Episod 37: Mencabar

Sedutan..

"Kamu nampak tenang. Apa yang kamu rancangkan?" Soal Ji Sung dengan nada ingin tahu.

"Saya tak rancang apa-apa. Saya berserah diri. Saya mengalah. Saya sanggup didera oleh Pak Cik. Dengan syarat Pak Cik lepaskan mereka bertiga dan juga adik saya. Saya akan beri bahan bukti tu selepas Pak Cik buat apa yang saya suruh."

"Mina, apa yang awak buat ni?" Soal Yuju risau. Ikatan ditangannya pula telah dibuka oleh dua orang pekerja Ji Sung. Jungkook dan Puan Sung In juga telah dibuka ikatan tali oada tangan mereka.

"Jangan risau, saya yang bertanggungjawab untuk semua masalah ni. Saya yang patut menerima padahnya. Awak, Jungkook dan eomma patut lari dahulu."

●●●●●

Aku melihat duit dan berkata

"Kau hanyalah sehelai kertas."

Duit tersenyum lalu menjawab

"Memang aku ni hanya sehelai kertas ...

Namun

Dalam seumur hidup aku , aku tidak pernah melihat tong sampah di hadapan mataku."

●●●●●

"Baiklah. Tiga orang pengganggu tu dah tak ada. Sekarang, ikut perjanjian. Berikan bahan bukti tu sekarang juga." Ji Sung mengulurkan tangannya tanda meminta Mina menyerahkan pita audio tersebut di atas tapak tangannya.

Sebenarnya, Ji Sung berbohong. Dia menyuruh dua orang pengawalnya itu untuk menyorokkan Jungkook, Yuju dan juga Puan Sung In di tempat tersembunyi. Lakonan membuka tali ikatan itu benar-benar menjadi.

Mina terasa berbelah bahagi. Betul ke apa yang aku buat ni? Desis hati kecil Mina. Namun disimpan segala kerisauan tersebut di dalam hatinya. Jika dia pancarkan kerisauan tu melalui wajahnya, ketara sangat yang dia sememangnya takut.

Perlahan-lahan Mina menyerahkan pita audio itu kepada Ji Sung. Memang diperlahankan pergerakan tangannya agar lebih banyak masa dibazirkan secara sengaja.

"Lembab sangat!" Ji Sung merampas pita audio tersebut secara kasar menyebabkan riak wajah Mina berubah terkejut.

Ji Sung tersenyum menyeringai sambil melambung pita audio tersebut ke atas dan meyambutnya semula.

Mina masih kaku berdiri tegak dengan muka yang kosong. Dilihatkan sahaja wajah lelaki bongkak yang gembira dan jahat itu sedang duduk di tempat duduk pejabatnya dan bermain-main dengan pita audio yang Mina berikan.

Aktiviti melambung pita audio tersebut berhenti. Ji Sung menjeling sekilas ke arah Mina dan tersenyum sinis.

"Oops, saya lupa pula pasal adik lelaki kamu tu. Sorry lah ya. Mungkin....adik lelaki kamu tu dah pergi tinggalkan bumi ni buat selama-lamanya tak? Ish, ish...kalaulah kamu beri pita audio ni lebih awal..." dengan nada yang kononnya sedih, Ji Sung berpura-pura bersimpati.

Fuhh...sabar Mina sabar.... Mina menarik nafas sedalam mungkin. Mencabar betul mamat ni perli dia.

"Baiklah. Kamu dah sedia untuk diseksa?" Soalan Ji Sung bertukar menjadi serius. Dan soalan itu juga membuatkan bulu roma Mina menaik tinggi.

Mina pasti perkataan Seksa bagi Ji Sung sama sahaja seperti

Bunuh.

"Saya-

saya dah sedia."

Ji Sung tersenyum sinis. "Baiklah-"

"Tapi." Mina memotong. "Saya ada permintaan terakhir. Boleh tak Pak Cik tolong tunaikan? Sebelum saya benar-benar diseksa nanti...." pinta Mina penuh harapan.

"Permintaan? Boleh, boleh! Takkan lah tak ada kenangan terakhir kan sebelum tiba giliran kamu pula untuk lenyap dari dunia ni?" Ujar Ji Sung, bersetuju untuk menunaikan hasrat Mina.

Apa salahnya dia membantu Mina buat kali terakhir sebelum dia benar-benar menyeksa perempuan itu sehingga mati?

"Boleh Pak Cik tolong buka komputer pengawal Rumah Agam Pak Cik? Saya cuma nak pastikan sama adik saya masih hidup ataupun tidak. Selepas tu Pak Cik boleh terus seksa saya sebanyak mana yang Pak Cik mahu."

Ji Sung tertawa. "Betul kamu tak menyesal buat permintaan tu? Baiklah, kalau kamu tak percaya yang adik kamu dah mati kamu boleh tengok ke dalam Komputer pengawal CCTV rumah agam ni." Ji Sung terus membuka lappy kepunyaannya yang berwarna gold mewah.

Ji Sung terus membuka ke bahagian pengawalan CCTV di dalam lappynya. Anehnya, tiada satu kamera pun yang muncul di skrin kecuali CCTV yang diletakkan di dalam pejabatnya sahaja.

" Apa? Mana Kamera yang lain!?" Ji Sung cuba mendail nombor telefon pembantunya, MyungSoo.

Panggilan diangkat.

"MyungSoo! Kenapa hanya kamera CCTV di pejabat saya sahaja yang muncul di skrin komputer? Mana yang lain!?" Begitu kuat jeritan yang dihadiahkan kepada pembantunya yang tidak bersalah itu sebaik sahaja call dari Ji Sung dijawab.


".....Bos..." suara MyungSoo tersekat-sekat memanggil Ji Sung.

"Mwo? Kenapa suara kamu macam sakit sahaja ni? Hello, MyungSoo!" Panggilan terus mati sebaik sahaja MyungSoo memanggil tuannya dengan suara yang seperti benar-benar berada dalam kesakitan.

Kepalanya menoleh untuk melihat Mina.

".....?"

Ji Sung melilau sekeliling. "Mana budak perempuan tu!?"

" Siapa? Cari Mina ya?" Satu suara yang garau menyapa Ji Sung dari belakang.

Ji Sung kaku. Kini baru dia tersedar.

Dia telah masuk ke dalam jerat yang dirancangkan oleh anaknya sendiri.

"Appa. Sudahlah, berhenti buat kerja gila ni. Appa tahu kan yang salah tetap sala-"

"JANGAN MENYIBUK JEON WONWOO! APPA DAH KATA INI BUKAN HAL KAMU!" Ji Sung menoleh dan memandang anaknya dengan muka yang merah melepaskan amarah.

"Hal appa, hal saya juga. Kita tak boleh tentukan hal ini milik siapa sebab ia juga melibatkan rakan-rakan saya, Keluarga Mina dan juga orang-orang yang tidak bersalah yang appa dah seksa, bunuh." Wonwoo mengutarakan ayatnya dengan nada tenang.

"Kamu memang dah lama rancang ni. Kamu berani cabar appa...ya?" Tangan Ji Sung perlahan-lahan menyeluk sesuatu pada poket Kot nya.

"Appa..." Wonwoo melangkahkan kakinya sedikit ke belakang.

"Appa dah lama sabar dengan kamu..."

Ji Sung terus mengacukan pistol di tangannya ke arah Wonwoo.

"...senang sahaja. Sama ada kamu yang mati, ataupun kita berdua akan mati bersama."

●●●●●

Sorry for late update and crappy chapter! Got More homework, Got Less Time to Open this app. Plus, Slow Connection. ;-;

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top