Chapter 10

♡ ; mi ane guys sembang nak daily update HAHA. chan busy dengan manuskrip. so yea chan struggle untuk luangkan masa dekat fanfic ni jugak. gomawo sebab tunggu. 🥺💜

****************

****************

Sejak kebelakangan ni, hubungan Mi Chul dan Taehyung semakin rapat. Apabila itu berlaku sudah tentu ada yang iri hati, lagi lagi yang baru lepas ditolak cintanya. Walaupun cuba untuk terima kenyataan tetapi Daeul gagal. Dia terasa seperti dipermalukan setelah sekian lama menaruh perasaan terhadap lelaki itu.

Ini semua berpunca dari Michul.

"Saya nak awak settle kan harini. Sebab itu apa yang saem arahkan. Taehyung tak ada, jadi awak kena hadap sorang." sengaja Daeul menyuruh gadis itu menempel cop pada seguni buku buku baru.

"B.. Boleh tak aku sambung separuh esok? Sebab—"

"Tak ada alasan Michul. Awak yang nak bertugas dekat sini. Dulu saya pun dah pernah lalui."

"Gurae, aku memang boleh buat tapi—"

"Saya harap awak bertanggungjawab dengan keputusan awak. Saya pergi dulu." sebaik sahaja dia berpaling, ada satu senyuman terbit di bibir Daeul. Entah kenapa ini kali pertama dia berasa puas dengan apa yang dia lakukan.

Michul menghela keluhan berat.

Pergelangan tangan dilihat sekilas, dengan pantas budak perempuan itu mula melaksana kerja tanpa sebarang bicara. Dia dah janji dengan Jungkook untuk belanja minum sempena meraih kemenangan tempat pertama tempoh hari. Lain pulak jadi bila dia terpaksa siapkan semua buku tu hari ni.

"Huh. Kenapa Daeul tibeh macam kejam sangat? Dia nak ganti watak Chulgonis aku ke? Eeei!" bebel gadis yang tangannya sibuk menekan cop.

"Huh. Cop muka dia tahulah."

Pap! Pap! Pap!

Sepantas mungkin Michul memastikan setiap buku dilekatkan dengan dakwat logo sekolah. Walaupun sebal tetapi masih tabah. Sekejap sekejap dia berhenti dek kerana terlalu lenguh. Nafas distabilkan kembali sebelum menyambung kerja.

"ARgh! Penat! Macam tak berkurang siot! Aduh dah lambat ni!" mulut memang bising tapi sedaya upaya dia tidak tertinggal walau hanya satu buku.

Pap! Pap! Pap!

Terlalu banyak bagai tiada beza.

Sementara Jungkook yang sudah menanti di kafe mula dilanda bosan. Dagu dia tongkat dengan tangan kanan seraya mendail nombor telefon Michul. Dah masuk 15 kali, tapi jawapan yang dia dapat cuma missed call.

Berdering tetapi tidak diangkat.

Malangnya handphone budak perempuan itu silent. Dia pula masih struggle tanpa menghiraukan keliling.

"Minju, Chul mana?" akhirnya nama panggilan beralih ke kawan baiknya yang seorang lagi.

"Molla. Rasanya dekat library. Harini dia bertugas."

"Eung. Arraseo."

****************

****************

Krek.

Bunyi pintu dikuak menarik perhatian aku sejenak. Terasa air mata ingin deras mengalir apabila ruang pandangan dipenuhi dengan wajah Jeon Jungkook. Dia menggeleng kepala kecil kemudian menapak mendapatkan aku yang sudah bertukar jadi mak lampir dek kerana terlalu serabut uruskan buku buku ni.

"Tsktsk. KUK-AH."

"Yah. Boleh tak jawab call?"

"TSKTSK MIANHAE. Kau call ke?" aku tersedar bingkas menyeluk tangan ke dalam poket namun tidak dijumpai. Rupanya phone aku dalam beg, lepas tu silent, memang tak dengar jawabnya.

"Buang je phone."

"Sorry ah. Tadi niat nak singgah sini, kan library so aku silent phone. Sekali aku terpaksa stay sebab Daeul suruh siapkan semua ni! Tsktsk! Aku nak cakap aku ada janji tapi dia tak nak dengar! Salahkan Daeul!"

