Bab 3 : Pertembungan Kali Pertama

Sebuah bilik seperti bilik ujikaji,dipenuhi oleh puluhan individu berpakaian kot makmal berwarna putih. Masing-masing tekun melakukan urusan,sepuluh balang gergasi sama seperti yang mengurung Alisa ada di dalam bilik tersebut.

CBI-01

CBI-02

CBI-03

Setiap balang ada individu di dalamnya,sama seperti keadaannya Alisa pertama kali Ikhwan temui.

Lelaki berambut ungu memerhatikan dari tingkat atas,anak matanya berwarna merah tajam merenung setiap mereka yang melakukan pemerhatian.

"Tuan Violet! Scarlet dalam talian!" Seseorang muncul dengan tiba-tiba.

"Ada apa?" soal lelaki berambut ungu dipanggil Violet.

"CBX-00! Dia sudah temui di CBX-00 berada!"

"Di mana?" Violet menyoal.

"Gloria City!"

Violet berfikir sejenak dan mengambil satu keputusan,matanya tajam dan memandang ke arah orang memberi info.

"Beritahu Scarlet,aku akan ke sana.."

"Baik tuan!"

*******

Sebuah restoran yang agak sibuk,para pelayan tidak menang tangan melayani pelanggan yang memesan makanan.

Satu sudut dalam bangunan restoran,Ikhwan dan Alisa serta Farhan sedang duduk semeja. Mereka baru sahaja membeli pakaian untuk Alisa,gadis itu terasa serba-salah.

"Tak apa ke awak beli sebanyak ini? Tak membazir ke?" Alisa menyoal naif.

Ikhwan menghela nafas pendek,manakala Farhan menikmati minuman nescafe latte yang dia pesan.

"Saya ikhlas nak bagi pada awak.." kata Ikhwan lembut.

"Nom... nom... nomm.."

Farhan hanya dengan buat hal sendiri,mengunyah kentang goreng tanpa sebarang perasaan dan Ikhwan hanya menjeling ke arah sepupunya.

"Tapi..." Alisa masih kurang yakin,Farhan sambung meneguk nescafe latte.

"Sruuppp..."

"Kalau awak terus menolak,saya akan merasa sedih.." kata Ikhwan dengan nada lembut dan budiman.

PFFTT!!!

Farhan tersedak menyembur air apabila melihat gaya ikemen Ikhwan,Alisa terkebil-kebil manakala Ikhwan memandang sepupunya dengan muka blur.

"Kau pehal doh?" Ikhwan menyoal.

"Kau la setan! Apahal buat muka jambu tu? Muka dah devil tu devil je la!"

"Hak ala... kalau aku devil kau sepupu devil.. kira sama devil gak la.."

"Maaf sikit,aku tak nak..."

"Nak atau tak nak.. dah fakta kau dan aku berkongsi darah.. heh.."

"Kau dengan jawapan kau..."

Dua sepupu itu bertelagah sehingga terpaksa diminta meninggalkan restoran,kerana mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain.

*****

"Salah kau la ni,tak pasal-pasal kena halau!" Ikhwan mengomel.

"Salah aku? Yang kau tetiba control handsome pehal? Devil!"

"Aku? Kau tu lebih devil,tak boleh tengok orang senang!" Bidas Ikhwan.

"Apa kau nak gaduh ke?" Farhan tidak puas hati.

"Tak ada masalah,meh la!" Ikhwan menyahut tanpa takut.

"Kau mula dulu.." Farhan mengumpan.

"Kau yang cabar kan? Kau la.." Ikhwan membalas dengan tersengih.

Alisa hanya sekadar menjadi penonton sahaja,dia merasai kehadiran seseorang dari jauh namun tidak melakukan apa-apa.

Individu yang dikesan Alisa,melakukan tembakan serangan hendap dengan mengejut.

Saat yang sama segera Ikhwan dan Farhan mengundur ke belakang,mengelak serangan hendap dan dua bilah berbentuk bulu sayap burung terpacak pada lantai simen.

"SIAPA?!" Ikhwan bertempik berang dan Farhan bersiap-sedia.

Ikhwan mengikut gerak hati dan mendekati Alisa,entah kenapa dia perlu melindungi Alisa ketika itu.

"Mereka boleh elak serangan yang senyap? Nampaknya mereka bukan orang biasa.." ujar si penyerang dalam hati.

