BAB 62- MENGUMPUL DATA
"Ughh.. Cepatlah."
Terlihat Solar sedang cuba membaiki alat komunikasi manakala Halilintar menjaga dia di sisi, senyap dan tenang.
".. Bagaimana? Sudah dapat dibaiki?" Halilintar bersuara.
"Helo? Heloooo! Abang Ufan? Abang Ais? Ocho? Korang boleh dengar ke?" soal Solar menggunakan alat komunikasinya itu.
Solar mengeluh.
"Masih tidak elok, aku rasa kemalangan tu dah rosakkan alat komunkasi sepenuhnya. Nampaknya aku tak boleh hubungi sesiapa. Teruklah macam ni," sambung Solar.
".. Uh.. Bagaimana dengan kawan-kawan abang? Adakah abang dapat hubungi mereka?" soal Solar.
"Tidak dapat setakat ini. Abang kejar kau seorang diri selepas kau naik lori itu. Pasukan abang mesti masih berlawan dengan penyerang yang berada di luar portal." Halilintar membalas.
"Oh, okey. Uhhh.. Abang, boleh abang lepaskan tangan Solar? Solar nak lap peluh," kata Solar.
".. Tak nak," balas Halilintar.
"Huh?! Apa maksud abang tak nak?!" kata Solar tidak puas hati.
"Kau tahu tak yang aku perlu hadap sebelas motor, empat kereta dan lima askar untuk kejar kau?" balas Halilintar lagi.
".. Spesifik betul nombornya. Apa-apa pun, aku takkan dapat lari lagilah! Aku langsung tak ada data di dalam portal ini!" balas Solar pula.
"Kalau begitu, kita duduk di sini sahaja sehingga pasukan abang sampai. Pasti pasukan abang sedang mencari abang sekarang ini, kita perlu bertahan sampai mereka jumpa kita," kata Halilintar.
"Abang yakin ini cara yang bagus?" soal Solar.
"Maksud kau yang abang biarkan kita tersangkut sahaja di sini pada musim mengundi, tahu terdapat kes merbahaya di luar sana sementara pasukan abang berlawan dan abang duduk sahaja?.. Itu apa yang kau nak tanya dekat abang?... Tidak, abang tidak fikir cara ini yang sesuai tetapi kita tiada pilihan yang lain," balas Halilintar.
"Ah, aku dah agak yang abang tak suka duduk berdiam diri di sini. Jadi, apa kata abang dengar rancangan aku ini. Apa kata bekerjsama untuk keluar daripada sini? Aku tak nak berlagak tetapi aku adalah penggodam profesional. Aku yakin dengan kemampuan aku ini, kita dapat keluar dengan cepat tetapi tidak mungkin aku dapat lindungi diri aku ketika sibuk mencari jalan keluar. Jadi, aku ada kemampuan untuk menggodam dan abang ada kelebihan untuk melindungi aku. Apa kata kita keluar sama-sama, macam mana?" terang Solar.
"Tapi kau ada alat yang sesuai ke untuk keluar daripada sini?" soal Halilintar.
"Tidak tetapi melihat cara portal ini dibina, sepertinya ianya pernah dijejaki oleh orang. Mungkin kita dapat cari mana-mana pemancar yang berada di sini," balas Solar.
"Baiklah, kalau kau cakap begitu. Mari kita pergi," kata Halilintar.
"Okey tapi boleh abang lepaskan tangan aku? Aku betul-betul nak lap peluh," pinta Solar.
Tanpa berkata apa-apa, Halilintar melepaskan tangan Solar. Solar mengelap peluh di wajahnya sendiri dan senyap-senyap menghela keluhan sebelum dia mengorak langkahnya.
"Portal Phantom adalah seperti maze, kalau kita mampu mencari jalan yang betul. Kita pasti dapat mencari setiap pemancar yang ada di kawasan ini, jadi kita boleh dapat klu untuk mencari jalan keluar dengan mudah." Solar bersuara.
"Baiklah. Abang faham," balas Halilintar.
Solar dan Halilintar mula berjalan di dalam portal tersebut, mencari pemancar yang diletakkan di dalam portal.
"Oh! Ada satu di sana!" Solar menunding ke arah satu pemancar.
"Baiklah, mari kita ke sana." Halilintar terus menuju ke pemancar tersebut dan diikuti oleh Solar.
Setibanya di sana, Solar memeriksa pemancar tersebut sebelum menyentuhnya.
