BAB 11(DAH EDIT✔️)


BAB 11

   DALILA menjengah Qaifa di bilik persalinan dan solekan dalam butik pengantin. Terharu ditambah dengan perasaan sebak dia menyaksikan anak buahnya itu yang bakal melayari bahtera tidak lama lagi. Dia mendatangi Qaifa yang sudah siap disolek oleh jurusolek.

“Cantiknya anak buah mak su,” puji Dalila.

Qaifa turut merasa tersentuh melihat maksunya. Lepas ini dia sudah tidak tinggal bersama wanita itu lagi. Selepas bernikah, pastinya Dz membawanya tinggal bersama di rumah baru mereka nanti. Dz sekarang membantu papanya mengurus syarikat perkapalan bersama Deanna Dharren dan Karl Syafiq.

“Mak su… lepas ni, Qaifa dah tak boleh tinggal dengan mak su lagi. Sedihnya,” luah Qaifa. Lantas, tubuh maksunya dipeluk kemas. Merintik air matanya jatuh. 

Dalila membalas pelukan anak buahnya. “Janganlah nangis macam ni. Nanti habis make up kamu. Penat je jurusolek ni touch up muka cantik cantik,” pujuknya. Sedangkan dia sendiri pun digenangi air mata hingga tertumpah mengenai parasnya. Tidak dapat menahan rasa hiba.

“Qaifa takut rindukan mak su nanti... Qaifa tak pernah berpisah dengan mak su pun sebelum ni. Mak su... mak su tinggallah dengan kami nanti. Please?” rengek Qaifa manja dengan diiringi nada sendu.

“Mak su pun nanti mesti rindukan Qaifa. Tapi, nak buat macam mana. Qaifa kan dah nak nikah hari ni. Mak su lepaskan Qaifa seratus peratus pada Dz. Nanti kalau rindukan mak su baliklah jenguk mak su. Kalau ada masa, mak su akan datang jenguk Qaifa ya sayang.” Belakang Qaifa diusap lembut, cuba menenangkan hati galau gadis itu.

Qaifa mengangguk perlahan. Mendengar kata-kata pesanan mak su.

“Hey, apa ni nangis pulak dia. Penat I touch up you tadi tau. Hish, budak Qaifa ni... nanti lepas nikah bersanding semua, hah menangislah puas puas. Sekarang ni, tahan dulu air mata tu. Haisy, tak pasal-pasal kena touch up balik,” bebel Elly jurusolek pengantin dan model yang ditempah khas oleh Datin Nabilah untuk bakal menantu.

Tergelak akhirnya kedua-dua mereka  mendengar bebelan jurusolek tersebut. Mereka menyeka air mata masing-masing.

***

Mtree Hotel Puchong.

KELIHATAN berpeluh Dz menunggu kehadiran pengantin perempuan bersama rombongannya.

Tetamu sudah memenuhi ruang dewan hotel. Tok kadi juga sedia menanti. Datin Nabila dan Dato' Dzulkifli dilanda kerisauan. Lambat bakal menantu mereka tiba. Deanna yang duduk di sisi mamanya turut kebimbangan. Karl syafiq pula duduk bersebelahan papa mentuanya di sisi Dz di tempat akad nikah.

Erin melihat lelaki itu dari kejauhan. Berharap bakal pengantin perempuan tidak hadir.

Tidak berapa lama kemudian, pintu dewan dikuak dari luar oleh pembantu hotel. Semua terpaku arah pintu masuk itu. 

Muncul Qaifa bersama empat orang pengiringnya. Empat orang rakan sekerjanya Dila, Fiqa, Sera dan Farah. Yang seorang lagi tentu mak sunya yang vouge kalah pengantin itu.

“Ha... itu pun pengantin perempuan. Dah sampai pun,” tegur Deanna.