Suasana sunyi sepi dan seluruh kawasan seperti menjadi kosong,seperti bandar Gloria tiada penghuni dan tidak kedengaran bunyi walaupun bunyi muzik dari television gergasi.

Tidak lama lepas itu kedengaran bunyi tapak kaki berjalan dari satu arah,Ikhwan dan Farhan menoleh serentak. Alisa yang turut sama memandang ke arah yang sama,satu susuk tubuh mula kelihatan keluar dari bayangan gelap.

Seorang Wanita berambut merah..

"CBX-00 di sini rupanya kau.." kata Scarlet dengan renungan tajamnya.

"Cbx?" Farhan kehairanan dan Ikhwan teringat tulisan huruf serta nombor,sama seperti yang disebut oleh Scarlet

"Apa yang kau buat dengan mereka CBX-00? Ikut aku balik.." ujar wanita berambut merah dan Alisa hanya mendiamkan diri.

"Weh Ikhwan,apa yang mereka bebelkan tu? CBX-00? Kenapa perempuan tu panggil Alisa seperti nama kod?" soal Farhan.

"Aku mana la tahu..?" Ikhwan membalas selamba.

"Datang ke arah aku CBX-00.."

"Saya tak mahu.." Alisa membalas dan wanita berambut merah agak terkejut.

Alisa mengepalkan penumbuknya,Ikhwan membelakangkan Alisa dan pandangan wanita berambut merah tumpu pada dia pula.

"Siapa kau?"

"Seseorang yang membawa dia keluar dari tempat yang tidak sepatutnya dia berada? Maksud aku kenapa kau kurung dia dalam balang gergasi,dah tu tak pakai apa-apa pulak tu..menguji keimanan aku kau tahu?" Celoteh Ikhwan dengan selamba dan wanita berambut merah itu tersenyum.

"Oh camtu,kau la hunter yang ceroboh dan cederakan Yazid dan Jamadi?"

"Alamak terkantoi pulak.." kata Ikhwan dan Farhan memandang ke arahnya dengan reaksi annoying.

"Aku tak faham langsung apa yang berlaku.." kata Farhan.

"Hari ini hari kematian untuk kamu...!"

Wanita berambut merah menyeru satu buku tebal kamus,terapung dan bersinar kemerahan lalu muncul sepuluh obor api.

"Spirit of Fire! Destroy enemy in front of me!! Flame Arrow!!"

TUSSHH!! TUSSHH!!!

TUSSHH!! TUSSHH!!!

"Semua mengelak!!" Ikhwan mencempung Alisa dan terus melompat,Farhan juga melompat menjauhkan jarak.

"Everyone!! Attack them! Take CBX-00 from that boy!!" Scarlet memberikan arahan.

Muncul puluhan figura berpakaian serba hitam serta berkerudung jubah hitam,meluru ke arah Ikhwan dengan laju.

"Api huh? Marilah api lawan api!!.."

Oh,Spirit Dragon of Fire..

Lend me Your Power..

Mulut Ikhwan mula marak dipenuhi api,Alisa memerhatikan sahaja di dalam dukungan Ikhwan.

"FLAME BREATH!!"

ZWOOSSHHH!!!!

BooOOOOMMMM!!!

Serangan semburan nafas api menolak individu berkerudung itu semua ke belakang,berundur dari terbakar oleh api tersebut. Ikhwan mendarat dan menurunkan Alisa,manakala bakinya menyerang Farhan.

"Apahal serang aku? Yang bawak lari dia! Bukan aku,serang dia je lah!!"

"Hantu punya sepupu! Kau pihak mana sial?!"

"Natural? Aku tak nak terlibat dengan hal masalah kau!"

"Tak boleh kau rasa empati tu? Kau tu sepupu aku!"

"Apa peduli kau tu sepupu?"

Melihat dua orang remaja itu sempat bertekak walaupun didesak,membuatkan wanita berambut merah mula hilang sabar.

"KAMU BERDUA NAK BERTEKAK ATAU NAK BERTARUNG?!! INFERNO BLAZE!!"

Semburan api besar umpama puting beliung,dilepaskan ke arah Ikhwan dan Farhan dengan serentak.

"Ah shit.."

Ikhwan tersengih melihat serangan tersebut,tidak mungkin dia mampu menahan serangan itu. Jika dia elak akan membuatkan tempat ini menjadi neraka dunia!

Alisa berjalan ke hadapan dan Ikhwan terkejut,Farhan juga kehairanan manakala Scarlet menyedari dan tersenyum.

