CHAPTER 25 | NURSE
"Kau perasan tak, nurse tadi pandang kau semacam?" Tanya Hayden sebaik sahaja Doktor Brendon dan jururawat wanita itu berlalu pergi.
"Pandang semacam? Maksud kau?" Alex memandang Hayden pelik. Apa pula kali ni?
"Dia macam tengah usyar kau. Cara dia pandang kau, macam nak terkam. Lepastu kan, dia usap-usap tangan kau. Kau tak perasan ke?" Terang Hayden dengan muka berkerut.
Rasa nak kerat je tangan nurse yang sesuka hati usap tangan crush-nya. Dia sendiri pun tak pernah usap tangan Alex. Eh, pernah. Tapi masa Alex tidur or tak sedarkan diri. Tu tak kira okey?
"Tak......... Lagipun, aku tak kesah. Nurse tadi tu, taste aku kot. Cantik, comel je. Aku lebih daripada sudi kalau dia nak ngorat aku." Kata Alex berseloroh. Saja hendak mengapi-apikan Hayden. Ingin melihat reaksi Hayden macam mana.
Terus berubah masam wajah Hayden mendengar jawapan dari Alex. "Cantik? Mata kau ada masalah ke lepas accident? Macam tu kau cakap cantik? Tak cantik langsung. Dah lah hidung kembang, bulu mata macam penyapu. Gigi pun kuning." Kutuk Hayden panjang berjela.
"Aku rasa mata kau yang ada masalah. Hidung dia mancung elok je aku tengok. Bulu mata dia lebat bongok. Bukan macam penyapu. Nasib baik aku sakit. Kalau tak dah lama aku ngorat dia." Alex tersengih gatal. Wajah Hayden yang seperti ingin membahan orang itu tidak terlepas dari pandangannya.
"Hayden, tolong aku dapatkan nombor telefon nurse tadi. Rasa berminat pulak. Mana tahu dia jodoh aku. Kau tak nak tengok kawan kau ni bahagia ke?" Makin giat Alex mengapi-apikan Hayden. Terhibur dia melihat perubahan riak wajah Hayden. Macam iguana bertukar warna. Sekejap merah padam, sekejap pucat lesi tiada warna.
Wajah Hayden semakin masam. Matanya mencerlun memandang Alex seperti tidak percaya. Tak pernah pernah Alex ingin mengorat perempuan. Walaupun beribu perempuan cantik datang, Alex tetap dengan wajah 'stone'nya. Tidak tergoda langsung.
Nak pandang pun tidak. Apatah lagi nak mengorat.
What happened to my Alex? Patut ke aku panggil doktor supaya scan kepala dia lagi sekali. Mana tahu saraf ada yang cacat.
Prak!
Ada yang pecah, tapi bukan gelas. Hanya sekeping hati yang tulus mencintai Alex milik seketul Hayden.
"Daripada kau ngorat dia, baik kau ngorat aku." Kata Hayden perlahan.
"Kau cakap apa?"
"Aku cakap, daripada kau ngorat dia, baik kau ngorat Sara. Lagi lawa." Hendak tak hendak saja Hayden berkata. Dalam hati sudah menyanyi lagu Cita Citata.
Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku
Sakitnya tuh di sini melihat kau selingkuh
Sakitnya tuh di sini pas kena hatiku
Sakitnya tuh di sini kau menduakan aku
Lepasni, dia nak buat cover lagu tu. Mana tahu boleh jadi penyanyi lagu sendu.
Rasa kena henyak-henyak hati dia.
"Urghhh, tak nak aku ngorat si Sara tu. Mahu tiap-tiap hari kena curang." Sara itu ulat bulu plus buaya berjaya. Entah macam mana Xander boleh bertahan dengan perangai Sara yang begitu. Exotic betul taste abangnya.
"Hahaha"
Berdekah Hayden mendengar jawapan Alex. Moodnya berubah serta merta.
Dulu, dia cemburu juga melihat keakraban Alex dan Sara. Dia ingat Alex dan Sara pasangan kekasih. Apabila mengetahui lebih rapat, baru dia tahu mereka berdua hanyalah sahabat.
Tiba-tiba pintu dikuak dari luar.
"Alex!" Jerit satu suara. Serentak dengan itu, badannya dipeluk oleh seseorang dari tepi.
