OBS|11
SUGA bersiap-siap pergi kerumah Jeon jungkook.
katanya ada hal mustahak nak dibincangkan.memandangkan jungkook masih lagi tidak membeli kereta yang baru jadi nak taknak dia yang pergi kerumah Jeon jungkook.
Jeon jungkook tak pernah kalau tak menyusahkan dia dalam sehari.
ada sahaja lelaki itu buat,mahu mengacau kerja nya.
Dia mengeluh halus.kini dia sudah sampai kerumah Jeon jungkook.
Punat loceng ditekan berkali-kali namun tiada siapa yang membuka pintu untuknya.
Suga dengan geram menyepak-menyepak pasu bunga hiasan yang terletak elok ditepi pintu.
habis terbalik pasu bunga hiasan jungkook dibuat suga.
"Bodoh lah juon ni bukak lah pintu shiall"
"Pekak ke apa? Baik takyah pakai loceng ,bastard."
"Kau tak bukak pintu ni,aku bakar rumah buruk kau ni"
"Aku serius ni bodoh ! Bukak lah pintu !!"
Meroyan suga didepan rumah jungkook.
tangan juga dicekak dipinggang.muka bengis nya menjadi -jadi .sudahlah cuaca panas diluar mana tak mengamuknya dia
"Woi -woi apa kau buat dengan pokok bunga aku?!!!"
Suara jungkook yang dari belakang menyapa suga.
lelaki itu seperti baru balik dari kedai runcit dengan tangan yang memegang tin air minuman soda .
Dia terus menyapa pokok bunga hiasannya yang sudah nazak dikerjakan suga.
"Kau pergi mana? Penat aku tekan loceng rumah kau.tu pasu bunga kau bukan aku yang buat,dia yang jatuh sendiri"
Bohong suga,
dia taknak maruahnya tercalar oleh kerana dia menyepak pasu bunga gara - gara marah kepada jungkook yang lambat buka pintu.
Jungkook mencebik.
dia tau suga pelakunya,dia cuma malas nak berpanjangkan cerita kerana ada hal penting lagi yang perlu dibincangkan.
"Aku pergi kedai tadi"
Pertanyaan suga dibalas jungkook.
tidak dinafikan tadi dia berjalan kaki pergi ke kedai yang berdekatan dengan rumahnya, sementara menunggu suga datang .
Kunci pintu rumah dikeluarkan, dia membuka luas pintu rumah dan menjemput suga masuk
"Masuklah,
jangan buat macam rumah sendiri"
Suga menjeling menyampah jungkook,
ingat dia nak sangat datang rumah jungkook?dia datang pun sebab jungkook kata hal mustahak nak dibincangkan.jadi dia sebagai polis yang "prihatin" terpaksa juga bertemu dengan jungkook.
Jungkook menghela nafas panjang sebelum menceritakan kepada suga dari A to Z tentang dimana dia ternampak seorang berpakaian serba hitam yang mencurigakan semasa dia confess kepada jihyo dan tentang keretanya .
Suga mengganguk paham.
rasanya dia sudah dapat tangkap apa yang telah terjadi,dan sudah tentunya ia berkaitan dengan suspeknya dan juga song jihyo
Dari apa yang di ceritakan jungkook,
dia sudah dapat mengangak suspek cemburu dan berniat untuk membunuh Jeon jungkook,
namun sebaliknya lain yang terjadi apabila yang membawa kereta jungkook ialah gong Yoo dan bukannya jungkook.
"Kau dah check rakaman CCTV?"
Soal suga.
hanya CCTV sahaja yang dapat membantu dia mencari suspek.
Jungkook mengangguk namun mukanya hanya suram sahaja
"Aku dah check semalam..tapi rakaman semasa kejadian langsung tiada..pelik"
Semalam sempat lagi dia mengajak bodyguard Jihyo untuk pergi ke jabatan jalan raya yang ada menyiarkan rakaman -rakaman CCTV jalan raya.
dia yakin kemalangan yang terjadi ada kaitan dengan lelaki yang membaling batu pada keretanya.
firasatnya mengatakan lelaki yang berpakaian hitam itu mempunyai niat buruk kepadanya, oleh itu dia berniat untuk mencari rakaman CCTV jalan raya yang ditempat kejadian.
namun hampa,rakaman semasa kejadian langsung tiada, seperti ada seseorang yang sengaja membuangnya.
Suga mengganguk paham.
dia dapat merasakan suspeknya ini bukan calang-calang orang untuk dibuat main,malah suspek kalini susah untuk dia buru.