"Bagus.. mari sini.."

Oh,Spirit Dragon of Blizzard...

Let me use your Power..

"Apa?" Scarlet terkejut.

Ikhwan tersentak dan persekitaran menjadi dingin,nafas Ikhwan mengeluarkan wap dan Farhan membesarkan mata melihat keadaan itu.

Alisa menumpukan kuasa dalamannya,dirapatkan sedikit kedua-dua tapak tangan dan terhasil kuasa berelemen ais.

"BLIZZARD VORTEX STREAM..."

ZWWOOOOOSSHHHHH...!!!!

Scarlet tergamam dan impak serangan ribut ais,merempuhnya dengan hebat dan menyebabkan Scarlet tercampak ke belakang.

"Ahhhh..." Scarlet merempuh dinding bangunan.

Farhan agak tergamam,Ikhwan memandang ke arah Alisa. Mereka tidak sangka Alisa dapat melakukan skill seperti itu,Ikhwan agak kagum dan Karma mengangguk yakin.

"Dia ada kuasa elemental naga ais.." Karma bersuara.

"Apa?" Ikhwan agak terkejut.

"Kuasa Naga Ais,Ashera..." jelas Karma.

"Awek kau?" soal Ikhwan dan Karma merengus geram,sempat juga mengusik budak ni.

"Bukan masa untuk bermain,ada seseorang datang..!" Karma memberi amaran.

"Deep in the Abyss... Hellfire.."

ZRAAASSSHHH!!

Ikhwan,Farhan dan Alisa tersentak lalu mengelak serangan marak api menyimbah ke arah mereka. Mujur mereka sempat bertindak,Ikhwan menoleh ke satu arah ada individu berdiri di hadapan Scarlet.

"Cuba gigit tuan sendiri CBX-00? Itu tak cantik..." kata si penyerang.

"V-Violet.." Scarlet cuba bangun dan dibantu oleh Violet.

"Kerja yang bagus Scarlet.." ujar Violet dan memandang ke arah Alisa,kemudian dia pandang Ikhwan dan Farhan.

Ikhwan hanya mendiamkan diri,sebelum sedar dan mengelak satu serangan yang begitu pantas.

"Boleh tahan.." Violet sudah begitu dekat dengan Ikhwan.

"Pantas!" Getus Ikhwan bicara dalam hati.

Violet terus menghayunkan penumbuk ke arah Ikhwan,Farhan tidak sempat bereaksi.

DUUSSHHH!!!

"Kughh..."

Ikhwan menyilangkan tangannya dan menahan tumbukan,impak hembusan angin yang kuat terhasil dan Alisa meletuskan rekahan ais. Memaksa Violet terpaksa berundur,Ikhwan menggigil pergelangan tangannya terasa kebas.

"CBX-00!! Berani kau?"

"Jangan apa-apakan dia.." Alisa berkata dengan nada biasa.

"Berani kau arahkan aku?!" Violet berang dengan tindakan Alisa.

Violet mengeluarkan satu batu bersinar,Farhan terkejut kerana dia mengenali batu tersehut.

"Spirit Stone?!"

"Beast Armor,Soul Link!!" sebaik Violet berkata sedemikian,aura berwarna ungu pekat menyelubungi tubuhnya.

"Dia gunakan Beast Armor?" Scarlet terkejut.

"Okay,ini macam tak bagus.." omel Ikhwan sendirian.

"Hati-hati budak,aura lelaki di hadapan kau bukan sembarangan.." Karma memberi amaran.

Aura yang tebal menyelubungi Violet mula lenyap,sedikit demi sedikit menghilang lalu muncul figura lengkap berzirah.

Zirah hitam lengkap seluruh tubuh,aura yang amat kuat jelas dirasai oleh Ikhwan dan Farhan. Mereka terkial-kial menahan serangan impak aura dari Violet di dalam zirah itu.

"Yeah... memang tak bagus.." kata Ikhwan lagi mengulangi kata-kata yang sama.

"Ikut kami balik CBX-00..." ujar Violet.

"Saya tak mahu.." balas Alisa dan Violet merengus nafas kecewa.

"Fine... I'll take you by force..." Violet meluru laju ke arah Alisa.

BOOMMMM!!!

Letusan yang kuat terhasil dan semua terkejut,Farhan tergamam apatah lagi Alisa manakala Scarlet juga bagai tidak percaya.

