✿ lapan ✿
" apa appa buat dekat sini? " soal hoseok kepada ayahnya yang masih berada di muka pintu. mata jimin membesar.
" appa? " jimin memandang hoseok dan tuan rumah berselang-seli. seokjin turut bingung.
" bagi lah appa masuk dulu kalau ye pun " tuan jung menolak anaknya perlahan yang sedang mengahalang pintu. kemuadian dia terus masuk dan duduk di atas sofa. dia melihat keadaan rumah.
" wah kemas pun, kalau aku tak sewakan ni. confirm bersawang " tuan jung tersengih sendirian. hoseok, seokjin dan jimin segera duduk di atas sofa.
taehyung yang berada di tangga terkejut melihat kehadiran tuan rumah. dia segera berlari ke atas untuk memanggil penyewa yang lain.
kini semua berada di ruang tamu termasuklah tuan jung. suasana sunyi.
" kenapa appa datang sini tak bagitahu seok? " soal hoseok dan membuatkan namjoon, jungkook, taehyung dan yoongi terkejut. appa? hoseok anak tuan rumah, tuan jung?
" nak melawat rumah appa tak boleh ke? " tuan jung memandang anaknya dan juga ke arah penyewanya yang masih terkejut.
tuan jung tersengih.
☼
setelah menghantar appanya pulang, hoseok masuk semula ke rumah. dia menutup pintu, hoseok berjalan menuju ke ruang tamu. dia dapat lihat ada enam orang yang memerlukan penjelasan.
" jadi ni rumah kau? " soal seokjin. hoseok mengambil tempat duduk bersebelahan dengan taehyung.
" patutlah masa first day aku nampak kau sampai awal " tambah namjoon, jungkook menganggukkan kepalanya tanda setuju.
" patutlah muka macam sama " kata yoongi, rata-rata yang lain setuju. sebenarnya yoongi tak kisah pun anak tuan rumah ke, anak donald trumpet eh trump ke yang penting dia boleh teruskan hidup daripada mengemis.
" sebenarnya masa appa aku keluarkan notice nak sewa kan rumah ni, aku terus sign contract dengan dia. aku nak rasa hidup dengan orang lain " hoseok tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" ouh begitu " jungkook pula bersuara, dia memandang televisyen. otaknya mula mengeluarkan mentol yang bercahaya. dia memandang abang-abangnya yang lain.
" hyung sekalian, jom kita tengok movie. hari ini dekat tvn movies ada tayangkan cerita park seo jun " sambung jungkook, mukanya penuh dengan harapan.
" cerita apa? " soal taehyung. jungkook tersengih, alat kawalan jauh diambil.
" the divine fury "
" hyung naik dulu " yoongi cuba bangun daripada tempat duduknya tetapi dihalang oleh jungkook.
" hyung " jungkook memeluk lengan yoongi, matanya dikedipkan beberapa kali. yoongi terkedu, dia melepaskan keluhan.
" hyung takut ke? " soalan jimin membuatkan mata yoongi membutang. dia lihat ada enam orang cuba menahan gelak.
" hyung lada mulut kau baru tahu " jimin tergelak mendengar ayat itu keluar daripada mulut yoongi.
" fine, aku tengok " yoongi akhirnya mengalah, dia duduk kembali di tempat duduknya. jungkook tersenyum kemenangan, dia mengambil tempat duduk di antara namjoon dan seokjin.
" mulut jahat eh " kata yoongi perlahan, jimin yang berada di sebelahnya ketawa kecil.
☼
seokjin terjaga daripada tidurnya, dia melihat enam lelaki yang lain juga sudah nyenyak tidur. alat kawalan jauh yang berada di dakapan jungkook di ambil. butang off ditekan.
seokjin bangun dan menuju ke bilik yang berada di tingkat bawah. nasib baik bilik itu khas untuk bantal-bantal dan juga selimut.
beberapa selimut diambil. seokjin berjalan keluar daripada bilik tersebut.
seokjin menyelimutkan penyewa yang lain. dia kemudian kembali ke dalam bilik tersebut untuk mengambil bantal dan selimut untuk dirinya. dia kembali ke ruang tamu, bantal diletakkan. seokjin baring dan memejamkan matanya semula.