Terkaku Alex seketika. Riak wajah Hayden pula sudah berubah kelat apabila melihat gerangan manusia yang berani memeluk pujaan hatinya di depan matanya sendiri.
''Carl.'' tegur Alex sebaik sahaja gerangan itu melepaskan pelukan.
''Hai captain. Hai Hayden.'' sapa jejaka-jejaka yang baru masuk. Mereka berdiri mengelilingi katil Alex.
''Kau okey tak Alex? Sorry aku tak sempat nak melawat kau lebih awal.'' ujar Carl bertubi-tubi. Wajah dan badan Alex dibelek dari atas sampai bawah. Cuba mencari kesan luka dari kemalangan.
''Hai guys........ Aku okey je. Cuma still pening-pening sikit.'' jawab Alex ringkas.
"Eh Hayden. Buat apa dekat sini?" Tanya Carl yang baru sedar akan kehadiran Hayden. Tadi risau sangat dengan keadaan Alex sampai tak sedar ada orang lain dalam bilik tersebut.
"Tengah buat capati cicah kari. Nak ke?" Jawab Hayden sarkastik. Wajahnya serius tanpa sebarang senyuman. Berbulu je matanya tengok muka mintak kaki si Carl.
Dah sedap-sedap peluk crush aku, baru sedar aku wujud dalam bilik tu. Ingatkan halimunan terus.
"Sorry lah bro. Sumpah aku tak perasan kau ada." Carl tersengih serbesalah. "By the way, kau dah lama ke sampai?"
"Lama lah jugak. Siap sempat teman dia tidur lagi malam tadi." Hayden tersenyum penuh makna.
Rakan sepasukan Alex menayangkan wajah pelik apabila mendengar ucapan Hayden. Teman Alex tidur? Maksudnya?
"Mummy aku tak nak aku sorang-sorang. So, dia dan Sara gilir-gilir teman and jaga aku." Terang Alex ringkas. Kasihan pula melihat wajah temannya blur.
"Ohhhh"
"Macam mana dengan practice? Okey?" Tanya Alex sambil memandang wajah Carl dan rakan sepasukannya yang lain, Vincent, Daniel, Mark, Zayn and Tyler satu persatu.
"Semua okey je captain. Tapi tulah, semua tak ada semangat bila dengar berita captain kemalangan." Jawab Vincent mewakili yang lain.
Walaupun captain mereka itu nampak dingin, tapi dia sangat mengambil berat tentang rakan sepasukannya. Dan disebabkan dia juga, team volleyball menjadi 'dark horse ' pada pertandingan peringkat negeri.
"Cakap dekat team members yang lain, siapa yang tak ada improvement bila aku dah sihat nanti, aku akan gandakan latihan dia."
Masing-masing menelan liur mendengar amaran Alex. Mamposlah mereka kalau Captain mereka itu menggandakan latihan. Latihan sekarang pun rasa macam separuh mati. Apatah lagi digandakan. Memang menempah maut.
...........................
"Sara, you tahu tak Alex dekat hospital mana?" tanya Nayline, peminat nombor satu Alex. Wajah Sara dipandang penuh pengharapan.
Mendengar sahaja suara tersebut membuatkan Sara mengeluh. Bala sudah datang.
"Kenapa tanya?"
"Budak kelas cadang nak lawat Alex bersama-sama. Tapi dorang tak tahu Alex dirawat dekat hospital mana. So, I tolong tanyakan lah."
Sara memandang wajah Nayline tajam. Nampak sangat si Nayline ni menipu. Bukan dia tak tahu tahap obses Nayline terhadap Alex. Dia pun seram tengok.
"Sorry, aku tak boleh bagitahu. Mummy dia nak Alex rehat dengan tenang." Sara terus melangkah pergi. Tak tahan hendak bersoal jawab dengan Nayline.
Nayline hanya memerhatikan permergian Sara dengan hati yang berdongkol geram. Dia tahu Sara sengaja merahsiakan keberadaan Alex darinya.
Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum sinis. Dia tahu dari siapa dia hendak mengorek tentang keberadaan Alex.
Hi guys! SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN! Sorry sebab lama dah tak update. Aku busy memanjang plus malas gila. Sorry tau. Please enjoy this chapter! Love u
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top