CM 4

*siapa rindu Ken?



"Imra' nak baju yang mana?"Ken bercekak pinggang memerhatikan baju-baju yang bergantung di dalam butik ini.

"Tak tahu..."Imra' menggeleng kepala.Dia pun pening nak pilih baju mana satu.

"Alah,jangan lah tak tahu.Kalau Imra' tak tahu Abang Ken lagi tak tahu."Ken duduk di sebelah Imra' menongkat dagu memandang baju-baju.

"Imra' tak kisah.Abang Ken pilih je mana-mana."Imra' letakkan tangan di atas riba.

"Betul tak kisah?"Ken tunduk sedikit supaya dapat melihat Imra'.

"Iya.."

"Okay then!"Ken terus bangun dan pergi ke sepasang gaun merah jambu lembut yang tak berapa nak kembang dan tak berapa nak kuncup,tapi sedang-sedang sahaja.Cantik.

"Yang ni okay?"Ken tayang depan Imra'.

"Okay!"Imra' angkat ibu jari dia tanda dia suka.

"That's look okay to me.This one."Ken serahkan gaun tadi pada sale assistant yang berada di situ.Dia dapatkan Imra' lantas tubuh kecil itu didukungnya.

Satu ciuman singgah di pipi Imra'.

"Imra' mesti nampak cantik malam ni."

"Abang Ken mesti nampak handsome malam ni."Imra' balas balik apa yang Ken buat,pipi Ken menjadi sasaran bibir comel itu.

"Mestilah,kita kan hot couple."

Imra' sengih suka.

.....

"Ibu...malas lah.Fifi nak tidur!"Wafi merengek kecil sambil menekupkan bantal ke mukanya.

"Bangunlah Fifi,sampai bila nak tidurnya awak ni?"Juma cuba tarik selimut yang membaluti tubuh Wafi,nak bagi anak dara sorang ni bangun.

"Bukan selalu dapat tidur,dah dua bulan dah Fifi tak dapat cuti..."Wafi cakap di sebalik bantal.

"Sebab bukan selalu lah ibu suruh awak bangun ni.Asal cuti tidur,cuti je tidur,cuba buat benda lain kalau cuti tu."Juma capai remote aircond dan naikkan suhu.Biar,kalau panas nanti tahu lah dia bangun.

"Tak nak!Fifi nak tidur,penat,semalam satu hari Fifi tak rehat tau kena masuk unit trauma.Bagi la Fifi tidur."Wafi cakap dalam separa sedar.

"Masalahnya dari pukul 12 malam tadi awak balik awak tidur,sekarang dah pukul empat tahu tak?Tak cukup lagi ke tidurnya?Itu bukan mengantuk dah tu,tak puas-puas tidur.Jangan dilayankan sangat mata tu Fifi,lagi penat badan.Dengan tak mandi nya,tahulah period pun,tapi bangunlah mandi,tukar baju."

Panjang lebar Juma membebel,tapi serupa je.Tak makan saman,sikit pun Wafi tak berkutik.

"Ibu tak kira,lagi lima minit tak bangun,ibu panggil ayah je kejut awak.Biar padan muka kena dengan ayah."Juma bangun dari duduknya di atas katil.Menggeleng dia bila Wafi sikit pun tak bergerak.

"Tak apalah..tak nak bangun.Ayah...ayah!"Juma melaung kuat memanggil suaminya.

"Yelah,yelah Fifi bangun.Tak payahlah panggil ayah."Wafi tolek ke tepi segala bantal yang tadinya menjadi bantal peluk dia.Selimut juga.

Tuala dicapai dan dia segera masuk ke dalam bilik air.

Kalau ayah dah masuk nanti,sah-sah sakit telinga Wafi.Kalau nak banding ayah dengan ibu,mulut ayah lagi laser,lagi bisa.Wafi rasa ayah dengan ibu ni bertukar roh tau tak,selalu mak-mak yang banyak cakap,tak,ayah lagi banyak cakap dari ibu.

Kalau dah bercakap pulak,mana tahu berhenti.Mulalah nanti keluar segala hadis,keluar segala cermah dia.Padahal salah Wafi sikit je selalu tu,macam nilah,tak bangun tidur.

Wafi campak tuala dalam singki,lalu masuk ke dalam bath tab yang kering,baru je dia nak sandarkan kepala,Wafi dengar Juma melaung dari luar.