“Maaf lambat jalan jammed sikit tadi,” beritahu  Dalila sambil mengepit lengan Qaifa dan dibawa duduk di singgah sana pelamin indah terhias kerana tempat akad nikahnya di hadapan pelamin itu sahaja.

Ketika Qaifa berjalan di tengah laluan karpet merah, semua mata terpukau melihatnya. Ada sosek-sosek mengatakan rupanya cantik ala-ala Arabic. Kembang hati Qaifa seketika mendengar pujian itu. Lantas, dia tersipu malu.

Dz memandangnya sekilas. Qaifa yang perasan lelaki itu menjeling dirinya, sempat menjelir lidah. 

Dz membalas dengan menjulingkan mata ke tengah. Kemudian, kembali memandang tok kadi di hadapannya. Elok sangatlah kedua-dua perangai tak semenggah. Sudah besar panjang  kelakuan serupa kanak-kanak ribena. Nasib tak ada yang perasan tingkah mereka.

“Memandangkan kedua-dua mempelai sudah ada ni, marilah kita mulakan. Kejap lagi saya ada nak akad nikah di tempat lain lagi.” Tok kadi bersuara.

“Ya, boleh teruskan ustaz.” Dato' Dzulkifli mengizinkan tok kadi itu memulakan tugasnya.



Qaifa dan rakan-rakan sekerjanya duduk di atas pelamin bersama. Dz pula bersedia untuk lafaz nikah setelah puas baca doa penenang hati yang diajar papanya. 

Dalila mengambil tempat di sisi rakan baiknya, Datin Nabilah.

Suasana sunyi. Mahu mendengarkan lafaz nikah dari pengantin lelaki. Seawal itu tetamu hanya ada dalam saudara terdekat sahaja. Panggilan selainnya semua kenalan rapat dan rakan bisnes Dato’ Dzulkifli serta Datin Nabilah juga teman rapat Dz sendiri.

Dengan sekali lafaz sahaja telah sah Qaifa dan Dz menjadi sepasang suami isteri berwalikan hakim itu. Kemudian tok kadi membaca doa. Habis bacaan doa, semua mengucap syukur. Dz berpelukan dengan mama papanya dan juga abang iparnya. Serta bersalaman dengan rakan-rakan yang lain. Semua ucap tahniah kepadanya.

Qaifa sudahpun mengalirkan air mata. Tidak menjangka dia sudah sah menjadi isteri orang. Rakan-rakannya turut berpelukan dengan ucapan tahniah. 

Dalila dan Datin Nabilah berpelukan sesama sendiri dan kemudian mendapatkan Qaifa di singgahsana pelamin.

“Ha, sekarang boleh pergi jumpa isteri untuk batalkan air sembahyang,” suruh tok kadi kepada Dz.

Dz menghela nafas seketika sebelum mengangguk dan bingkas bangun pergi arah Qaifa di atas pelamin. Jurufoto menjalankan tugasnya mengambil segala detik manis mereka berdua.

Tangan Dz dikucup oleh Qaifa kekok. Dia gugup. Dz dapat merasakan tangan isterinya itu sejuk. Sejurus itu, dagu Qaifa ditarik dengan jemarinya dan dahi wanita itu dikucup Dz seperti yang pasangan lain lakukan selepas nikah.

“Kau sukalah aku cium kau, kan?” bisik lelaki itu di cuping telinga Qaifa sebaik mencium dahinya.

“Taklah!” balas Qaifa cuba mengawal perasaan gugupnya.

“Kau dengar sini eh, aku kahwin dengan kau bukan sebab cinta tau tapi sebab nak jaga hati mama papa aku dan mak su kau tu. Jadi, kau Jangan berangan untuk buat aku jatuh cinta pada kau sebab aku takkan sesekali jatuh cinta dengan kecantikan kau ni ya, sayang.” Sempat dia menjentik lembut pipi Qaifa kerana tidak mahu orang nampak yang mereka sebenarnya tidak bahagia.