"Macam ni lah,demi keselamatan kau..buat masa sekarang ni kau berhenti keluar dengan Jihyo"
Dia tau suspeknya hanya mahukan song jihyo.
jika Jeon jungkook berdegil membuat hubungan rapat dengan songjihyo mungkin nyawa lelaki itu terancam.jadi sebaiknya biarlah jungkook berehat sahaja dirumah.mungkin nyawa lelaki itu lebih terjamin
Jeon jungkook yang mendengar jawapan dari suga itu betul-betul tidak berpuas hati.
baru sahaja Jihyo official menjadi kekasihnya,takkan pula dia kena berhenti berjumpa dengan buah hati sendiri?
"Taknak."
Datar suara jungkook.jika untuk berjauhan dengan songjihyo jauh sekali dia akan buat.
jika sehari dia tinggalkan gadis itu,dia akan meroyan tak tentu hala
"Bodoh,ni demi kebaikan kau dan Jihyo jugak.nak taknak kau kena berjauhan dengan Jihyo buat masa sekarang"
Ujar suga,
mukanya juga mendatar menandakan dia tengah berada didalam mood serious sekarang ni
"Demi kebaikan?apa yang kau cuba sampaikan sekarang ni?"
Jungkook mendengus tidak mengerti dengan cadangan gila suga.
suga memicit-micit dahinya,pening.
"Kau ni,nak kata bengap kang marah.tapi kalau tengok cara kau memang macam hari-hari otak takde"
Jungkook menjeling suga tajam,
sakit hati pun ada bila dikutuk depan -depan
"Straight to the point please sugashit"
Suga menghela nafas panjang.
dirasakan jungkook menyusahkan dia lagi dan lagi.
"Aish kau ni takkan taktau isu Jihyo dulu kena culik dengan orang yang obses dengan dia?
suka Jihyo tapi taktau,useless."
Suga memutar bebola matanya keatas.jungkook yang kelihatan terkejut itu dia dapat agak yang lelaki itu tidak tau apa -apa pasal Jihyo.
"Aku tau Jihyo hilang je,pihak YG pun tak bagitau aku Jihyo hilang kemana"
Betul, itu je yang dia tau,Jihyo hanya hilang tapi tidak tau pula dia bahawa gadisnya diculik?dia ingatkan gadis itu pulang ke kampung ke apa.
"Sebab tu kau kena ikut rancangan aku,bebal.
biar aku yang uruskan semua ni.aku yakin 100 peratus suspek yang aku cari ada memerhati kan Jihyo.termasuk kau Jeon,bila -bila masa dia boleh bunuh kau"
Tegas suga malas nak membelitkan cerita,
baik dia straight to the point je pada jungkook yang seperti budak tadika baru masuk sekolah,'budak yang tidak tau apa apa'
Lama jungkook berfikir sebelum dia setuju dengan rancangan suga.
ada patutnya juga dia akur dengan suga memandangkan lelaki itu lebih mengetahui
Dia bukan risau tentang keselamatannya,
dia cuma risau akan Jihyo.bagaimana kalau lelaki yang obses dengan gadisnya mendapatkan Jihyo kembali?
Dia takkan berdiam diri sekiranya Jihyo diculik lagi.
dia akan bersedia menerima risiko yang besar walaupun nyawanya menjadi taruhan.
Suga bangun dari duduknya
"Aku pergi dulu,
ingat.duduk je rumah.. berhenti segala aktiviti artis kau buat masa sekarang ni.biar aku uruskan hal Jihyo"
Tanpa menunggu balasan jungkook dia terus bergerak keluar dari rumah jungkook.
Dia perlu memulakan misi untuk mendekati jihyo,
sekaligus mencari suspek.
Jika suspek ditemui,dia betul -betul ingin menyumbat suspek tersebut didalam jail.
Dia ingin mempercepatkan kes ini diselesaikan,dan selepas itu dia mahu berhenti
Sejujurnya menjadi polis dan sekaligus menjadi sebahagian dari ketua penyiasat ialah jawatan yang sempurna.
Namun dia juga manusia biasa yang perlu ada masa untuk berehat bukan bekerja 24/7.dia manusia bukannya robot.
Lagipun sudah bertahun lamanya dia kerja sebagai polis,
jadi apa salahnya jika dia berhenti dan memberi peluang kepada yang lain untuk menggantikan tempatnya?
Lama dia berfikir tentang itu,
dia bertekad lepas sahaja kes ini selesai dia akan berhenti menjadi sebahagian dari anggota polis.
Dia perlu mencari kerja yang lain.
kerja yang mempunyai sedikit ruang untuk berehat.bukannya seperti kerja dia yang sekarang yang langsung tiada masa untuk berehat.
To be continue...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top