Ikhwan! Remaja itu menahan serangan senjata dari Violet.

"Kau?..." Violet sedikit terkejut.

"Kau nak heret dia ikut kau balik? Kau perlu TANYA AKU!!"

"Kau serius? Kau tak sayang nyawa kau? Semata-mata demi orang yang kau tak kenal?!" Violet berkata dengan marah.

"Aku tak perlu sebab untuk melakukan kebaikan.." kata Ikhwan dan rambutnya kali ini,berubah warna kepada biru keputihan.

"SKY BLAZE!!" Api Ikhwan menjadi kebiruan dan memanjang menjadi sebilah pedang.

"That sword...?" Scarlet seakan mengenali pedang tersebut.

"Seriously? Dia guna pedang tu?!"

Violet kenal akan pedang itu dan dia tersenyum,dia baru dapat kenal siapakah remaja di hadapannya.

"Tak sangka aku jumpa pu-?!!" Sebelum sempat Violet mahu menghabiskan ayatnya,Ikhwan sudah meluru dan menetak pedangnya.

TANNGGG!!!

"Kau nak lawan atau berbual?" soal Ikhwan.

"Kau budak mentah.. Nak mati sangat ke?"

"Cuba la! Aku cabar kau mamat ungu!"

TANGG!! KTANGG!!!

TANGG!! KTANGG!!!

TANGG!! KTANGG!!!

"Aku tak sangka seseorang seperti kau berada di tempat tidak sepatutnya.."

"Mana aku nak jejak kaki aku,bukan urusan orang lain nak tentukan..!"

TANGG!! KTANGG!!!

TANGG!! KTANGG!!!

"Ouh? Ini mesti berkaitan dengan abang kau bukan?" Violet berkata sinis di sebalik topeng zirahnya.

Ikhwan bergerak pantas tangannya,lalu tangan kiri mencengkam muka Violet yang ditutupi zirah topeng.

"Wha?" Violet agak terkejut.

"Cubaan yang bagus... BURNING DUST!!"

BOOMMM!! BOOMMM!!

"Violet!!" Scarlet risau.

"CURSED YOU BRAT...!!"

Violet mulai berang dan menghayunkan libasan pedang,membuatkan Ikhwan melepaskan cengkaman pada topengnya dan Violet menyambung dengan melakukan tendangan. Ikhwan menahan dengan pedang berbilah warna birunya,lalu tercampak ke belakang dan Ikhwan mendarat berdekatan Farhan dan Alisa berada.

Violet merenung tajam ke arah Ikhwan,dia sedar sesuatu pada zirah miliknya. Ikhwan dan Farhan kehairanan kerana Violet hanya berdiri,manakala Alisa hanya memerhatikan sahaja.

"Kau berbakat budak.. apa kata aku bagi kau maklumat berharga,sebagai tukaran dengan CBX-00,tak maksud aku Alisa..?"

"Violet? Apa yang awak buat?" Scarlet terkejut dan Violet meletakkan jari telunjuk pada bibir tanda suruh Scarlet diam.

"Maklumat berharga? Tukaran dengan Alisa?" Ikhwan menyoal dan Violet tersengih.

"Maklumat mengenai abang kandung kau.." jelas Violet dan Ikhwan serta Farhan tersentak.

"Bagaimana?" Violet menyoal lagi.

"Menarik tawaran kau.."

"Kau serius?" Farhan terkejut dan Alisa seperti sudah mengagak,saat dia mahu melangkah pergi tetapi dihalang.

"Tapi terima kasih je la.. aku boleh usaha sendiri maklumat seperti itu.."

"Oh ya? Bagaimana kau nak lakukannya?"

"Seperti ini..."

FWOOSSHHHH!!!!!

Ikhwan terus melepaskan kuasa dalamannya,sehingga membuatkan skill dominan Scarlet merekah.

"A-apa? Tak mungkin!" Scarlet bagai tidak percaya.

Ikhwan mengangkat pedangnya dan badannya,direndahkan dan posisi kekuda dipasang. Bilah pedang Ikhwan yang berwarna biru,bersinar dan nafas dihelakan lalu remaja itu menghayunkan libasan pedang.

HEAVENLY FLAME DRAGON,PATH OF SWORD,PHASE 1

SHATTERED THE SKY!!

Violet menarik pedangnya lalu membalas skill Ikhwan,lalu dentuman kuat terhasil akibat pertembungan tersebut.

"T-this kid... this is not good..."