Jungkook tertawa halus seraya melabuhkan punggungnya, "Aigu. Ini tugas kau. Memang lah." dengan spontan dia turut mengambil buku dan tolong cop tanpa disuruh.

Tau tau je tangan aku dah macam nak tercabut. Auch, boyfriend material sangat~

"Tapi dia kena lah bertimbang rasa jugak? Mentang mentang dia diarahkan untuk pantau aku, tapi tak semestinya dia berkuasa. Ketua tu Taehyung, so aku patut mintak izin Taehyung je kalau nak balik awal. Tapi dia over kau tahu ark? Dia bitter gila dengan aku tak tahu pahal. Lehmek."

"Wae? Kau ada buat benda yang dia tak suka ke?"

"Hm? Emmmm. Apa je aku buat. Biasa je lately, tak ada benda yang berubah pun."

"Pasti? Bagi aku ada."

"Gurae? Bwo?"

"Kau.. makin rapat dengan Kim Taehyung." budak lelaki itu tertawa perlahan, "Aku tahu masa hari perlawanan tu kau tak ada, mesti sebab kau dengan dia. Kan?"

Mulut bagai dikunci seketika.

Memang betul apa yang Jungkook cakap, sejak kejadian hari tu. Taehyung layan aku 5% lebih elok dari biasa. Tapi aku tak boleh nak kata kitaorang rapat. Mungkin layanan baik 5% tu buat orang fikir kitaorang ada hubungan dekat. Padahal dia layan aku sama je, macam pucek.

Ada ke patut aku mintak tolong tengokkan jawapan dia kasi formula je? Dia fikir aku tengok formula jawapan aku boleh bertukar jadi betul ke?

"Eum. Gurae? Aku tak ada lah rapat pun. Mungkin sebab kitaorang duduk sebelah sebelah." ujar aku. Bila difikirkan balik, ada sebab kukuh kenapa Daeul marah.

Daeul jealous. Euw.

****************

****************

Box ditutup rapat.

Taehyung menghidupkan motosikalnya untuk membuat penghantaran ayam goreng. Pagi sekolah, petang sampai malam kerja. Itu lah rutin harian dia. Sempat jugak timbulkan hal dekat sekolah disebabkan sikap yang begitu. Tapi dia yakin, ini je antara salah satu usaha untuk bantu si ibu.

Apa pun, Taehyung lega dengar berita yang pasukan basketball menang tempoh hari. Niat dia datang sebab nak tengok dalam diam. Terserempak pula dengan budak perempuan mereng tu.

Bibirnya menguntum senyuman dengan sendiri apabila terfikir si Michul. Rimas, tapi seronok kalau dia ada.

Pom! Pom! Hon dibunyikan.

"Ahh! Taehyung-ssi! Sini sini!" pengawal keselamatan rumah agam yang mewah itu memanggil. Taehyung melempar senyuman petaknya mesra seraya menuruni motosikal. Dia mengeluarkan dua kotak chicken tasty lalu menerima bayaran.

"Ahjussi sihat?"

"Sihat. Kamu tu? Okay? Study macam mana?"

"Eung. Gwaenchana. Ahjussi hwaiting."

"Hahaha! Taehyung hwaiting! Gomawo eoh!"

"Eung!" sebaik sahaja budak lelaki itu tepat menghenyak punggung, alisnya berkerut bingung apabila mata tertancap ke arah kereta hitam yang meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah.

Bukan kerana kereta, tetapi orang di dalamnya.

"H.. Hyung.." sebak dada Taehyung melihat susuk tubuh figura tinggi lampai bersama seorang gadis cantik di sebelahnya mengunci lengan menjadi satu. Mereka berdua masuk ke dalam perut rumah seiringan sambil tertawa.

"Jin.. hyung.."

Taehyung memeluk hadiah ulang tahun yang dia akan kongsi bersama dengan si abang. Langkah kaki riang menuju ke rumah, senyuman lebar mekar menghiasi bibirnya.

Tak sabar nak balik rumah!

Tetapi pergerakannya mati, senyuman yang indah berubah kelam. Kedengaran bunyi tikaman lidah yang tiada henti antara si ibu dan ayah. Bahunya mula terhincut hincut menahan sebak.