"Cepat sikit Fifi,jangan tidur dalam tab!!"

Urgh!

.....

"Dah bangun dah Fifi?"Zamir menyoal ketika terlihat kelibat Juma turun dari tangga.

"Bangun tu dah,dah masuk bilik air,tapi dekat dalam tu ibu tak tahulah pulak,kot dia tidur pulak dalam tab kan."Juma ambil tempat di atas kerusi bersebelahan dengan Zamir.

"Masya-allah..dalam bilik air pun boleh tidur."Mengeluh Zamir yang mendengar.

"Macamlah ayah tak tahu perangai si Fifi tu bila setiap kali cuti macam mana."Remote TV dicapai.

"Ayah nak tengok tak TV?Kalau tak nak ibu nak tukar channel ni."

"Tukar je lah.Ayah nak baca buku."Zamir angkat sedikit buku yang bertajuk Fatwa Kontemporari yang dikarang oleh Syeikh Yusuf Al Khardawi.

Terus Juma tukar siaran ke 392,NAK TENGOK Return of Superman,baby-baby comel selebriti Korea.

Mereka diam menghayati hiburan masing-masing.

"Ibu dah bagi tahu ke Fifi pasal malam ni?"Tanya Zamir tiba-tiba.

"Malam ni?Belum,ayah tak bagi tahu dia ke?"Juma jeling Zamir sekilas.

"Ayah ingat ibu dah cerita."Zamir tutup buku dan diletak tepi.

"Mana nak cerita nya,dia balik bila?Pukul 12 malam,orang dah tidur,keluar awal pagi.Ayah yang jumpa dia selalu takkan tak cerita?"

Zamir menggeleng. "Lupa,manalah nak ingat.Jumpa pun bukan ada masa nak sembang,tahu-tahu kena check patients,jumpa dalam OR."

Juma mula risau.Kalau Zamir tak cerita dia pun tak cerita,habislah...mengamuk pulak anak kesayangan mereka ni nanti.

"Tak payah risau sangat.Buat biasa je.Bawak je Fifi malam ni."Zamir cuba tenangkan Juma.

"Kalau Fifi mengamuk macm mana?"

"Dia nak mengamuk buat apa?Bukan kita suruh dia kawin,orang suruh jumpa je.Over la tu kalau nak mengamuk."Zamir sengih sahaja dengan reaksi Juma.Ni siapa yang anak siapa yang mak ni?

"Ye ke?"

"Kalau dia berani mengamuk biar ayah kena kan dia dekat hospital.Puas hati?"

Juma gelak kecil.Pun boleh...siapa suruh kerja satu hospital dengan ayah,ye tak?

...

"Ibu,kita nak pergi rumah siapa ni?"Wafi jenuh dah menyoal daripada mereka mula-mula masuk dala kereta lagi dah.

Juma pandang Zamir,Zamir pandang Juma.Lepas tu dua-dua pandang lurus ke depan.

"Ibu dengan ayah nak bawak Fifi pergi mana......"Wafi merengek-rengek di kerusi belakang.

"Ish,kan orang dah kata,rumah kawan ayah.Dia ajak makan malam."Zamir akhirnya bersuara,rimas dia nak memandu bila Wafi tak habis-habis merengek dari tadi.

"Dah tu yang ajak Fifi kenapa?Pergi jelah ibu dengan ayah berdua.Kan dah membazir cuti Fifi."Wafi merungut.

"Apa yang membazir?Duduk rumah kerjanya membuta,membuta,membuta.Tak adalah kerja lain.Cuti je tidur.Tidur je cuti.Cubalah keluar ke,bersosial sikit.Ni kalau tanya siapa duduk sebelah rumah pun tak kenal agaknya."Zamir mula membebel.

"Kenal lah,kan Acik Mida duduk sebelah tu."

"Banyaklah Acik Mida awak,Acik Mida tu berzaman dah pindah balik kampong dia dekat Perak.Rumah sebelah tu setahun lebih Mamat dengan isteri dia duduk.See?Punyalah tak ada life awak ni."Sedas Zamir bagi.

"Doktor mana je ada life..."Wafi menggumam perlahan tapi masih mampu didengari oleh Zamir.