BOOMMMM!!!!

FWOOOSSHHH!!!!

Asap tebal terhasil mengaburi pandangan,Ikhwan mengibaskan lengan kirinya dan asap tebal lenyap. Violet dan Scarlet hilang dari pandangan mata mereka,Ikhwan menoleh ke arah Alisa dan gadis berambut putih masih ada di pandangan matanya.

Sebaik sahaja Violet dan Scarlet lenyap dari pandangan mata mereka,keadaan di bandar kembali normal. Orang-orang awam mula kelihatan,Ikhwan sempat menyimpan pedangnya.

"Kau okay Ikhwan?" Farhan menyoal.

"Yeah rasanya.. kebas lengan aku.." kata Ikhwan tersenyum kelat,Alisa dengan tiba-tiba menyentuh lengannya.

Cahaya hijau kecerahan bersinar dan Ikhwan merasai kebas serta sakit,mulai beransur hilang dan kesan lebam juga hilang.

"Dia juga tahu magic healing?" Farhan menyoal di dalam hati,dia terkejut dan Ikhwan agak tergamam.

"T-terima kasih.. saya hargainya.." kata Ikhwan.

"Awak tak takut ke?" Alisa menyoal.

"Takut? Kenapa pulak?"

Alisa menundukkan wajah kemudian membisukan dirinya,Ikhwan dan Farhan berbalas pandangan.

"Okay baik kita balik?"

********

"Hey Violet! Kenapa kau tak teruskan pertarungan?!" Scarlet menyoal dan Violet hanya mendiamkan diri.

"Hey Violet! Kau dengar tak?! Kenapa kau tak heret CBX-00?!"

Scarlet meluahkan ketidakpuashatian pada Violet,menyoal Violet bertubi-tubi dan lelaki itu berhenti melangkah. Zirah dilenyapkan dan Violet terkejut,apabila melihat keadaan Violet.

"Violet cedera? Mana mungkin?! Spirit Beast Armor sukar dicalarkan jika dengan senjata biasa!" soal Scarlet dalam hati.

"Tengok dari air muka kau.. aku pasti kau terkejut dan tertanya bagaimana aku boleh cedera.." kata Violet mengeluarkan satu botol potion lalu meneguknya.

"Sudah tentu.. spirit beast armor sukar dirosakkan dengan senjata biasa!" ujar Scarlet dan Violet tersenyum.

"Senjata biasa?" soal Violet dan Scarlet kehairanan.

"Apa? Salah ke saya cakap?"

"Pedang yang budak tu guna adalah Slicing Sky.." jelas Violet dan Scarlet terkejut

"Slicing Sky? 10 Senjata Keramat di dunia Mithgar? Itu?" Scarlet menyoal dan Violet tidak menjawab.

"Slicing Sky adalah senjata yang berada di bawah penguasaan kerabat diraja negara Mentari.. mana mungkin budak biasa bo...huh?" Scarlet mula menyedari sesuatu dan Violet menyambung.

"Melainkan budak itu berdarah diraja?" Tambah Violet.

Scarlet terdiam sejenak dan Violet meneruskan langkah,Scarlet segera mengekori dia dari belakang.

"Violet? Hey!"

Violet berjalan sambil mengesat luka di bibirnya,kemudian mengukir senyuman simpul.

"This gonna be interested..."

********

"Kau pasti kau okay?" Farhan menyoal.

"Rasanya kot..? Aku okay la,ini Ikhwan la.." kata Ikhwan sambil tersengih dan Farhan menghela nafas pendek.

"Apa-apa je lah,kalau jadi apa-apa call aku.." jelas Farhan kemudian remaja itu beredar.

Tinggallah Ikhwan dan Alisa,Ikhwan menoleh ke arah Alisa dan berjalan menuju ke apartment yang Ikhwan diami.

Alisa tidak berbicara dan hanya mendiamkan diri mengekori Ikhwan dari belakang,Ikhwan tinggal di apartment itu berseorangan dan tempat itu agak luas.

Jika untuk dijadikan tempat tinggal,untuk dua orang tiada masalah.

"Hey.." Karma menyapa.

"Apa?"

"Rehat." Karma menjawab dan Ikhwan merungut seraya merengus.

"Jangan melawan.."

"Diam lah... dia tahu mengenai abang aku.." Ikhwan tersentak dan tubuhnya sudah melepasi limit!

Alisa berjalan perlahan melepasi Ikhwan,dia menghela nafas pendek.

