari malamku, sayang. "

★♪°•♪°•♪°•♪°•♪°•♪°•♪°•♪°•♪°★

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top