" boleh tahan gembira duduk dengan diorang " kata seokjin perlahan. akhirnya mereka semua dibuai oleh mimpi.
☼
yoongi terjaga daripada tidur. jam dinding terus berdetak ah. jam menunjukkan pukul 7:30 pagi. yoongi melihat keadaan sekeliling. jungkook, seokjin tertidur di lantai. manakala hoseok dan taehyung berkongsi sofa. namjoon tidur dalam keadaan mulutnya terbuka, yoongi cuba tahan ketawa. jimin pula tidur sambil memeluk bantal.
yoongi tersengih, rasa seronok ada kawan rupanya. selama ini, dia lebih gemar habiskan masa seorang diri. bukannya dia tiada kawan, tapi dia memilih untuk menyendiri.
yoongi bangun dan berjalan menuju ke biliknya untuk mencuci muka dan berus giginya. usai itu dia berjalan semula menuju ke dapur. yoongi buat keputusan untuk menyediakan sarapan. selama ini hanya seokjin hyung yang masak untuk mereka.
yoongi mengeluarkan roti yang berada di kabinet dapur, majerin turun diambil. yoongi sapu majerin di atas beberapa keping roti sebelum roti itu dibakar.
sementara tunggu roti siap dibakar, yoongi menggoreng telur separuh masak.
" hyung " suara garau taehyung mengejutkan yoongi. dadanya di urut. taehyung menggaru kepalanya dan juga lehernya. matanya cuba dibuka besar.
" buat apa? " soal taehyung. matanya melilau melihat keadaan dapur. bau roti bakar menusuk ke dalam hidungnya.
" sarapan, pergi basuh muka dulu sana. lepastu tolong hyung buatkan air " taehyung menganggukkan kepalanya kemudian dia berjalan menuju ke tingkat atas.
lima minit kemudian, taehyung turun dengan keadaan yang lebih terurus. taehyung kaku berdiri di hadapan kabinet dapur, dia tak tahu nak buat air apa. yoongi yang perasan keadaan taehyung ketawa kecil.
" buat air kopi. kau minum kopi tak? " soal yoongi. taehyung menggelengkan kepalanya.
" kalau macam tu, buat air teh " sambung yoongi. telur separuh masaknya di letakkan ke dalam pinggan.
☼
" ya park jimin! " panggil taehyung. jimin yang baru sahaja hendak memakai kasut memandang taehyung hairan.
" hoi! jangan skip breakfast boleh tak? aku piat telinga kau baru tahu " taehyung bercekak pinggang. jimin tersengih melihat kawan baiknya yang sedang menonton televisyen itu.
jimin berjalan semula menuju ruang dapur, dia mengambil tempat duduk di sebelah jungkook.
" seokjin hyung ke buat? " soal jimin. roti bakar dan telur separuh masak diambil. air teh dituangkan ke dalam cawan.
" tak, hoseok hyung kata yoongi hyung yang buat " balas jungkook. jimin hanya menganggukkan kepalanya.
☼
seorang lelaki yang berambut hitam bediri di hadapan bighit labels. beg yang dipenuhi dengan nota muziknya digenggam kemas, air liurnya ditelan.
" joon, hyung gugup lah " yoongi memandang namjoon yang lebih tinggi daripadanya. namjoon tersengih melihat keadaan yoongi.
" jangan risau, lagu hyung mesti gempak punya lah. encik bang mesti terpikat. dah jom yoongi hyung " namjoon berjalan masuk ke dalam bangunan yang besar dan cantik itu. yoongi tenangkan dirinya dan mula mengikuti namjoon.
" kau boleh yoongi " kata yoongi perlahan.
☼
hell yeah. adakah
encik bang akan
terima yoongi?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top