Qaifa merengung lelaki itu di sebelah dengan renungan yang redup. Hatinya bagai dihiris sembilu dengan ungkapan itu. Tetapi, dia masih mampu mengawal perasaannya. Tidak mahu tampak lemah di mata Dz.

“Dan awak juga perlu ingat... saya bukan kahwin dengan awak sebab cinta. Tapi, kerana mahu membalas jasa mak su saya yang dah banyak berkorban untuk saya selama ni. That's it. Dan tak pernah terlintas di hati saya untuk jatuh cinta pada awak Mr. Psycho plus mental!” bidasnya selamba.

Dz tersenyum sinis.

“Betul ke kau tak pernah terlintas untuk jatuh cinta pada aku? Kalau betul, aku pegang kata-kata kau tu. Pastikan kau tak terjatuh hati pada aku nanti sebab hati aku telah lama dimiliki gadis lain yang jauh lebih cantik dari kau.” Sempat Dz merangkul bahu Qaifa kerana mereka sedang bergambar dengan ahli keluarga beramai sementara jemputan tetamu yang lain belum hadir sepenuhnya.

“Don't worry, saya tak mudah jatuh hati pada lelaki psiko macam awak ni sebab di hati saya juga hanya ada satu cinta yang telah lama bertakhta. Jangan pulak nanti awak pulak yang terjatuh hati pada saya. Nanti masa tu saya pasti awak akan merangkak merayu supaya saya terima cinta awak. Jadi, jaga percakapan. Jangan terlalu yakin dengan hati tu kerana hati manusia bisa berubah bila-bila masa saja. Tak gitu, Dz?” Qaifa membalas senyuman sinis itu dengan kenyitan mata sebelah kanan.

Dz terkaku seketika. Terfikir pula dia tentang kata-kata Qaifa tadi. Buatnya betul-betul dia terjatuh cinta dan merangkak merayu pada gadis itu suatu hari nanti? Kes naya. Parah. Tak mungkin itu terjadi.

“Itu tak mungkin terjadilah. Aku takkan jatuh hati dekat kau sampai mati. Ini akulah, Dz! Setia pada yang satu. Oh by the way, cinta yang telah lama bertakhta di hati kau tu, siapa? Mamat yang bajet bagus hari tu ek?” soal Dz ingin tahu sebaik meyakinkan Qaifa bahawa dia takkan sesekali jatuh hati terhadap wanita itu.

“Em... taklah. Cinta saya hanya satu iaitu… Allah. DIA yang sudi mendengar luahan hati saya. Yang ikhlas cintakan saya. DIA satu-satunya yang ikhlas membalas sayang saya pada-NYa. Ya, hanya DIA satunya di hati saya tiada pengganti.” Kata-kata ungkapan Qaifa benar-benar membuatkan Dz termati kata.

Makan dalam ayat itu. Qaifa tersenyum kerana berjaya menutup mulut lelaki yang menjengkelkan itu.

Erin yang jadi pemerhati dari kejauhan terus berlari keluar dari dewan. Tidak sanggup melihat kemesraan Dz dengan isteri yang baru dinikahinya itu. Sedih. Walau dia tahu mereka tidak saling mencintai tetapi pernikahan yang sah itu benar-benar membuat hatinya rasa sakit. Sepatutnya tempat itu adalah dia. Bukan gadis yang bernama Qaifa itu.

Saat itu kedengaran lagu Jodoh Berdua nyanyian Hafiz Hamidun dan Jodoh Pasti Bertemu nyanyian Afgan berkumandang. Entah siapa yang pilih lagu itu. Pasti dj sendiri yang sengaja putarkannya sempena di hari bahagia sang mempelai. Qaifa dan Dz terus bersanding atas pelamin. Ketika itu sudah ramai tetamu memenuhi dewan. Pelbagai persembahan diadakan yang ditempah khas oleh keluarga Dz untuk memeriahkan lagi majlis.

UPDATE NEW VERSION EDIT 21 OKT 2021

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top