"Awak..." Alisa ingin memberi penjelasan namun Ikhwan sudah memintas.

"Maaf... saya tidur dulu.."

"Eh?"

Ikhwan terus jatuh dan tumbang di atas lantai,Alisa terkejut melihat keadaan tersebut dan terus mendapatkan Ikhwan.

"Awak? Ikhwan?"

Alisa segera memapah Ikhwan membantu remaja itu lalu dibawa ke arah katil,Alisa membaringkan Ikhwan dan dia menyentuh bahagian dada Ikhwan. Alisa menggunakan skill kuasanya mengesan,tidak lama lepas itu Alisa baru menghela nafas lega.

"He's worn out..."

Alisa mengapungkan tubuh Ikhwan menggunakan kuasanya,wajahnya tenang dan seperti kuasa yang dia ada sudah biasa digunakan. Ikhwan dibaringkan di atas tilam lalu selimut ditarik,menutupi tubuh Ikhwan sehingga paras leher.

Alisa mendekati Ikhwan yang tidak sedarkan diri,kelihatan dari riak air muka Ikhwan jelas Ikhwan seperti menahan sakit. Alisa tersenyum dan nafas dihelakan,kemudian tangannya bersinar dihalakan ke arah Ikhwan. Tubuh Ikhwan bersinar dan air muka Ikhwan yang menahan sakit,berubah normal dan menjadi seorang yang sedang terlena.

Nafas Alisa helakan dan dia memandang ke arah Ikhwan,dia tersenyum simpul dan memejamkan mata.

"Sweet dreams hero.."

Sebaik Alisa berkata sedemikian,matanya menumpu ke satu arah luar tingkap.

Seseorang sedang memerhatikan dari luar apartment,dengan keadaan bersembunyi dari pandangan mata kasar.

"Siapa awak?" Individu itu tersentak sebaik ada suara menegur.

Individu itu juga menyedari ketulan ais yang dibentukkan seperti senjata tajam,ada sepuluh bentuk sudah dihalakan pada setiap arah lehernya.

"Jangan cuba nak lakukan apa-apa.. jika awak mahu hidup.." ujar Alisa memberikan amaran,raut wajahnya tidak menunjukkan emosi.

Individu itu hanya diam menurut dan tidak melakukan apa-apa yang merugikannya,lebih tepat tidak mahu hilang nyawa lalu mengangguk faham dan ais itu semua lenyap.

"Kenapa awak mengintai kami? Awak ni stalker ke?"

"Bukan.. aku bukan stalker.."

Alisa tidak memberi amaran dan menghasilkan sebilah pedang ais dengan pantas,dihalakan ke arah leher lelaki itu.

"Dengar dulu penjelasan aku.." ujar lelaki itu dan urat bengang timbul.

"Saya sedia mendengar.."

"Aku cuma menjaga keselamatan budak tu je.." jelas lelaki itu dan Alisa kehairanan.

"Huh? Maksud awak Ikhwan?"

"Berani kau sebut nama tuanku?!" Lelaki itu berang.

Alisa pula terus menghasilkan puluhan objek tajam dari ais,terapung di udara dan sedia dihalakan ke arah lelaki itu.

Lelaki itu terus mengeluarkan sesuatu,Alisa terkejut dan letupan asap tebal berlaku. Alisa sekali lagi terkejut,apabila asap mulai lenyap kelibat lelaki tadi sudah tiada.

"...." Alisa memandang ke satu arah dengan tatapan mata yang dingin.

Lelaki tadi dengan perasaan risau terus memecut meninggalkan kawasan tersebut,tanpa dia sedar satu panahan yang amat pantas dilepaskan ke arahnya namun hanya sipi bahu sahaja terkena.

"KUGHH??!!" Lelaki tadi masih dapat bergerak dan terus hilang dari pandangan.

Alisa pula berdiri di satu tempat memegang busur,dia hanya mendiamkan dirinya dan tidak melakukan sebarang tindakan susulan.

"I miss..." ujar Alisa dan berfikir sejenak.

"Kenapa dia panggil Ikhwan.. 'Tuanku'?"

*******

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Hello guys whatsup?

3 bab terawal telah di keluarkan,harap korang berpuas hati untuk remake ini

Aku cuba sedaya upaya untuk memberikan kepuasan pada reader yang ada sekarang ini

Aku rindukan reader lama uhuk! Uhuk!

Stay tuned for more

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top