"Oh, pemancar satu ini nampaknya masih elok! Abang, boleh ke aku pinjam telefon kau?" soal Solar.
"Hm? Nah." Halilintar menghulurkan telefonnya kepada Solar.
"Ini akan mengambil masa yang lama," kata Solar sambil menyambungkan telefon Halilintar pada pemancar.
"Jangan risau, ambil masa kau. Abang akan jaga," ucap Halilintar.
Solar menganggukkan kepalanya lalu dia mula melakukan kerjanya, keadaan menjadi sunyi kerana Solar terlalu fokus dengan kerjanya sehinggalah satu bunyi menarik perhatiannya.
KTAK! KTAK! KTAK!
Solar menoleh ke arah objek yang menghasilkan bunyi tersebut, ternyata ianya adalah daripada pedang milik Halilintar yang tergantung di pinggang Halilintar. Pedang tersebut seperti bergerak. Solar memandang ke arah abangnya itu, kelihatan Halilintar masih menunjukkan wajahnya yang dingin tetapi tangannya memegang erat pada pedangnya yang bergerak itu. Solar ingin menanyakan keadaan pedang abangnya itu tetapi dia kembali melakukan kerjanya.
BEEP!
"Ah, okey! Sudah selesai," kata Solar sambil berdiri.
"Agh?! Aduh, aduh!" Solar merintih kesakitan.
"Hm? Kau tak apa-apa?" soal Halilintar.
"Y.. ya. Badan aku rasa lenguh sikit, mungkin sebab jatuh tadi. Lagipun aku tak biasa masuk ke dalam portal secara fizikal," balas Solar.
".. Okey. Kau nak rehat sekejap ke?" soal Halilintar lagi.
"Ah, tak apa-apa. Nanti rasa lenguh ni akan hilang juga. Oh ya, kenapa pedang abang asyik bergegar dan buat bunyi pelik? Adakah semuanya okey?" soal Solar pula.
"... Ianya tak apa-apa, kau tak perlu risau. Fokus pada kerja kau, abang akan lindungi kau." Halilintar membalas.
"... Oh, okey. Mari kita pergi," kata Solar lalu mereka berdua kembalu mengorak langkah.
Solar memeriksa data yang ada pada telefon milik Halilintar.
"Bagus, kita sudah dapat data untuk portal ini tapi ini masih tidak cukup untuk mencari jalan keluar. Kita perlu cari banyak data lagi tapi sesuatu rasa tidak kena? Kenapa Solar rasa macam tenaga phantom di sini semakin kuat?" kata Solar.
"... Apa yang kau dapat rasakan mungkin betul, Solar." Halilintar membalas.
"Huh? Abang dapat rasakannya juga ke?" soal Solar tetapi Halilintar sekadar mendiamkan dirinya.
"... Oh! Ada mekanism di sana! Mungkin itu boleh bukakan pagar di sana, biar aku bukakan." Solar terus menuju ke arah mekanism tersebut dan terus membuka pagar tersebut.
"Ada phantom di hadapan, biar abang uruskan." Halilintar terus menghapuskan phantom-phantom yang berada di sebalik pagar tersebut.
"Hmph, show off." Solar mencebikkan bibirnya.
"Tiada lagi mana-mana phantom di sini, mari kita pergi," kata Halilintar.
"Oh, okey." Solar kembali berjalan dengan Halilintar sehinggalah mereka tiba di pemancar yang kedua.
Solar memeriksa pemancar tersebut.
"Huh. Pemancar ini mengawal menara pengekstrakan tenaga phantom, aku akan cuba menggodamnya tapi.. tenaga phantom yang tersimpan bakal terkeluar daripada menara itu dan pasti akan menarik perhatian phantom," kata Solar.
"Itu kau tak perlu risau, abang boleh uruskan." Halilintar membalas.
"Okey. Sementara abang uruskan phantom, aku akan cuba akses untuk mengawal menara itu... Abang yakin yang pedang abang okey sahaja? Kalau abang nak, mungkin aku boleh tengok elektrik komponen pada pedang tu," kata Solar.
"... Jangan risau, ini normal sahaja. Fokus dengan kerja kau." Halilintar terus mengalihkan pandangan Solar ke arah pemancar.
Solar semakin pelik dengan perangai abangnya, seperti Halilintar menyembunyikan sesuatu tetapi Solar tidak mahu menanyakan lebih lagi sebab dia tahu abangnya yang satu itu amat keras kepala. Dia kembali melakukan kerjanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top