"Tulah dia alasan.Doktor tak ada life,doktor tak ada life.Siapa yang buat hidup tak ada life?Awak ke doktor?Alasan tak logic langsung!Ayah ni bukan doktor?Ayah pun taka da life lah gitu?Dah nak ada life macam mana bila setiap kali cuti buat taik mata.Cubalah kalau cuti tu keluar,tengok dunia,tengok pokok,turun tanah,pergi kenduri,barulah ada life.Dah awak cuti pun sepanjang masa atas katil,life apa benda?"

Amik kau!

Wafi julingkan mata ke atas.Panas je telinga dia dengar Zamir membebel.

"Ayah...."Wafi merengek.

"Ha kenapa?Sakit telinga?"

"Hurm..."Monyok muka Wafi.

"Cakap sikit buat muka,cakap sikit buat muka."

"Baik ayah,saya senyum ye."Wafi tayang senyum penuh plastic bila Zamir menjenguk dia melalui cermin pandang belakang.

"Kita dah sampai ke ni?"Tanya Wafi bila kereta berhenti di hadapan sebuah pintu pagar tinggi menunggu untuk dibuka.

"Dah."

"Besarnya rumah dia ayah...mesti kaya kan kawan ayah ni?"Wafi melilaukan matanya bila kereta mula memasuki perkarangan rumah yang sangat besar.Dari pintu pagar ke rumah pun dah jauh..uisy,kaya gila ni!

"Entah,tak pernah pulak dia upah ayah kira harta dia."

Juma gelak kecil dengan jawapan sarkastik Zamir.Wafi muncungkan bibir.Bencilah ayah ni!

"Ha cepat turun."Lambat-lambat Wafi turun juga dari kereta.Malam ini dia simple sahaja berabaya hitam yang dikenakan dengan tudung maroon yang juga simple,cuma diselimpang kiri dan kanan.Tak kuasalah nak cantik-cantik.

Buatnya cantik-cantik dapat emergency call kena pergi hospital.Walah!

Turun je mereka bertiga dari kereta,mereka didekati oleh sepasang suami isteri yang Wafi rasa agak sebaya dengan ibu dan ayahnya.Tapi Wafi macam pernah nampak lah dua manusia depan dia ni.Tapi dekat mana ye?

"Inilah anak dara aku,Fifi.Fifi,ni kawan ayah, Cik Man,yang t isteri Cik Man,Cik Nora."Wafi senyum je dekat lelaki yang digelar Cik Man dan Cik Nora itu.

"Besar dah Fifi,dulu jumpa waktu kecik montel.Betul la kan Juma Fifi yang montel tu kan?"

"Iya Nora,mana ada siapa lagi dah yang montel,dia sorang je yang terlebih sihat.Abang-abang dia semuanya cekeding je."

Cis ibu ni,sempat lagi kutuk aku.Wafi cakap dalam hati.

"Eh,jemputlah masuk.Sembang dekat luar pulak kita."Mereka semua beransur masuk.

"Ibu,ibu..."Wafi bisik perlahan di telinga Juma.

"Ha kenapa?"

"Kita nak buat apa?Makan je ke?"

Juma semnyum penuh makna.

"Aah,makan je.Sambil tu ayah menyembang.Ni kawan ayah masa belajar dekat Ireland dulu."

Oooo,baru Wafi tahu.

Masuk sahaja dalam rumah,Wafi dah terpegun tengok chandelier dia yang gah tergantuk dekat tengah-tengah rumah.Pergh!Wafi bet mesti harga dia cecah puluh ribu.

"Duduk lah dulu.Kejap saya tengok belakang meja dah siap ke belum."Cik Nora tinggalkan mereka berempat di ruang tamu dan kemudian menghilang di sebalik dinding.

Wafi pandang dinding rumah,banyak jugak gambar tergantung.Tapi disebabkan dia rabun dan tak pakai cermin mata,dia tak berapa nampak.

"Cik Man,boleh saya nak tengok gambar?"

Pap!

Zamir cepuk peha Wafi.

"Sakitlah ayah!"Wafi gosok peha dia yang sengal.

"Duduk jelah diam-diam."Kata Zamir sambil mengetap gigi.

"Apa kau pukul si Fifi tu Mir,pergi jelah tengok.Kalau nak tengok dalam album pun boleh,tu ada dekat almari tepi meja tu."

