PREORDER
PREODERR KINI DIBUKA❗
PREODERR KINI DIBUKA❗
🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉
Penulis : MIA AZWARI
Tajuk : TERUS SETIA MENJADI IMAMKU
Sinopsis:
“Sayang...” jerit Aina separuh gedik.
Kerana insiden dirinya diganggu sekumpulan lelaki, Aina menangkap tangan seseorang yang tidak dikenali dan berlakon yang lelaki itu adalah suaminya.
Pada Syamil, wanita itu penuh drama. Maka dia sering memperlekeh Aina setiap kali pertemuan tanpa sengaja antara mereka berdua.
Dan siapa sangka, takdir menentukan bahawa mereka bakal diikat dengan ikatan suci.
Namun bagi Syamil, ikatan itu dilakukan demi permintaan seseorang. Dia bersedia memutuskan apabila tiba waktunya.
Bagi Aina, kasihnya terhadap Syamil telah bermula sebaik sahaja lelaki itu melafazkan ijab dan qabul. Belum sempat Aina ingin meluahkan rasa cinta, dirinya dilukai sehingga dia nekad membawa diri.
“Dia pindah ke mana?” - Syamil
“Entah... yang tu kami tak tahu. Cuma kami dengar dia terima tawaran belajar di luar negara. Itu aje…”
Syamil hilang arah apabila dirinya ditinggalkan...
Tergamak Aina membawa sesuatu yang cukup berharga buat Syamil. Dirinya dikhianati semudah itu sedangkan rasa cintanya telah mengunung tinggi!
Bertahun terpisah, mereka bertemu di hospital tempat Aina bekerja. Layanan dingin Syamil membuatkan Aina menyangka lelaki itu telah membencinya.
“Saya dah hampir putus asa. Adanya baiknya dia lepaskan saya kalau itu yang buat dia bahagia…” - Aina
Puan Dahlia, ibu Syamil berkeras mahu mengahwinkan Syamil dengan Laila sementelah hubungan Aina dan Syamil sedang kucar kacir.
Adakah terlerai masalah yang menjerut dalam hubungan mereka berdua?
Apakah alasan Aina sehingga sanggup meninggalkan Syamil sebegitu lama?
Dan masihkah Syamil mahu melepaskan Aina sebagai makmum dalam hidupnya?
🎆🎆🎆🎆🎆
Penulis : Rinsya Chasiani
Tajuk : Khair Sweetness in You
Sinopsis:
“Kehadapan Kak Yana, Ir dah lama suka Kak Yana. Ir tak nak Kak Yana bercinta dengan Bob. Ir nak jadi kekasih Kak Yana.”
Aku tergelak besar. Khair Ikhsan. Adik kepada Yuhanis, kawan baikku sendiri.
Budak tu 13 tahun. Muda dari aku 4 tahun
Tak padan dengan kecik, ada hati nak mengurat!
Dalam hatiku, dia bukan siapa-siapa. Aku masih teringat tangisan Khair apabila dibawa oleh keluarganya berpindah keluar negara. Kini 15 tahun telah berlalu. Dia pulang. Dan aku masih menganggapnya sebagai bahan gurauan.
“Teringin aku nak ungkit masa kecil dia.” Ujarku pada Yuhanis.
“Ha, Khair... Ingat tak siapa ni? Ni la Kak Yana.” Yuhanis bertanya.
Khair pandang aku sekilas. “Tak. Tak ingat.”
Eh? Biar betul tak ingat? Tapi kalau tak ingat, kenapa di mana ada aku, dia muncul di situ?
“Yana... You jadi girlfriend I.” Aku hampir tersedak mi goreng.
“Siapa?” soalku dengan suara yang hampir tenggelam.
“You dan I.”
Kata Yuhanis, Khair Ikhsan tidak main-main. Dia serius. Tapi padaku, kami berdua tidak sesuai. Kerana itu aku memilih untuk mendekati Fuad.
“Kalau Khair masih ada simpati, jangan ganggu hidup akak lagi. Perempuan kalau dah move on, tak perlu di try. Sebab takut timbul benci.” - Aku
Tak pernah terlintas dalam fikiranku bercinta dengan adik kawan baik sendiri! Tapi, sudah tertulis jodohku dengannya. Berkali-kali aku mengelak dan menolak, dia masih berdegil untuk mengusik perasaanku.
“Jangan usik lebih-lebih.” Aku memberi amaran.
Khair mendekatkan tubuhnya dengan tubuhku sehingga aku jadi kaku. Jari-jari kasar Khair singgah ke pipiku.
“I tahu you penat,” bisik Khair kepadaku.
****
Buku dijangka siap akhir Julai.
Wassap : https://wa.me/60198817140?text=KomboJealousy
Bab awal TERUS SETIA MENJADI IMAMKU boleh dibaca dekat wattpad
azwari85
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top