Kebetulan si abang keluar dari arah pintu. Dia terus berlari mendakap tubuh adiknya.

"T..Taehyung..-ah. Gwaenchana. Uljima.." Jinyoung menenangkan adik lelakinya walaupun dia sendiri dalam ketakutan.

"Awak jaga Taehyung! Saya akan jaga Jin!"

"Jangan ambik anak saya!"

Tuan Kim yang berwajah tegas dan memiliki tubuh yang tegap itu keluar dari rumah, dia merentap semula tangan yang ditahan sedaya upaya oleh si isteri.

"Abeoji HAJIMA! Shireo! Taehyung-ah!"

"H.. Hyung! HYUNG! ABEOJI JEBAL.."

"Jinnie ah...!" si emak sudah tidak bertenaga, tangisan melarat. Tubuh tidak memberi kerjasama, lemah longlai melihat si anak sulung diambil suaminya.

"EOMMA!" Jin meraung meminta dilepaskan apabila dia didukung dengan mudah oleh Tuan Kim.

Taehyung masih memegang mainan ditangannya penuh getaran. Dia mendapatkan si ibu yang sudah rebah. Hanya tangisan menemani detik itu. Langit kian mendung.

"E.. eomma.. hyung.."

"Tsk." Taehyung meninggalkan si ibu lalu berlari mengejar ayah dan abangnya.

Namun segala usaha itu gagal.

Jiwanya bercelaru. Tak pasti samada dia patut gembira berjumpa kembali dengan abangnya atau dia hanya perlu diam dan hidup seperti biasa. Sebab kalau si emak tahu, hatinya pasti akan sakit dan terluka.

Sebak menerpa diri.

Tak mahu tambah rasa sakit yang ada.

Rambutnya dikuak kebelakang. Taehyung berjalan sendirian. Tiada arah.

Rindu. Sudah tentu. Taehyung tak pasti dengan apa yang dia lalui sehingga sekarang. Parut lama kembali terimbas.

Si emak bertungkus lumus membesarkan dia, malah hidup si ayah dan abang mewah tidak terkata. Taehyung jadi takut, takut untuk munculkan diri dengan keadaan macam ni. Nasib keluarga akan berubah? atau malah dipermalukan? Semua tu tiada jawapan.

Apabila mereka berpisah, si ayah menjual rumah tersebut. Taehyung dan emaknya dihalau keluar. Mereka tiada pendapatan tetap, malah budak lelaki itu kerap kali berpindah rumah.

Dia masih mengorak langkah lambat, mata satu arah. Tidak bergerak. Otak sibuk berfikir.

Sehingga Taehyung tak sedar yang dia sedang melintas jalan.

PINNNNNN!

****************

****************

"Hehehe! Nasib baik kau ada! Finally siap jugak segala kejadahan yitu! So sekarang kita akan pergi tunaikan janji! Jangan risau and malu malu, makan and minum je apa kau nak."

"Jangan risau, takkan malu." jawab Jungkook selamba.

Kami berdua tiba di Mekdi. Terbuntang luas jugak mata aku bila tengok Jungkook seperti mengambil kesempatan dalam kesempitan bila dia order macam tiada hari esok. Tapi nak buat macam mana kan, benda dah janji. Tak boleh nak tarik. Tapi boleh je nak hempuk kepala dia ni.

"Sementara tunggu food. Aku nak tanya kau something."

"Hm? Apa dia?" aku menyoal semula.

"Em ada kawan aku ni. Dia suka sorang budak perempuan ni tau."

"Member kau? yang mana? yang mana? Doyoung? Yugyeom? Jeman jimbet?" teruja tak tertahan apabila Jungkook membuka topik mantap.

"Aniya. Ada. Kau tak kenal."

"Huh. Hah astu?"

"Tapi budak perempuan tu.. member dia sendiri. Kau rasa macam mana?"

"Hm sadis member kau ni. Macam member aku jugak." ujar aku spontan dek kerana teringat dekat Minju. Tapi Minju pun percaya dekat mimpi aku, sampai sekarang dia belum confess dekat Jungkook.

"Member kau? Siapa?"