Wafi jelirkan lidah pada Zamir sebelum bangun. "Terima kasih Cik Man.Saya nak tengok gambar dekat dinding je."

Wafi tinggalkan Zamir dengan Juma bersembang dengan Cik Man.

Dia pergi ke dinding sebelah kiri,tergantung gambar-gambar keluarga.Banyak gambar kanak-kanak.

Ada sekeping gambar remaja lelaki Wafi rasa,kepalanya botak.Pipinya cengkung tapi masih tersenyum dan wayar berselirat di tepi,macam dekat hospital.Ada lagi sekeping gambar,kali ini dua orang remaja lelaki,juga sama,dua-dua berkepala botak sambil tersenyum membentuk 'peace'.

Tapi yang sorang ni Wafi macam familiar lah..

Wafi jalan lagi.

Sekeping gambar keluarga besar.Lama Wafi amati gambar itu satu persatu wajah di dalamnya.

"Hari keluarga Idris...."Wafi baca pada tajuk gambar itu.

"Idris?"Wafi berfikir.Macam pernah dengar.....

Shit!

Wafi membutang mata.Nak pulak bila nampak gambar di sebelah kiri gambar hari keluarga tu.

"Doktor Wafi!!!"Wafi dengar namanya diseru.

Dia toleh ke kiri,ada Imra' yang comel tersenyum dalam gaun merah jambu.Di belakang Imra' pula...ada Ken!

Apa semua ni?

........

Ken nampak Wafi yang terkejut beruk melihat mereka berdua.

"Doktor Wafi buat apa dekat sini?"Imra' dah terlebih dulu pergi dekat Wafi tanpa dapat Ken tahan.

"Er,aaa...Doktor,doktor...Imra' buat apa dekat sini?"Wafi gagap-gagap bercakap.Mata dia berselang-seli memandang Ken dan Imra'.

"Ini rumah Abah dengan mama.Imra' tinggal sini."Lebar sahaja Imra' hadiahkan senyum pada Wafi.

"Ha?"

"Hi Wafi."Ken menyapa.Dia sembunyi senyum melihat Wafi yang gelabah.

"Ha,ha,hi Ke,Ken."Wafi menyeringai bila dia gagap.

"Relax.Saya tak makan orang."Ken cuba bergurau.

"Cik Man dengan Cik Nora tu parents awak?"

Ken angguk.

"Ha,turun dah Edry dengan Imra'.Dah kenal ke korang ni?"Cik Nora muncul di celah mereka entah dari mana.

"Dah mama.Imra' pun kenal Wafi."Jawab Ken.

"Baguslah.Meh makan jom,lepas makan sembang lagi.Jom sayang.Lapar tak Imra'?"

"Lapar..."Imra' jawab meleret sambil pegang perut.

"Jom makan."Cik Nora pimpin Imra' dan menghilang meninggalkan Ken dan Wafi berdua.

"Jom makan Wafi?"

"Er,erm..aaaa,okay."

Ken tahan senyum.

"Jom lah."Ken ajak sekali lagi bila mereka berdua masih tak berganjak.

"Awak lead lah.Saya mana tahu jalan."

Ken garu belakang kepala.Oh iya jugak.

Dia pun berjalan sedikit hadapan daripada Wafi.

Wafi di belakang,buat muka tak percaya.Is this real?Am I in the reality?Wafi ketap bibir,menghalang dia daripada tergelak.Seronok gila!

Ken di hadapan,tak usah cakap lah.Memang lama dah bibir dia melebar,dari tadi lagi dah tahan senyum.

Kalau dah jodoh...

....

"So..."Wafi tak tahu nak cakap apa.

"Uh-huh?"

"I don't know what to say,still freaking out ni."Jujur dari Wafi.

"Owh,hahahaha."Ken gelak,terhibur.Comel lah Wafi ni.

"Jangan lah gelak.Saya cakap betul saya tak habis lagi terkejut jumpa awak dekat sini."

Ken tekup mulut dia.Ketawa dah hilang,tapi senyum masih bersisa. "Awak ingat awak sorang?Saya lagi terkejut turun tangga tengok awak tengah berdiri tengok gambar."

"Mana saya tahu ni rumah awak."Wafi cebirkan bibir.

