05


Esok merupakan hari Raya Cina bagi kaum Cina. Huan membantu mamanya untuk menyediakan yee sang untuk makan besar nanti. Huan tidak sabar mahu berjumpa dengan nenek dan abangnya, Lu Hao.

Tiba-tiba, kedengaran loceng rumah ditekan seseorang. Puan Hee menjenguk keluar untuk melihat siapa yang berada di luar.

"Eh, itu Hao!" Dengar sahaja nama abang Huan, dia berlari keluar dari rumah dengan perasaan gembira.

"Nenek!" Huan terus memeluk neneknya dengan erat sekali. Neneknya membalas pelukannya.

"Eh, untuk abang tak ada?" Tanya Hao, tersengih.

"Ew, mengadanya! Tak payahlah", balas Huan, menjelir lidah. Hao memuncungkan bibirnya. Aduh, dah mula dah perangai kebudak-budakan dia!

"Mengadanya Hao. Tak apalah, biar mama je yang peluk", lalu Puan Hee memeluk anak sulungnya.

"Nenek sihat?" Soal Huan kepada nenek.

"Sihat." Jawab nenek, pendek dan ringkas.

"Jomlah masuk, tak elok lama-lama dekat luar ni." Kata Puan Hee. Huan membantu abangnya mengangkat beg bagasi untuk dibawa masuk ke dalam rumah, manakala Puan Hee dan nenek sudah pun masuk.

"Yee sang dah siap ke?" Tanya Hao.

"Pasal makan je, laju dia", gurau Huan.

"Ala, sekali-sekala tanya. Dah lama tak makan air tangan mama." Cakap Hao.

"Dah siap dah. Pergi tukar baju dulu, baru kita makan besar, ya?" Arah Puan Hee.

"Baiklah, mama!" Tabik Hao.

♡🍊♡

Huan dan keluarganya sudah berada di meja makan, bersembang sementara menunggu tibanya Hari Raya Cina.

Apabila sudah tiba masanya, mereka segera memegang penyepit masing-masing dan mula melambung-lambung yee sang. Huan merasa sedikit yee sang, rasanya begitu sedap sekali. Sudah sekian lama dia tidak sambut Hari Raya Cina bersama dengan neneknya dan Hao. Dia bersyukur kerana hari ini, akhirnya dia dapat juga sambut dengan nenek dan Hao.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top