"Ada lah. Kau tak kenal. HAHA. Em okay lah berbalik pada topik. Pada aku, tak salah pun suka member sendiri sebab ye lah. Perasaan ni siapa je boleh control? Tak tahu even boleh fall in love dengan musuh kita sendiri." jawab aku seraya bermain dengan straw. Jungkook pula hanya diam membisu.

"Pada aku lah, aku tak suka lelaki reject perempuan. Seeeee? Aku kena reject dengan Taehyung bape kali siot."

"Itu sebab kau merimaskan dia." balas lelaki itu mendatar.

"Huh. Whatever. Tapi serius, lelaki kena lah belajar untuk suka perempuan jugak. Ingat senang ke nak simpan perasaan tu lama lama?"

"Kau yang kena belajar suka aku."

"APA?"

"Tak ada pape."

"Ha k aku sambung. Lepas tu tak semestinya kita tak suka dia tapi kita tak boleh terima dia. Siapa tahu cinta tu akan berputik dengan sendiri? Gitcheww!"

Tepat ayat aku habis, makanan dihantar oleh si pekerja. Tak pasti jawapan aku tadi berilmiah atau tidak sebab Jungkook macam serabut je mendengar. Cuma memang betul pun, selalu kita akan hadap one-sided love je. Jarang orang suka kita balik. Dalam drama je gitu.

"Makan." arah si Kuk.

Sebaik sahaja aku membuka rahang luas untuk memasukkan ayam goreng ke dalam mulut. Malah telefon pintar berbunyi menghalang dari keindahan itu terjadi.

"Yeoboseyo? Nak apa Jeman. Lima saat je nanti Hwayoung serang aku p— BWO?"

****************

****************

Gadis itu meninggalkan dompetnya pada Jungkook kemudian berlari menuju ke hospital setelah mendapat panggilan dari Jimin. Tujuan Jimin bagitahu sebab dia tak boleh nak ke tempat tu memandangkan sibuk dengan Hwayoung. Kalau tak Hwayoung akan suruh Jimin pilih samada Taehyung atau dia.

Budak lelaki itu cuma dapat mesej ringkas dari Taehyung yang dia accident kecil. Tapi tak teruk sangat. Itulah sebabnya Michul di-inform tanpa izin.

Budak lelaki yang cedera itu melangkah terhincut hincut keluar dari pintu masuk. Lengan dipeluk sendiri, terasa sengal dan perit. Untung tak ada yang parah, dia terjatuh dan ditengking pemandu dek kerana tak tengok kiri kanan.

"Tsk. TAEHYUNG-AH!"

Mata terkebil kebil melihat seorang gadis sedang berlari dengan air mata yang mengalir. Tubuhnya tersentak sedikit ke belakang apabila didakap dengan erat oleh Mi Chul.

"Y.. Yah. Mana kau tahu.."

"Pabo! Macam mana kau boleh accident! Kau tahu tak aku risau! Jahat betul! Kalau rasa nak mengelamun tu tak payah lah tengah jalan! Kau budak pandai kan! Itu pun tak boleh fikir ke!" marah Michul yang tenggelam dengan emosi pilu.

Entah kenapa dia rasa hampir separuh mati apabila terdengar berita Taehyung cedera. Rasa macam dengan jantung dia sekali luka.

Sementara lelaki itu mengukir senyuman kecil, memandang budak perempuan polos itu redup tanpa suara. Ibu jari besarnya naik menghapus air mata yang deras mengalir. Terbakar resah gelisah menerpa diri setelah Michul datang.

Ibarat terpadam memori gelapnya.

Kenapa kau kena muncul waktu aku perlukan seseorang?

"Cakap lah sesuatu!" bentak Michul.

Membulat luas iris gadis itu apabila Taehyung 'bercakap sesuatu' menggunakan gerak tubuh dengan menyatukan bibir mereka. Detak jantung bagai bertendang kuat dengan sendiri. Tenang kelopak mata Taehyung dipejam seketika menekap dua ulas bibir lembut itu untuk beberapa detik.

Kemudian dia mengundur kembali, ruang antara mereka dibuka sedikit.

Michul hampir kehilangan akal. Perit liur ditelan paksa. Dia sudah pun mendapatkan ciuman tu, dia dah berjaya beli cinta Kim Taehyung dengan hanya meluahkan rasa suka dan bimbang selama ni.

Park Mi Chul, dah berjaya?

__________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top