"Awak rasa kenapa diorang bawak awak datang sini?"Ketika ini mereka berdua sedang santai duduk di halaman rumah,lebih tepat di gazebo,sedikit jauh dari ibu dan bapa mereka.Tapi tak adalah berdua-duaan sangat sebab nampak sangat apa yang mak dengan ayah diorang borakkan.

"Entah,ayah kata Cik Man ajak dinner.Saya ikut je."Yelah tu Wafi,bukan kau ke yang beriya-iya tak nak ikut tadi..

'Itu tadi...sekarang,tak payah ayah ajak,aku sendiri rela nak ikut.'Bisik hati Wafi nakal.

"Yeke?"Ken jongket kening.

"Iyalah,dah tu apa lagi?"

"Tak rasa ke diorang cuba buat sesuatu?"

"Sesuatu...?"Kepala Wafi sedikit terteleng mengikut lenggok suaranya.

"Hurm,sesuatu."Ken angguk dengan senyum.

"Maksud awak diorang cuba kenenkan kita?"Tak bertapis dah Wafi menyoal.

Tawa terlepas juga dari mulut Ken.Alahai,comel nya Wafi!

"Apasal gelak?"

"Betul lah tu.Sebenarnya mama dah tunjuk dah gambar awak dekat saya,tapi saya tak perasan lah pulak tu awak sebab dalam tu awak pakai spec and tudung awak...kinda..."Ken macam takut-takut nak cakap.

"Kinda what?"

"Messy?"

Wafi berfikir kejap.Tudung dia serabai?Gambar mana ni?

"Boleh saya tengok gambar tu?"

Ken keluarkan telefon dari dalam pket seluar.Dia cari-cari dalam gallery,bila jumpa dia hulurkan telefon pada Wafi.

"Holy shit!"Terus Wafi tolak telefon Ken jauh-jauh.Dia hentak-hentak kaki ke lantai.

Ken yang melihat mengekek gelak.Gambar yang dalam telefon dia tu gambar Wafi berkaca mata,dengan tudung putih yang agak tak betul,comel tersenyum tapi ada braces,sumpah nerd!

Sebab tu tadi waktu nampak Wafi Ken terkejut.Lebih kepada tak percaya muka dalam gambar tu dengan reality orang yang sama atau berbeza.

"Tunggu lah balik ni,saya nak marah ayah.Jahat betul,apa dia bagi gambar buruk waktu lepas SPM?"

"La lepas SPM ke ni?"

"Ha la!"Memang masam habis muka Wafi.Buruk weh,sumpah buruk.Cuba bayang korang punya gambar IC bagi orang tengok.Malu kan?Ini berkali ganda malu sebab gambar tu memang serebeh habis muka Wafi.

Gambar tu ayah ambil bila Wafi baru balik kerja hari yang pertama dekat Watson.Memang...urgh!

Ken cuba untuk tidak gelak tapi tak boleh.Mudahnya dia separuh terbaring atas gazebo.

Merah padam muka Wafi.Malunya!

"Padam gambar tu boleh tak?"Pinta Wafi tegas.

"Eh tak payahlah.Kenangan."

"Buruk!"

"Alah,gambar je."

"Tapi buruk!"

"La,nak kisah apa.Realitinya awak lawa apa?"

Wafi rasa pipi dia membahang,tapi pipi dia dah melebar.Senyum mula terukir.

"Yeke?"

"Apa?"

"Saya lawa?"

Ken gelak lagi.Rare lah Wafi ni.

"Iya,lawa."Puji Ken ikhlas.

Ahaks!Wafi pegang pipi dia yang mengebas.

"Terima kasih,awak pun handsome."Wafi balas memuji sambil tersengih.

Ken menggeleng tak percaya.

"I like you."Jujur dia luahkan pada Wafi.

Wafi yang mendengar terkedu.

"Ha?"

"I like you."Ulang Ken semula.Mata dia setia memerhatikan Wafi.

OMG!

Wafi menekup mulut.

"It's okay.Saya Cuma cakap apa yang saya rasa.No offence kalau..."

"Actually,I like you too."

"Ha?"Ken menganga.

"Saya rasa awakk dengar."Terus Wafi bangun dari duduk dan mencicit berjalan pergi dekat keluarga mereka.

Omo!

I like you two three four and five la Ken!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top